You are on page 1of 25

Jenayah Pasangan dibunuh bekas rakan kongsi Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@bharian.com.

my 2011/06/03 Suami isteri warga tua kena tikam, kelar


NILAI: Sepasang suami isteri berusia 60-an ditemui mati disyaki dibunuh dua lelaki yang seorang daripadanya dipercayai bekas rakan kongsi perniagaan mereka di ladang sawit berhampiran Kampung Gebok, Pajam, Mantin di sini, semalam. R Muthu, 65, dan isterinya, S Rukumani, 61, dipercayai ditikam dan dikelar pada leher, kepala serta perut dalam kejadian jam 10 pagi di ladang mereka yang terletak empat kilometer dari kampung itu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata seorang pekerja warga asing yang kebetulan sedang bekerja berhampiran tempat kejadian mendengar jeritan kedua-dua mangsa. Dia keluar dari kawasan semak dan ternampak kedua-dua majikannya terbaring berlumuran darah.Suspek kemudian menangkap dan mengikatnya di dalam bangsal tidak jauh dari situ. Selepas suspek melarikan diri, pekerja terbabit berjaya meleraikan ikatan dan berlari ke kampung berhampiran untuk meminta pertolongan, katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Negara kini ada 32,979 doktor

2011/06/03 MELAKA: Negara kini memiliki seramai 32,979 doktor perubatan dengan nisbah setiap seorang untuk 857 populasi sehingga tahun alu, l berbanding seorang bagi setiap 1,490 populasi kira-kira 10 tahun lalu. Daripada bilangan itu, kira-kira 22,429 atau 68 peratus daripadanya berkhidmat dalam sektor awam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata perkembangan itu memberi keyakinan kepada pihaknya untuk mencapai sasaran mengurangkan nisbah berkenaan kepada 400 bagi seorang doktor pada 2020. Sasaran ini dijangka dapat dicapai seiring dengan pertambahan jumlah institusi perubatan dan kuota pengambilan pelajar jurus an perubatan di institusi pendidikan yang menawarkan program itu. Sehingga Disember 2010, negara mempunyai 33 institusi pendidikan perubatan berbanding 10 pada 2000. Sebanyak 11 daripadanya adalah milik kerajaan, manakala 22 lagi di bawah kendalian swasta.Majlis Perubatan Malaysia (MMA) ju ga mengiktiraf 371 ijazah perubatan yang ditawarkan di dalam dan luar negara, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pelajar Perubatan Antarabangsa Malaysia (MIMSC) 2011 kali ketiga di Kolej Perubatan Melaka-Manipal (MMMC) di sini, semalam. Hadir sama Pegawai Eksekutif MMMC, Prof Datuk Dr Abdul Razzak Mohd Said dan Pengerusi Penganjur MIMSC 2011, Vincent Khor Wei Sheng. Dr Hasan berkata, selain sasaran kadar nisbah berkenaan, kementerian turut menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pengagihan doktor perubatan klinik di kawasan luar dan dalam bandar yang masih rendah. Katanya, di Sabah dan Sarawak misalnya, kebanyakan klinik masih dikendalikan pembantu pegawai perubatan. Pada tahun lalu, daripada 19,429 doktor di bawah kementerian, hanya 1,339 doktor perubatan berkhidmat di Sabah sementara di Sarawak pula 1,254 doktor, katanya.

Banyak birokrasi daftar TASKA Oleh S Anand Kumar dan Badrul Kamal Zakaria bhnews@bharian.com.my 2011/06/03 Pengusaha berdepan syarat ketat PBT, bayar yuran perunding RM10,000 KUALA LUMPUR: Kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dikenal pasti sebagai punca utama kegagalan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) mendaftarkan perniagaan masing-masing hingga beroperasi tanpa lesen. Wakil Persatuan TASKA Selangor, Azlina Johari, berkata ini kerana pengusaha TASKA terpaksa berhadapan dengan beberapa syarat ketat ditetapkan PBT khususnya di Shah Alam selain perlu membayar yuran sehingga mencecah RM10,000 kepada perunding dilantik mereka (PBT). Katanya, perunding itu bertanggungjawab melukis pelan bangunan bakal beroperasi sebagai TASKA kadang-kala prosesnya mengambil masa kira-kira tiga bulan. Pelan bangunan ini adalah antara syarat perlu dipatuhi semua pengusaha TASKA sebagai proses penukaran status kediaman kepada premis perniagaan..., kita melihat yuran yang dikenakan PBT itu amat mahal sehingga membebankan pengusaha. Kita juga tidak boleh melantik perunding sendiri sebaliknya terpaksa berurusan dengan mereka (perunding) ditetapkan oleh PBT saja..., selain kekerapan pertukaran kakitangan PBT juga menyukarkan kelicinan proses permohonan lesen TASKA, katanya semalam. Terdahulu, Azlina menghadiri sesi dialog disertai lebih 200 pengusaha TASKA Wilayah Persekutuan dan Selangor bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hadzir Md Zain. Sementara itu, Shahrizat turut mengakui kerenah birokrasi PBT menjadi punca sebilangan besar pengusaha TASKA gagal mendapat lesen daripada JKM untuk menjalankan operasi mereka. Maklum balas saya terima daripada sesi dialog hari ini (semalam), kebanyakan pengusaha memberitahu mereka hanya berhadapan masalah dengan PBT, manakala urusan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat amat mudah, katanya.

1,000 anak pesawah sertai seminar SKOR A

2011/06/03 PENDANG: Seramai 1,000 pelajar daripada anak pesawah yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai seminar anjuran Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan Berita Harian. Turut serta dalam program itu anak yatim Yayasan Al -Bukhary dan anak kakitangan BERNAS. Seminar empat hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama berakhir semalam, manakala kedua mulai Isnin hingga Khamis depan dan diadakan di Pendang Lake Resort, di sini. Seminar itu menitikberatkan empat mata pelajaran utama iaitu, Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Ingge ris dan Sains. Pengurus Besar Kanan Modal Insan dan Pentadbiran BERNAS, Mohamad Nazuir Toee berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Kita bukan saja memberi pendedahan tetapi menyuntik semangat peserta untuk komited belajar supaya mencapai keputusan cemerlang, sekali gus dapat mengubah kehidupan pada masa depan," katanya ketika berucap merasmikan seminar itu, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said; Pengarang Pendidikan Berita Harian, Mohd Yusuf Abu Bakar dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat BERNAS, Sabrina Yon. Mohamad Nazuir berkata, program itu usaha sama kedua selepas Program `SKOR A' Anak Petani dengan k erjasama Berita Harian yang diadakan tahun lalu di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang. Pasangan disyaki campak bayi diburu 2011/06/03 KUALA LUMPUR: Polis menjejaki seorang lelaki dan wanita berusia 20-an dipercayai individu yang terbabit mencampak seorang bayi lelaki hingga mati dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul, di sini, Selasa lalu. Difahamkan, pasangan berkenaan yang tidak diketahui status hubungan mereka dikatakan menginap di blok berkenaan beberapa bulan lalu dan wanita terbabit dalam keadaan sarat mengandung. Bagaimanapun, sebaik kejadian berlaku malam kelmarin, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri dipercayai sejurus bayi terbabit dibuang dari pangsapuri 15 tingkat berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang memburu pasangan berkenaan yang dipercayai dapat membantu siasatan polis. Bagaimanapun, sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di setiap rumah blok berkenaan gagal menemui pasangan itu dipercayai melarikan diri. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu polis menjejaki pasangan berkenaan, katanya. Akhbar semalam melaporkan, seorang bayi lelaki cukup sifat baru dilahirkan ditemui di atas jalan dalam keadaan kepala pecah dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri. Bayi masih bertali pusat dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap oleh penduduk pangsapuri berkenaan jam 11.45 malam di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah. UKM perlu naik taraf program implan Oleh Haika Khazi bhnews@bharian.com.my 2011/06/03 Mahu jadi pusat rawatan terkemuka dunia PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menaik taraf Program Implan Koklear UKM menjadi pusat kecemerlangan berteraskan perkhidmatan rawatan implan koklear terkemuka pada peringkat global pada masa depan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah ini juga membolehkan tenaga pakar terbabit berkongsi idea, kepakaran, hasil penyelidikan dan rahsia kejayaan mereka dalam pembedahan implan telinga dan terapi pertuturan dengan pakar di hospital, pusat rawatan dan universiti tempatan mahu pun dari luar negara. Perkara ini bukan suatu yang mustahil kerana difahamkan Pasukan Implan Koklear UKM sudah banyak kali terpilih menjadi perunding dalam penubuhan dan latihan untuk tenaga pakar di beberapa negara di rantau Asia termasuk Indonesia, Brunei, Vietnam dan Pakistan. Gerak kerja ini juga salah satu inisiatif meningkatkan imej Malaysia sebagai negara memiliki kepakaran termoden dalam bidang perubatan dan sains kesihatan, katanya berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan Pasukan Implan Koklear UKM dan ulang tahun ke-10 Pusat Tutur UKM di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Zulkifli A Hassan; Naib Canselor UKM, Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Ali. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, langkah ini selari dengan kejayaan Pasukan Implan Koklear UKM menjadi perintis rawatan koklear di Malaysia selepas berjaya melakukan pembedahan pertama terhadap Ang Boon Soo, 32, dari Kelantan, kirakira 15 tahun lalu.

Wakil Malaysia dipilih semula 2011/06/03 KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia mengawal dan merawat talasemia mendapat pengiktirafan apabila wakil Malaysia terpilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi penggal kedua Persekutuan Talasemia Antarabangsa (TIF). Pemilihan itu bersempena Persidangan Talasemia Antarabangsa dan Haemoglobinapathies ke-12 dan Persidangan Talasemia Antarabangsa Untuk Keluarga dan Pesakit ke-14 di Antalya, Turki yang berlangsung pada 11 hingga 14 Mei lalu. Ramli Mohd Yunus, 57, terpilih sebagai Ahli Lembaga TIF pada 2006 dan dipilih semula daripada 26 calon dari 57 negara anggota tetap Persidangan Agung sesi 20112016. Pemilihan diadakan setiap empat tahun sekali dengan jumlah ahli bersekutu 103 dari seluruh dunia. Beliau yang juga Presiden Persekutuan Pertubuhan Thalassaemia Malaysia berkata, pemilihan itu kerana komitmen dan program kesihatan negara ini dalam usaha menangani masalah pesakit talasemia. Malaysia adalah antara negara Asean selain Singapura yang melancarkan Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Talasemia pada 2004.Program dilancarkan Kementerian Kesihatan ini dilihat berjaya mengurangkan jumlah pesakit berbanding sebelumnya. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, ia memberi kelebihan mendapatkan maklumat terkini termasuk kajian mutakhir mengenai talasemia sama ada dalam rawatan mahupun penemuan terbaru. Saya juga akan memainkan peranan sebagai penyelaras program yang akan dijalankan di negara ahli, katanya yang dihubungi di sini, baru-baru ini. Dengan jumlah penduduk seramai 27 juta, Malaysia mempunyai kekerapan pembawa talasemia dengan kadar tiga hingga lima peratus (satu daripada 20 orang adalah pembawa) dengan 120 hingga 350 bayi dilahirkan dengan talasemia setiap tahun. Selain Malaysia, Cyprus, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Azerbaijan, India, Amerika Syarikat, Iran dan Lebanon juga dipilih mewakili bukan pesakit, manakala Palestin, England, Kanada, Greece dan Bulgaria dipilih mewakili pesakit. Wanita jumpa bayi dalam tong sampah 2011/06/03 KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui masih hidup dalam tong sampah di Jalan Pelangi 9, Taman Pelangi, Rawang pagi semalam menjadikan kes ketiga pembuangan bayi dalam tempoh tiga hari, termasuk dua daripadanya meninggal dunia. Bayi yang masih bertali pusat dan dalam keadaan bogel itu ditemui suri rumah yang dikenali Kavitha berusia 40-an ketika ke kawasan itu untuk membuang sampah kira-kira jam 10 pagi sebelum menyerahkan mangsa kepada unit peronda polis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata bayi itu di temui dalam tong sampah di hadapan rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan. Katanya, pemeriksaan awal mendapati, bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan badannya dan masih bertali pusat. Ketika ditemui, bayi berkenaan diletakkan di atas bahan buangan dalam tong sampah dalam keadaan bogel dan terdapat kesan merah di badannya akibat gigitan serangga. Polis membawa bayi terbabit ke Klinik Kesihatan Rawang dan dilaporkan dalam keadaan sihat, katanya ketika, semalam. Abdul Rahim berkata, pihaknya kini mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi malang itu dan tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Orang ramai yang ada maklumat dimint a membantu siasatan dan polis sudah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung bayi itu, katanya. 30 GRO istana maksiat dicekup polis Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@bharian.com.my 2011/06/03 GEORGETOWN: Sebuah pusat hiburan mewah ala istana di Pulau Tikus di sini, yang melayan pelanggan seperti maharaja diserbu polis Bukit Aman, malam kelmarin, kerana menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO). Dalam serbuan kira-kira 8 malam itu, 30 GRO warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 32 tahun diberkas dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Peraturan Imigresen 1953 kerana menyalahgunakan permit lawatan. Pemeriksaan premis itu mendapati kemudahan dan peralatan digunakan serba mewah seperti singki, pintu dan tombol berwarna emas dan hiasan eksklusif. Hidangan minuman juga ala istana dan persekitaran dalaman yang pasti membuat mata pelanggan kagum.Ruang menari dan lobi mempunyai hiasan lampu warna emas yang berjuntai dan lantai berkilau keemasan. Siasatan mendapati pelanggan tetap akan dilayan seperti seorang maharaja dengan menggunakan kemudahan ala istana.Bayaran untuk mendapat layanan GRO ialah RM160 untuk dua jam, kata Ketua Unit Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar. Seramai 11 GRO yang cuba melarikan diri diberkas polis yang mengepung premis itu. Tiga GRO juga memperdaya polis dengan memakai baju dibeli di tingkat bawah pusat beli-belah di situ. Namun, polis berjaya memberkas mereka apabila mendapati wanita itu menyarung pakaian baru tanpa menanggalkan pakaian asal. Pusat hiburan itu dibuka untuk pelanggan bukan Islam bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

