You are on page 1of 58

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Bab 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU


Bahasa sering kali dikaitkan dengan bangsa. Orang Melayu dikatakan berasal daripada induk Austronesia. Dipercayai induk Austronesia. Dipercayai induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. Oleh itu, bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu. Bahasa bahasa rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Formosa (di utara) hingga ke New Zealand (di selatan) dan dari Madagaskar (di barat) hingga ke Kepulauan Easter (di timur). Bahasa Austronesia yang menjadi induk bahasa Melayu akan melahirkan bahasa bahasa terkemudian yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Hal ini dapat dijelaskan melalui rajah salasilah bahasa. Dalam rajah salasilah bahasa, faktor usia merupakan faktor utama yang digunakan oleh para pengkaji bahasa untuk menentukan perkembangan bahasa. Berdasarkan faktor usia ini, konsep usia pemeringkatan bahasa dibahagikan kepada filum, rumpun, dan keluarga bahasa. (a) Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. (b) Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia antara 2500 5000 tahun. (c) Keluarga bermaksud kelompok bahasa yang berusia kurang dari 2500 tahun. Keluarga bahasa ini dapat dipecah pecahkan kepada beberapa

subkeluarga. Skema rajah salasilah bahasa adalah seperti yang berikut.

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

FILUM

Rumpun

Rumpun

Keluarga 1

Keluarga 2

Keluarga 1

Keluarga 2

Subkeluarga 1

Subkeluarga 2

Subkeluarga 1

Subkeluarga 2

Rajah 1.1 Salasilah bahasa

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009
bahasa

Berdasarkan

rajah

salasilah

bahasa,

pembahagian

rumpun

Austronesia adalah seperti yang di bawah.

FILUM BAHASA AUSTRIK/AUSTRIS

Rumpun Austroasia

Rumpun Austronesia

Rumpun Cina-Tibet

Rumpun Austronesia Barat

Rumpun Austronesia Timur

Keluarga Indonesia

Melanesia

Mikronesia

Polinesia

Subkeluarga Indonesia Pusat

Subkeluarga Filipina Formosa

Rajah 1.2 Salasilah bahasa Austronesia

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Berdasarkan skema di atas, didapati bahasa Austronesia berasal daripada filum bahasa Austrik/Austris. Selain bahasa Austronesia, filum Austris/Austrik turut memancarkan rumpun bahasa Austronesia dan rumpun bahasa Cina -Tibet. Rumpun bahasa Austronesia pula dibahagikan kepada dua, iaitu : (a) Rumpun Austronesia Barat (b) Rumpun austronesia Timur

Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Indonesia, manakala rumpun Austronesia Timur melahirkan tiga keluarga, iaitu keluarga bahasa Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia. Keluarga bahasa Indonesia dipecahkan kepada dua subkeluarga, iaitu subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina Formosa. Bahasa Melayu termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Selain bahasa Melayu, bahasa bumiputera Sarawak (kecuali bahasa Bisayah), bahasa bahasa di Kalimantan dan bahasa bahasa di Kepulauan Indonesia juga dikelompokkan dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Bahasa bahasa dalam subkeluarga Filipina bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh). Sebelum kewujudan bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini, terdapat empat peringkat bahasa, iaitu bahasa Melayu purba, bah asa Melayu Kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Ini ditunjukkan oleh skema di bawah. - Farmosa ialah bahasa

bahasa di Filipina, bahasa bumiputera di Sabah dan bahasa di Brunei (kecuali

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuna

Bahasa Melayu Praklasik dan Klasik

Bahasa Melayu Kini

Bahasa Melayu Moden

Rajah 1.3 Skema lurus perkembangan bahasa Melayu

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Skema tersebut menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang secara langsung daripada bahasa Melayu purba sehinggalah bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini. Terdapat ahli ahli bahasa yang menyatakan bahawa selepas bahasa Melayu purba, wujud bahasa Melayu Kuno yang seiring dengan perkembangan bahasa Melayu induk. Kewujudan bahasa Melayu induk ini disebabkan terdapatnya perbezaan yang amat ketara antara bahasa Melayu Kuno d engan bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu moden. Ini dijelaskan dalam skema di bawah.

BAHASA MELAYU PURBA


Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Klasik

Dialek 1

Dialek 2

Dialek lain

Dialek Johor Riau

Dialek Melayu Moden

Rajah 1.4 Skema bercabang perkembangan bahasa Melayu

Berdasarkan kedua dua skema di atas, bahasa Melayu purba merupakan bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka. Kelompok yang dikatakan bahasa Melayu purba ialah kelompok Melayu Deutro. Tiada sebarang bukti sejarah tentang bahasa melayu purba, tetapi dipercayai kelompok kelompok manusia yang awal ini telah menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Namun, bahasa yang digunakan hanyalah dalam bentuk lisan. Penggunaan aksara dalam tulisan merupakan perkembangan dalam bahasa Melayu purba, tetapi apabila bahasa Melayu menggunakan aksara, bahasa Melayu itu tidak dianggap sebagai bahasa Melayu purba, tetapi bahasa Melayu kuno. Oleh

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

itu, bahasa Melayu purba hanyalah merujuk bahasa M elayu yang tidak mempunyai bukti sejarah.

