You are on page 1of 47

Kedudukan anatomi

Definisi sistem rangka


y Rangka tubuh badan ialah rangkaian tulang yang memberi

ketegapan dan rupa susuk badan

Jumlah tulang
y Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang yang boleh

dibahagikan kepada dua kategori y Sistem tulang aksil


y Tulang aksil berjumlah tulang 80 tulang y Ia terdiri y Tulang bahagian tengkorak y Tulang bahagian muka y Tulang bahagian telinga y Tulanng belakang y Tulang rusuk y Tulang sternum y Tulang hyoid

y Sistem tulang apendikular


y Tulang apendicular berjumlah 126 tulang y Ia terdiri daripada y Tulang klavikel y Tulang skapula y Tulang bahagian tangan y Tulang pelvik y Tulang bahagian kaki

Jenis tulang dan definisi


Tulang panjang
y Tulang panjang ialah tulang-tulang yang ukuran panjangnya lebih

berbnding ukuran lebarnya. Tulang-tulang panjang ini merupakan tuas yang berkesan dalam memudahkan tulang adalah tulang-tulang mampat. Contohnya hemerus , radius,ulna , femur, tibia ,fibula dan falanges.

Tulang pendek
Tulang pendek lazimnya berbentuk kiub yang mana ukuran panjang dan ukuran lebarnya tidak begitu banyak perbezaan. Fungsi tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang yang terlibat ialah tarsal dan karpal

Tulang pipih /leper


Tulang leper ialah tulang-tulang yang akan berbentuk pipih dan melengkung. Kebanyakkan tulang-tulang ini berfungsi melingungi organ yang lembut. Tulang yang terlibat rusuk , ileum,sternum, skapula dan cranium.

Tulang tidak tentu bentuk


Tulang tak sam bentuk , diklasifikasikan sebagai tuang-tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam jenis tulang panjang, tulang pendek dan tulang leper. Tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat perlekatan otototot atau artikulasi. Tulang yang terlibat ialah vertebra dan sfenoid

Struktur tulang urutan vertebra

Rajah 2: struktur tulang vertebra Sumber : http://www.slideshare.net/login ?from_source=http%3A%2F%2 Fwww.slideshare.net%2Fmain %2Fdownload

Fungsi tulang belakang dan ciri-ciri


y pengenalan
y Terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi dan disambung oleh

rawan. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh lentur.
y fungsi tulang belakang
y melindungi saraf tunjang yang terletak di bahagian tengahnya. y bertindak sebagai kusyen untuk menyerap hentakan dan

mengurangkan geseran semasa hentakan

y ciri-ciri tulang belakang


y Kolum vertebra terdiri daripada 33 tulang vertebra, dengan

kartilej berserat terletak diantara vertebra servikal kedua hingga ke tulang sakrum. Kartilej itu disebut kartilej intevertebra. Pada manusia, susunan tulang vertebra adalah seperti berikut. y Pada leher, terdapat 7 vertebra servikel, pada bahagian atas trunkus, terdapat 12 vertebra toraks, pada bahagian bawah trunkus terdapat 5 vertebra lumbar; di belakang pinggul terdapat 5 vertebra sakrum yang bercantum menjadi satu tulang iaitu tulang sakrum dan dihujung bawah sekali ialah 4 tulang vertebra koksiks yang bercantum menjadi satu atau 2 tulang yang dinamai tulang koksik.

y Vertebra servik
y Terdapat 7 ruas tulang leher dengan ruas pertama adalah tulang atlas.

Tulang atlas berfungsi untuk menunjang tengkorak. Ruas kedua adalah tulang pemain (aksis). Adanya tulang atlas dan aksis membolehkan kepala untuk berputar. Ruas ketiga sampai ruas ketujuh memiliki bentuk yang mirip dan tidak bersendian dengan tulang rusuk.
y Vertebra toraks
y Tulang toraks berjumlah 12 ruas dengan bentuk yang hampir serupa.

Tiap ruas tulang toraks memiliki badan tulang dengan unjuran tulang dari kiri dan ke kanan sebagai tempat penyambung dengan tulangtulang rusuk (ribs). Badan tulang ini berlekatan dengan lengkung vertebra yang melindungi sumsum tulang belakang. Diantara ruas tulang belakang terdapat tulang rawan (kartilej)

y Vertebra lumber
y Berjumlah 5 ruas tulang. Tulang ini merupakan ruas tulang

belakang yang paling kuat dan besar berbanding ruas tulang belakang yang lain. Bentuknya hampir serupa dengan ruas tulang toraks, tetapi tidak bersambung dengan tulang rusuk.
y Vertebra sakrum
y Sakrum merupakan gabungan 5 ruas tulang yang bersatu. Tulang

ini bersambung dengan tulang pelvik, ruas tulang pinggang terkini dan tulang koksik.

y Vertebra koksik
y Tulang ekor merupakan vertebra terkini. Tulang ekor atau

koksiks adalah gabungan 4 ruas tulang yang bersatu. Tulang ini bertemu dengan tulang pelvik.

