You are on page 1of 6

Masalah ponteng juga semakin menular dikalangan pelajar kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran.

Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu.

STRATEGI PENYELESAIAN Perbincangan mengenaifenomena keruntuhan akhlak remaja banyak berkisar di sekitar isu pelajar remaja. Justeru itu kebanyakan daripada strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini akan memberi tumpuan kepada golongan pelajar remaja. 1)Pertama ialah pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolahsekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang lain dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah. Strategi ini boleh menarik minat pelajar remaja untuk menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memanfaatkan perkembangan mereka. 2)Kedua ialah mengenai aspek perundangan di sekolah. Strategi ini harus diberikan tumpuan kerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan dan mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk remaja mereka. Sehubungan dengan aspek perundangan ialah penguatkuasaan undang- undang oleh polis. Ini bermakna bidang kuasa polis boleh diperluaskan untuk merangkumi kegiatan para pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan di peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara agar segala kegiatan pelajar dapat diawasi di dalam dan di luar sekolah.

3)Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunselingjuga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan "peer kaunseling" di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Oleh itu program ini bermanfaat jika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan program tersebut. Lanjutan dari itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman "pergolakan " yang amat serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku pada ketika baligh banyak mempengaruhijiwa, perasaan dan fikiran para remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri. 4)Bagi strategi umum, satu pendekatan yang wajar ialah melalui ceramah- ceramah sivik yang boleh dilakukan di peringkat sekolah. Walaupun demikian, ada1ah wajar jikalau program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Sebagai contoh, pada "Hari Ibu Bapa dan Guru " yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah boleh memberikan keterangan yangjelas tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu pengetahuan agama harus ditekankan di dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama akan memberi satu garispanduan bagi individu untuk bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan mengenai diri dan cara-cara bersosialisasi harus disampaikan para remaja dan juga ibu-bapa. Penglibatan ibu bapa ada1ah penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa semua berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak surat-surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar dan para guru mengenai pengurusan disiplin pelajar. Namun, secara umumnya, disiplin pelajar di sekolah-sekolah di dapati semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Ada pula guru-guru yang tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatifjuga mempengaruhi sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru itu, pentadbiran sekolah harus memastikan bahawa sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham mengenai hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul. Adakala sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberi pengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang dan seterusnya akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya. Oleh kerana pendidikan moral disampaikan kepada seseorang itu sejak ia kecil-kecil lagi akan sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai yang positif pada diri individu berkenaan. Oleh itu para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas mengenai alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai

kedewasaan. Ini boleh dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan mengenai masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukanlah masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi merupakan masalah masyarakat. Dengan itu pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi untuk membantu dan bekerjasama bagi menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak daripada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat amatlah perlu kerana masalah akhlak remaja atau pelajar merupakan masalah masyarakat. Kawalan sosialperlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap "tidak apa atau tidak ambil tahu " perlu diubah demi kepentingan masyarakat. 5)Satu lagi aspek pencegahan yang harus diberikan perhatian ialah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti telah dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan itu program atau aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja akan membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu agar para remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat- pusat ini juga boleh memberikan ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan untuk perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya pertukaran belia antara negeri dan juga antara negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Terdapat 86 Jawatankuasa Kebajikan Juvana di seluruh negara dengan keahlian 1,009 orang. Melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini semua kegiatan untuk membantu remaja dapat dirancang dengan sempurna dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Buat masa kini juga, sudah pun wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia denganJabatan Pendidikan Negeri untuk memerhatikan perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang patut sebelum pelajar-pelajar erjehak dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun keherkesanan jentera ini holeh dipertingkatkan lagi dengan memhuat kajian dari masa ke sama tentang aktiviti, program, serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja.

Juga, program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan di institusi di hawahJahatan Kehajikan Masyarakat harus dikaji dari semasa ke semasa agar perancangan dan program-programnya adalah selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja. 6)Peranan media juga harus diherikan perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lehih mudah menganjurkan program yang herkaitan dengan personaliti remaja yang berjaya. Remaja yang berjaya dalam satu-satu lapangan boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Gambar- gambar remaja yang berjaya di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca juga boleh merangsang pembaca remaja agar turut herjaya dalam kegiatan yang mereka sendiri ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutama sekali yang mempunyai sasaran pembaca remaja hendaklah lebih sedar dan peka akan tanggungjawab sosial untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang

bercorak pengetahuan untuk melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik. KESIMPULAN Pelbagai jalan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan segera seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sekolah-sekolah umpamanya disiplin pelajar harus ditingkatkan melalui perancangan kegiatan yang holeh memupuk nilai yang baik dan mulia. Ini penting kerana tujuan pelaksanaan disiplin bukan setakat menghukum atau mendenda sahaja, malah bertujuan menggalakkan seseorang mematuhi, menghormati, dan bekerjasama dengan masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, ia amat memerlukan penglibatan dan rasa tanggungjawab para guru, Persatuan Ibu Bapa-Guru serta penyelarasan aktiviti badan disiplin, Badan Bimbingan dan Kerjaya, Jawatankuasa Bimbingan Pelajar dan Jawatankuasa Sekolah sebagai institusi masyarakat. Di samping itu, pengaruh persekitaran yang telah lama dikenalpasti menyebahkan masalah akhlak di kalangan remaja harus dibendung. Ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan dasar yang tegas di samping penguatkuasaan di semua peringkat.

