You are on page 1of 2

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG RAWATAN PENYAKIT (SIRI-1) (Susunan: Ismail bin Abu Bakar) InsyaAllah, dalam ruangan ini

akan disiarkan lebih dari sepuluh buah hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan rawatan Islam. Semoga ia boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua. Dalam siri yang pertama ini disiarkan hadis tentang rawatan penyakit dengan bacaan Surah al-Fatihah. Hadis-1

D aripada Abu Said Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim) Hadis-2

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit (Hadis riwayat Imam Bukhari) Ulasan: Hadis 1 dan 2 di atas mempunyai maksud yang sama yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari. Daripada kedua-dua hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut; 1. Surah al-Fatihah boleh digunakan sebagai jampi untuk rawatan sengatan bisa binatang. 2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit. 3. Boleh menerima upah daripada khidmat rawatan yang diberikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran. Bagi pengamal ilmu perubatan Islam, Surah al-Fatihah adalah bacaan utama dalam setiap rawatan. Keberkesanan jampi menggunakan bacaan Surah al-Fatihah bergantung kepada keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t.. Selain daripada itu bacaan Surah alFatihah perlu dipelajari secara talaqi daripada guru. Guru hendaklah mendengar bacaan dari mulut kita dan membenarkan bahawa bacaan kita itu adalah betul. Bagi mereka yang bukan pengamal perubatan Islam, Surah al-Fatihah boleh dijadikan jampi bila dalam keadaan kecemasan atau terdesak. Contohnya anak yang sakit ditengah malam atau anak yang terjatuh dari pokok dan seumpamanya, sebagai rawatan permulaan sebelum ke hospital atau klinik, bacakan Surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali dengan niat supaya Allah s.w.t. menyembuhkan penyakit, kemudian tiup pada air. Air diminum dan disapukan pada tempat sakit.

You might also like