You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR, BATU BERENDAM MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN MORAL KALI KE 2 SESI AKADEMIK 2011

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 30 April 2011 : Sabtu : 1.00 -2.00 ptg. : Tingkatan 3B : 1. Pn Lim Kim Chu : 2. Pn Yong Yoke Mee : 3. Pn Li Zhen Ying : 4. Cik Nurul Ezzah Bt Roslan : 5. Cik Nor Hafizah Bt Ismail Turut Hadir Urusetia Tidak Hadir : Pn Lim Lay Neo : Cik Aniha Bt Ahmad (GKMP Kemanusiaan) (Setiausaha) (KP Pendidikan Moral)

: Cik Nur Hayaty Adha Bt Kamarudin : En Khoo Ah Seng : En Lee Kok Kong :Pn Yen Yeok Fern

1.0

Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi Puan Lim Kim Chu selaku ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali ke2 tahun 2011. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama semua guru pendidikan moral dalam usaha meningkatkan prestasi matapelajaran pendidikan moral. Beliau juga berharap semua guru terus memberikan kerjasama kepada semua program panitia yang sedang dan akan dilaksanakan. Tindakan : Semua Guru Moral

2.0

Ucapan GKMP Kemanusiaan, Puan Lim Lay Neo 2.1 Puan Lim Lay Neo mengucapkan salam 1 Malaysia dan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat ini. Beliau ingatkan bahawa Panitia menyediakan KRA,KPI dan kad laporan panitia. Kad laporan mesti dibentangkan setiap kali mesyuarat panitia dijalankan sebagai satu cara penilaian program dan perancangan panitia. Beliau juga

mengingatkan kepada semua guru mata pelajaran agar menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya dapat menarik minat pelajar. Tindakan : Semua Guru Moral 3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat lalu Cadangan pengesahan minit mesyuarat yang lalu : Cik Nur Hafizah Ismail Menyokong pengesahan minit mesyuarat 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 Pn Lim Kim Chu memaklumkan bahawa program Student Reward akan dilaksanakan. Beliau juga memaklumkan bahawa hadiah akan diberikan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun. Hadiah bagi program ini akan diberikan kepada pelajar tingkatan lima yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pengerusi juga menyatakan bahawa hadiah ini memakan belanja RM200.00. Program student reward ini adalah sebagai pendorong kepada pelajar untuk mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Tindakan : Guru Moral Tingkatan 5 4.2 Pengerusi, Pn Lim Kim Chu juga mencadangkan bagi program aktiviti pendidikan moral supaya mengadakan bahan kraftangan daripada bahan kitar semula. Ini bagi membolehkan bahan-bahan yang ingin dibuang dapat digunakan semula seperti botol air mineral boleh dijadikan bekas bunga. Tindakan : Semua Guru Moral Pn Lim Kim Chu memaklumkan bahawa modul latihan pendidikan moral telah disediakan untuk Ting. 5. Selain itu, beliau juga turut memberitahu bahawa kertas peperiksaan percubaan baginegeri-negeri lain/ tahun-tahun lepas juga akan disediakan.Guru Pendidikan Moral tingkatan 1,2,dan 3 diminta menggunakan peruntukkan untuk menyediakan modul latihan pelajar. Pn Lim Lay Neo mengingatkan semua guru untuk menggunakan modul dengan sebaiknya dan memastikan guru menyemak kerja pelajar. Pentadbir juga akan membuat pemantaun tentang penggunaan modul tersebut. Tindakan : Guru P.Moral 5.0 Analisa dan Post Mortem SPM : Puan Li Zhen Ying

4.3

Sila rujuk Lampiran

6.0

Program Q-Net Ting. 4 & Ting. 5-UB1 6.1 Tingkatan 4 Sasaran pelajar cemerlang ialah 69 orang pelajar. Capai 20 orang, tidak capai 49 orang. Sasaran kumpulan lulus ialah 176 orang pelajar. Capai 47 orang, tidak capai 129 orang. Sasaran pelajar harapan ialah 9 orang pelajar. Capai seorang dan tidak capai 8 orang. 6.2 Tingkatan 5 Sasaran pelajar cemerlang ialah 54 orang pelajar. Capai 12 orang, tidak capai 42 orang. Sasaran pelajar lulus 52 orang pelajar. Capai 12 orang, tidak capai 40 orang. Selebihnya pelajar yang disasarkan dalam kumpulan harapan tidak mencapai sasaran. 6.3 Tindakan susulan Beberapa program sedang dan akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Antara program tersebut ialah: a. Latih tubi soalan-soalan percubaan tahun-tahun lepas b. Latih tubi soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain c. Program kecermelangan/teknik menjawab soalan Tindakan : Ketua panitia

7.0

Laporan Kewangan Panitia 7.1 Sila rujuk lampiran Tindakan : Ketua panitia 8.0 8.1 Hal-hal lain Perkembangan Staf : Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Pengerusi memaklumkan kerja Kursus SPM boleh mula disemak dan mesti siap paling lewat Akhir Julai.Taklimat kerja kursus tingkatan 4 boleh dimulakan supaya pelajar boleh mulakan mengumpul maklumat dan bahan untuk mula membuat kerja kursus mereka. (sila rujuk panduan dari blog Panitia MoralSMK Tun Mutahir) Tindakan : Guru moral tingkatan 4&5

9.0

Penutup 9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana meluangkan masa untuk mesyuarat ini. Dengan ini mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh : Cik Aniha Bt Ahmad , Setiausaha Panitia Pendidikan Moral

You might also like