You are on page 1of 6

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS MEMPERKASAKAN

PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TOPIK SUB TOPIK MASA A. OBJEKTIF Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid boleh: 1. Membaca dan menerangkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam sesuatu graf gambar. 2. Membina graf gambar yang berkaitan dengan masalah harian. B. KANDUNGAN PENGAJARAN 1. Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran perwakilan data. i. Aktiviti permulaan yang menarik melalui soal jawab. ii. Aktiviti dalam kumpulan dan individu. iii. Penerangan secara lisan, soal jawab, mencungkil jawapan daripada murid dan melukis gambar. 2. Berfikir secara kreatif. i. Pembelajaran konstruktivisme membina sendiri graf. ii. Pembelajaran koperatif melaksanakan tugasan dalam kumpulan. 3. Bahan bantu mengajar yang kreatif i. Penggunaan bahan maujud 4. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. i. Pembelajaran berasaskan projek yang mudah. ii. Pembelajaran secara kumpulan dan individu. iii. Pembelajaran konstruktivisme. Perwakilan Data Piktograf 1 JAM

KURSUS

C. KAEDAH Penerangan, perbincangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti hands on D. BAHAN PENGAJARAN Lembaran aktiviti, E. ALATAN LCD, Komputer, White Board, Pen marker dan kertas mahjong. F. PENILAIAN i. ii. iii. iv. Interaksi secara lisan. Pembentangan hasil kerja kumpulan. Penyemakan hasil kerja murid Penyemakan lembaran aktiviti

G. RUMUSAN / REFLEKSI

MODUL LATIHAN BERDASARKAN KANDUNGAN KURSUS TAJUK : Piktograf

Konsep

Piktograf adalah graf gambar yang mengandungi maklumat-maklumat yang ringkas dan mudah difahami melalui gambar-gambar yang dipamerkan dalam sesuatu jadual. Selepas aktiviti pembelajaran, murid-murid boleh : 1. Membaca dan menerangkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam sesuatu graf gambar. 2. Membina graf gambar yang berkaitan dengan masalah harian.

Objektif

Alatan

LCD, Komputer, White Board, Pen marker dan kertas mahjong.

Aktiviti Pengajaran Set Induksi : Murid di bawa ke tapak perhimpunan. Guru menyoal murid apa yang dapat mereka lihat di sekeliling mereka? Contoh : y Kereta guru y Pokok Bunga y Tiang bendera y Basikal y Motosikal Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Guru memberi penerangan apa yang perlu murid lakukan dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan satu tugasan di mana 2 kumpulan akan mendapat tugasan yang sama.
Kumpulan 1&5 2&6 3&7 4&8 Tugasan Warna kereta guru Jenis-jenis bunga di kawasan sekolah Cara murid datang ke sekolah Makanan kegemaran murid

Langkah 2 : Mengumpul maklumat Murid mencatatkan apa yang mereka perlu cari di dalam borang tugasan yang diberi oleh guru. Contoh : KUMPULAN 1 & 5 Warna Putih Merah Kelabu Hijau
Hitam

Bilangan 5 3 7 2
10

KUMPULAN 2 & 6 Jenis Bunga Bunga Raya Bunga Kertas Bunga Ros Bunga Alamanda Bilangan 20 35 10 5 KUMPULAN 3 & 7 Cara datang ke sekolah
Berjalan kaki Menaiki kereta Menaiki bas sekolah Menunggang basikal Menaiki motosikal

Bilangan 4 8 14 2
4

KUMPULAN 4 & 8 Makanan Kegemaran


Nasi Lemak

Ayam Goreng
Burger Pizza Mee

Bilangan 2 12 10 7
1

Murid bergerak masuk ke kelas. Murid membentangkan hasil tugasan yang diberi.

Langkah 3 : Membina Piktograf Guru berbincang dengan murid mengenai perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam sesuatu Piktograf yang lengkap seperti : a) b) c) d) Tajuk Petunjuk Gambar-gambar yang sesuai. Jadual

Guru menunjukkan satu contoh jadual maklumat layang-layang yang dibuat oleh Pak Hashim dalam masa 4 hari. Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Bilangan 10 8 4 8

Bilangan Layang-Layang Yang Dibuat Oleh Pak Hashim Dalam Masa 4 Hari.
Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Mewakili 2 layang-layang

Guru mengedarkan kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid. Guru membimbing murid-murid sehingga mereka memahami prosedur membina piktograf. Murid-murid membina piktograf dengan menggunakan maklumat yang telah mereka perolehi.

Setiap kumpulan mempamerkan piktograf yang telah dibina dan memberi penerangan tentang piktograf yang mereka hasilkan.

Langkah 4 : Membuat Lembaran kerja Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta melengkapkannya sebagai latihan pengukuhan. Rumusan : Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam membina piktograf daripada maklumat yang diberi dengan menekankan ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah piktograf seperti : i) ii) iii) gambar-gambar yang sesuai. Penunjuk (key) Penyusunan gambar-gambar secara berturutan.

You might also like