Hipotesis Tempat Asal Bahasa Melayu


Tempat asal bahasa Melayu dikaitkan dengan tempat asal penuturnya, iaitu tempat asal orang Melayu. Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal orang Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik, iaitu: (a) Kawasan Asia Tengah (b) Kawasan Nusantara  Kawasan Asia Tengah Berdasarkan hipotesis yang pertama ini, dikatakan bahawa orang melayu berasal dari bahagia n selatan China. Pelbagai nama digunakan untuk merujuk kawasan tersebut. Antaranya Indo China, pantai timur China selatan, iaitu di Champa dan Kampuchea dan ada pendapat yang menyatakan tempat tersebut ialah Burma. Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu Nusantara dilakukan secara berkelompok kelompok. Walau bagaimanapun, sebab sebab perpindahan masih tidak dapat dipastikan, perpindahan ini telah menurunkan kelompok Melayu. Kelompok Melayu pertama yang sampai ke kawasa n Nusantara ini dinamakan Melayu Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis tentang perpindahan kelompok Melayu ini telah dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Beliau yang merupakan ahli prasejarah telah membuat kajian terhadap beliung bersegi panjang yang ditemui di sungai Hwang Ho, Sungai Yangtza, Sungai Mekong , Sungai Salween, Sungai Irrawadi, dan Sungai Brahmaputra. Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung yang sama juga telah dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara. Oleh itu, beliau telah membuat

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

kesimpulan bahawa beliung tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Pada tahun 1500SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali sebagai Melayu Deutro. Kedatangan Melayu - Deutro telah menyebabkan kelompok Melayu Proto berundur ke kawasan pedalaman seperti memasuki hutan, lembah, dan kawasan kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli. Antara yang masih wujud di Malaysia ial ah orang Asli Negrito, Senoi, Jakun, dan Temuan. Apabila petempatan Melayu Proto ini terpisah pisah, bahasa yang dituturkan oleh mereka telah berkembang dan melahirkan dialek dialek dan bahasa yang berlainan. Golongan Melayu Deutro pula telah menu runkan orang Melayu moden. Mereka dikatakan mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu Proto. Golongan ini lebih pandai dan berkemahiran jika dibandingkan dengan Melayu Proto. Mereka telah membina petempatan di pesisir pantai dan menetap di situ. Melayu Deutro juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran. Dengan kemahiran ini, mereka telah membuka petempatan petempatan baharu di Kepulauan Melayu dan mereka terus berkembang di kawasan tersebut. Hipotesis pertama ini agak me ragukan dari segi tarikh berlakunya penghijrahan. Dikatakan bahawa tarikh penghijrahan kedua dua kelompok ini ternyata bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni Alam Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu. Malahan, jika benar kelom pok Melayu berasal dari selatan China, sudah pasti kelompok induknya di selatan China ini mempunyai persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan yang asas. Namun, daripada penelitian yang dilakukan terhadap kelompok yang kini tinggal di kawasan tersebut, tiada satu pun yang mempunyai ciri persamaan dengan rumpun Melayu di Alam Melayu. Para sarjana yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kelompok Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah telah mengemukakan hipotesis kawasan Nusantara.

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

 Kawasan Nusantara Berdasarkan hipotesis ini, orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara. Oleh itu, orang orang Melayu merupakan orang tempatan. Pengkaji yang mengemukakan hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat yang dirujuk sebagai kawasan asal Austronesia, iaitu nenek moyang orang Melayu. Kawasan asal yang dicadangkan oleh pengkaji pengkaji ini berdasarkan beberapa bukti. Antaranya ialah kebudayaan, kebahasaan, perkembangan manusia, dan situasi geografi masa lalu. Berdasarkan bukti kebudayaan, Crawfud telah menyatakan bahawa tanah asal orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Ini adalah kerana kedua dua kawasan ini memperlihatkan perkemba ngan kebudayaan yang sangat menonjol bebanding bahagian bahagian lain di Nusantara. Orang Melayu yang telah bergerak dari sumatera dan Jawa ke bahagian bahagian lain di Nusantara seperti di Semenanjung tanah Melayu ini turut membawa kebudayaan mereka. Ini menyebabkan kebudayaan mereka tersebar ke kawasan lain dan lebih menonjol berbanding kebudayaan kebudayaan lain. Oleh itu, orang Melayu tidak berasal dari mana mana tempat di luar Nusantara, tetapi mereka merupakan induk yang tersebar ke bahagian lain. Berdasarkan bukti bahasa, Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Induk kepada bahasa bahasa ini ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa p bahasa tersebut. Bahasa Austronesia ini tersebar ke pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan tidak termasuk ke wilayah asia Tengah. Dyen pula menyatakan bahawa orang Melayu mungkin berasal dari tiga tempat, iaitu Melanesia, Formosa dan New Guinea. Tempat ini didasarkan bukti bahawa setiap bahasa di kawasan ini mempunyai kekerabatan. Berdasarkan kajiannya, beliau mendapati bahasa yang terpisah lebih awal mempunyai peratus kekerabatan yang rendah, sebaliknya baha sa yang baru terpisah mempunyai peratusan kekerabatan yang tinggi. Kekerabatan bahasa dapat dilihat dari segi persamaan beberapa perkataan yang digunakan, persamaan dari segi bentuk kata