E.coli toksik cetus wabak baru 2011/06/03 Dari Jerman kini merebak seluruh Eropah babit 17 kematian, 1,500 sakit HONG KONG: Wabak maut E.coli yang berpusat di Jerman dan merebak ke seluruh Eropah dikenal pasti dicetuskan bakteria jenis baru yang bahaya, kata saintis China yang membuat analisis terhadap bakteria berkenaan. Saintis berkenaan berkata wabak itu sudah membawa maut kepada 17 orang dan menyebabkan lebih 1,500 sakit di sekurang kurangnya 10 negara Eropah, membawa gen yang menjadikan bakteria itu kebal kepada beberapa jenis antibiotik. E.coli ini adalah bakteria jenis baru yang mudah berjangkit dan toksik, kata saintis di Institut Genomik Beijing di Shenzhen, yang bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Jerman bagi mengenal pasti punca wabak itu. Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Aphaluck Bhatiasevi, berkata badan itu sedang menanti maklumat lanjut daripada beberapa makmal lain. Jenis bakteria ini tidak pernah dilihat dalam wabak yang dialami sebelum ini, kata beliau. Russia semalam melarang kemasukan sayuran mentah dari Kesatuan Eropah, mencetuskan bantahan Surahanjaya Eropah. Moscow sebelum ini melarang kemasukan sayuran dari Jerman dan Sepanyol, selepas pihak berkuasa di Hamburg menyatakan timun dari Sepanyol tercemar dan mencetuskan wabak itu.Pegawai Jerman kemudian memohon maaf kepada Madrid berikutan maklumat itu tidak benar. Ketua agensi perlindungan pengguna Russia, Gennady Onishchenko berkata kematian akibat wabak itu menunjukkan undangundang kesihatan Eropah yang didesak diikuti Moscow tidak berkesan. Agensi kawalan penyakit Jerman, Robert Koch Institute (RKI) melaporkan terdapat 365 kes baru E.Coli dan 25 peratus daripadanya membabitkan komplikasi mengancam nyawa dicetuskan sejenis E.coli yang digelar E.coli menghasilkan toksin Shiga (STEC). WHO berkata ia sudah dimaklumkan mengenai kes di Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Britain. Reuters Perang saudara di Yaman bermula

2011/06/03 SEORANG penyokong Sheikh Sadiq yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan, semalam. Beribu-ribu pejuang bersenjata dari kawasan puak menuju ke Sanaa bantu Sheikh Sadiq SANAA: Beribu-ribu pejuang bersenjata dari kawasan puak menuju ke Sanaa semalam untuk membantu pemimpin mereka Sheikh Sadiq al-Ahmar, yang terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan kerajaan di ibu negara Yaman itu, kata saksi. Langkah memperkukuhkan kedudukan itu menyusul pertempuran sengit di antara penyokong Sheikh Sadiq dengan pasukan keselamatan Yaman sepanjang malam di kejiranan Al-Hasaba di Sanaa, yang juga kubu kuat beliau, menyebabkan 15 terbunuh semalam. Antara yang terbunuh, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat terkena peluru sesat, kata pegawai di hospital Al-Jomhoreya. Sumber berkata, pertempuran berl aku di antara penduduk kawasan puak dan pasukan keselamatan di pusat pemeriksaan tentera 15 kilometer di utara Sanaa. Seorang pemimpin puak berkata kumpulan lelaki bersenjata itu mahu memasuki Sanaa untuk membantu pemimpin mereka Sheikh Sadiq, yang mengetuai persekutuan puak Hashid yang berpengaruh. Penduduk menyifatkan pertempuran sepanjang malam di Al-Hasaba, sebagai paling ganas dalam tempoh dua hari. Anggota perubatan berkata pertempuran jalanan kelmarin menyebabkan 47 orang terbunuh, meningkat berbanding 39 sebelum ini. Pertempuran di ibu negara Yaman itu tercetus kelmarin, selepas perjanjian gencatan senjata di antara pasukan keselamatan dan penduduk puak yang menguasai bangunan awam di Sanaa, dicabul. Gencatan senjata itu diumumkan 27 Mei lalu, selepas pertempuran sengit selama seminggu apabila Presiden Ali Abdullah Saleh memberi amaran perang saudara mungkin berlaku dan enggan menandatangani perjanjian meletak jawatan. Mac lalu, Sheikh Sadiq menyatakan sokongannya kepada penunjuk perasaan yang membuat bantahan sejak Januari lalu, mendesak Saleh yang berkuasa sejak 1978, meletak jawatan. Kementerian pertahanan dalam laman webnya menyatakan kumpulan puak berjaya menguasai sebuah bangunan berhampiran istana presiden di selatan Sanaa.Kumpulan itu juga menguasai ibu pejabat Kongres Rakyat Awam dan pejabat utama bekalan air. Bagaimanapun kata laman web itu, tentera kerajaan berjaya menguasai semula sejumlah bangunan awam tetapi tidak memberi butiran lanjut. Saksi berkata beribu-ribu orang sudah meninggalkan ibu negara Yaman itu, manakala banyak kedai dan pusat perniagaan ditutup.Kenderaan dilihat beratur panjang di stesen petrol untuk mengisi minyak. AFP

INFO Pergolakan di Yaman

Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran jalanan di Sanaa sejak kelmarin. Pertempuran meletus selepas gencatan senjata sejak 27 Mei di antara puak Hashid dan pasukan keselamatan kerajaan dicabuliSelasa. Pertempuran berlaku di antara penduduk kawasan puak dan pasukan keselamatan di sebuah pusat pemeriksaan tentera 15 kilometer ke utara Sanaa. Pejuang puak menguasai beberapa bangunan kerajaan di ibu negara. Sheikh Sadiq Mac lalu menyatakan sokongan terhadap penunjuk perasaan yang melancarkan bantahan sejak Januari.
Polis Nigeria serbu premis kilang bayi

2011/06/03 LAGOS: Polis Nigeria menyerbu sebuah rumah yang digunakan sebagai kilang bayi untuk memaksa gadis melahirkan anak yang akan dijual atau digunakan untuk tujuan lain, kata pihak berkuasa. Kami menyerbu premis di Yayasan Cross di Aba tiga hari lalu selepas menerima laporan gadis hamil berusia 15 hingga 17 tahun dikurung, kata Pesuruhjaya Polis negeri Abia, Bala Hassan. Kami menyelamatkan 32 gadis yang hamil dan menahan dalang di sebalik sindiket ini.Selepas soal siasat lelaki itu mengakui menjual bayi kepada mereka yang mahu menggunakannya untuk tujuan pemujaan, katanya. Selepas diselamatkan, ada dikalangan gadis itu memberitahu polis yang mereka ditawarkan untuk menjual bayi antara 25,000 dan 30,000 naira (RM577) bergantung kepada jantina bayi itu. Difahamkan, bayi malang itu kemudian dijual sindiket antara 300,000 naira (RM5,771) sehingga sejuta naira (RM19,243) seorang AFP Kastam Thailand rampas 451 penyu dalam beg

2011/06/03 BANGKOK: Pihak berkuasa kastam Thailand merampas 451 ekor penyu bernilai 1 juta baht (RM100,000) disembunyikan di dalam sebuah beg kepunyaan seorang penumpang sebuah pesawat dari Bangladesh, rampasan terbaru haiwan hidup di lapangan terbang Suvarnabhumi. Penyu pelbagai saiz bernilai 2,000 baht (RM200) setiap seekor dan tujuh buaya julung-julung palsu bernilai 10,000 baht seekor (RM1,000) ditemui Khamis lalu di dalam sebuah beg kecil, selepas pihak berkuasa menerima maklumat ada seorang penyeludup sedang menuju ke Thailand. Penyeludup terbabit seorang warga Bangladesh, tidak mengambil bagasinya sebaliknya melarikan diri sejurus tiba di Bangkok, kata seorang pegawai.Beliau berkata penemuan itu adalah yang terbesar sejak tahun lalu, apabila 1,140 ekor penyu dirampas kastam dalam tempoh sehari.Sebanyak 218 lagi dirampas sebulan kemudian. Thailand yang bersempadan dengan empat negara berdepan masalah penyeludupan haiwan liar dan pegawai kastam di lapangan terbang Suvarnabhumi kerap merampas reptilia dan haiwan kecil yang disembunyikan di dalam bagasi. Reuters Doktor bantu ibu dapat kembar 8 ditarik lesen 2011/06/03 LOS ANGELES: Doktor kesuburan yang membantu ibu kembar lapan California, Nadya Suleman atau dikenali sebagai Octomom, ditarik lesen perkhidmatannya oleh lembaga perubatan negeri. Lembaga itu dalam satu laporan berkata doktor Beverly Hills, Michael Kamrava melakukan kecuaian besar dengan memindahkan jumlah embrio yang banyak ke dalam rahim Nadya, 35, yang melahirkan kembar lapan pada 2009 dan menjadi selebriti sensasi media. Wanita Los Angeles itu adalah wanita kedua di Amerika Syarikat yang melahirkan kembar lapan. Bagaimanapun, apabila didedahkan yang Nadya adalah penganggur ibu tunggal kepada enam lagi anak, media Amerika mengecam beliau dan menggelar wanita itu Octomom. Lembaga Perubatan California berkata Kamrava, yang menanam 12 embrio ke dalam Nadya dengan lapan daripadanya berjaya lahir, melakukan sesuatu di luar batasan amalan biasa. Kumpulan Amerika untuk Perubatan Reproduktif menyarankan supaya pesakit berusia bawah 35 tahun, tidak lebih daripada dua embrio dibenarkan ditanam tetapi kumpulan itu berkata garis panduan itu bergantung kepada keadaan tertentu. Kamrava berkata dalam perbicaraan tahun lalu beliau mematuhi kehendak Nadya dan menimbulkan kebimbangan yang kesuburannya boleh terjejas dan beliau memerlukan jumlah embrio yang banyak untuk meningkatkan peluang mendapatkan bayi. Beliau juga memberikan rawatan kesuburan terhadap enam anak Nadya sebelum ini. Reuters

Syria bebas ratusan tahanan politik

2011/06/03 DAMSYIK: Pihak berkuasa Syria membebaskan beratus-ratus tahanan politik selepas Presiden Bashar al-Assad mengeluarkan perintah pengampunan sebagai reaksi kepada tunjuk perasaan 10 minggu menentang pemerintahan beliau, kata kumpulan hak hak asasi negara itu. Peguam hak asasi Razan Zaitouna berkata, langkah Assad bagaimanapun tidak menghentikan tindakan kekerasan yang dikenakan ke atas penunjuk perasaan.Kelmarin pasukan keselamatan membedil bandar Rastan menyebabkan 41 penduduk awam terbunuh. Tindakan kekerasan dan rancangan pembaharuan, gagal menghentikan penentangan ke atas pemerintahan Assad, sebaliknya ia mencetuskan kecaman dan sekatan antarabangsa, ketika kematian melebihi 1,000 orang, katanya. Pengarah Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdelrahman berkata, kebanyakan mereka yang dibebaskan adalah penunjuk perasaan dari pinggir Damsyik, bandar Banias, Homs Latakia, Deraa dan wilayah Hasaka di timur Syria. Pembebasan tahanan bermula Selasa lalu dan berterusan hingga hari ini. Berpuluh-puluh orang dipindahkan dari pusat tahanan pusat ke kemudahan tahanan tempatan dan dijadual dibebaskan dalam tempoh terdekat.Kami masih menunggu pembebasan semua tahanan di Syria, katanya. Beliau bagaimanapun berkata, pengampunan tidak diberikan kepada penulis blog remaja Taj al-Molouhy, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun awal tahun ini atas kesalahan mendedahkan maklumat kepada sebuah negara asing. Reuter

IPO MSM Malaysia RM3.38 seunit Oleh Che Wan Badrul Alias bhbiz@bharian.com.my 2011/06/03 234.56 juta saham disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia MSM Malaysia Holdings Bhd, iaitu sayap perniagaan gula FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia membabitkan 234.56 jut a saham. Daripada jumlah itu, 206.44 juta saham diperuntukkan kepada pelabur institusi, yang mana 73.811 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan dan asing; 80.8 juta untuk institusi terpilih Bumiputera; dan 51.79 juta untuk Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF). Sebanyak 28.12 juta saham pula ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 14.06 juta adalah untuk langganan awam, manakala 14.06 juta lagi untuk kakitangan syarikat itu dan anak syarikatnya yang layak. Bagi saham yang diperuntukkan kepada pelabur runcit, ia ditawarkan pada harga RM3.38 seunit atau 97 peratus daripada harga muktamad bagi bahagian peruntukan pelabur institusi yang akan ditetapkan menerusi proses bidaan. Berdasarkan harga tawaran bagi pelabur runcit itu, IPO itu bakal menj ana RM792 juta modal, yang mana RM422.5 juta akan diraih oleh MSM Holdings yang akan digunakannya bagi perbelanjaan modal. Harga itu juga meletakkan nilai syarikat gula terbesar negara itu pada RM2.4 bilion. MSM Holdings selepas penyenaraiannya akan mempunyai saham berbayar berjumlah 702.98 juta. Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif FELDA Global Group, Datuk Sabri Ahmad berkata, sebahagian daripada RM422.5 juta yang dijana menerusi IPO itu akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran gula syarikat itu kepada 1.5 juta tan berbanding 1.1 juta tan ketika ini. Antara langkah yang akan diambil katanya, termasuk membeli tanah di rantau ini bagi penanaman tebu, untuk memastikan bekalan gula yang mencukupi. Cabang penapisan gula (FELDA) ini adalah yang terbesar di Malaysia hari ini dari segi aktiviti hiliran (tetapi) kami mempunyai jurang yang besar dari segi aktiviti huluan kerana kami mengimport 95 peratus gula mentah.

Justeru, rancangannya adalah untuk menggunakan dana itu bagi pertumbuhan yang mana salah satu daripada keutamaannya adalah untuk meneroka rantau ASEAN bagi melihat sama ada kami boleh kembangkan perladangan gula, katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus IPO syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. Pelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Turut hadir Ketua Menteri Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu. Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, penyenaraian MSM Holdings itu mampu meningkatkan kedudukan Bursa Malaysia di kalangan komuniti pelaburan antarabangsa. Katanya, penyenaraian itu juga akan merangsang syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang lain untuk mengurangkan pegangan saham mereka dalam syarikat berpotensi untuk meningkatkan lagi kecairan dan halaju perdagangan pasaran sekali gus membantu mencergaskan pasaran modal negara. Penyenaraian seperti ini sangat ditunggu-tunggu kerana kecairan dalam tawaran awam seperti ini yang agak besar dan mampu menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa, katanya.