Definisi distal dan proximal


y distal
y Bahagian distal ialah bahagian yang lebih jauh daripada tubuh

ataupun tempat asalnya. Contohnya, sendi pergelangan tangan terletak lebih distal daripada sendi siku.
y proksimal
y Bahagian proksimal ialah bahagian yang lebih dekat dengan

tubuh ataupun tempat asalnya. Contohnya, sendi siku terletak lebih proksimal daripada sendi pergelangan tangan.

Perkembangan dan pertumbuhan tulang


y Pembentukan tulang
y Sel-SelTulang y Tulang terdiri daripada sel tulang yang berfiber kolagen dan bahanmatriks

bermineral padat. Tulang terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskn bahan matriks orgnik fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit y Osteoklas pula ialah sel-sel yang melarut mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas akan bersama-sama bertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif ketika berusia muda manakala osteoklas pula aktif kepada mereka berumur.

y Osifikasi tulang y Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang lembut ini kemudiannya membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini bermula ketika embrio berusia enam minggu dan berterusan sehingga dewasa. y Rajah menunjukkan peringkat-peringkat semasa proses osifikasi tulang rangka: 1. Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hialin dengan 2.

3. 4.

bahan matriks bermineral. Osteoblas akan memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ini ke bahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru. Semasa proses ini berterusan, kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang akan dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti mendulari

y Tumbesaran tulang y Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifisial tulang

panjang akan membahagi secara mitosis untuk memanjangkan tulang. Semasa proses ini, osifikasi tulang terus berlaku pada kedua-dua epifisis. y Pada akhir usia akil baligh ketika tumbesaran tulang hampir lengkap, hormone estrogen dan pembahagian sel-sel pada plat epifisial. Hal ini menyebabkan plat epifisial mengecil.

y Lazimnya, ketika seseorang itu berumur 18 tahun, tumbesaran

tulang secara memanjangkan terhenti dan sel-sel pad plat epigisial turut berhenti membiak. Wlaupun begitu, osifikasi tulang terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya. Pada peringkat ini diafisis akan bersatu dengan epifiasis dan garisan epifisial untuk menggantikan plat epifisial. y Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah akibat daripada pertanbahan beban ke atas tulang seperti pada rajah

Rangka aksial
y Rangka aksial merupakan kumpulan tulang yang terletak di

paksi tubuh. Rangka aksial berjumlah 80 tulang. Rangka paksi terdiri atas:
y Tulang tengkorak (skull) y Tulang belakang (vertebra) y Tulang rusuk (ribs) y sternum

Rajah 3: rangka paksi / aksial Sumber : http://en.wikipedia.org/w iki/Axial_skeleton

Kranial
y Tulang tengkorak boleh dibahagikan kepada dua kumpulan

iaitu tulang-tulang yang membentuk kranium (kotak otak) dan tulang-tulang muka. Tulang-tulang cranial dibahagikan pula kepada bahagian anterior, tengah dan posterior.

y Tulang Frontal y Tulang frontal membentuk dahi dan lantai bagi kaviti anterior

kranial. y Tulang ini mengandungi sinus frontal y Rajah menunjukkan tulang frontal. y Tulang parietal y Tulang parietal membentuk bahagian sisi bumbung kranium. y Ia bercantum dengan tulang frontal pada suture koronal dan dibahagikan kepada parietal kanan oleh suture sagital.

y Tulang Osipital y Tulang osipital membentuk bahagian posterior dan bahagian bawah kaviti

posterior cranium. y Tulang osipital dicantumkan kepada tulang parietal oleh suture Lambdoidal. y Ia pada biasanya mengandungi satu atau lebih tulang wormian y Tulang Temporal y Tulang Temporal membentuk dinding lateral dan sebahagian lantai cranium y Bahagian skuamous tulang temporal dipisahkan daripada tulang parietal oleh sutur skuamous. y Bahagian Timpanik terletak inferior kepada skuama yang mengandungi pembukaan bagi telinga. y Bahagian mastoid terletak ke posterior bahagian timpanik. y Bahagian petrous terletak di dalam kaviti kranial.