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

dan persamaan dari segi struktur bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa yang dituturkan di Nusantara berasal daripada induk yang sama. Ditinjau dari sudut geografi pula, Nusantara dari Zaman Pilosen (sekitar 5 16 juta tahun lalu) sehingga Zaman Pleistosen (18 000 tahun lalu) merupakan sebuah daratan yang luas yang didalamnya terdapat beberapa wilayah seperti Semenanjung Tanah Melayu, Palawan, jawa, Borneo dan pulau pulau kecil Riau dan Lingga. Daratan yang luas ini dikenali sebagai Pentas Sunda. Selain Pentas Sunda, terdapat Pentas Sahul yang menghubungkan Austral ia dengan New Guinea. Semasa zaman pencairan glasier, kedua dua pentas ini telah ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi telah menjadi pulau, sama ada pulau yang kecil atau besar. Pencairan glasier ini telah menyebabkan beberapa wilayah di sit u terpisah pisah. Penenggelaman ini juga telah menyebabkan orang orang di situ berpindah ke bahagian yang tidak ditenggelami air. Selain bukti bukti kebudayaan, kebahasaan, perkembangan manusia dan situasi geografi masa lalu, pendokong hipotesis Nusa ntara juga berdasarkan penemuan rangka manusia awal, iaitu Homo erectus di Jawa. Homo erectus yang disebut juga sebagai Phitecanthropus erectus berusia sekitar dua juta tahun ditemui di Sambungmacam dan diberi bana Manusia Jawa. Sehingga kini terdapat sebanyak 41 fosil manusia Homo erectus yang telah ditemui di Jawa. Dengan penemuan fosil ini, dihipotesiskan bahawa manusia moden (Homo sapiens) merupakan keturunan daripada manusia yang awal ini. Homo sapiens ialah induk manusia Austronesia.

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Definisi Bahasa Melayu Kuno


Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu Islam. Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Srivijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

Bahan Bukti
Empat buah batu bersurat yang merupakan bukti bertulis tentang bahasa Melayu kuno ialah: (a) Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang. (b) Batu Bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang. (c) Batu Bersurat di Kota Kapur, Pu lau Bangka. (d) Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi. (a)Batu Bersurat di Kedukan Bukit. Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun Saka (683M). Batu bersurat ini telah diperoleh daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap di Kampung Kedukan Bukit pada 29 November 1920. Kampung ini terletak di tebing Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang. Batu bersurat ini mengandungi sepuluh baris ayat. Ayat ayat diukir di atas batu berbentuk bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara dengan baik, kecuali tiga baris terakhirnya yang tidak dapat dibaca kerana telah tersepih.

(b)Batu Bersurat di Talang Tuwo Batu bersurat Talang Tuwo ini bertarikh 606 tahun Saka (684M). Batu bersurat ini telah dijumpai oleh Residen Jambi, iaitu L.C. Westenek pada 17 November 1920 di sebuah kawasan yang bernama Talang Tuwo, bahagian barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer dari Palembang. Batu bersurat ini merupakan batu pasir yang di atasnya terdapat 14 baris ayat yang dipahat.

10

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

(c)Batu Bersurat di Kota Kapur Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686M). Batu bersurat ini telah ditemui oleh J.K. van Meulan pada tahun 1892 di Kota Kapur, iaitu sebuah pekan di Pulau Bangka. Batu ini berbentuk tiang batu . Dipercayai batu ini telah dibawa ke Pulau bangka, kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut.

(d)Batu Bersurat di Karang Brahi Batu bersurat yang bertarikh 614 tahun Saka (692M) ini telah dijumpai pada tahun 1904 oleh seorang inspektor b ernama L.Berkhout. Sewaktu dijumpai, batu ini digunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di Jambi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Krom, didapati teks Batu Bersurat Karang Brahi ini menyamai teks pada Batu Bersurat Kota Kapur, cu ma teks pada Batu Bersurat Karang Brahi ini kurang dua baris daripada teks pada Batu Bersurat Kota Kapur.

11

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Definisi Bahasa Melayu Praklasik


Bahasa Melayu praklasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada zaman transisis, iaitu pada zaman peralihan daripada pengaruh Hindu kepada Arab. Zaman praklasik ini diandaikan bermula pada abad ke -11 (apabila bukti bukti kewujudan komuniti Melayu Islam ditemui di Nusantara) dan berakhir pada abad ke -14 (apabila aksara Jawi digunakan). Pada zaman ini, bahasa yang digunakan bercampur aduk dan terdapat ciri ciri arkaik pada bahasa Melayu. Ciri ciri arkaik bererti kata kata yang digunakan bersifat Sanskrit, aksara yang digunakan pekat sifat kearabannya.