MPRC sasar tarik 20 syarikat asing Oleh Shahrizan Salian shahrizan@bharian.com.my 2011/06/03 Kehadiran pelabur luar rangsang pembangunan industri minyak, gas negara PENUBUHAN Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) akan membantu mencapai aspirasi negara menarik antara 10 hingga 20 firma antarabangsa industri perkhidmatan dan peralatan lapangan minyak (OFSE) dalam tempoh terdekat ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata firma itu disasar dapat menjalankan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada operasi mereka di Malaysia, iaitu mewakili 40 peratus daripada kegiatan serantau syarikat terbabit. Kehadiran mereka juga akan meletakkan Malaysia sebagai pusat operasi yang kompetitif dari segi kos bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan, selain menjadi tapak strategik untuk kegiatan pemasangan di Asia Pasifik, katanya dalam ucapan perasmian Pameran Minyak, Gas dan Petrokimia 2011 (OGA 2011) di Kuala Lumpur, semalam. Penubuhan MPRC diumumkan pada persidangan Invest Malaysia April lalu yang bermatlamat merangsang pembangunan industri minyak dan gas negara ini. Ia akan diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA). Muhyiddin berkata, firma minyak dan gas tempatan juga perlu menimbang bekerjasama dengan peserta antarabangsa untuk mengembangkan keupayaan masing-masing terutama dalam sektor perairan laut dalam dan perkhidmatan penerokaan. Dengan menjalin kerjasama, syarikat tempatan bukan saja hanya akan bergantung kepada teknologi canggih, tetapi akan turut meraih penguasaan pasaran yang kukuh di peringkat serantau, katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata Malaysia menyasarkan pertumbuhan tahunan lima peratus untuk sektor tenaga sehingga 2020 mewakili peningkatan bernilai RM131.4 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP). Ia adalah sasaran yang tinggi terutama di sebalik keadaan pengeluaran minyak dan gas yang semakin menyusut, katanya. Beliau menegaskan, peserta industri boleh meneroka banyak peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas yang dicetuskan oleh 12 projek permulaan (EPP), disasarkan untuk meningkatkan pendapatan kasar negara pada 2020. TPMB rangka piawaian makmal halal 2011/06/03 TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB), anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, membentuk pakatan strategik dengan Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) untuk bersama-sama merangka Piawaian Makmal Halal dan program pembangunan halal utama. Satu Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani kedua-dua syarikat itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran saintifik pada peringkat tempatan dan antarabangsa. HDC adalah sebuah syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan pensijilan, audit, dan perkhidmatan pemantauan. TPMB dalam kenyataannya semalam berkata, antara matlamat kerjasama strategik itu adalah mengasaskan program keusahawanan halal yang meliputi pembangunan produk halal, program pembangunan kontrak dan merangka serta melaksanakan program latihan dan rundingan halal khususnya untuk meningkatkan tahap kesedaran saintifik di dalam dan luar negara. Usaha sama ini juga meliputi pembangunan produk, penyelesaian pengilangan kontrak atau sokongan bagi usahawan, pengilang kontrak yang dipantau oleh HDC dan sebarang program lain, katanya. TPMB menyediakan analisis dan perkhidmatan makmal analitikal dalam menangani isu-isu penting berkaitan kualiti, keselamatan dan ketulenan makanan dan barangan atau produk pengguna yang lain. Bisnes Dunia: Saham Asia merudum 2011/06/03 Kejatuhan Wall Street cetus kebimbangan ekonomi global SAHAM Asia jatuh semalam berikutan kerugian besar di Wall Street selepas pengumuman satu lagi kumpulan perangkaan yang lemah mencetuskan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi global. Harga saham di Tokyo turut dijejaskan oleh ketidaktentuan politiknya ketika Perdana Menterinya, Naoto Kan berdepan usul tidak percaya yang menambahkan kegelisahan pelabur berhubung prestasi ekonomi negara itu. Bursa saham Tokyo merosot 1.69 peratus atau 164.04 mata kepada 9,555.04, Seoul jatuh 1.27 peratus atau 27.14 mata kepada 2,114.20 dan Sydney menjunam 2.27 peratus atau 106.9 mata kepada 4,600.4. Saham Hong Kong jatuh 1.58 peratus atau 372.59 mata kepada 23,253.84 dan Shanghai berkurang 1.40 peratu s atau 38.39 mata kepada 2,705.18. Saham serantau bermula dengan buruk apabila Indeks Dow Jones mencatatkan prestasi terburuknya dalam tempoh beberapa bulan ini apabila ia menjunam 2.22 peratus pada Rabu, manakala S&P 500 menurun 2.28 peratus dan Nasdaq kehilangan 2.33 peratus. Peniaga di Amerika Syarikat (AS) menjual pegangan masing-masing selepas pengumuman perangkaan yang menunjukkan ekonomi nombor satu dunia itu kini dalam keadaan pegun.

Syarikat gaji ADP berkata, sektor swasta di AS hanya menambah 38,000 pekerjaan pada Mei, jauh di bawah jangkaan 170,000 dan meningkatkan kebimbangan bahawa angka penggajian kerajaan utama juga yang akan keluar Jumaat ini akan lebih buruk daripada yang diharapkan. Kaji selidik pengilangan Institute of Supply Management menjunam hampir tujuh mata dari April ke 19-bulan terendah. Menambah kepada kebimbangan peniaga ialah apabila perangkaan jualan kereta AS pada Mei jatuh 8.3 peratus berbanding April dan 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pasaran dijejaskan lagi apabila agensi penarafan Moody pada akhir sesi sekali lagi menurunkan penarafan hutang Greek dan memberikannya tinjauan negatif. Pada Rabu, perangkaan sektor pembuatan di seluruh Asia mengarahkan kepada penurunan di negara ekonomi baru muncul utama rantau ini, dengan indeks pengurus pembelian di China, India, Korea Selatan dan Taiwan menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Perangkaan di AS adalah membimbangkan, China kelihatannya akan terus menaikkan kadar faedah bulan ini, Moody menurunkan penarafan Greece dan politik Jepun berada dalam berantakan. Kita mempunyai semua faktor untuk menjual hari ini, kata Norihiro Fujito, ahli strategi pelaburan Mitsubishi UFJ Securities Morgan Stanley kepada agensi berita Dow Jones. Di Jepun, Perdana Menteri Naoto Kan terselamat daripada undi tidak percaya yang diumumkan selepas pasaran ditutup tetapi kebimbangan atas kepemimpinannya terus menghantui negara ekonomi nombor dua di Asia, yang kini terperosok dalam hutang dan deflasi.

PETRONAS bangunkan 3 blok gas di Kanada 2011/06/03 PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS International Corporation Ltd (PICL) menjalinkan kerjasama dengan syarikat minyak dan gas Kanada, Progress Energy Resources Corporation, bagi membangunkan tiga blok gas di timur laut British Columbia itu. Menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak itu semalam, PETRONAS berkata, PICL akan menguasai 50 peratus kepentingan kerja dalam tiga blok gas yang dikenali sebagai Altares, Lily dan Kahta itu, dengan pelaburan membabitkan nilai sekitar RM3.32 bilion. Aset yang bakal dibangunkan kedua-dua pihak ialah sebidang tanah berkeluasan 60,000 hektar yang dijangka memiliki anggaran sumber gas berjumlah lebih daripada 15 trilion kaki padu, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam. PETRONAS berkata, kerjasama itu menandakan bermulanya penerokaan syarikat minyak dan gas nasional itu di Kanada. Menerusinya, PETRONAS berkata, selain mempercepatkan pertumbuhan aktiviti huluan kumpulan itu, ia juga akan meningkatkan lagi jumlah nilai eksport gas asli cecair (LNG) dalam negara itu. PETRONAS melihat langkah itu sebagai peluang yang paling menarik kerana ia membuka ruang bagi kumpulan meneroka industri blok gas di Amerika Utara, dan pada masa turut memperkukuhkan lagi kedudukan PETRONAS sebagai peneraju global dalam perniagaan LNG, katanya. Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, PETRONAS berkata, ia dan Progress bersetuju menubuhkan sebuah entiti usaha sama eksport LNG untuk melaksanakan kajian daya maju ekonomi bagi mewujudkan kemudahan eksport LNG bersepadu di barat Kanada. Katanya, kajian itu akan menyediakan kumpulan berkenaan pilihan alternatif strategik lain selain daripada saluran paip gas tradisional sedia ada di kawasan utara Amerika. PETRONAS berkata, dengan MoU itu, kedua-dua pihak juga turut bersetuju bekerjasama dalam bidang lain yang bakal wujud di kawasan barat Kanada. Sorok diesel subsidi dalam rumah ibadat 2011/06/03 IPOH: Sindiket penyelewengan diesel subsidi di negeri ini menggunakan sebuah rumah ibadat di Simpang Pulai, dekat sini, sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan haram mereka sebelum memindahkan bekalan bahan itu menerusi kenderaan lain. Taktik itu dikesan apabila 12 anggota dan pegawai dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak diketuai Pegawai Penguat kuasa, Akram Karim Mohamad Arip melakukan serbuan di sebuah treler yang menyedut diesel secara haram ke dalam tangki yang disediakan di dalam sebuah kenderaan lain yang sedia menunggu di lokasi dijanjikan. Operasi bermula jam 12.45 tengah hari semalam merampas lebih 200 liter diesel subsidi, selain kenderaan bernilai kira-kira RM103,275. Ketua Penguat kuasa yang juga Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Rosli Ahmad, berkata serbuan itu dilakukan hasil intipan selama sebulan dan mendapati kegiatan menyeleweng bekalan diesel subsidi itu dilakukan seorang pemandu kenderaan syarikat perindustrian. Ketika serbuan dijalankan, kami mengesan dan menahan sebuah treler di tepi jalan berhampiran rumah ibadat di Simpang Pulai ketika pemandunya sedang menyedut diesel dari tangki bawah kenderaan itu untuk dimasukkan ke dalam tong yang disediakan di dalam sebuah kereta. Kereta itu didapati sudah sedia menunggu di lokasi yang dijanjikan dan kedudukannya agak tersorok di sebalik treler itu bagi mengelak aktiviti menyedut diesel itu disedari orang ramai, " katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu sudah diubah suai bagi memudahkan tong diesel berkenaan dimuatkan dalam kenderaan sebelum dijual kepada pembekal daripada syarikat perindustrian lain. Susulan itu, kami merampas diesel dan kenderaan bernilai RM103,275, manakala pemandu berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Peraturan 3 (3) Perintah Kawalan Bekalan (Penandaan Barang Berjadual) 2006 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap individu yang terbabit, manakala bagi syarikat, denda tidak lebih RM250,000,"

Lelaki rogol budak dipenjara 25 tahun 2011/06/10 Penjual barangan lusuh turut dihukum 15 sebatan KLANG: Seorang penjual barangan lusuh, semalam, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam tandas ketika mangsa menghadiri majlis perkahwinan di sebuah dewan sekolah di Sekinchan, di sini, Sabtu lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap M Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada hari kejadian itu berlaku. Mengikut pertuduhan, Suresh didakwa merogol mangsa dalam tandas perempuan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan, Sekinchan pada 4 Jun lalu antara jam 9 hingga 9.15 malam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin, manakala Suresh tidak diwakili peguam. Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan alasan dia mabuk ketika melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun, Nizi Shazril memohon hukuman setimpal dikenakan kerana mangsa baru berumur lapan tahun 11 bulan, selain perbuatan tertuduh turut menjejaskan masa depan mangsa. Berdasarkan fakta kes, mangsa dan abang iparnya menghadiri majlis perkahwinan di dewan SJKC itu sebelum pergi ke tandas berhampiran lokasi majlis. Tertuduh mengekori mangsa dan merogol kanak-kanak terbabit sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel. Peguam Syarie Menulis: Cari punca perosak akhlak tangani isu buang bayi Oleh Marlina Amir Hamzah 2010/04/21 Semua pihak perlu kerjasama bendung masalah jejas imej generasi muda masa depan SEBELUM ini kita sering memperkatakan permasalahan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan kanak -kanak, keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal. Ia boleh terjadi dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini bukan hanya berlaku di bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini, kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar. Sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36 peratus. Statistik di atas jelas menunjukkan betapa nazak dan dahsyatnya permasalahan buang bayi yang melanda masyarakat kita saban hari tanpa menunjukkan kadar penurunan. Pelbagai saranan dan cadangan diutarakan pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi dan menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma kemanusiaan sejagat amnya. Di antaranya dengan menubuhkan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelajar sekolah. Namun timbul persoalan di sini iaitu sejauh manakah penyelesaian yang dicadangkan mampu menangani gejala buang bayi secara keseluruhannya. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara bagi 2000 hingga 2008, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Cuba bayangkan dalam keadaan cadangan penyelesaian di atas belum dilaksanakan sepenuhnya, sudah ada 257,000 kanakkanak yang didaftarkan tanpa nama bapa, apatah lagi sekiranya cadangan penyelesaian itu dilaksanakan sepenuhnya, pasti jumlah tersebut akan bertambah berlipat kali ganda yang seterusnya membawa kepada permasalahan yang lain. Penulis amat tertarik dengan saranan Timbalan Dekan, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, yang mengatakan: Jika semua pihak terutama kerajaan serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber yang mendedahkan mereka kepad a faktor yang merosakkan nilai murni. Satu usaha bersepadu dan berterusan haruslah diambil secepat mungkin oleh semua pihak seperti agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi memastikan segala punca kepada berlakunya masalah pembuangan bayi ini dapat dikenal pasti dan dihapuskan daripada terus menghantui masyarakat pada hari ini. Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 20-22 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya dan janganlah kamu menjadi sebagai orang munafik yang berkata: Kami mendengar, pada hal mereka tidak mendengar. Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk di sisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar atau memahami kebenaran iaitu orang yang tidak mengerti). Perlakuan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan dan pelbagai lagi permasalahan yang melanda masyarakat wajar dibanteras secara bersepadu dengan berpandukan kepada panduan Illahi bukan hanya berlandaskan akal semata-mata dan penyelesaian jangka pendek yang hanya mengundang masalah selanjutnya yang tidak berkesudahan. Masalah pembuangan bayi adalah salah satu natijah buruk yang terhasil akibat pelbagai masalah masyarakat yang melanda dan kini menjadi barah yang semakin merebak dalam masyarakat kita. Justeru, cara sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membanteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.

Empat lagi kes buang bayi Oleh Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman bhnews@bharian.com.my 2010/08/14 Menteri kecewa masyarakat tak peduli hukuman lebih berat KUALA LUMPUR: Belum sampai 24 jam Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh dan percubaan membunuh, empat lagi kes pembuangan bayi dilaporkan dalam tempoh itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menerima maklumat tiga kes pembuangan bayi dilaporkan di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur.Satu lagi kes dilaporkan di Johor Bahru. Semua pihak mesti serius dan tidak lepas tangan berhubung kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Isu ini jika tidak ditangani segera mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan. Ini tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pemimpin.Jangan ambil kes ini sambil lewa, katanya kepada pemberita selepas melawat Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam kejadian di Johor Bahru, seorang penjala ikan, Mohd Moh Othman, 60, terkejut menemui mayat bayi yang tidak diketahui jantinanya dalam bakul di pinggir laut berhampiran Jalan Datuk Onn, kira-kira jam 5 petang kelmarin. Sekali pandang, bayi berkenaan cukup sifat dan masih bertali pusat.Saya buntu sebaik melihat mayat itu dan membuat laporan polis selepas disuruh ahli keluarga, katanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan. Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM. Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu.Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 6 5 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak

10

orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Tahun lalu 392 wanita melahirkan anak luar nikah.Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun, katanya. Kawasan Hijau Kurangkan Isu Pencemaran Alam Sekitar Wednesday, 27 October 2010 | Ruangan: Berita KELANA JAYA, 27 Okt Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat membuka lebih banyak kawasan hujau di sekitar Petaling Jaya sebagai satu langkah mengatasi isu pencemaran alam sekitar dan pemanasan dunia. Penyediaan dua hektar tanah di kawasan lapang bagi setiap 1,000 penduduk bakal dipenuhi dalam program ujian terbaik bagi pemb ukaan kawasan hijau yang akan dikuatkuasakan. Datuk Bandarnya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, mana-mana tempat yang tidak menyediakan kawasan hijaun yang cukup, akan dikenakan Caruman Kawasan Hijau selain dikehendaki membina Roof Top Garden dan Vertikal Planning . Caruman tersebut dikenakan bagi membiayai kos selenggara kawasan lapang yang disenaraikan. MBPJ bercadang untuk menjadikan Bandar Raya Petaling Jaya dalam taman, dengan persekitaran hidup yang sihat lagi bersih, bagi melahirkan masyarakat yang produktif dan sihat, katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan penjenamaan Semula Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar MBPJ, semalam Siswa Dot.Com: Peranan semua pihak mampu bendung gejala sosial 2011/04/07 Berita harian online MASALAH sosial remaja pada masa kini berada pada tahap yang membimbangkan.Hal ini kita dapat melihat berapa banyak kes pembuangan bayi yang berlaku sekitar dua tahun kebelakangan ini. Di mana rasa tanggungjawab dan belas kasihan dalam diri manusia yang dicipta dengan pelbagai anugerah pada zaman ini?Adakah ini petanda akhir zaman yang sudah tercatat di dalam kitab suci al-Quran kita? Jika hal ini benar, bagaimana kita cuba menghadapi dan membendung masalah sosial ini? Krisis akhlak dan moral remaja bermula daripada pergaulan remaja yang bebas, perlakuan seks bebas, rogol, sumbang mahram, hingga membawa kepada pembuangan bayi di dalam tong sampah, kawasan air terjun dan sebagainya. Faktor keruntuhan akhlak remaja boleh dikatakan berpunca daripada ketidakcukupan asuhan, perhatian dan kawalan ibu bapa.Remaja yang bermasalah ini bukan saja berasal daripada keluarga miskin, malah remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang kaya dan baik juga turut terbabit. Peranan ibu bapa itu sendiri haruslah bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi.Hal ini kerana kanak-kanak amat memerlukan bimbingan dan perhatian ibu bapanya dalam membentuk keperibadian mereka. Mereka akan lebih cenderung untuk bertanya dan jawapan yang diberikan ibu bapa haruslah mudah diterima serta difahami anak-anak. Layanan yang kasar haruslah dielakkan agar kanak-kanak tidak mengalami masalah tekanan jiwa, mental dan fizikal. Pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak pula, mereka cuba menyesuaikan diri dan bergaul dengan orang ramai. Mereka akan mula berfikir mengenai perkara baik dan buruk yang disukai orang lain, manakala pada peringkat akil baligh serta remaja, mereka mula mengalami perubahan fizikal dan mula mengalami perubahan hormon dalam diri mereka. Mereka akan mula berdikari dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, ibu bapa dan adik beradik yang lain haruslah memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan mereka pada usia remaja agar tidak terpesong daripada jalan yang benar seterusnya mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa itu sendiri dalam membendung masalah sosial daripada menimpa ke atas anak-anak mereka yang tersayang.Ibu bapa haruslah bersikap lebih terbuka dan bersedia mendengar segala permasalahan yang dihadapi oleh anak mereka.Nilai murni harus ditonjolkan supaya anak-anak dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara itu. Masyarakat pula boleh dikategorikan sebagai rakan, jiran tetangga, pakar motivasi mahupun guru di sekolah.Rakan boleh dikatakan teman kedua paling rapat anak-anak selepas ibu bapa. Mereka akan lebih terbuka untuk menceritakan masalah yang dihadapi berbanding ibu bapa mereka. Oleh itu, sebagai masyarakat yang penyayang, rakan haruslah memainkan peranan dengan memb eri nasihat dan panduan yang baik serta menjadi pendengar dan penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Hari ini, anak akan mudah berasa tenang dan berasa lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebagai contoh, jika ada rakan anda yang menceritakan bahawa beliau sudah melakukan zina dan ingin bertaubat, anda sebagai rakan tidak seharusnya menjauhkan diri dan menghakimi beliau dengan perkara yang negatif. Anda harus bersedia membantu beliau bagi menghadapi masalah tersebut memandangkan beliau sudah insaf akan hal itu. Anda juga boleh berperanan dengan memberi nasihat serta menemani beliau ke pusat kaunseling bagi mendapatkan motivasi agar jiwanya lebih tenang dan tidak melakukan sesuatu yang terburu-buru. Fitrah manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan, namun tidak selama-lamanya pesalah itu akan melakukan perbuatan yang sama. Sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, jiran juga memainkan peranan yang penting bagi menangani masalah gejala sosial remaja kini. Mereka tidak seharusnya bertindak mementingkan diri sendiri tanpa mengambil peduli hal orang lain. Sekurang-kurangnya, anda sebagai jiran haruslah mengamalkan sikap untuk menegur sesuatu perkara yang dilihat tidak baik dan bertentangan dengan amalan Islam yang dilakukan oleh seseorang yang anda kenali. Biarlah kita dianggap menjaga tepi kain orang, namun amar makruf nahi mungkar itu harus ditegakkan.Slogan mencegah adalah lebih baik daripada merawat ialah satu penyelesaian yang baik dalam menangani masalah ini.

11

Warga sekolah juga wajar memainkan peranan dalam mencorak keperibadian dan akhlak bakal pemimpin negara kelak.Harapan agar generasi yang bakal memerintah negara kelak bukan saja bagus dari segi kepimpinannya, malah cemerlang akhlak dan moral dirinya.Pihak sekolah boleh mengadakan ceramah berunsurkan kesedaran yang dapat membuatkan hati warga sekolah berasa tersentuh mengenai masalah gejala sosial dan zina ini. Perasaan takut akan hukuman Allah SWT dan benci akan perbuatan terkutuk ini dapat disemaikan di dalam jiwa anak kita. Akhir sekali, zina dan masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung jika kita sebagai masyarakat bersama-sama berganding bahu membasmi masalah ini. Harapan agar generasi masa hadapan akan lebih cemerlang dan suci salasilah keturunannya. Siti Zawiyah Mat Jamil Universiti Utara Malaysia Ijazah Program Perbankan

Takut, Malu Punca Remaja Buang Bayi 2010/07/02 KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu beru mur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka. Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kera tidak na mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sos ial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO), katanya. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu. Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok, katanya. - Berita Harian Online
Pelajar lemas ketika ponteng sekolah Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan NUR AISHAH AMIN beritai@kosmo.com.my BANDAR BARU BANGI Tindakan seorang pelajar ponteng sekolah agama sesi petang untuk pergi memancing bersama tiga lagi rakannya mengundang padah apabila dia ditemui lemas dalam Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Mohd. Fahmi Jefri, 12, dipercayai tergelincir ke dalam tasik berkenaan bersama tiga lagi rakannya. Dia gagal menyelamatkan diri kerana dipercayai tidak tahu berenang.Tiga lagi rakannya yang terselamat ialah Mohd. Shahrul Fitri Zurin, Haziq Izidin Anizam dan Fikri Abdul Rahman. Kesemua mereka berusia 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ra Dalam di mal sini.Menceritakan kembali kejadian tersebut, Mohd.Shahrul Fitri memberitahu, Mohd.Fahmi telah mengajak mereka pergi memancing dengannya selepas mendakwa yang dia telah berhenti sekolah agama. Katanya, dia yang percaya dengan dakwaan mangsa bersetuju pergi ke tasik tersebut sebelum ternampak seorang lelaki datang ke arah mereka tidak lama kemudian. Kami yang takut dimarahi lelaki itu kemudian bergegas meninggalkan kawasan tersebut sebelum tergelincir ke dalam tasik kerana tebingnya yang agak curam. Saya, Haziq Izidin dan Fikri dapat menyelamatkan diri tetapi Mohd.Fahmi gagal kerana dia tidak pandai berenang.Kami panik se lepas melihat dia terkapai-kapai sebelum bergegas meminta tolong, katanya ketika ditemui semalam. Sementara itu, bapa mangsa, Jefri Subari, 34, ketika dihubungi memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak polis setengah jam kemudian. Keluarga Juraini berdoa tiada lagi tanah runtuh -Sinar harianKAJANG - Kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa termasuk anak-anak yatim Sabtu lepas, terdapat sebuah rumah kediaman yang dikhuatiri menghadapi risiko yang sama. Rumah berdekatan tebing bukit itu disewa tukang masak, Juraini Mat Jais, 38, yang tinggal bersama isteri dan dua anak nya sejak tiga tahun lepas itu pernah menyaksikan tanah dan seketul batu besar jatuh dari tebing itu beberapa kali. "Namun tiada apa yang berlaku.Tanah itu runtuh sedikit demi sedikit dan batu itu tidak mengenai rumah kami," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. Walaupun timbul kebimbangan tinggal di rumah itu sejak tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, namun tukang masak Lembah Azwen Resort tidak jauh dari situ tiada pilihan lain melainkan terpaksa "menutup mata" dan hanya berdoa agar kejadian buruk tidak berlaku kepada keluarganya. "Hanya rumah ini sahaja yang murah dan mampu untuk saya sewa iaitu RM150 sebulan.Lagipun tempat kerja saya dekat. "Isteri pula tidak bekerja. Rumah lain sewanya tinggi, jadi nak tak nak saya terpaksa tinggal juga di sini," katanya. Juraini yang berasal dari Puchong berkata beliau bagaimanapun terpaksa akur dengan arahan berpindah jika didapati rumah sewanya tidak selamat untuk diduduki. Ketika tragedi Sabtu lalu, Juraini berkata, beliau tidak sedar mengenai kejadian tanah runtuh kerana baru pulang ke rumah selepas bekerja. "Saya di rumah masa kejadian, tak tahu apa berlaku.Rumah saya terlindung dari lokasi kejadian," katanya. - Bernama Seks bebas antara punca utama gejala sosial remaja

12

2010/04/17 BERITA HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas hingga hamil dan melahirkan anak luar nikah adalah antara masalah sosial utama dikenal pasti membabitkan gadis berusia 13 hingga 18 tahun di ibu kota, dengan kebanyakannya masih bersekolah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata ia sebahagian daripada faktor penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini. Dalam kebanyakan kes (pembuangan bayi) sebelum ini, memang ada pelakunya membabitkan pelajar sekolah, malah siasatan sering menjurus kepada amalan seks bebas di kalangan mereka hingga hamil dan untuk menutup malu mereka membuang bayi itu. Ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, khususnya ibu bapa yang perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak terbabit dalam masalah sosial atau dan kes jenayah, katanya ketika merasmikan ulang tahun ke-40 Kor Kadet Polis di sini, semalam. Beliau berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengenai masalah cinta membabitkan pelajar mendapati trend teman lelaki bersifat lepas tangan sekiranya teman wanita mereka hamil. Remaja perempuan yang menganggap teman lelakinya jujur dan dengan rela hati menyerahkan tubuh mereka tanpa menyedari dipermainkan, selain sekadar dijadikan pemuas nafsu. Ada juga teman lelaki yang sanggup membunuh kekasihnya untuk menghapuskan bukti dan menutup rahsia dilakukan selama ini, katanya. Beliau berkata, ada juga pelajar terbabit dalam kes rogol, curi motosikal, peras ugut, gangsterisme, samun dan ragut, dengan jumlah ditahan menunjukkan meningkat setiap tahun. Seramai 3,263 pelajar ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam 2,003 kes jenayah.Ia menunjukkan peningkatan 452 tangkapan berbanding tahun sebelumnya, katanya.
DAP dicabar tutup sekolah Cina, Tamil UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 9 Jun DAP dicabar menutup sekolah aliran Cina dan Tamil jika benar mahu memperjuangkan bangsa Malaysia seperti yang berlaku dalam kes terbaru membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jika diikutkan logik dalam kes sijil kelahiran anak Hannah itu, maka DAP patut bersetuju semua sekolah dinamakan sekolah Malaysia atau lebih tepat Sekolah Kebangsaan Malaysia. Kalau macam itu, eloklah kita tukar semua sekolah aliran Cina dan Tamil kepada Sekolah Kebangsaan 1Malaysia, katanya dalamentri terbaru blognya bertajuk Anak Cindia di http://zul4kulim.blogspot.com. Entri itu merujuk pada kes Hannah yang cuba mendaftarkan anak perempuannya sebagai bangsa Malaysia dalam kategori kerana mendakwa anaknya itu adalah hasil perkahwinan dengan seorang lelaki India. Zulkifli menambah, keengganan Hannah meletakkan label keturunan anaknya itu menimbulkan persoalan besar sama ada beliau bersikap cauvinis, prejudis dan rasis. Ini kerana kata beliau, jika mengikut amalan pendaftaran anak di negara ini, anak itu wajar mengikut keturunan bapanya iaituTamil atau India. Adakah Hannah tidak mahu anaknya dikenali sebagai keturunan Tamil atau India? Kalau ini benar, maka sikap Hannah ini sudah pasti memberi persepsi yang sangat rasis dan cauvinis! Apatah lagi di dalam amalan masyarakat Cina, nama keluarga sang isteri akan hilang sebaik sahaja berkahwin. Bu kankah ini juga satu bentuk diskriminasi?, kata beliau. Gejala seks bebas umpama barah Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar SYEFRY MONIZ UTUSAN ONLINE TIDAK pasti sama ada anda sebagai pembaca menyokong atau tidak tajuk yang diberikan di atas. Tapi bagi penuli itulah perumpamaan s yang paling ideal bagi menggambarkan situasi buruk tersebut. Gejala zina dan seks bebas begitu membarah di kalangan masyarakat kini.Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di ka langan ahli masyarakat yang tercari-cari di mana silapnya dan apakah langkah penyelesaian terbaik. Tidak dinafikan banyak cadangan yang telah dikemukakan pihak kerajaan mahupun swasta bagi membendung masalah tersebut. Antara yang begitu hebat dibicarakan ialah pendidikan seksual di awal usiakanak-kanak. Persoalannya sejauh manakah kejayaan seksual yang telah dipraktikkan di negara barat dapat mengatasi gejala seksual yang begitu menular di negara kita. Antara pertubuhan bukan kerajaan yang begitu prihatin untuk membendung masalah ini ialah Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia dan Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dengan kerjasama Persatuan Mawaddah Malaysia.Ketiga-tiga pertubuhan ini begitu tegas menyatakan pendirian bahawa pelaksanaan Syariah sepenuhnya adalah penyelesaian terbaik kepada masalah sosial yang sedang menular. Pun begitu para cendekiawan dari persatuan ini tidak menolak terus kepentingan melaksanakan pendidikan seksual sebagai langka h interim ke arah penyelesaian masalah semasa. Antara kenyataan yang dikeluarkan ialah, pelaksanaan pendidikan seksualiti di sekolah ini perlu dibincangkan dan diperhalusi dari segi bentuk pengajaran dan pembelajarannya. Pendidikan seksual yang hendak dilaksanakan itu mestilah menyeluruh, melibatkan lima d imensi iaitu; biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual. Pendidikan yang hanya menekankan aspek biologikal tanpa input tentang nilai agama dan moral akan gagal membina jati diri anak-anak. Ia sekali gus menyebabkan gagal mengawal gejala zina yang semakin teruk kini. Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia, Maznah Daud berkata, mereka tidak menafikan usaha-usaha bagi menyelamatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa. "Wanita Ikram Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina."Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam pula tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al- Quran dan sunah Rasulullah SAW," tegasnya pada Wacana Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti di Kompleks Komuniti Presint 16, Putrajaya, baru-baru ini. Maznah menegaskan pendidikan seksualiti yang bakal dilaksanakan perlulah sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak,tingkah laku mulia, jauh kemungkaran dan tidak pula mendatangkan kemudaratan orang lain. "Kandungan pengisian pendidikan seksualiti itu perlulah mampu menjurus anak-anak yang dididik ke arah memahami diri sendiri dan seterusnya membawa mereka kepada mengenali serta patuh kepada Allah SWT sebagai tuhan mereka.Ini jelas sekali menunjukkan bahawa bentuk pengajaran dan pendidikan seksualiti yang patut dibuat di negara ini adalah jauh berbeza dari apa yang dilaksan akan di barat," ujarnya.

13

Pas semakin terpesong Oleh WANDA IDRIS UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 9 Jun Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam. Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu. Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masingmasing. Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam.Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula. Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka?Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat. Mereka ini suka putar-belit.Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu.Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur. Ini bukan perjuangan sebenar Islam.Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan, katanya.

Jangan ghairah kejar kemenangan sehingga abai keredaan Allah UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 9 Jun Barisan baru kepimpinan Pas yang digelar Kabinet pilihan raya oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta jangan terlalu ghairah mengejar kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke -13 sehingga mengabaikan keredaan Allah. Ingatan itu disuarakan secara terbuka oleh ca lon ulama yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menegaskan dalam Islam matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan menambah, barisan kepimpinan baru yang dit erajui golongan profesional tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan parti hanya kerana ingin merampas Putrajaya. Jangan sesekali lari daripada dasar dan matlamat parti. Selaku parti yang memperjuangkan Islam dan didukung oleh ulama sekia n lama, bukan menang sahaja yang dicari tetapi ia perlu seiring dengan keredaan Allah. Kaedah mesti selari dengan dasar, jangan kita terikut -ikut dengan budaya fitnah pihak lawan, dosa dan pahala kena ingat, semua ini kena jaga jika ingin keredaan Allah, katanya ketik a dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebagai rekod, Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu terkenal sebagai aktivis lantang, malah beliau yang dihadap ke m ahkamah atas tuduhan khalwat pada 1995 pernah menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seba gai Al-Juburi. Mengenai dakwaan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa kekalahan calon ulama disebabkan golongan tersebut tidak strategis, beliau enggan mengulas lanjut tetapi mengakui kepimpinan sekarang sesuai dengan keperluan semasa. Katanya, tidak manis baginya untuk membalas pandangan anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memandangkan beliau sendiri turut bertanding merebut kerusi Naib Presiden kerana bimbang ia akan mengguris hati sesetengah pihak. Saya melihat perwakilan membuat keputusan demi keperluan semasa.Saya setuju jika gandingan sekarang dilabelkan sebagai Kabinet perang kerana mereka mempunyai kriteria dan keupayaan untuk tujuan itu. Meskipun kalah, saya menerimanya dengan hati terbuka kerana perwakilan sudah membuat keputusan dengan bijak.Harap kepimpinan baru mampu memenuhi aspirasi parti sebagaimana dikehendaki perwakilan, katanya. UMNO sudah sekian lama utamakan kebajikan UTUSAN ONLINE KUALA SELANGOR 9 Jun - Pas disifatkan sebagai ketinggalan apabila baru sekarang mahu memperkenalkan konsep negara berkebajikan sedangkan UMNO sudah sekian lama mengamalkan pendekatan mengutamakan kebajikan rakyat dalam setiap program yang diadakan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengenalan konsep negara berkebajikan jelas menunjukkan Pas cuma mahu menyesuaikan diri dengan sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PRK), meskipun terpaksa mengetepikan slogan asal perjuangan menegakkan negara Islam. "Sebenarnya Pas selalu 'ketinggalan bot' dan mereka selama ini berjuang bersungguh -sungguh sehingga akhirnya menggadaikan prinsip perjuangan. "Sedangkan kita dalam UMNO sudah lama mengutamakan kebajikan, antaranya dalam pendidikan kita belanja hampir RM1.5 bilion setahun untuk pendidikan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 Parlimen Tanjong Karang di sini hariini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung, Shamsudin Lias dan ADUN Permatang,Sulaiman Abdul Razak. Seramai 410 pelajar pelbagai kaum yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima anugerah pada majlis tersebut. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, tahun lalu sahaja UMNO Selangor telah membelanjakan kira-kira RM810,000 untuk kemudahan pendidikan, selain RM210,000 bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian ti ggi. n ''Kita akan berikan apa saja untuk pendidikan kerana para pelajar terutama di luar bandar perlu diberikan peluang untuk membolehkan mereka berjaya," katanya. Katanya, keadaan itu berbeza dengan kerajaan negeri sekarang yang dilihat gagal untuk memberikan tumpuan kepada sektor pendidikan termasuk gagal menguruskan Yayasan Selangor, selain Universiti Selangor (Unisel) yang difahamkan berada dalam keadaan kritikal kerana kekurangan pelajar. ''Inilah akibat terlalu berpolitik dan lebih mementingkan kroni," katanya. Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pemberian anugerah itu dibuat berdasarkan kecemerlangan mengikut kategori sekolah dan latar belakang keluarga yang tinggal di luar bandar. Katanya, anugerah tersebut tidak dibuat berdasarkan dasar meritokrasi semata-mata iaitu dasar sama rata dan sama rasa kerana ia akan menyebabkan berlaku ketinggalan di kalangan pelajar luar bandar.

14

"Kita kena terima hakikat bahawa di negara ini masih ada lagi golongan yang mesti terus diberi pembelaan dan mungkin suatu ha nanti ri mereka akan menjadi pelajar yang hebat-hebat dan akhirnya boleh bermain di atas padang yang sama. ''Justeru, sumbangan daripada UMNO hari ini sebenarnya tidaklah seberapa tetapi apa yang penting ia adalah sebagai tanda peng hargaan kepada para pelajar yang cemerlang dan juga tanda terima kasih kepada ibu bapa kerana berjaya mendidik anak-anak mereka," katanya.

Sayap ulama boleh jadi penasihat UMNO KUALA LUMPUR 9 Jun - UMNO menyifatkan cadangan penubuhan sayap ulama sebagai satu usaha yang baik kerana golongan itu dapat membantu memberi panduan dalam pengendalian aktiviti parti supaya UMNO dilihat lebih serius menerapkan nilai nilai Islam dalam agenda dan perjuangannya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar parti. Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu direalisasikan, kedudukan ulama perlu dipastikan sesuai dengan peranan yang ditentukan Islam termasuk nasihat yang diberikan mengikut hukum Islam sebenar tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik. "Ulama-ulama lazimnya tidak memihak dan memberi panduan mengenai hukum mengikut nas dan ijmak ulama.Lainlah kalau ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan politik seperti yang terdapat dalam Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penubuhan sayap ulama UMNO yang dicadangkan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi kolumnya, Cuit seperti yang disiarkan akhbar ini hari ini. Menurut Ahmad Zahid, penubuhan sayap ulama UMNO bagaimanapun perlu diteliti dengan mendalam termasuk dibawa ke mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) agar tidak bercanggah dengan perlembagaan dan peraturan parti. Dalam perkembangan sama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penubuhan sayap ulama UMNO perlu disegerakan memandangkan Pas dilihat tidak lagi menerajui perjuangan Islam. "UMNO sememangnya sentiasa berjuang ke arah kepentingan Islam dan perjuangan ini wajar diinstitusikan secara formal dalam bentuk majlis ulama yang dapat memberi nasihat kepada MT," katanya.

Pemuda UMNO, NGO buat aduan polis UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 9 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat lapan laporan polis membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih yang merancang mengadakan perhimpunan kali kedua di ibu negara pada 9 Julai depan. Kesemua wakil pertubuhan itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 12 tengah hari ini sebelum keluar kira-kira pukul 2.30 petang. Pertubuhan-pertubuhan itu ialah Pergerakan Pemuda UMNO; Belia Bukit Bintang; Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Persatuan Penjaja Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tujuan laporan itu dibuat kerana mereka tidak mahu kejadian seperti tahun 2008 berulang lagi. "Kekecohan yang berlaku turut menganggu ketenteraman orang awam termasuk pelancong luar sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Oleh itu pihaknya, mengambil langkah awal dengan membuat laporan agar polis dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perhimpunan itu tidak diulangi. Catat rekod sejarah terbaik UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR 9 Jun - Pameran Inovasi PKS 2011 (SMIDEX 2011) telah mencatat jualan berpotensi sebanyak RM194.67 juta, hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding sasaran awal berjumlah RM100 juta. Tahun lalu, rekod jualan berpotensi yang dicatatkan adalah RM93.32 juta. Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp.), Datuk Mohammed Al Amin Abdul Majid berkata, kejayaan itu didorong oleh penyertaan syarikat-syarikat besar, syarikat milik kerajaan (GLC) serta syarikat-syarikat asing. "Pencapaian ini adalah rekod jualan terbaik SMIDEX sejak 15 tahun lalu walaupun sesi pemadanan perniagaankali ini berkurangan daripada segi kuantiti berbanding tahun lalu, tetapi kualiti syarikat-syarikat yang menyertai sesi tersebut kali ini menghasilkan jualan yang berkali ganda lebih tinggi," katanya selepas Majlis Penutupan SMIDEX 2011 di sini hari ini.Tu hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, rut Hafsah Hashim. Mohammed Al Amin berkata, penyertaan pasar raya besar seperti Giant, Mydin, Tesco dan Carrefour yang menggunakan platform SMIDEX bagi mencari produk dan perkhidmatan baharu turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan SMIDEX kali ini. Malah sesi pemadanan perniagaan tahun ini turut disertai oleh portal pemasaran dalam talian seperti postme.com dan Air Asia Megastore yang membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan memasarkan produk secara di dalam talian. Katanya, industri jentera berat dan kejuruteraan pada tahun ini menjadi penyumbang terbesar jualan berpotensi sebanyak 30 peratus. Sejumlah 77 syarikat PKS tempatan daripada 12 sektor industri termasuk makanan dan minuman, automotif, elektrik dan elektronik, farmaseutikal, minyak dan gas serta perkhidmatan menyertai sesi berkenaan. Proton, Perodua, Boeing, BAE Systems, Tenaga Nasional Bhd. Jusco, Carrefour dan Mydin pula merupakan antara syarikat-syarikat besar, GLC tempatan dan asing menyertai aktiviti pemadanan perniagaan selama tiga hari itu. THURSDAY, JANUARY 17, 2008 'Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial PANTAIDalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur.Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tin (IPT).Mereka ggi tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah.Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.

15

Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa?Di situlah kejadian ini berlaku.Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam KeluargaDi 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!, kata Benjy. Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya. Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya, kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan tema n lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi. Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui n asib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat. Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan lu nikah ar dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depa n. Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air. Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melak ukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan.Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat, katanya ketika ditemui di Kewaja.Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja. Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan bermusim . Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini, katanya.Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar.Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi. Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT. Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti Anak Kecil Main Api membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan.Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan.Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini? kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan m inda remaja. (Berita Harian 16 Jan 08)

ARKIB : 05/06/2011 UTUSAN ONLINE Khasiat buah acai beri Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui kewujudan buah ini.Buah kecil berwarna hitam-ungu kemerahan ini tidak banyak bezanya dengan anggur dan bersaiz kira-kira satu inci. Pokoknya merupakan keluarga tumbuhan palma dan ia banyak ditemui di bahagian tengah dan selatan Amerika terutama di lembangan Amazon. Acai beri terdapat dalam pelbagai jenis.Ia mempunyai biji yang besar kira-kira tujuh hingga 10 milimeter. Biji ini memenuh 80 peratus buah. Di Brazil buah ini dijadikan perasa ais krim atau jus, juga dikeringkan. Pada 2008, akhbar Los Angeles Times melaporkan buah acai adalah sumber penjanaan wang tanpa merosakkan hutan Amazon.Ia diketahui bermanfaat dan kaya protein dan dipercayai membantu mengekalkan kesihatan sejak dahulu lagi. Kajian tentang khasiat buah ini memfokus kepada aktiviti antioksidan yang dimilikinya.Secara teori, aktiviti ini membantu menghalang penyakit yang berpunca daripada tekanan seperti penyakit jantung dan kanser. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Florida mendapati, buah acai beri boleh dianggap salah satu buah-buahan yang kaya dengan sumber anti pengoksidaan paling tinggi. Buah ini mengandungi beberapa bahan seperti flavonoid dan anthocyamin iaitu bahan yang bertanggung jawab menghasilkan warna pada setiap buah.Makanan yang mengandungi bahan anthocyamin seperti beri biru, anggur merah dan beri acai sendiri mempunyai warna yang kuat.Bahan itu juga diyakini mempunyai antioksidan yang tinggi dan membantu badan melawan penyakit.Ia juga memainkan peranan dalam sistem pertahanan badan. Sesetengah kajian menunjukkan pulpa acai beri mengandungi antioksidan yang lebih tinggi daripada lain-lain buah beri seperti kranberi, rasberi, beri hitam, strawberi atau beri biru. Hingga kini, banyak kajian menyokong fakta mengenai pemakanan diet yang kaya antioksidan.Justeru tidak hairan buah acai beri dan lain-lain buah beri membantu diet sihat. Dr. Nicholas Perricone, seorang pakar perubatan berkata, buah acai beri merupakan pemakanan paling berkhasiat dan buah yang bertenaga secara semula jadi.

16

Buah ini turut diekstrak untuk dijadikan produk kosmetik dan kecantikan kerana ia mengandungi minyak khas yang dikatakan kaya dengan sumber antioksidan. Melalui kajian yang dijalankan, minyak buah acai beri merupakan alternatif selamat untuk kulit wajah dan badan.Ia juga boleh digunakan sebagai syampu dan perapi. Apabila minyak acai beri diproses dan disimpan untuk jangka masa yang panjang, paras antioksidan kekal tinggi. Namun bagi mereka yang alah kepada debunga atau alah kepada sebarang jenis buah beri, anda mungkin perlu mengelak memakan buah ini.Walaupun begitu, pengambilan dalam amaun yang kecil dikatakan tidak memberi sebarang kesan pada pengamalnya.

ARKIB : 07/06/2011 UTUSAN ONLINE Khasiat rawatan madu KHASIAT madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya sudah diketahui umum. Secara semula jadi, madu sangat berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat.Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Hari ini, madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. Sehubungan itu, syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tempatan, Tasbih Emas Resources (Tasbih Emas) telah mengorak langkah dengan mengembangkan produk kesihatan berasaskan madu lebah. Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, rangkaian produk keluaran Tasbih Emas yang diberi nama Aulia juga merupakan alternatif dan sebahagian pakej lengkap khususnya untuk mereka yang ingin memelihara kecantikan dalaman dan luaran dengan baik. Menurut Perunding Produknya, Dr. Rosli Senafi, produk Aulia dihasilkan dengan pengawalan yang ketat bagi memastikan mutu dan kualiti produk mencapai piawai yang tinggi. Katanya lagi, semua produk Aulia dihasilkan daripada campuran herba terbaik dan terpilih tanpa mengandungi bahan kimia. Ia didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. "Dengan menggunakan formula daripada kitab karangan Imam Sayuti, akhirnya kami berjaya mengeluarkan enam produk kesihatan yang berasaskan madu lebah. "Insya-Allah, produk yang menggunakan formula daripada kitab berkenaan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kerana ia diambil berdasarkan al-Quran dan Hadis bagaimanapun sebelum itu pelbagai kajian telah pun dilakukan. "Seperti umum ketahui, madu lebah mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran," ujarnya ketika ditemui di premisnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Produk kesihatan Aulia yang terdapat di pasaran hari ini terdiri daripada madu asli, madu sawda, madu minta, madu langsing, madu yogurt dan kismis IQ. Apa yang menarik mengenai produk-produk tersebut, jelas Dr. Rosli, terdapat dua produk baru yang diperkenalkan di pasaran iaitu madu slim dan madu yogurt. Kedua-dua produk itu bukan sahaja mampu membantu menurunkan berat badan dan tekanan darah tetapi ia juga mampu membantu mengempiskan perut, membantu memecah dan menghilangkan lemak-lemak, menghilangkan lendir-lendir dalam badan, melancarkan perjalanan darah serta menambahkan tenaga tubuh badan. Tambah Dr. Rosli lagi, kesemua produk keluaran Tasbih Emas diproses di kilang yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, Tasbih Emas turut giat mencari rakan niaga di seluruh negara sama ada pengedar atau stokis. "Buat masa sekarang kami akan memberi tumpuan terhadap pasaran dalam negeri tetapi dalam masa yang sama kami menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi bidang perniagaan sama ada sebagai pengedar atau stokis. "Kami juga dalam perancangan untuk mempelbagaikan lagi produk kesihatan pada masa hadapan. "Produk Aulia dijual bermula dari harga RM2.50 untuk kismis sehingga RM99.00 untuk produk berasaskan madu," katanya. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut bolehlah layari www.aulia2u.com.my atau hubungi talian hotline 013-3309095. ARKIB : 07/06/2011 UTUSAN ONLINE Kanser kolorektal boleh dirawat Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut.Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit. Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan. Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum. Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari pelbagai aspek. "Simptom awal bermula dengan gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit.Sembelit yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa hingga sebulan. "Kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda," kata Dr. Jonah ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini. Tambahnya, kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan kadar yang agak banyak. Sakit perut merupakan peringkat terakhir kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran. "Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan," katanya. Menurut Dr. Jonah, ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu simptom kanser kolorektal. Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi. Diagnosis awal selamatkan nyawa

17

"Jangan risau dengan ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan rawatan sebaiknya," ujar Dr. Jonah. Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di bahagian dubur dan rektum. "Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di bahagian tersebut. "Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian di makmal. "Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan scoop dan tidak perlu dibedah," jelasnya. Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser. "Hanya apabila ujian makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser, barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu. "Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis akibat pendarahan dalam usus besar. "Jika hospital yang merawat tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk diru juk ke hospital lain," ujarnya. Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal? Biasanya ia berpunca daripada keturunan atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang mengalaminya. "Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat j uga berpotensi menghidap kanser kolorektal," katanya. Dr. Jonah menasihati agar mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang pedas. Seorang First Aider untuk satu keluarga Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar HAFIZ JOHARI UTUSAN ONLINE KETIKA itu saya lihat Kylee tidak sedarkan diri, tidak bernafas lagi, lantas saya menarik Kylee keluar dari tab mandi dan terus memberikan bantuan CPR (pernafasan mulut ke mulut) kepadanya, cerita si kecil Kyra Foster yang berusia 8 tahun ketika menyelamatkan nyawa adiknya. Ketika kejadian, dua beradik itu berada di rumah nenek mereka apabila adik Kyra, Kylee, 4, yang mandi di dalam tab tergelinci setelah r terpijak permainan di bilik mandi. Anak kecil itu terjatuh, tertelan air dan kepalanya terhantuk lantas tidak sedarkan diri. Kyra yang mempelajari teknik CPR menerusi satu program di televisyen yang pernah ditonton sebelum itu tidak berfikir panjangdan terus mempraktikkan apa yang dilihat menerusi kaca televisyen. Selepas melakukan CPR, Kyra lantas memanggil neneknya yang terus menghubungi talian kecemasan untuk bantuan selanjutnya. Kisah Kyra dan pengetahuan bantuan awal ketika kecemasan yang dimilikinya memberi impak kepada seluruh penduduk dunia. Kejadian yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat pada April lalu membuktikan bahawa pengetahuan dalam bidang bantuan awal kecemasan atau bantu mula amat perlu diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga supaya ia dapat digunakan pada masa yang tidak dijangka. Terlalu banyak kejadian seumpama kisah Kyra dan adiknya berlaku di negara kita yang berakhir dengan kematian. Antara kes yang sering berlaku di rumah, lemas dalam baldi, tersedak susu, terkena renjatan elektrik, curahan air panas dan sebagainya. Malah, kes kemalangan di rumah di negara ini meningkat setiap tahun dek kerana kelalaian dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam memberikan bantuan awal kecemasan. Memanglah ajal dan maut di tangan tuhan namun tuhan mengubah nasib hambanya yang berikhtiar memulihkan keadaan tersebut. Mempunyai anak kecil yang boleh bertindak balas dengan segera dan melakukan perkara yang betul membuktikan kita merupakan masyarakat yang mempunyai asas pendidikan CPR dan mendjadikan keadaan jauh lebih baik (To have a young child be able to react quickly and do the right thing, it just proves if we do community-based education and CPR then we make these situations a lot better), ujar Styles, telefonis yang menjawab panggilan kecemasan nenek Kyra yang menghubunginya ketika kejadian. Persoalannya berapa ramai rakyat di negara ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan pertolongan cemas dan tahu tentang ilmu bantu mula ini? Pegawai Latihan di Institut Latihan Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Thonia Bundas memberikan definisi bantu mula atau bantuan awal sebagai tindakan yang perlu dibuat apabila berlaku keadaan cemas di depan mata sebelum menungguketibaan ambulans. Thonia menambah, bantuan awal ini amat penting kerana ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Jika menunggu tanpa melakukan apa-apa, bukan saja masa telah terbuang di situ peratusan untuk mangsa hidup kurang menurun. Jika tahu teknik, ia bukan saja menjimatkan masa malah yang lebih utama menyelamatkan nyawa, jelasnya ketika ditemui di ibu pejabat PBSMM di Jalan Nipah, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bantu mula ini adalah orang pertama yang melakukan tindakan sebelum tibanya paramedik. Dalam istilah pertolongan cemas individu yang memiliki pengetahuan tentang bantu mula digelar sebagai First Aider. Sesiapa sahaja boleh menjadi First Aider, dengan matlamat menyelamatkan nyawa, kurangkan kecederaan dan meminimumkan kesakitan. Selepas melakukan bantu mula segeralah menghubungi talian 999, ujarnya.

18

ARKIB : 07/06/2011
Usah lengah rawat strok Oleh SHOLINA OSMAN Gambar MOHD. ZAKI JILAN UTUSAN ONLINE

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok. Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya akan membawa kesan lebih buruk. Perkara ini mungkin pernah berlaku kepada orang tua yang biasanya mahu menunggu anak pulang dahulu dari tempat kerja sebelum membawa mereka menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital. ''Rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan angin ahmar,'' kata Pen asihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican. Sehubungan itu, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan angin ahmar yang kini menjadi pembunuh nombor empat di Malaysia. Dr. Julia memberitahu, setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu. Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan. ''Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,'' katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas. ''Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,'' katanya. Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak. ''Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,'' katanya. Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun. Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an. Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi. ''Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,'' katanya. Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa. Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul. ''Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluargaperlu berusaha untuk membantu mereka,'' katanya. Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula. Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul. Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan. ''Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara. Sehubungan itu, kata Cecilia, terapi yang membantu kepada pertuturan juga akan membantu proses untuk menelan makanan kepada pesakit. Tambahnya, ahli keluarga tidak perlu bercakap dengan nada yang kuat dengan pesakit sebaliknya gunakan perkataan yang senang d an mudah supaya dapat difahami dengan jelas oleh mereka.

ARKIB : 05/06/2011 Kurus mahu elak penyakit Oleh NORAINI ABD. RAZAK noraini.razak@utusan.com.my UTUSAN ONLINE ULU kami obes,'' kata pasangan Dr. Nurhalina Azly Minhat dan Dr. Mahathir Mohamed.Hampir terpacul perkataan 'tipu' lantaran penampilan suami isteri itu langsung tidak menggambarkan bahawa mereka pernah obes atau mengalami lebih berat badan keterlalu an. Sambil tersenyum Dr. Mahathir menunjukkan gambarnya.''Berat badan saya dulu 110 kilogram.Inilah saya,'' katanya. Dr. Nurhalina mencelah: ''Dia memang sentiasa gemuk, kami kenal sejak sekolah rendah dan dia memang gemuk dari dulu.'' Pasangan itu mengimb au kenangan zaman persekolahan di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.Kami tertawa. Mata beralih ke gambar seorang wanita.''Itulah saya,'' kata Dr. Nurhalina sambil menegaskan bahawa beliau bukan mengandung.Berat badannya ketika itu melebihi 70 kilogram.Biar pun kedua-dua bergelar doktor, namun tetap mengalami masalah berat badan berlebihan. Pemegang ijazah perubatan dari Kanada itu mengakui tanpa sebab tertentu mungkin mereka akan terus gemuk atau obes hingga ke hari ini. Mungkin mereka tidak akan berusaha untuk mencapai berat badan ideal. Malah lebih menakutkan mungkin kedua-duanya ditimpa penyakit akibat gagal mengawal berat badan yang amat berkait rapat dengan penyakit-penyakit maut seperti jantung.