y Tulang Spenoid
y Tulang Spenoid berbentuk seperti seekor kupu-kupu dan ia

bersambung dengan tulang-tulang kranial lain. y Tulang Etimoid y Tulang etimoid tidak tentu bentuknya dan terletak di antara obit mata dan ia membentuk sebahagian kecil lantai kaviti anterior karnial. y Terdapat 8 tulang muka y Tulang Nasal y Tulang kecil yang membentuk jambatan hidung. Hidung dibina oleh kartilej dan daging sahaja. y Kedudukan tulang nasal dapat dilihat pada rajah

Tulang Zigomatik y Tulang Zigomatik membentuk pipi dan sebahagian daripada arktan zigomatik.
Tulang Maksila
y Tulang maksila membentuk lantai bagi orbit mata,

sebahagian besar lelangit keras yang menutupi kaviti oral dan menyokong gigi pada rahang atas.
Tulang Mandible
y Tulang muka yang besar. y Ia membentuk rahang bawah dan menyokong gigi.

Tulang Lakrimal
y Tulang muka yang paling kecil iaitu sebesar satu kuku jari. y Terletak di dinding anteriomedial orbit dan mengandungi kanal

lakrimal. y Kanal ini mengalirkan air mata dari mata ke kaviti nasal.

TulangVomer
y TulangVomer berbentuk seperti mata pemajak y Ia membentuk 1/3 daripada bahagian bawah badan

septum dan kaviti nasal.


Tulang Palatin
y Tulang Palatin berbentuk L dan membina bahagian

posterior palatin keras.

Tulang Inferior konkae y Tulang inferior konkae terletak daripada dinding lateral sehingga ke kaviti nasal. y Ia bantu menghasilkan permukaan yang luas bagi pembersihan udara yang dibafaskan.
Tulang Hyoid
y Tulang hyoid berbentuk seperti huruf U da terletak di

leher y Terikat oleh beberapa otot yang digunakan untuk proses menelan.

Tulang OsikleTelinga y Terdapat 3 dalam setiap telinga. Tulang-tulang ini terdiri daripada tulang maleus, inkus dan stape
Fontanel
y Kawasan membrane yang besar terdapat di tempat-

tempat di mana sutur-sutur utama bercantum antara satu sama lain dan dikenali sebagai fontanel. y Fontanel-fontanel ini membolehkan otak membesar kerana tulang-tulang tengkorak belum lagi bercantum dengan kemas lagi.

y sendi dibahagian kranium


y sendi fibrous y Pada sendi fibrous, tulang bercantum dengan tisu fibrous atau

kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan

Rangka appendicular
y Rangka apendikuler merupakan kumpulan tulang yang

menyusun anggota gerak atas dan bawah. Rangka apendikuler terdiri atas 126 ruas tulang.

Rajah 4: rangka appendikular Sumber : http://academic.kellog g.edu/herbrandsonc/b io201_mckinley/skelet al.htm

Sendi
y Sendi ialah tempat pertemuan antara

tulang-tulang atau kartilej dengan tulang.


SENDI

Berdasarkan fungsi
sinartrosis amfiartrosis diartrosis

Berdasarkan Sruktur
sinovial fibrous cartilagenous

y Sendi Berdasarkan Fungsi


Fungsi Tidak bergerak (synarthroses) Contoh Sendi Struktur antara tulangtulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara turus vertebra( di cakera intervetebra) Contoh Pergerakan Tiada pergerakan

Gerakan terhad (amphiarthroses)

Pergerakan yang terhad

Gerakan bebas (diarthroses)

Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul

Rotasi sirkumduksi

Sendi engsel Fleksi Sendi siku dan lutut Ekstensi Hiperekstensi Abduksi Adduksi Sendi kondil y Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki y Sendi antara metakarpal dan metatarsal Semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi

Sendi pangsi/paksi Pronasi dan supinasi Sendi antara ulna dan Rotasi radius Sendi antara atlas dan tengkorak. Sendi gelungsur y Sendi antara tulang tarsal y Antara tulang karpal y Sendi antara klavikel dan Sternum y Antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan Sternum Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh

Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

Fleksi Ekstensi Abduksi Adduksi sirkumduksi

Sendi lesung

Sendi pelana

Sendi kondil

Sendi paksi

Sendi engsel

Sendi gelungsur

Jenis pergerakan tubuh badan manusia


y Pergerakan linear

Pergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar ke hadapan dan kebelakang dan ke kiri atau ke kanan. y Pergerakan putaran Pergerakan putaran adalah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik pada bahagian lengan.

y Pergerkan bersudut

Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi boleh bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut adalah fleksi, ekstensi, aduksi, dan sirkumduksi.

y Pergerakan khusus

Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi sahaja. Antara pergerakan khusus adalah inversi. Eversi, depresi, elevasi, dorsi-fleksi dan pelantar.

You might also like