Bahan Bukti
Berdasarkan batu bersurat yang dijumpai, tahap perkembangan bahasa melayu dapat dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu : (a) Peringkat awal, (b) Peringkat pertengahan, dan (c) Peringkat akhir. (a)Peringkat awal  Batu nisan di Pahang, Brunei dan Kedah.  Batu nisan malik al- Saleh (1297M)  Bahasa : Arab  Tulisan : Niski
(b)Peringkat pertengahan

 Batu nisan Raja al-Ala (1339)  Bahasa : bahasa Melayu/Jawa Kuno dan Bahasa Arab  Tulisan : Kawi dan Arab (c)Peringkat akhir  Permulaan tulisan Jawi  Contoh : batu bersurat di Kuala berang Terengganu (1887)

12

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Definisi Bahasa Melayu Klasik


Bahasa Melayu klasik merupakan bahasa Melayu yang mempunyai aksara tersendiri. Masyarakat Melayu pada zaman ini dikatakan telh mengenali huruf kerana masyarakat Melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.

Bahan Bukti
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
y y y

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin

al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.Ciri-ciri bahasa klasik:
y y y y y y y y y

ayat: panjang, berulang, berbelit -belit. banyak ayat pasif. menggunakan bahasa istana. kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara). sahaya, masyghul (bersedih). banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula. alkisah, hatta, adapun. ayat songsang. banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.

13

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Bahasa Melayu Moden


Bermula pada abad ke -19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

14

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Bab 2 : CIRI CIRI BAHASA MELAYU

1) Bahasa Melayu mempunyai sistem 2) Bahasa Melayu mempunyai bunyi 3) Bahasa Melayu itu linear 4) Bahasa Melayu mempunyai simbol 5) Bahasa Melayu mempunyai makna 6) Bahasa Melayu bersifat arbitari 7) Bahasa Melayu itu berubah 8) Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi

1) Bahasa Melayu mempunyai sistem

Sistem ertinya mempunyai aturan aturan atau rumus rumus tertentu yang pasti dan beraturan. Anggapan beberapa ahli bahasa :  Bahasa itu mestilah bersistem, jika tidak bahasa itu tidak boleh dan digunakan dengan mantap.  Semua bahasa didunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata frasa, klausa dan ayat.  Setiap hasil daripada pencantuman unit tersebut. Ia tidak terjadi secara sebarangan tetapi ada cara cara dan peraturan peraturannya. Hal inilah yang dikatakan bersistem.  Sistem dalam suatu bahasa adalah berbeza. Dalam sistem bahasa Melayu :
Contohnya :

dipelajari

Gabungan vokal dan konsonan dapat membentuk suku

kata,gabungan suku kata tertentu pula dapat membentuk ayat

2) Bahasa Melayu mempunyai bunyi

Alat artikulasi manusia seperti rongga mulut,rongga hidung dan lidah menghasilkan bunyi-bunyi bahasa misalnya bunyi vokal [a,e pepet,e taling,i,o,u] konsonan [b,c,d,x,y,z] atau diftong [ai,oi,ou]. Bunyi yang disebabkan oleh gerakan manusia tidak dianggap sebagai simbol bahasa.

15

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Tidak semua bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia itu dapat dianggap sebagai simbol bahasa.
Contohnya : siulan

3) Bahasa Melayu itu linear

LINEAR bermaksud bahasa tercipta secara berurutan satu demi satu .


Contohnya : Perkataan pelajar timbul kerana adanya urutan huruf -huruf

p,e,l,a,j,a dan r, dan setiap satu huruf itu mewakili satu bunyi.

4) Bahasa Melayu mempunyai simbol

Simbol atau lambang ialah setiap kata atau bentuk ucapan yang mewakili atau dihubungkan dengan benda,tindakan atau konsep tertentu. Misalnya perkataan almari dalam bahasa melayu ialah suatu simbol yang mewakili atau dihubungkan dengan sesuatu benda tertentu.

5) Bahasa Melayu mempunyai makna

Makna bererti sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Tiap-tiap yang dituturkan mempunyai makna. Ia mungkin berupa suatu situasi yang sedang dihuraikan, sebuah fikiran,atau pendapat yang dibentangkan ataupun satu perlakuan sosial yang diceritakan. Ia dapat difahami oleh semua iaitu masyarakat, apa yang ingin dinyatakan, dicakapkan dan maksudnya. Makna berhubung erat dengan pengucapan, ia juga mempunyai kaitan yang amat rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Hubungan antara makna dan pengucapan inilah yang menghasilkan komunikasi.

6) Bahasa Melayu bersifat arbitrari

Maksudnya ialah sewenang-wenangnya (boleh apa -apa sahaja), iaitu bahasa timbul tidak berdasarkan pertimbangan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda benda yang dimaksudkan.
Contohnya :

a) Perkataan ayam itu timbul dengan sendirinya,iaitu tiada kaitan antara perkataan itu dengan haiwan tersebut.

16

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Selain itu, konsep rujukannya tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda. Makna bagi sesuatu simbol atau perkataan bersifat konvensional. Makna dipersetujui bersama oleh sekelompok pengguna yang menggunakan bahasa tersebut. Hasil persetujuan itu dibuat diantara sedar atau tidak.

7) Bahasa Melayu itu berubah

Bahasa berubah mengikut perubahan dalam masyarakat disebabkan peredaran masa. Kepandaian manusia mereka cipta pelbagai alat atau perubahan teknologi semasa menyebabkan timbulnya kosa kata baharu.
Contohnya : Kapal angkasa atau angkasawan merupakan perkataan yang

lazim digunakan pada masa kini selaras dengan perkembangan teknologi

8) Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi

Bermakna bahasa sebagai media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain. Bagi melahirkan perasaan, fikiran, kehendak dan sebagainya. Bahasa dapat menghubungkan seseorang dari segi jarak tempat atau jarak masa .
Melalui jarak tempat :

a) Boleh berhubung secara lisan sama ada dengan berhadapan atau melalui telefon, internet,atau boleh juga secara tulisan.
Melalui jarak masa :

a) Apabila seseorang itu mahu merakamkan sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia boleh merakamkan pertuturan melalui pita rakaman atau menulisnya diatas kertas atau buku. Dengan demikian kita dapat menyatakan fikiran, kehendak atau pendapat kepada orang-orang yang terkemudian. Walaupun jarak masa hidup antara mereka memakan masa berpuluh tahun.

17

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Bab 3 : FUNGSI BAHASA MELAYU

1) Bahasa sebagai bahasa rasmi 2) Bahasa sebagai bahasa perpaduan 3) Bahasa sebagai bahasa ilmu 4) Bahasa sebagai bahasa kebangsaan 5) Bahasa sebagai bahasa pengantar

1) Bahasa sebagai bahasa rasmi

Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam pentadbiran kerajaan, urusan harian, perniagaan, sistem pendidikan negara dan majlis majlis rasmi negara. Kebiasaannya, bagi sesebuah negara, bahasa kebangsaan hanyalah satu tetapi bahasa rasmi adalah sebaliknya. Bahasa rasmi mungkin lebih daripada satu, dua, tiga ataupun empat. Bahasa melayu telah menjadi bahasa rasmi negara sejak 1969 dan bukannya sejak negara mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi negara di atas beberapa faktor. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi bahasa inggeris. Oleh yang demikian, bahasa Melayu telah layak untuk dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai urusan. Selain itu, bahasa Melayu juga difahami oleh pelbagai kaum dan masyarakat, maka dalam urusan urusan rasmi, negara tidak mempunyai masalah dari aspek bahasa. Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaanya untuk bertahan perlu

dikukuhkan lagi. Oleh itu, bahasa melayu telah dijadikan sebagai bah asa pengantar di sekolah sekolah bermula [pada tahun 1970. Menteri Pelajaran pada ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakob telah mengeluerkan satu arahan iaitu semua sekolah kebangsaan aliran inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat peringkat. Kini keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah telah kukuh dan bukan saja di sekolah, malah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat universiti. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan pelbagai kaum. Justeru itu, sisitem pendidikan nasional dapat akan dicapai.

18

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

2) Bahasa sebagai bahasa perpaduan

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Majoriti kaum di Malaysia ialah kaum Melayu, India, dan Cina. Apabila negara mencapai kemerdekaan, perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Hasil usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan, bahasa melayu kini telah menjadi bahasa perpaduan. Proses yang bermula di sekolah sekolah hingga ke universiti tidak ubah seperti proses pengembangan insan. Oleh yang demikian, setiap anggota masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, dan agama seharusnya bernanung di bawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal seperti inilah yang menimbulkan semangat patriotik yang merupakan nadi dan tunjang keutuhan sesebuah negara.

3) Bahasa sebagai bahasa ilmu

Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu juga mempunyai dua peranan penting lain iaitu bahasa Melayu menjadi sebagai bahasa yang mampu mendukung pembangunan ilmu dan pemikiran bangsa dalam pelbagai aspek. Selain itu, ia juga menjadi alat kominikasi dalam masyarakat yang boleh membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan. Sehubungan itu bahasa Melayu telah mendukung peranannya sebagai bahasa ilmu dan telah menjadi tunggak utama dalam perkembangan minda dan telah menjadi hakikat keilmuan pada hari ini. Bahasa melayu telah menjadi bahasa pengantar dalam ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Dua ciri penting satu bahasa itu untuk menjadi bahasa ilmu ialah intelektual dan kesempurnaan. Intelektual dapat dicapai melalui perbendaharaan kata dan sisitem

tatabahasa. Kini, bahasa Melayu dapat memperkatakan sesuatu yan g lebih jauh dan dari bidang bidang yang berbeza. Keadaan ini ternyata bebrbeza dengan zaman dahulu. Oleh itu, sepatutnya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu mengalami perubahan. Jika dahulu bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa arab dan Sanskrit, namun senario pada hari ini juga berbeza. Perkataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.

