You are on page 1of 2

Soalan 3: Anda menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan Bulan Budi Bahasa.

Sediakan teks syarahan yang bertajuk Kearah penerapan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Ke arah penerapan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Hadirin yang saya hormati sekalian, Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, sopan santun dan tatatertib, perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran. Hadirin hadirat sekalian, Untuk menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat, kita mestilah mempunyai nilai-nilai murni untuk dipraktikkan sama ada dalam institusi kekeluargaan, Istitusi kemasyarakatan, Institusi pembelajaran, Institusi perkhidmatan dan organisasi. Dalam institusi kekeluargaan misalnya hubungan antara ibu bapa dengan anakanak dan anak-anak dengan ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa wajib mendidik dan mengatur anak-anak supaya mereka boleh bertutur dengan baik dan mempunyai kelakuan yang terpuji. Selain itu, dalam hubungan antara adik beradik, ibu bapa hendaklah mendidik dengan mengajar anak-anak menghormati orang yang lebih tua. Contohnya adik menghormati kakak dan abang dengan panggilan yang sopan seperti gelaran abang long, abang ngah, kak cik, dan sebagainya. Bagi langkah yang seterusnya pula adalah dalam institusi kemasyarakatan. Hubungan antara golongan tua dan muda mestilah berada dalam suasana hormatmenghormati, sayang-menyayangi dan bertatasusila. Hal ini demikian kerana kita hendaklah mendahului yang tua dan sentiasa bertegur sapa dengan panggilan pakcik, makcik, kakak atau gelaran adik jika mereka lebih muda dari kita. Selain itu, kita juga disarankan untuk bertutur dengan nada suara yang lembut, bersopan dan mempunyai rasa rendah diri apabila berhadapan dengan mereka. Kita juga mestilah menjaga tingkah laku supaya tidak berjenaka sesuka hati atau memandang rendah terhadap mereka samada yang tua ataupun muda. Hadirin hadirat sekalian, Selain dari itu untuk menerapkan amalan berbudi bahasa supaya lebih efektif ialah melalui institusi pembelajaran. Misalnya hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana guru mendidik murid-murid termasuklah dalam berbudi bahasa dan berkelakuan baik. Amalan yang diterapkan oleh guru dapat dilihat

melalui peraturan yang ditetapkan. Antaranya berdisiplin, bertegur sapa dengan penuh rasa hormat dan bersopan santun. Selain itu, saling menghormati sesama rakan juga harus kita ditekankan supaya tidak timbul pergaduhan antara murid-murid, contohnya membiasakan diri mengucapkan salam atau selamat, menghormati agama dan budaya masing-masing, dan menghargai idea dan pendapat serta hak milik rakan sebaya. Langkah yang seterusnya pula ialah, penerapan budi bahasa melalui institusi perkhidmatan. Institusi ini dapat dilihat antara ketua dan anggota yang dipimpin, menerusi layanan yang diberikan oleh mereka seperti layanan baik dan berbudi. Hal ini demikian kerana, layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan boleh menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi. Selain dari itu ialah amalan berbudi antara rakan sekerja. Rakan sekerja mestilah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus. Hadirin sekalian, Akhir sekali langkah yang kita boleh terapkan dalam amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat ialah melalui institusi kenegaraan. Masyarakat boleh dipupuk melalui institusi ini dengan adanya sikap yang taat setia kepada raja dan Negara. Oleh itu, langkah ini akan menjadikan masyarakat sentiasa menghormati Negara walau apa jua keadaan. Dengan ini, dapat diperkukuhkan lagi melalui konsep 1Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Melalui konsep ini masyarakat akan saling menghormati, menghargai, dan bersikap mesra samada sesama bangsa ataupun bangsa lain. kesimpulanya orang yang banyak menabur budi hendaklah diteladani dan di ambil iktibar oleh generasi muda yang bakal memimpin negara kelak. Hal ini demikian kerana, orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Bak kata pepatah Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain khususnya. Sekian, terima kasih.

You might also like