amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu danIndia.
Kelas sosial
Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutamabandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipohdan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yangmengamalkan dasar pemerintahan µpecah dan perintah¶. Oleh sebab itu, Etnik inimempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain sepertiMelayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik Indiayang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isupendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya,sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebihlengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk dikawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Dipedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberipendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanyamenganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M).Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untukmenyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcitdan sebagainya.Etnik Cina mempunyai
advantage
kerana secara umumnya, penguasaanekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyaipendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Olehsebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yanghartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbandingsekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina diJohor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata keranainginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan danSekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysiabersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasisempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyaikesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik.