You are on page 1of 3

TEORI PERIBADI 1

PRAKTIKUM FASA I

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI :

TEORI CUBA MAMPU


PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI :

konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurna kan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan -tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat. (Teori pekembangan Robert Havighurst) Teori peribadi binaan sendiri yang saya dapati sepanjang tempoh praktikum ialah dengan membri pelajar pendidikan seni mencuba sendiri menghasilkan karya tanpa bantuan guru. Guru perlu memberi peluang dan ruang kepada murid supaya dapat melakukan dengan kaedah usaha diri supaya mereka lebih menghargai karya seni mereka, namun bergitu jika mereka tidak dapat melakukan dan memerlukan bantuan, baru la guru memberi bantuan tetapi bantuan rangsangan idea, murid perlu menghasilkan karya sendiri. Walaupun ia melibatkan individu tertentu yang lambat menyiapkan tugasan atau membuat tugasan sambil lewa, namun ianya melibatkan keseluruhan kelas. Ilmu binaan yang diketengahkan ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Skinner. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Dalam kes ini, peneguhan negatif iaitu apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.

TEORI PERIBADI 1

PRAKTIKUM FASA I

Rasional bagi teori cuba mampu ini adalah untuk mewujudkan satu persekitaran yang sihat di dalam bilik darjah. Ini kerana jika tidak murid mengharapkan bantuan guru 100% dalam menyiakan tugasan atau hasik karya mereka dalam P&P yang berl ngsung, a Rasional yang kedua ialah untuk mewujudkan atau membentuk sikap yang bertanggungjawab di kalangan murid di dalam sesuatu kelas. Dengan terlaksananya kaedah ini, setiap murid diletakkan atau dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan tugasan dan seterusnya akan membuatkan keseluruhan kelas mendapat faedah daripadanya. Perkara ini secara langsung akan membuatkan murid akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap karya sendiri. Rasional yang ketiga ialah untuk mewujudkan semangat bekerjasama, berpasukan, tolong-menolong dan juga semangat kekitaan yang tinggi dalam diri setiap murid. Dengan ini murid yang pandai dan pintar akan membantu rakan mereka yang agak lemah dalam pelajaran. Segala ilmu dan pengetahuan yang ada akan dikongsi dengan murid yang kurang mahir atau memahami dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Perkara ini terpaksa dilakukan oleh murid yang pandai dan cerdas kerana, jika mereka membiarkan rakan mereka tidak membuat tugasan atau membuat tugasan dengan sikap sambil lewa, maka mereka juga akan menerima kesan dan juga akibatnya. Dengan ini, secara langsung murid ini akan berkongsi kepandaian, kebolehan dan juga kemahiran dengan rakan mereka yang lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran tertentu. Selain itu faktor bantuan dan bimbingan rakan sebaya yang mana mempunyai umur yang sama, pertumbuhan yang lebih kurang sama, tahap pemikiran yang lebih kurang sama serta tahap komunikasi yang setaraf dengannya akan memudahkan rakannya lebih memahami tentang apa yang diterangkan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Dalam melaksanakan kaedah ini, saya juga mempunyai beberapa panduan atau ketetapan yang perlu bagi guru. Walaupun ia amat susah kerana murid perlu berdikari menghasilkan karya, aspek kebajikan murid seharusnya diutamakan bagi menjamin keselesaan dan juga mood murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Melalui teori binaan peribadi yang saya laksanakan dalam kelas yang berkaitan, saya dapati keseluruhan murid akan menyiapkan tugasan kelas yang diberikan sendiri tanpa mengharapkan bantuan guru sepenuhnya. Murid juga akan saling ingat-mengingati, bantu-

TEORI PERIBADI 1

PRAKTIKUM FASA I

membantu dan juga bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Daripada tempoh permulaan praktikum sehinggalan akhir praktikum, perubahan dapat dilihat dengan ketara di mana jika sebelum ini terdapat beberapa orang murid yang sering mengelakkan diri daripada membuat hasilan karya mahupun mengharakap 100% bantuan guru kuni kurang. Mereka lebih berdikari dalam menghasilkan karya seni dalan P&P mereka.

You might also like