19

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala

aspek tatabahasa

samada dari segi ayat, frasa, ejaan, kl ausa, sebutan dan seumpanya. Dari segi penggunaan ayat, ia perlulah betul strukturnya agar mudah difahami. Penekanan dari aspek imbuhan dan ejaan perlu agar maksud yang disampaikan tidak menyimpang dari maksud sebenar. Bagi menangani masalah itu, perlaksan aan bahasa baku perlu dijalankan agar bahasa Melayu mendapat tempat dan mempunyai keselarasan dalam penggunaannya.

4) Bahasa sebagai bahasa kebangsaan

Jika diteliti, kita akan mendapati bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah mewujudkan semangat bersatu padu untuk kekal setia pada bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

5) Bahasa sebagai bahasa pengantar

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Oleh yang demikian, amat penting bagi sesuatu bahasa untuk menjadi bahasa pengantara antara kaum. Pada tahun 1983, dasar pendidikan negara telah menerapkan bahasa Melayu di institusi pendidikan dari semu a peringkat. Langkah tersebut diambil kerana terdapat beberapa faktor yang membolehkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, antaranya ialah :  Bentuk masyarakat Malaysia terutamanya dari segi kewujudan kumpulan etnik etnik.  Kesan kesan proses pembinaan dan penyuburan ke atas bahasa Melayu, hasil daripada penukaran statusnya daripada satu bahasa tempatan yang terhad fungsinya kepada satu alat perhubungan moden. Bagi melaksanakan hasrat untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, proses ini dimulakan di peringkat bawahan iaitu peringkat sekolah. Sebagaimana yang tercatat dalam Penyata Razak pada tahun 1957 dan disokong oleh Penyata Rahman Talib 1961. Antara tahap tahap penting dalam proses pelaksanaan ini ialah penubuhan sekolah -sekolah menengah berpengantar bahasa

20

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

melayu 1963. Selain itu, bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran tertentu disekolah -sekolah rendah jenis kebangsaan, 1968 dan menjadi bahasa pengantar tunggal di sekolah -sekolah rendah jenis kebangsaan 1971 . Pada peringkat menengah, bahasa melayu menjadi matap lejaran pada tahun 1970. Pengambil alihan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menjadikan bahasa melayu salah satu daripada matapelajaran wajib bagi semua calon. Hari ini banyak matapelajaran yang diajar dalam bahasa melayu dan perlaksanaan penuhnya pada tahun 1983. Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran bahasa dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu berlaku secara beransur-ansur pada sekitar tahun 60-an. Pertukaran ini berlaku khasnya di maktab perguruan ( terutamanya maktab perguruan bahsa) dan beberapa jabatan di Universiti Malaya ( jabatan bahsa

melayu). Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Hari ini banyak pusa t pengajian tinggi yang melaksanakan dasar kebangsaan yang termetrai pada tahun 1983.

21

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Bab 4 : FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Bidang fonologi terbahagi kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi bunyi tersebut. Pengkajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik pendengaran, fonetik akustik, dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (atau fonetik auditori) merupakan cabang fonetik yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik ialah cabang yang mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa; bidang ini juga disebut bidang fonetik fizikal. Fonetik artikulasi pula ialah cabang fonetik yang mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi. Bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi bunyi bahasa. Namun begitu, tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh alat sebutan atau alat ujaran kita merupakan bunyi bahasa. Hanya bunyi bunyi yang dilahirkan bagi tujuan pertuturan sahaja yang dikaji; bunyi bunyi ini disebut bunyi bahasa. Bunyi bunyi lain seperti batuk, bersin, berdaham dan lain lain tidak dianggap bunyi bahasa, tetapi bunyi semata mata. Fonemik pula ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analis is sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

Bab 5 : Alat Artikulasi


Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasiialah bibir atas dan bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Huraian alat alat artikulasi ini diberikan di sebelah (sila lihat Rajah 4.1)

22

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

Daerah
ti t i i ti l i i i i i l t l l i t i i i it l t. t l i i l l l , l t i i t , i il

rti
l

lasi
l t i. l l i t t it i t . , i it ti ti , t

l t

i, l l

ajah . 1. . . . . 10. Bi i t Bi i i i A t j li li 11. 12. 14. 18. 19. 20. li B l E i l ti li l t

23

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

FUNGSI ALAT ARTIKULASI


a) Bibir Atas Dan Bibir Bawah

Kedua dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi bunyi i, b, dan w.

b)

Tulang Rahang

Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

c)

Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian berikut : 1. Hujung lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. 2. Daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. 3. Depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. 4. Belakang lidah, iaitu bahagian lidah yang paling belakang. 5. Akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak.

d)

Lelangit Lembut

Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit ya ng paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru paru dapat keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit l embut diturunkkan, udara akan keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi bunyi sengau. Kelihatan bahawa peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau.

