Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaanmelombong bijih .
Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan bertapaknya penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambilalih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggerissendiri. Disebabkan kaedah melombong orang Melayu dianggap tidak memadaiuntuk menghasilkan pengeluaran yang mampu menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan membuka lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar. Dalam tempoh yang singkat syarikatInggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.
Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yangmelibatkan penduduk Bumiputera
.Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknyakeadaan Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasratmenyisihkan penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat disekeliling mereka.
Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.
Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan)kawasan bandar yang menjadi tumpuan imigran.
Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telahwujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya
orang Cina dan India.
3