19

Didorong dua faktor utama, Dr. Mahathir tergerak hati untuk mengubah penampilan susuk tubuhnya.''Yang pertamanya pesakit yang datang ke klinik.saya terfikir bagaimana pesakit mahu meminta nasihat saya tentang masalah berat badan sedangkan saya sendiri obes,'' katanya. Sejarah keluarga Dr. Mahathir yang mempunyai penyakit berbahaya termasuk kanser, jantung dan kencing manis, menjadi faktor seterusnya yang membawa kepada perubahan fizikal beliau. Apatah lagi selepas kematian sepupu akibat penyakit jantung, tentunya kegusaran bapa kepada dua cahaya mata itu semakin meningkat. Sepupunya meninggal dunia ketika berusia awal 40-an. Katanya, faktor genetik tidak boleh diabaikan. ''Kalau memang kita ada keturunan yang mengidap penyakit berbahaya tetapi kita menjaga kesihatan, mengawal pemakanan dan bersenam, mungkin kita akan terselamat daripada mendapat penyakit tersebut. ''Pendek kata menyalahkan faktor genetik semata-mata adalah tidak betul,'' kata Dr. Mahathir. Mengakui tidak mudah menurunkan berat badan, beliau memerlukan kira-kira lapan bulan (dua pusingan) untuk mencapai berat ideal. Kerisauan tersebut turut menjangkiti Dr. Nurhalina apabila mendapati paras kolesterolnya terlalu tinggi. ''Bukan saja berat badan meningkat, malah ujian darah menunjukkan paras kolesterol saya sangat tinggi, lebih teruk daripada o rang yang berusia 60 tahun,'' katanya. Keputusan ujian darah yang mengejutkan itu menyebabkan Dr. Nurhalina menyertai misi suaminya menurunkan berat badan.Katanya, kegemukan berpunca 90 peratus daripada pemakanan dan hanya 10 peratus akibat tidak bersenam. Bagaimanapun ketidakstabilan hormon juga dikenal pasti menyebabkan seseorang itu sangat sukar menurunkan berat badan biar pun separuh mati menahan lapar. Lantas usaha Dr. Mahathir dan Dr. Nurhalina tertumpu kepada mengenal pasti rawatan yang mampu menstabilkan hormon dan penjagaan pemakanan menjadikan proses menurunkan berat badan berkesan. Bermula daripada situ, kedua-dua pengamal perubatan itu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka mendalami rawatan terkini Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Kaedah tersebut sememangnya bersesuaian untuk menurunkan berat badan, pada masa yang sama memelihara otot-otot daripada menggeleber. Dr. Nurhalina dan Dr. Mahathir yang berjaya menurunkan berat badan mahu membantu pesakit obes yang inginkan rawatan dengan membuka Timeless.Kedua-duanya juga mengekalkan klinik perubatan di Taman Datuk Harun untuk membantu penduduk di kawasan tersebut. RAWATAN HCG DI TIMELESS 1. Sesi konsultasi pertama selama dua jam bagi mengenal pesakit secara mendalam dari segi gaya hidup, sejarah penyakit dan am alan pemakanan. 2. Pesakit akan menjalani ujian fizikal (seperti tekanan darah, tiroid, jantung, berat dan BMI). Ujian darah juga dijalankan untuk mengetahui kandungan lemak, gula, hormon dan hemoglobin dalam darah. 3. Sekiranya ada keputusan yang tidak bagus, doktor akan memastikan hormon atau faktor-faktor lain diperbetulkan dahulu. 4. Rawatan HCG memakan masa dua bulan, pada masa itu, pemakanan rendah kalori perlu dipraktikkan. Senaman ringkas juga akan diajar supaya tulang dan otot menjadi kuat. 5. Sekiranya pesakit belum turun ke tahap normal BMI, rawatan perlu diulang sehingga normal untuk mengelakkan kejadian yo -yo, di mana berat akan naik semula. Ini disebabkan hipotalamus yang masih tidak distabilkan. Sekiranya rawatan HCG digabungkan dengan Zerona dan radiofrekuensi, kesannya lebih cepat.Zerona merupakan low level laser yang tidak invasif, tidak sakit, tidak melibatkan bius dan tiada pembedahan. Pesakit disinarkan lampu laser ini selama 20 minit di bahagian depan dan 20 minit di bahagian bela kang pada setiap sesi. Hanya 6 sesi diperlukan selama 2 minggu untuk mendapat kesan pelangsingan. Singapura ketiga di Asia paling mahal UTUSAN ONLINE SINGAPURA 9 Jun - Singapura memintas Hong Kong untuk berada di kedudukan ketiga sebagai kota termahal di Asia bagi keperluan asas golongan ekspatriat disebabkan pengukuhan mata wangnya. Firma sumber manusia ECA International berkata, nilai mata wang Singapura yang telah meningkat lebih 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, mendorongnya mengatasi Hong Kong di tempat ketiga manakala Jepun dan Korea Selatan kekal sebagai dua negara termahal. ECA International melakukan kaji selidik dua kali setiap tahun dengan mengukur kadar kekerapan barangan asas yang dibeli golo ngan ekspatriat di lebih 400 lokasi di seluruh dunia seperti produk tenusu, sayur-sayuran, pakaian dan makan di luar. Kajian tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira perbelanjaan perumahan, utiliti, kereta dan persekolahan kerana ia boleh me mbuat perbezaan besar terhadap kos berhubung golongan ekspatriat tetapi lazimnya diberikan pampasan dalam pakej yang disediakan. "Sementara kami melihat peningkatan harga di beberapa lokasi di Asia, Singapura meningkat dalam kedudukannya kini kerana ia mempunyai nilai mata wang yang kukuh," kata Lee Quane, pengarah serantau firma tersebut. Tambahnya, faedah yang dibayar untuk melindungi kuasa membeli golongan pekerja dalam jangka panjang di Singapura kini lebih tnggi i berbanding eksekutif antarabangsa yang bertugas di mana-mana pusat kewangan lain. - AFP Program pelajar elit pra-universiti UTUSAN ONLINE KUALA TERENGGANU 9 Jun - Seramai 45 pelajar terpilih daripada 15 sekolah menengah di sini akan menyertai Program Elit Pelajar Pra Universiti Daerah Kuala Terengganu, 13 Jun ini. Program anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Parlimen Kuala Terengganu itu akan dirasmikan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud. Setiausaha Gagasan Parlimen Kuala Terengganu, Syed Mohd. Bakir Syed Ahmad berkata, program itu diadakan bagi membantu melahirkan para pelajar terbabit mendapat semua A dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini. "Kami telah menyediakan pelbagai aktiviti melalui program ini dalam usaha meningkatkan prestasi akademik mereka dalam peperik saan itu," katanya.

20

ARKIB : 06/06/2011 UTUSAN ONLINE Inisiatif meningkatkan penguasaan BI Oleh AZMY MOHAMED pendidikan@utusan.com.my
PENGUASAAN bahasa Inggeris (BI) pelajar di negara kita secara umumnya masih lemah dan sering dijadikan salah satu faktor kegagalan dalam temu duga permohonan biasiswa atau untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar telah menerima pendidikan BI secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Selama sebelas tahun, ia sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk menyediakan asas kepada pelajar menguasai BI. Malah pelajar juga telah didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) BI pada usia lima atau enam tahun ketika di peringkat prasekolah. Ironinya, pelajar yang sama jika diajar secara intensif selama tiga bulan, dia mampu berkomunikasi dalam BI dengan baik. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan BI di sekolah sama ada pengajan guru tidak berkesan atau kurikulum yang digunakan sudah ketinggalan. Mungkin kaedah P&P guru BI tidak menyeronokkan dan terlalu berorientasikan peperiksaan.P&P lebih fokus kepada aspek akademik seperti tatabahasa, kosa kata dan penulisan. Kurikulum yang diguna pakai mungkin kurang memberi tumpuan kepada aspek BI untuk berkomunikasi. Justeru, Kementerian Pelajaran melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah menggunakan beberapa pendekatan inovatif untuk memantapkan penguasaan BI di kalangan pelajar. Misalnya dengan mengambil penutur jati untuk melatih guru BI supaya P&P bahasa tersebut lebih 'hidup' dan menyeronokkan serta mudah difahami. Proses P&P tidak lagi terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi menggunakan bahan pelbagai media yang mencakupi elemen multimedia dan sumber daripada Internet. Selain itu, guru yang telah bersara tetapi mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan diambil secara kontrak untuk memantapkan BI para pelajar. Bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan kerana golongan guru bersara ini cenderung untuk memilih mengajar di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka sahaja. Masalah guru baharu atau yang masih dalam perkhidmatan enggan mengajar di pedalaman dan kawasan luar bandar juga merupakan salah satu faktor yang merencatkan usaha memperkukuh BI selama ini. Natijahnya, guru lain yang bukan opsyen bahasa itu terpaksa mengajar BI di sekolah luar bandar dan pedalaman. Bila ini berlaku, umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Inisiatif lain ialah kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat pada dasarnya telah bersetuju untuk menggunakan khidmat sukarelawan Peace Corp bagi mengatasi masalah penguasaan BI di kawasan pedalaman dan luar bandar. Sukarelawan yang terdiri daripada pelabagai latar belakang akademik ini bukan sahaja mempunyai kemahiran tertentu malah sanggup ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunaikan amanah yang diberikan.

ARKIB : 06/06/2011 UTUSAN ONLINE Ibu bapa usah terlalu manjakan anak Kiriman ABD. MANAF MAT Guru SK Mela, Jerantut, Pahang SABAN hari media melaporkan perihal kejadian buli atau samseng sekolah menunjukkan belang mereka sama ada secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi membuli pelajar yang lemah atau lebih kecil kudratnya. Malah, guru pun tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli segelintir pelajar yang 'nakal' ini. Kejadian seperti merosakkan harta benda sekolah, membakar bilik guru, mengeluarkan kata-kata kesat terhadap guru, merosakkan kenderaan guru, menumbuk guru dan lain-lain lagi sudah biasa kita dengar. Tentu kita masih ingat kisah bagaimana seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Perlis, menumbuk muka seorang guru wanita sehingga mangsa patah hidungnya. Laporan akhbar memetik, guru wanita tersebut ingin membawa pelajar berkenaan berjumpa guru disiplin kerana kesalahan bergaduh di koridor sekolah. Banyak lagi kejadian buli atau samseng pelajar yang berlaku sama ada dapat dihidu oleh pihak media atau diselesaikan dalam majlis permuafakatan di peringkat sekolah. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dalam isu menangani buli di sekolah. Gejala ini jelas membuktikan bahawa disiplin pelajar sudah berada di tahap yang menggerunkan. Guru bukan lagi insan yang dihormati dan ditakuti apatah lagi insan untuk disayangi dan disegani atau dijadikan idola. Imbas kembali sewaktu zaman bersekolah dahulu, guru dibenarkan merotan. Apabila dirotan atas kesalahan tertentu seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas atau tidak lulus mata pelajaran tertentu, kita tidak berani bercerita kepada ibu bapa. Hal ini kerana bimbang simpati yang ditagih tetapi 'roti panjang' yang diterima. Dalam hati pula, tidak ada sedetik pun berasa dendam terhadap guru tersebut. Malahan, rasa terima kasih dan syukur kerana ada insan bernama guru yang sanggup mengawal kenakalan kita. Kalau bukan kerana guru sudah pasti kita akan lebih nakal daripada pelajar nakal yang ada pada hari ini. Amat berbeza pada zaman alam siber ini, guru-guru tidak lagi sesuka hati boleh merotan pelajar.Kalau guru mahu merotan pelajar, pastikan ada punca kuasanya dahulu. Ikut prosedur yang telah ditentu dan ditetapkan oleh pihak sekolah.Kalau sesuka hati merotan pelajar, tanggung sendiri akibatnya. Ibu bapa pada hari ini terlalu memanjakan pelajar dan tidak mahu menerima hakikat anak mereka nakal. Sikap ibu bapa seperti inilah yang mendorong pelajar kita menjadi samseng. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sememangnya sayangkan anak tetapi sayang tidak bertempat akan memakan diri sendiri. Ibu bapa sering menyalahkan pihak sekolah yang tidak dapat menjaga disiplin pelajar tanpa menyedari disiplin pelajar bermula di rumah.

21

ARKIB : 21/03/2008 UTUSAN ONLINE USM guna teknologi terkini imej otak Oleh ROKIAH ABDULLAH PULAU PINANG 20 Mac Universiti Sains Malaysia (USM) muncul sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Asia yang bakal dilengkapi teknologi terkini beresolusi tinggi yang mampu melihat imej otak manusia. Kelengkapan itu yang dikenali sebagai Ultra High Field (UHF) Magnetic Resonance Imaging (MRI) 7 Tesla (7T) dirintis oleh Siemens Malaysia Sdn. Bhd. Ini bermakna, USM akan menjadi IPT awam (IPTA) sulung di rantau ini menubuhkan Pusat Penyelidikan Neurosains dilengkapi MRI 7T iaitu teknologi terbaru, mendahului MRI 3T yang diguna pakai di kebanyakan negara Asia ketika ini. Timbalan Presiden Siemens Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Tobias Seyfarth berkata, pihaknya bekerja secara aktif bagi mewujudkan teknologi-teknologi baru yang boleh ditawarkan kepada pengguna untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan bidang saintifik dan klinikal. Ia termasuk pengenalan kepada teknologi MRI 7T yang berupaya mengimbas imej otak manusia pada tahap yang lebih terperinci seterusnya dapat membuat pengesanan lebih awal terhadap pelbagai penyakit berkaitan dengan sistem otak manusia, katanya di sini semalam. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan Siemens Malaysia Sdn. Bhd yang diwakili oleh Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Ketua Sektor Penjagaan Kesihatan Siemens, Michael Schmermer. Tambah beliau, USM telah menyuarakan hasrat mendalami penggunaan teknologi UHF, MRI 7T dalam pembangunan bidang neurosains khususnya hubung kait antara otak dan minda, terutaman ya memori, pembelajaran dan kecerdasan minda. Seyfarth turut mengakui, pengimejan UHF yang dilengkapi dengan MRI 7T sebagai satu kelengkapan yang amat berharga khususnya untuk digunakan dalam bidang neurosains. Tambahnya, dengan termeterai MoU itu, kedua-dua pihak mempunyai matlamat serupa iaitu untuk membangunkan dan mengoptimumkan teknik pengimejan T7 seterusnya memindahkannya kepada sistem klinikal. Sementara itu, Dzulkifli berkata, USM komited menjalinkan kerjasama pintar seumpama itu yang dijangka mendatangkan pelbagai manfaat kepada pembangunan bidang neurosains di negara ini. Kita berharap lebih banyak penemuan baru dalam bidang saintifik dan klinikal dapat diperoleh dengan wujudnya pusat kerjasama seumpama ini, ujarnya.
Teknologi: DSA 2010 pamer teknologi pertahanan terkini Oleh Che Wan badrul Alias chewan@bharian.com.my 2010/04/29 Pelbagai syarikat antarabangsa, tempatan ketengahkan peralatan canggih kegunaan tentera generasi masa depan

KEKUATAN barisan hadapan pertahanan adalah antara sesuatu yang kritikal bagi sesebuah negara mempertahankan diri daripada sebarang ancaman luar. Sejak berdekad lalu, teknologi ketenteraan adalah antara sektor yang paling cepat mengalami evolusi dengan penampilan pelbaga i teknologi terkini bagi memastikan ketumbukan sesebuah negara kekal relevan dengan ancaman semasa. Justeru, sudah menjadi peranan dan tanggungjawab sesebuah negara untuk membangunkan sendiri keupayaan dan kekuatan mereka menerusi penyelidikan yang berterusan dalam teknologi ketenteraan. Malaysia dilihat tidak ketinggalan untuk terus berada di barisan hadapan dalam industri ini menerusi pembangunan dan pemilikan teknologi ketenteraan yang canggih. Ini dibuktikan dengan penyertaan pelbagai syarikat nasional yang terbabit dalam pembangunan dan penyelidikan teknologi ketenteraan sepanjang Pameran Pertahanan Asia (DSA) 2010 yang berlangsung di Kuala Lumpur, minggu lalu. Menariknya sepanjang pameran itu, pengunjung diberi peluang untuk melihat dan mencuba dengan lebih dekat semua teknologi ketenteraan yang dibangunkan oleh syarikat nasional mahu pun antarabangsa termasuk kenderaan tentera dan persenjataan. Secara rambang, boleh dikatakan teknologi komunikasi dan keupayaan perisikan adalah antara segmen paling cepat menyerap pembangunan pembangunan teknologi semasa. Sebagai contoh, komunikasi antara tentera yang sebelum ini amat bergantung kepada teknologi radio kini dipertingkat setahap ke depan dengan pengenalan teknologi perkomputeran khususnya yang menyerupai komputer tablet. Pembangunan teknologi komputer ini dianggap sebagai asas komunikasi ketenteraan masa depan, bukan hanya mampu berkomunikasi dengan suara bahkan mampu menghantar SMS serta data bagi muat turun sebarang maklumat atau imej.

Teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Kumpulan Sapura di bawah Sapura Secured Technologies itu kini di peringkat kajian dan akan dibangunkan dengan kerjasama beberapa pihak yang pakar dalam bidang komunikasi dan perkomputeran. Antara yang turut dipertontonkan oleh peserta pameran adalah kecanggihan pemantauan menggunakan radar mahupun teknologi perisikan. Ia membabitkan pengenalan kapal terbang dan pesawat ringan tanpa manusia yang dikawal secara jarak jauh menggunakan kamera mini untuk tujuan risikan dan pemantauan. Pameran kali ini turut menonjolkan kecanggihan teknologi segmen perubatan ketenteraan termasuk perkakasan sokongan hidup termasuk bagi menyediakan air bersih, kit perubatan canggih yang mudah dibawa ke medan perang serta persediaan menghadapi ancaman senj ta a kimia dan biologi.

22

Secara keseluruhannya, penyertaan banyak syarikat nasional pada pameran tahun ini membuktikan tanggung jawab menjaga kepentingan dan aset strategik negara masih menjadi keutamaan di syarikat Bumiputra tanpa hanya mementingkan keuntungan masing-masing.

April 11, 2009 17:25 PM BERITA WILAYAH Kerjasama USM-Universiti Alexandria Bangunkan Teknologi Nano PULAU PINANG, 11 April (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Alexandria, Mesir telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama pintar dalam pembangunan dan penyelidikan teknologi nano.

Penyelaras Makmal Teknologi dan Penyelidikan Nano Optoelektronik (N.O.R) USM Prof Kamarulazizi Ibrahim berkata USM yang dilen gkapi makmal teknologi nano sejak 2005 bersedia meneroka lebih banyak peluang melalui kerjasama antara universiti-universiti terkemuka dunia. "Universiti Alexandria dilihat mampu menjadi rakan usahasama strategik memandangkan institusi itu juga mempunyai perancangan khas dan turut berkerjasama dengan negara-negara maju seperti Jepun dalam membangunkan teknologi nano," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya kerjasama dengan Universiti Alexandria amat sesuai memandangkan institusi tersebut juga sedang dalam usaha meningkatkan kepakaran dalam bidang yang sama. Beliau berkata teknologi nano adalah satu kajian terhadap bahan atau peranti yang berukuran satu hingga beberapa ratus nano m eter yang terdapat dalam pelbagai kejadian alam termasuk sel-sel yang membentuk kejadian manusia. Kamarulazizi berkata penyelidikan teknologi nano di USM tertumpu kepada usaha membangun, merekabentuk dan menghasilkan peranti pemancar cahaya biru atau dikenali sebagai "Blue Light Emitting". Beliau berkata contoh terbaik yang boleh dilihat hasil penyelidikan teknolog nano termasuk penghasilan diod pemancar cahaya (LEDs) i yang mampu memberikan penjimatan dan mesra alam serta diod laser (LDs) yang kini dianggap bahan yang sangat penting dalam ind ustri elektronik, semikonduktor dan perubatan. Kamarulazizi adalah antara wakil USM yang mengadakan lawatan ke beberapa universiti di Mesir dan Arab Saudi baru -baru ini.Lawatan itu diketuai Naib Canselor USM Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak. Semasa lawatan itu juga, USM turut menandatangan MoU dengan Universiti Al- Azhar, institusi pengajian tinggi tertua di Mesir, bagi bertukar-tukar kepakaran dan memajukan penyelidikan bidang sains dan teknologi. Dzulkifli dalam kenyataan itu berkata banyak bidang yang boleh dimajukan secara bersama dengan universiti berkenaan khususny yang a melibatkan kepakaran dalam bidang penghasilan vaksin halal, biologi, kimia dan kawalan vektor. "Kepakaran-kepakaran seperti ini penting dimajukan bersama bagi membolehkan umat Islam memanfaatkan kekuatan ilmu dan memartabatkannya di peringkat dunia, apatah lagi dalam usaha menggabungkan sains dan teknologi dengan agama yang telah menjadi pembangunan ilmu sebelum ini," katanya. -- BERNAMA ARKIB : 11/04/2008 UTUSAN ONLINE Salah guna terma teknologi nano Oleh Farhah Abdullah KEBANYAKAN produk elektrik terkini termasuk kosmetik keluaran antarabangsa mahupun tempatan mendakwa mereka mempunyai inovasi teknologi nano. Tetapi dakwaan itu sememangnya boleh dipertikaikan dari sudut perdagangan sama ada dakwaan mereka tepat atau tidak berkenaan perihal penggunaan terma teknologi nano. Carian google setakat ini memaparkan lebih 193,000 maklumat berkenaan teknologi itu.Ia masih agak baru di Malaysia. Sungguhpun demikian, produk yang dikatakan mengaplikasikan pendekatan teknologi nano mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna Malaysia. Persoalannya, adakah kita faham apa aplikasi teknologi nano itu? Memandangkan teknologi nano baru diperkenal, maka sewajarnya produk yang didakwa mengaplikasikan teknologi ini harus menepati aplikasi teknologi nano yang sebenar dan bukan sekadar gimik atau menggunakan terma teknologi nano sewenang-wenangnya. Berdasarkan Seksyen 15, Akta Jualan Barangan 1957, sekiranya terdapat sesuatu kontrak untuk menjual barangan tetapi wujud satu syarat tersirat dalam kontrak j ualan barang tersebut bahawa barang yang dijual harus menepati perihal berkenaan. Dalam isu menggunakan perihal pendekatan teknologi nano, sewajarnya produk berkenaan mempunyai aplikasi yang bertepatan dengan konsep dan kaedah yang betul dan tepat. Perkataan 'perihal' di bawah Seksyen 15 Akta Jualan Barangan 1957 merangkumi banyak aspek termasuklah ukuran, saiz, bahan-bahan, cara pek dan label, merujuk pada tempat di mana barangan dibuat, kuantiti dan lain-lain. Sejak kebelakangan ini, pelbagai pendekatan didakwa oleh pengeluar bahawa produk mereka menggunakan aplikasi teknologi nano seperti peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh dari jenama antarabangsa atau tempatan. Harganya agak mahal tetapi tetap laris disebabkan dikatakan mengguna teknologi nano. PemahamanAmat memeranjatkan penulis apabila dihampiri penjual yang mempromosikan peti sejuk yang didakwa mempunyai aplikasi teknologi nano.Penerangan penjual berkenaan teknologi nano sememangnya salah dan tidak tepat. Justeru, amat malang sekiranya pengguna t eruja lantas membelinya dengan harga yang tinggi. Justeru, pemahaman kita tentang teknologi nano secara berterusan perlu demi memastikan tidak sewenang -wenangnya diperdaya secara intelek! Misalnya, bio aura penapis yang memperihal akan menghasilkan komponen bersifat nano dan mempunyai molekul bersaiz nano! Persoalannya, adakah pengguna peka atau arif tentang apa yang dimaksudkannya?

23

Kita perlu kaji secara mendalam melalui pembacaan meluas berdasarkan penemuan saintifik yang terkini dan diyakini kesahihannya dan berbincang dengan mereka yang arif tentang teknologi nano. Justeru, kewajaran menggunakan terma teknologi nano boleh dipertikaikan sekiranya melanggar salah satu daripada tiga syarat yang harus dibuktikan dalam Seksyen 16(1)(a) iaitu (i) pembeli secar a nyata atau termaklum telah menzahirkan kepada penjual tentang maksud tertentu barang-barang itu dikehendaki; (ii) pembeli bergantung atau mengharapkan kemahiran atau hemat penjual; dan (iii) barang-barang itu adalah dari perihal yang dibekalkan dalam perjalanan biasa perniagaan penjual. Saranan supaya langkah memperkenalkan teknologi nano di peringkat sekolah wajar dilaksanakan kerana ia bergerak seiring dengan keperluan budaya masa kini yang mahukan keselesaan, pantas dan mudah. Hakikatnya, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu arif dan peka tentang iklan moden, kontemporari dengan teknologi nano. Usah membeli sekiranya kita tidak berkemampuan atau masih kurang faham!

ARKIB : 23/05/2011 UTUSAN ONLINE Solar panel nano inovasi baru bantu pengguna jimatkan tenaga elektrik KUALA LUMPUR 22 Mei - Anda tidak akan terbeban dengan bil elektrik lagi. Selewat-lewatnya tahun depan, orang ramai boleh memanfaatkan inovasi baru dengan menggunakan solar panel nano yang mampu menjana tenaga elektrik pada waktu siang dan malam. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar panel tingkap kepada panel berteknologi nano. Solar panel nano bersaiz satu meter persegi boleh menjana elektrik 250 watt iaitu untuk menghidupkan dua kipas dan empat lampu dalam masa lapan jam. Inovasi ini yang sedang dikembangkan oleh Nanopac (M) Sdn. Bhd. merupakan antara lima Projek Penjana Kekayaan Baru di bawah Unit Inovasi Khas (Unik), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nanopac (M) Sdn. Bhd Datuk Dr. Cheng Kok Leong, berbanding solar panel biasa, solar panel nano boleh berfungsi pada kedua-dua bahagian panel kerana ia bersifat telus cahaya. Sebagai contoh, kata beliau, sekiranya solar panel itu dipasang pada tingkap bilik, ia bertindak menjana elektrik di sebelah dalam mahu pun luar bilik. ''Solar panel nano ini tidak perlu cahaya matahari yang banyak untuk menjana elektrik kerana ia boleh berfungsi pada cuaca mendung dan waktu malam hanya menggunakan cahaya lampu. ''Saya percaya orang ramai mampu memasang solar panel nano ini di kediaman mereka mahu pun di bangunan pejabat kerana kos bagi setiap watt yang dijana hanya 49 sen,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini. Kok Leong berkata, bagi tujuan komersial atau pemasangan berskala besar di bangunan-bangunan pejabat, teknologi itu lebih menguntungkan kerana kebanyakan penghuninya menggunakan peralatan elektronik. Jelasnya, solar panel nano bersaiz besar iaitu 10 meter persegi seperti tingkap kaca bangunan mampu menggerakkan 30 pendingin hawa dengan kos anggaran hanya RM54,000 untuk penggunaan bagi tempoh 15 tahun. ''Dengan teknologi ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan wang yang banyak untuk membayar bil elektrik. ''Saya percaya projek ini akan memberi perolehan kepada negara kerana dapat mengelakkan pembaziran sumber cahaya matahari,'' katanya. Beliau berkata, pelaburan projek bernilai RM35 juta itu mengambil masa setahun bagi tujuan pembinaan kilang dan kemudahan berkaitan termasuk kos membawa kepakaran dari luar negara seperti Korea. Selain digunakan untuk tingkap bangunan atau kediaman, solar panel nano itu juga menurut beliau, boleh digunakan oleh anggota pasukan keselamatan terutama pihak tentera bagi tujuan keselamatan. Katanya, ia berfungsi sebagai penjana kuasa untuk alat komunikasi sekiranya dipasang pada kereta perisai atau khemah. Dalam pada itu, beliau berkata, industri teknologi nano mampu memberi pulangan besar kepada negara dalam penjimatan tenaga elektrik serta mengurangkan kos pembiayaan kesihatan rakyat. Ini kerana, katanya, teknologi yang dibawa ke negara ini sejak 2003 itu mampu bertindak sebagai ejen pembunuh bakteria. ''Permukaan bangunan, tekstil atau ruang dalam kenderaan yang dilapisi teknologi nano juga lebih bersih. ''Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau penyebaran penyakit berjangkit kerana ia mampu membunuh bakteria d an dalam masa sama mencegah bakteria aktif kembali untuk tempoh lama,'' katanya. Justeru, katanya, industri teknologi nano bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat malah mencapai hasrat kerajaan menjadi negara berteknologi hijau dan mesra alam. Pemilik bangunan yang menggunakan teknologi nano boleh diiktiraf sebagai bangunan hijau sekiranya mencukupi 10 markah mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Teknologi: Hidrogen alternatif baru petrol Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bharian.com.my 2010/03/18

PENINGKATAN permintaan bahan api boleh diperbaharui sejak akhir-akhir ini meletakkan tanda aras lebih tinggi kepada syarikat gergasi automotif bagi mencari sumber baru untuk menggerakkan kenderaan mereka pada masa depan. Ini sekali gus mendorong gergasi automotif mengetengahkan konsep dan prototaip terbaik yang mereka rasakan sesuai untuk digunakan pada kenderaan masing-masing. Pelbagai projek perintis dan prototaip dibangunkan sejak hampir dekad dulu bagi menggantikan bahan api fosil s eperti solar, biofuel, biodiesel, hidrogen dan tidak terkecuali penggunaan teknologi nano dalam pembinaan bateri kereta elektrik. Terbaru gergasi automotif Jepun, Honda memperkenalkan inovasi penggunaan bahan api hidrogen untuk kenderaan masa depannya menerusi prototaip stesen hidrogen solar di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Honda, Los Angeles. Berdasarkan maklumat laman web syarikat itu, unit prototaip ini direka semula pada saiz yang lebih kompak untuk dimuatkan dalam garaj kenderaan pengguna. Secara asasnya, prototaip ini akan mengestrak gas hidrogen daripada molekul air menerusi proses elektrolisis menggunakan tenaga elektrik yang dijana daripada tenaga solar pada waktu siang atau bekalan tenaga pencawang elektrik pada waktu malam. Prototaip berkonsepkan di rumah ini direka menepati keupayaan menghasilkan kuantiti hidrogen sebanyak 0.5 kilogram untuk tempoh lapan jam semalaman yang secara teorinya sudah mencukupi bagi kegunaan urusan harian pengguna.

24

Sistem prototaip yang dibina turut disesuaikan dengan sistem tenaga pencawang pintar supaya ia boleh beroperasi pada waktu malam ketika pengisian semula bahan api terbabit, tanpa memerlukan tangki simpanan hidrogen. Sebagai tambah nilai kepada penjimatan kos pengguna, ketika waktu siang yang juga waktu puncak cahaya matahari, prototaip ini mampu menyalurkan tenaga elektrik yang dihasilkannya menerusi panel solar terus ke pencawang elektrik. Prototaip yang dibina di pusat penyelidikan itu, masih menggunakan 48 panel solar yang mampu menjana enamkiloWatt (kW) tenaga solar seperti prototaip perintisnya yang dibangunkan syarikat Honda sebelum ini. Honda turut mereka bentuk stesen hidrogen solar yang khusus diletakkan di tempat awam sebagai kemudahan kepada pelanggannya untuk mengisi semula gas hidrogen dalam kenderaan mereka ketika berada di luar rumah. Kemudahan stesen di tempat awam itu menawarkan pengisian bahan api hidrogen yang pantas dalam tempoh lima minit untuk bekalan perjalanan jauh. Ia sebagai tambahan kepada kemudahan pengisian sendiri pada waktu malam yang lebih perlahan menggunakan bekalan tenaga daripada pencawang elektrik.

25

You might also like