Professional Documents
Culture Documents
Di sususun oleh: Arif Rahmawan Kurniawan 105080400111010 Rantika Dewi Wanda 105080501111044 Deby Cintya Armadani 105080100111004 Dwiyana Saputra 105080501111002 Rizky Rahmawati 105080501111010 Ersa Firdyarani H 105080201111028 Istiani Noorcahya 105080501111038 Nur Ainis Sahada 105080400111026
Perekonomian Islam
Perekonomian Islam ialah ekonomi menurut undang-undang Islam. Adanya dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (yaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan setengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular.
Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh sahabat- sahabat dan para pengikutnya. Sistem wakaf telah memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada golongan yang tidak bernasib baik dan melahirkan banyak para pemikir terulung dan berbagai institusi di dalam peradaban Islam.
Wakaf ialah menahan sesuatu harta yang bisa diambil manfaatnya untuk digunakan untuk tujuan kebajikan, dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada benda yang diwakafkan itu. Wakaf berasal dari bahasa Arab yang berarti menahan atau menghentikan. Dari segi istilah, hal itu bermaksud menahan sesuatu benda atau harta supaya hasil atau manfaat dari harta tersebut dapat digunakan untuk tujuan kebaikan.
Rukun Wakaf
Rukun Wakaf ada 3 : 1. Pihak yang mewakafkan. 2. Pihak yang menerima wakaf 3. Benda yang diwakafkan."Sighah" iaitu ijab dan qabul.
Syarat Wakaf
SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN Pewakaf adalah : 1. Beragama Islam 2. Cukup umur (akil baligh) 3. Sehat (sempurna akal fikiran) 4. Ahli tasarruf / tabaruk (Mencari Barakah) 5. Pilihan sendiri (ikhtiari) 6. Merdeka SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN 1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya. 2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu. 3. Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah dan manfaat yang Berjangka panjang. 4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik saja dan tidak menyalahi syarak. 5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah. 6. Harta yang diwakafkan itu adalah milik orang yang pewakaf.
Jenis Wakaf
Wakaf Mutlak - bermaksud kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh digunakan untuk berbagai macam tujuan, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Wakaf Muqayyad amalan mewakafkan harta dimana pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik ketika menwakafkan hartanya. Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu. Contohnya mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.
Jenis Wakaf
Jenis Wakaf
D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat) Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hambali. E) Wakaf Al-Irsod Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti sebidang tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.
Hikmah Wakaf
1. Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlomba-lomba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala. 3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf setelah kematian selagimana harta wakaf tersebut terus dimanfaatkan. 4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah pemakaman dan sebagainya. 5. Membantu mengurangi beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.