You are on page 1of 84

Pastikan anda menekan butang F5 di papan kekunci dan On speaker komputer anda...

Mempersembahkan...

Laporan Bergambar:

Anjuran:

Bulan Sabit Merah Malaysia II (HP 1123)

Dengan Kerjasama:

Majlis Belia Daerah Kuala Langat (MBDKL)

Program sehari yang telah dirasmikan oleh:

Y.B. DATO SAIFUDDIN ABDULLAH


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II

Sebuah program berbentuk kesihatan sebagai memenuhi keperluan bagi subjek Bulan Sabit Merah II (HP1123), hasil (HP1123), usaha gabungan 31 orang pelajar Tahun 3, dari 2 bidang pengkhususan Kursus Sains Politik & Geografi di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM.
Dengan Moto: Komuniti Sihat Pemacu Pembangunan Masyarakat dan Negara

Penyelaras Program:

Dr. Hj. Mohd. Arif Ismail


Timbalan Pengarah, Bah. Ko-kurikulum. KoPusat Perkembangan Pelajar, UKM.
Merangkap Pensyarah bagi subjek BSMM II (HP1123)

Program ini telah dimandatkan kepada kami untuk dilaksanakan sewaktu pertemuan kuliah pertama oleh Pensyarah pada 16 April 2011. 2011.

Dan semenjak tarikh itu, maka bermulalah usaha kami untuk menjayakannya...

Catatan penting perjalanan Program Jom Aktif Sihat, Sihat, Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey.

1.5.2011 3.05 pm Tinjauan ke tapak program

Kami meninjau ke tapak program untuk mendapatkan gambaran jelas situasi dan keadaan Perkampungan Orang Asli, Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey.

Info: Perkampungan Orang Asli, Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey telah dipilih sebagai lokasi program selepas pembatalan Kg. Orang Asli Tanjung Sepat, Kuala Langat sebagai pilihan pertama.

7.5.2011 2.15 pm Bilik Kuliah

Mesyuarat pertama telah berlangsung lebih kepada sesi brainstorming.

14.5.2011 4.15 pm Ruang foyer FSSK

Mesyuarat ke-2 ketelah berlangsung Mengemaskini status persiapan program oleh semua AJK terlibat.

1.6.2011 1.30 pm Pejabat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Mesyuarat bersama YB Dato Saifuddin Abdullah dengan AJK program bagi membincang tentang Program Jom Aktif Sihat.
Terima kasih YB Dato kerana sudi meluangkan masa bersama kami...

5.6.2011 5.15 pm S.R.K. Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey.

Mesyuarat terakhir telah berlangsung di SRK Kg. Sg. Bumbun. Mengemaskini status persiapan akhir program oleh AJK terlibat.

10 Jun 2011 Sehari sebelum program berlangsung...

10.6.2011 6.04 pm Di Hotel Metro Inn, Telok Panglima Garang.

Sabar menanti ketibaan rakanrakan-rakan untuk penyerahan baju rasmi masingmasing-masing dan mendaftar bilik penginapan.

Kami melapor diri dan mendaftar penginapan.

Dan sementara itu...

10.6.2011 7.10 pm Di Kg. Sg. Bumbun

Semburan kabus di kawasan Kg. Sg. Bumbun untuk Program Hapuskan Nyamuk Aedes, oleh Unit Kawalan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Aktiviti ini terpaksa diawalkan sehari sebelum program rasmi Jom Aktif Sihat.

10.6.2011 7.14 pm Di tapak ProgJAS, Kg. Sg. Bumbun

Para AJK berganding bahu membuat persiapan akhir menjelang hari program.

Pasti ada sesuatu yang dibincangkan mereka... Seorang daripada kami (saudara Zuraidi Mohamed) terpaksa pulang ke rumah, kerana isterinya telah dimasukkan ke wad bersalin di Kelantan.

10.6.2011 9.30 pm Restoran Santai Ria, Teluk Mengkuang

Kami berkumpul bersama untuk taklimat akhir dan makan malam.

Taklimat akhir oleh saudara Mat Sudin, Khairul, Noh, & saudari Norlee... Debaran semakin dirasai, dan kami berasa sangat lapar waktu ini.

10.6.2011 10.55 pm Restoran Santai Ria, Teluk Mengkuang

Majlis taklimat akhir dan makan malam telah diserikan dengan kehadiran Ybhg. Datuk Kamarul Airi Ariffin, Setiausaha Agung, Pertubuhan Kebajikan Satu Malaysia, sebagai penyumbang beras 1Malaysia. Terima kasih Dato...

10.6.2011 11.15 pm Restoran Santai Ria, Teluk Mengkuang

Bukti kami semua memang lapar... RM650.00 jumlah bil semuanya... (WOW...!!!)

Taklimat akhir dan makan malam telah berakhir pada kirakira-kira jam 12.10 pagi. Kemudian kami semua pulang ke bilik penginapan masing-masing, masingdi Hotel Metro Inn.

Tetapi, masih ada yang belum tidur...

11.6.2011 1.15 am Di jalan masuk ke Pulau Carey

Kami membetulkan kedudukan banner pada saat-saat akhir... saat-

Dan hari yang dinantikan pun tiba... Program Jom Aktif Sihat, Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey, 2011.

Selamat Datang Ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey...

Jalan yang baru diturap...

11.6.2011 8.30 am Di lokasi program

Persiapan sebelum program bermula.

11.6.2011 8.30 pm Di lokasi program

Urusetia pendaftaran sedang bersiap sedia untuk memulakan tugas...

11.6.2011 8.40 pm Di lokasi program

Wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat bersedia untuk berkhidmat.

Wakil daripada SYABAS sedang menyusun atur kelengkapan pameran.


Wakil daripada JPAM sedang menyusun atur kelengkapan pameran.

11.6.2011 9.30 am Di S.R.K. Kg. Sg. Bumbun

Para Urusetia membuat persiapan bagi acara sukaneka.

11.6.2011 9.45 am Di lokasi program

Unit Pergigian daripada ATM sedang menyusun atur kelengkapan pameran.

11.6.2011 10.00 am Di S.R.K. Kg. Sg. Bumbun

Pendaftaran pertama berjaya direkodkan pada jam 10.33 pagi.

Sementara itu...

11.6.2011 10.45 am Di S.R.K. Kg. Sg. Bumbun

Acara sukanika:
Berjalan di atas batu bata

Berjalan junjung pundi kacang

Kelihatan adik-adik Orang Asli sedang menunggu adikgiliran mereka untuk acara sukaneka.

Tiup belon sampai pecah

ACARA SUKANIKA Sebanyak 10 acara sukaneka telah diaturkan untuk penduduk Kg. Sg. Bumbun, terutamanya kanakkanak-kanak. Kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta sukaneka...

Si comel ini turut berkongsi kegembiraan...

11.6.2011 11.15 am Di S.R.K. Kg. Sg. Bumbun

Program Kesihatan Gigi


- Seramai 30 orang kanak-kanak kanakyang berumur 12 tahun ke bawah turut serta dalam program ini.

11.6.2011 11.15 am Di S.R.K. Kg. Sg. Bumbun

Lucu melihat telatah mereka.

Para urusetia menunjukkan teknik yang betul menggosok gigi .

11.6.2011 11.30 am Di lokasi program

Petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sedang membuat pemeriksaan tekanan darah kepada pelawat.

11.6.2011 11.30 am Di lokasi program

Tok Batin Sidin pun sempat membuat pemeriksaan dan mencabut gigi secara percuma. Sakit Tok...?

11.6.2011 11.35 am Di lokasi program

Pameran Keselamatan Jalan Raya oleh Bah. Trafik, PDRM

Abang Polis Trafik yang segak...

11.6.2011 11.45 am Di lokasi program

Pameran Hasil Kraftangan oleh penduduk Kg Sg. Bumbun yang mendapat sambutan pelawat.

Si comel dikendong ibunya menghadiri Program Jom Aktif Sihat.

11.6.2011 12.00 pm Di lokasi program

Para Urusetia mengagihkan makanan tengahari kepada penduduk kampung.

Tidak ketinggalan Hafiz AF pun menerima bungkusan makanan. Dia membuatkan kami semua tersenyum...

Kami makan tengahari bersama sambil berkongsi cerita.

Selesai sudah aturcara program sebelah pagi.

Aturcara program sebelah petang pula, dimulakan dengan penerangan dan kesedaran umum oleh para Agensi Pameran kepada penduduk kampung.

11.6.2011 1.20 pm Di lokasi program

Petugas SYABAS membuat penerangan kepada penduduk kampung tentang kebersihan air yang diproses SYABAS dan kesedaran tentang pentingnya penggunaan air bersih.

Petugas JPAM menunjukkan kepada penduduk kampung asas pertolongan cemas.

Petugas Unit Pergigian ATM memberi penerangan kepada penduduk kampung tentang kesedaran menjaga gigi dan teknik menggosok gigi dengan betul.

Apa yang membuatkan kami berasa teruja adalah kesetiaan dan sokongan penduduk kampung yang tidak berganjak dari tempat duduk mereka sejak pagi.

11.6.2011 2.00 pm Di lokasi program

Pertandingan Mewarna...

AdikAdik-adik ini sedang tekun mewarna...

Sementara itu...

11.6.2011 2.30 pm Di lokasi program

Ketibaan lori yang membawa 200 kampit Beras 1 Malaysia yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Satu Malaysia

Ketibaan sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Satu Malaysia Dato Kamarul Airi Ariffin

...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Kami menyusun Beras 1 Malaysia untuk diagihkan kepada penduduk miskin.

Gambar kenangan bersama Dato Kamarul, AJK program, dan belia Kg. Sg. Bumbun.

Pengagihan Beras 1 Malaysia...

Sekitar penyampaian hadiah bagi pemenang cabutan bertuah dan sukaneka.


Tahniah kepada pemenang...!!

Dan memudian kami semua nyanyi lagu 1 Malaysia bersamabersama-sama...

...yang nyata memberi kesan kepada kami semua..

Gambar kenangan bersama Dato Kamarul, Dr Arif, AJK program, dan penduduk Kg. Sg. Bumbun.

Pada jam kurang lebih 4.00 petang, kami berehat sebentar dengan aktivi bebas, minum petang, dan menukar pakaian rasmi untuk Majlis Perasmian Penutup oleh Dato Saifuddin Abdullah.

Tetapi ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk berkaraoke...

Bukan main semangat lagi mereka berdua ni...

Dan aksi petugas karaoke ni...

Akhirnya kami sampai ke upacara kemuncak Majlis Perasmian Penutup oleh Y.B. Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II...

Kami menanti ketibaan YB Dato...

11.6.2011 5.57 pm Di lokasi program

Ketibaan YB Dato Saifuddin Abdullah ke Program Jom Aktif Sihat...

Beliau telah disambut meriah oleh penduduk kampung...

Turut bersama kami, Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim - Timbalan Naib Cancelor, UKM Memang cantik dan comel...

Dan juga disambut dengan Tarian Tradisi Orang Asli Suku Mah Meri...

Barisan tetamu kehormat yang hadir ke Majlis Perasmian Penutup program.

Ucapan aluan oleh saudara Mat Sudin Taupek, selaku Ketua Pengarah Program Jom Aktif Sihat.

Diikuti ucapan oleh Dr. Mohd Arif Ismail, selaku Penyelaras Program Jom Aktif Sihat.

YB Dato Saifuddin Abdullah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Jom Aktif Sihat...

Maka sempurnalah aturcara program kami... tapi sebelum itu...

YB Dato sempat bermesra dengan sekumpulan belia kampung yang dilihatnya begitu bersemangat...

Si kecil ini juga bersemangat...

Majlis penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati yang disempurnakan oleh YB Dato...

Majlis penutup diakhiri dengan nyanyian lagu 1Malaysia...

Kepuasan jelas terpancar di wajah sebahagian daripada AJK program sempat bergambar...

Sujud syukur ke Hadrat Ilahi kerana Program Jom Aktif Sihat telah berakhir dengan jayanya pada jam kurang lebih 7.10 malam atas komitmen semua pihak. Kemudian kami mengemas peralatan dan pulang ke rumah masingmasing-masing. Walaupun kami keletihan, namun kami berasa puas dan berharap agar usaha kami ini mendapat penghargaan Pensyarah dan mencapai objektifnya.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih setinggikepada pihak yang terlibat dalam program ini, terutamanya kepada Majlis Belia Daerah Kuala Langat kerana sudi berganding bahu dalam menjayakan program ini, Tok Batin Sidin (Ketua Kampung) dan penduduk Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey kerana membenarkan program ini dijalankan di kampung mereka. Tidak lupa juga kepada agensi-agensi kerajaan yang agensimembuat pameran, iaitu Kor Kesihatan Diraja, ATM, JPAM, SYABAS, PDRM, SPR, JKM, dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Dan tidak lupa juga kepada Pertubuhan Kebajikan Satu Malaysia kerana telah menyumbang 2oo kampit beras 1Malaysia, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU) kerana meluluskan melebihi RM10,000 untuk menurap jalan Kg. Sg Bumbun. Serta penyumbang-penyumbang lain yang menyumbang penyumbanghampers, baju, makanan, dan sebagainya. Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas budi mereka semua.

Sumber dari Sinar Harian, 14 Jun 2011.

Sekian laporan kami untuk perhatian Dr. Mohd. Arif Ismail, Pensyarah BSMM II (HP1123)

Senarai Nama Pelajar Sains Politik:


Mat Sudin bin Taupek (GB00743). Mohammad Khairul bin Abd. Samad (GB00788). Mohd Noh bin Md.Yunus (GB00754). Muhammad Nazir bin Dalimi (GB00789). Zaiton binti Abdullah (GB00763). Rozihan bin Abdul Rahman (GB00760). Zainal bin Sanusi (GB00762). Mohd Zulkifli bin Mohd Mukhtar (GB00766). Zailanni bin Amit (GB00767). Rosmaliza binti Mohamed Rashid (GB00759). Linda binti Ghazali (GB00751). Mohd Norsharnusi bin Mohd Isa (GB00755). Siti Fatimah bte. Mohamed (GB00761). Shafezan bin Rusli (G76427). Gaure a/p Perumal (G75686). Yap Hui Hsien (G75859). Ahmad Ridzalman bin Kamarudin (GB00765). Mohd Sallehuddin bin Saidin (GB00765). Mohd Faizal bin Jaafar (GB00753). Azwan bin Tamin (GB00740). Zulkifly bin Ab Hamid (GB00764).

Senarai Nama Pelajar Geografi:


Norlee binti Abdan (GB00799). Ho Sin Yee (GB00713). Norshahida binti Ahmad (GB00808). Kokilavani a/p Sumnade (GB00794). Norfazila bte Mohamed Daud (GB00798). Rohayati binti Mat Tajuddin (GB00801). Rohaizan Binti Mat Hassan @ Ismail (GB00800). Gan Shai Lee (GB00712). Razimah binti Maimuthy (GB75648). Zuraidi bin Mohamed (GB00737).

Sekian...
Disediakan oleh: Nazir Dalimi (2011)

You might also like