You are on page 1of 1

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Drama 1400
( Nordin Hassan ) Sinopsis: Dolah seorang yang miskin dan capik - cacat kakinya. Dia sering diejek dan direndahrendahkan oleh kebanyakan orang kampung. Dolah berasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Akibat tidak dapat menahan geramnya lagi, dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Walaupun Dolah telah diseru supaya bersabar dan meminta bantuan hanya pada Allah, hati Dolah telahpun terkatup. Dolah bertemu juga dengan Tok Pawang, membawa azimat daripada mayat ibunya. Azimat itu digunakannya untuk memanggil Jin Tanah. Hasil azimat tersebut, Dolah mendapat harta karun yang bayak sekali dengan pertolongan Jin Tanah. Dolah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta ditawarkan perempuan cantik bernama Doli. Dolah juga telah menghantar bayak pinangan kepada anak-anak orang penting. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dolah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dolah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Akan tetapi, Dolah sendiri telah alpa dengan dunia sehingga menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Dolah sebaliknya dibenci orang kampung kerana Dolah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak. Kuda-kuda tersebut menjadikan sungai tempat bermain dan tidak dijaga dengan baik. Hal ini telah mengotorkan sungai dengan najis kuda sedangkan sungai itu merupakan sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu jatuh sakit penyakit yang pelik-pelik ataupun mendapat zuriat yang cacat. Apabila Dolah mendapat berita kehamilan isterinya, dia amat gembira langsung meminta Intan Siti Rahimah makan hanya makanan yang baik sahaja dan melarangnya mengambil makanan hasil dari kampung tersebut. Dolah juga melarang isterinya itu bergaul dengan penduduk kampung yang dianggapnya miskin dan hina itu. Walaupun demikian, Intan Siti Rahimah yang baik hati itu masih bergaul dengan penduduk kampung tanpa pengetahuan Dolah. Dia juga gemar makan masakan orang kampung. Kelahiran anaknya itu tidaklah disangka-sangka. Dolah dan Intan Siti Rahimah mendapat anak yang cacat. Dolah telah menghalau isterinya dan membuang anak itu. Selepas pemergian Intan Siti Rahimah itu, Dolah telah bertemu dengan mayat ibunya kesal dengan sikap anaknya lantas meminta agar dia bertaubat. Dolah yang bertaubat itu kemudian kehilangan segala harta kekayaannya. Dia akhirnya meninggalkan kampungnya itu dan berhijrah ke kawasan lain. Setelah sekian lama, Dolah bertemu dengan seorang gadis bernama Siti Rahimah. Siti Rahimah juga seorang musafir yang berhijrah ke kampung tersebut. Pada suatu hari, Dolah yang bersampan ke seberang telah karam. Siti Rahimah lantas bergegas mencari Dolah. Dikatakan bahawa Siti Rahimah berada di tepi pantai setiap hari menunggu kepulangan Dolah.

You might also like