24

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009 e) Pita S ara P ti t t i i it S t i t i it i . l ti i t l l , il i t t t t i ti it [ ]. S i ti li t t , ji , t l it , it , [ ]. , i ti i i il t , t t l t i i . , i t . t t it il f t l t i t i i t l i , t il t , it l t t l li it i i it it t t t i f i i t ,t j il il t , l ti t . i . l . Pit i il ti t t i l ti . li. l l l ti t t l ti l t t t

t l l . i i t i i i

ajah .

25

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Peranan Udara
Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari patu paru. Paru paru digerakkan oleh otot otot untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Lazimnya bunyi bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru paru, melalui rongga rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.

Penggolongan Bunyi Bahasa


Bunyi bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi bunyi vokal dan bunyi bunyi konsonan.  Bunyi bunyi Vokal Bunyi bunyi vokal ialah bunyi bunyi yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi bunyi vokal mempunyai ciri ciri berikut : 1. Bersuara, 2. Udara keluar dari paru paru berterusan, dan 3. Udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu: 1. Keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. 2. Bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada depan lidah atau belakang lidah, 3. Turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, 4. Keadaan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan, dan udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi bunyi vokal yang disengaukan), dan 5. Keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru paru pita suara bergetar.

26

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Selain vokal, terdapat juga separuh vokal, diftong, dan vokal rangkap.

Separuh Vokal Bunyi separuh vokal mempunyai ciri ciri bunyi vokal, tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi bunyi separuh vokal, alat alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal, kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu , sepatuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal, tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah / w/ dan /y/.

Diftong Diftong ialah urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal, misalnya /ai/,/ou/ dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong.

Vokal Rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap tiap vokal merupakan vokal pebuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya, a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu da dan un.

27

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

 Cara menghasil an V V i t l t i i ,

nyi

nyi V

al.

l[i] li j li i it l i i . Bi i i i l i i . l ti it i it. t l t, t t t il i ti ,l l t . it ,

li i i

28

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

l i i j , il j

il

i it

l[

] i li l i i li it i i it [ i ] l ti it i l i li t . 1/ ti l t . it l i t t i i . it. t

. Bi i l

29

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

V V

l[

] i , il j li j li l i i , l ti it it it [ i ], i t i l i li i 2/ ti l l t . it l l i t t i i . /l . t

l i i

il

i it

. Bi i l

30

 

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

V V

l[

] i , i li li j it l l t i i . t it t . Bi i l i i i l l /l l , l ti . t

i i

il l t i it t

l l t .

it l

31

 

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

V il t l l it l t .

l[

] j , i i l i . it i li li i i . Bi i l i ti i i i l ti , l i l ti it. i , t t i t it i ti t

i i

32

"!

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

V il

l i i , il i

l[

] i l i . Bi i it l i li j li l i it l i l i it [ , l ti i it l i ], t 1/ li i ti l l t . it l t t it. t

33

% '&

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Vokal

Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh luas/lapang . Untuk menghasilkanny, belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [ u ], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikka n. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar. Vokal [ ], vokal [ ] hadir dalam dialek

dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainanbagi vokal [ o ], misalnya [ l h] untuk [oleh].

Di hadapan

Orang Oleh

) (
Di Tengah Di Belakang

[ rang] [ leh]

golok [g bolot [b

l l

k] t]

teko [tek soto [s t

] ]

34

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

l[ ] il t il t i l l t . it l t i ii l i i, l i l . Bi i . it t li l l i i ii it,

t t i

i ti , l ti it i t

35

1 32

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

 Bunyi bunyi konsonan Bunyi bunyi konsonan ialah bunyi bunyi selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Kesimpulannya, bunyi bunyi konsonan mempunyai ciri ciri berikut: 1. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak, 2. Arus udara yang keluar dari paru paru menerima sekatan atau geseran, 3. Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, dan 4. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung ke pada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Seperti vokal, penghasilan bunyi bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara, seperti yang berikut: 1. Keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru paru, menghasilkan bunyi suara, atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah:

36

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

2. K i i i l l i . t i ,

l l i it l ,

it l i t it

t,

i i

i t il i t

, il i i , i it ,

l i , l.

l t , i i

4. S

t il

t l i i i i,

l t i

ti

l i

i , i i, t l t,

l l

it

l l

it l

 Cara menghasil an Konsonan L t i i t i l t i t , i t il il i l .A t t

nyi

nyi K nsonan

an ] [ ] l t i l i i.K i i , l l it l t i i t l l i it il l t i l t i t t l t t

Bi i [

il i i t

i it

l ti

i l t

37

i if t

l l i t i il l

it l i l. l l t

t l. l l i

i , ,

, ,

ti

i, i i,

, t .

65 7

it

ti ,

i i ti

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009 i it [ ]. l t t i ji l ti i i i t [ ]. it

38

t ,

il i l

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

i i t t . i t , [ t ]. i t i ji j

t il i

i[t]

[ l t

] i t t l t i. K i i i i , l ti l i t t i l t it t , i ti t il i l it i l t i il , it ti , i it l t l t t t t j li .A i

l l

it l l l i

li il i l ti [ ]. i t t

il i l

39

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

l il l li i i l t

it

t[

] l t l l

] l l it l t, it l il i t t t t il i t l li t t i l l l l it

t l l i l l t . i t ,

l t t. K i t i , l

.A

it l

il i i t t [ ]. t il i l it l t

i it

l ti l l t ,

i it l i t ti t

ji l l

l ti it l

40

it [ il i l ]. l t

ti t i

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

K t A t t t it , t

ti

l ti [ ? ] ti l l it l i i ill i j i il ti f k. t l ti . ti l ti i t i il i t t t t t l ti i i i it i l t i i l t it it i t t t . . . i

41

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Konsonan etusan Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perla han lahan, menghasilkan bunyi letusan. Dalam bahasa melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ]. Berikut ialah cara menghasilkan konsonan konsonan ini. Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan l idah dengan lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]

42

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

Konsonan G seran K it t .A t it [ ]. ti t . t i j il li K

i i i ti i. l it l

B i t i l

[ il i

] j t l l t i. l ti i it i i i li i

l l i

43

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

K l l it l

K l ti t i l i t t i

l ti [ i i

] il i l l ti t l t . A l i l t

ti

il

l.

K l t ti t i it i l

K t l i li t il t t . .

t i il ti l i [ ]. ii i j l ti i li t . l l it l it t i i t . t j li t i i t l i l l t t t t l t, t t t i t , t t

44

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

Konsonan Sisian K i i ti l i i , i it K i t i i t it l l l l i i i i i it l i i li l i i i . i, [ l ] i i t i l t . i l l i il t ii i i j l li i i li li i t . t .A l ti l il l l t, l t t t t t i t l t ti l i

45

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

Konsonan Sengau K t , l l i it l . l ti t it i t it K S i i Bi i [ i il ] i i i t . i t l i i l l i

46

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

K i. l i

S i it l . l ti t i it t

i[ i

] il j i it t . li it l l l i

47

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

K l l it l l i l [

S l l . l i ] ti it l . l ti t it

iit i

l i

it K il

] li i it l t . j i l l

t i t i , l f, i it

it i t ng.

i i il

48

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009 K l l l l i j ng. i it l t. i l . l K S l l it l l ti , l it l t it i t i ij il it it t i t [ il ]. l i t . l li i l t f, i it t

49

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009 Separuh Vokal S il l li i l i it i S V l l Bi i [ i i ti ti i i ti . t . i ] il il i . K l it l l[ i , t i i ], i i t l i i i i l t t i l li

50

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

l l l l

l it ti

it K

[j] i il il l [ i ], i it i it l , t l i i i i l t t i i i li

il j li i l i it i ti

i i ti . t .

i . K l

51

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009  Cara menghasil an K i i l i i i t . i it f. i l t i ji i l ti i i i t t i i il il i l it , v. t , t t j .A it i K i i Bi i i i i it . i i i i it l ti i i i nyi i i il l it l t l i nyian Konsonan Pinjaman. [f] [v] i i i l l i i i t . , it i it i t ti , il t i t i l t i

52

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Konsonan Geseran Gigi - [ th ] dan [ dh ]

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan g eseran gigi tak bersuara, yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf, iaitu th. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara, yang dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu, th dan dh telah diubah menjadi s dan d.

53

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009 K it t .A t it t . i j li i. K B i l it l l [ z] i t i il i l l i i. l ti t l l t i t j i i i li i

K K l l it l li t i l t i il t it i i it

i l l

l it

it K t

[ sy ] i i i t i t i i i l l j it i, . A i . l ti i i i il l l it i . i

t l l i li ti t

i l t

t . f, sy.

54

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

Konsonan Geseran Lelangit Lembut [ kh ] dan [ gh ]

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

 Cara menghasilkan diftong Cara menghasilkan diftong [ ai ] Untuk menghasilkan diftong ai, lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. Dengan kata lain, bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ], tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. Hujung lidah m enyentuh bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dihamparkan. Cara menghasilkan diftong [ au ]

Untuk menghasilkan diftong au, lidah berada kira kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. Pada mulanya, bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding ro ngga tekak dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Cara menghasilkan diftong [ oi ]

Untuk menghasilkan diftong oi, lidah mula mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. Pada mulanya, bibir dibundarkan, tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga tiga diftong di atas. Anak panah menunjukkan arah geluncuran.

55

BAHASA ME AYU AKADEMIK 2009

56

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

BIBLIOGRAFI.

i.

Nik Safiah Karim. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

ii.

Norlidza Shamsuddin. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

iii.

Arbak Othman. (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

57

BAHASA MELAYU AKADEMIK

2009

RUJUKAN.
i. Ace Ahead Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2.

ii. iii.

Kamus Bahasa Melayu edisi kedua http://ms.wikipedia.org

iv.

http://www.tutor.com.my

58

You might also like