The problem is more widespread absenteeism among students because they are more concerned with fun than education. It is clear that there are students who skip in order to loiter or congregate in the centers, shopping centers video games, and recreational parks. In fact, there are also students who skip to the movies or a picnic. For them, learning at school is a chore because there is no element of entertainment. Students are also not aware of the importance of education to ensure their future. Therefore, they prefer entertainment elements that are not in school. There are also students who give ridiculous reasons such as fear of a fine, fierce teacher, shame, and so on. Students may be decided to skip because they fear a fine for not finished their school work given by teachers. There are also students who come late and decided to skip out of fear they are fine for the offense.

The first is the academic approach. This can be done by increasing the activities of semiacademic and academic-based, such as extra-curricular activities in schools. Similarly, by changing teaching techniques such as use of computers, video, audio-visual aids other outside the classroom and teaching techniques. This somewhat reduces the learning burden and stress faced by students at the school. This strategy can attract young students to spend more time in school than outside of school who do not benefit their development. The second is about the legal aspects of the school. This strategy must be emphasized because this will reduce the involvement of students in a variety of disciplinary or criminal activity in schools. With the existence of such legal aspects, it can cause fear among the students as well as reduce the burden and responsibility of the school and parents in monitoring discipline. But it must be considered carefully because this may involve the high cost of adding additional control unit and there may be resistance from parents, as punishment measures might be too heavy and unfair to their teen.
in line with the legal aspects of law enforcement by the police. This means that the field of police powers can be expanded to include students in schools deemed student discipline problems. Disciplinary action committee should be established at district, area, state or country so that all student activities can be monitored inside and outside the school.

Another preventive measure is a good advice. Counseling in schools play an important role in helping teenagers overcome their problems. In addition kaunseling juga can be implemented as a pointer towards a career that should be addressed by the youth. Additionally, all teachers counselors in schools can also organize "peer counseling" among students. This is a good way to support healthy relationships among youth and foster a sense of responsibility to each other. So this program is useful if carefully planned and take their experience and youth counseling foundation to organize and strengthen the program. For general strategies, a reasonable approach is through civic lectures that can be done at the school. However, if the program ada1ah civic talks should involve parents. For example, the "Parent-Teacher Day" held each year, the talks could give a clear picture of the role of parents in an effort to strengthen family relationships. In addition, knowledge of religion should be emphasized in the lectures as often religious knowledge will provide a guideline for individuals to act. In addition to religious knowledge, information about yourself and how to socialize and

be served teens and parents. Parental involvement is important so that children ada1ah, educators and parents are all on the same wavelength of understanding and foster closer ties.
Another aspect of prevention is to be noted is that youth participation in youth activities center where all activities were planned and organized. With such programs or activities held at the training centers will provide the youths of certain skills that teens can use their skills for their own gain. In addition to skills, these centers can also provide lectures, classes, religious guidance and recreational sports leisure required for the development of adolescent personality. Next youth exchanges between states and between the countries was held to enhance the knowledge and experience of young adults. The role of the media should be given serious attention in order to curb this unhealthy. Print and electronic media more easily organize related to the personality of successful youth. Youth who are successful in one field can provide a positive example to the youth as a whole. Pictures of teens succeed in addition to the attractiveness of the readers can also stimulate young readers to also be successful in activities that they themselves are indulging. Therefore, the publishers, especially with young readers of the target should be more aware and sensitive to social responsibility to produce more knowledgeoriented reading material to produce young adults who are responsible and have good properties.

CONCLUSION Various solutions can be implemented immediately as discussed previously. In schools such as student discipline should be enhanced through planning activities that can foster a good and noble values. This is important because the purpose of implementation of the discipline not just to punish or fine, in fact, to encourage a person to comply with, respect, and work with the community. To achieve this, they require the involvement and responsibility of teachers, ParentTeacher Association and the coordination of activities disciplinary body, the Body Guidance and Career, Student Guidance Committee and School Committee as a community institution. In addition, the influence of the environment has long been recognized cause behavior problems in adolescents should be curbed. This can be done with strict implementation of policies as well as enforcement at all levels.

You might also like