You are on page 1of 12

SUBJEK TAJUK PENSYARAH

: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR : : PENCEMARAN AIR EN. ABDUL RAHMAN SULAIMAN

NAMA

: SITI KHADIJAH BT FAKHRURRAZI (820508-08-5310) : SITI YUHANIS BT YUSOF (731126-04-5124)

KUMPULAN : KPLI-KDC SABK SCIENCE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN KEPENTINGAN AIR PUNCA PENCEMARAN KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR KAWALAN PENCEMARAN PENUTUP BIBLIOGRAFI

3 5 6 8 9 12 13

PENCEMARAN AIR

PENDAHULUAN

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan

menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Dengan ini, kami ingin fokuskan kepada Pencemaran kursus Sekitar. untuk Air sebagai tajuk kerja Alam

subjek

Pendidikan

Yang saya sakit hati apabila sungai menjadi kotor seperti teh susu. Akibat perbuatan manusia juga, air sungai berubah daripada jernih suatu ketika dulu kepada warna teh kerana ia juga menjadi tempat pembuangan sampah sarap, kata Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi ketika melancarkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Taman Sesuai di Persisiran Pantai, tahun lalu. Kenyataan itu benar-benar menggambarkan betapa kecewanya Perdana Menteri terhadap keadaan di kebanyakan sungai di negara ini yang amat kotor. Keluhan itu memang relevan kerana sungai yang menyumbang 90 peratus sumber air kepada keperluan manusia dan industri kebanyakannya tercemar disebabkan banyak faktor. Menteri Seri Sumber Azmi Asli dan Alam Sekitar, Datuk dilaporkan sebagai berkata negara ini masih kotor dan Cintailah sejak Sungai Kita ternyata

Khalid, di

beberapa tercemar. dilancarkan

sungai

Kempen kerajaan

1993 lalu

gagal mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab menjaga sungai di kawasan persekitaran mereka. Sungai Pinang dan Sungai Juru, Seberang Prai yang termasuk dalam projek utama pemulihannya masih mencatat sungai paling tercemar di Asia. Peruntukan berjuta-juta ringgit menemui jalan buntu dan sungai itu gagal dipulihkan dengan tahap kebersihannya masih pada takuk lama. Kerja pengorekan membuang endapan Sungai Pinang sepanjang 3.1 kilometer yang tercemar, membina jeti nelayan, memasang perangkap sampah, merawat, membersihkan dan menyediakan landskap di tebing sungai itu bagaikan mencurah air di daun keladi. Komitmen kerajaan menjalankan projek itu dibalas dengan sikap masyarakat tidak menghargai usaha berkenaan. Masalah sama turut membelenggu negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sehingga dikenali sebagai kawasan hitam kerana pemandangan sungainya yang masih kotor dan tercemar. Secara keseluruhannya, sebanyak 16 sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan hampir mati.

KEPENTINGAN AIR

Selain daripada udara, air merupakan sumber yang terpenting bagi kehidupan manusia
terutamanya untuk kegunaan domestik. Tanpa air dunia merupakan sebuah planet

yang tidak bernyawa. Lebih dua pertiga daripada berat badan kita adalah air. Pada amnya seseorang itu meminum satu tan air dalam jangkamasa setahun. Dalam kehidupan seharian juga kegunaan air sangat penting seperti aktiviti memasak untuk membasuh kotoran pada bahan basah yang akan di masak, serta untuk membasuh sisa-sisa kotoran sama ada pada pakaian, kenderaan dan sebagainya. Bidang perindustrian, terutamanya di kilang-kilang penggunaan air adalah pada kadar yang maksimum. Banyak produk yang dihasilkan dikilang memerlukan sumber air untuk menghasilkan sesuatu hasil yang dikehendaki. Dalam bidang

perikanan, sungai dan laut adalah sumber pencarian yang utama bagi para nelayan. Segala sumber protein untuk makanan manusia terdapat dalam laut dan sungai yang bersih. Jadi, semua kehidupan akuatik ini memerlukan sumber air yang bersih untuk terus hidup. Malah, hidupan air menjadi sumber perubatan seperti belut dan gamat. Hidupan air seperti batu karang boleh dijadikan sebagai barang perhiasan yang menarik. Di negara kita, empangan-empangan dibina di sumber-sumber air semulajadi dan tasiktasik buatan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Laluan air yang deras memusingkan turbin dan

menghasilkan kuasa elektrik untuk kegunaan seluruh negara. Selain itu, Malaysia amat bertuah kerana dianugerahi banyak sungai. Terdapat lebih kurang 49 batang sungai utama di Malaysia yang menjadi sumber kepada lebih 90 peratus bekalan air minuman negara. Sungai-sungai ini juga dijadikan pusat rekreasi dan pelancongan untuk tarikan warga tempatan dan juga pelancong antarabangsa. PUNCA PENCEMARAN

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ia boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Punca pencemaran sungai yang utama ialah pembangunan pesat yang tidak diimbangi dengan keprihatinan pemuliharaan sungai. Pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab telah membuang sisa-sisa kimia bertoksik ke dalam sungai. Projek-projek pembangunan tanah, terutamanya untuk pertanian, pembinaan jalan dan infrastruktur lain serta pembinaan penempatan telah menyebabkan hakisan dan kekurangan sumber air dikawasan yang dimajukan. Secara khususnya, pencemaran air boleh dilihat dalam bentuk kumbahan dan buangan domestik, buangan sisa perindustrian dan pembangunan yang menyebabkan hakisan kelodak. Selain itu, pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai, laut atau tasik turut menjejaskan yang kualiti air. Kelalaian kesan

manusia

tidak

memikirkan

perbuatan mereka itu menyebabkan sumber air semakin terancam dengan longgokan

sampah-sarap yang tidak dimusnahkan secara semulajadi. Mereka tidak mengambil kira kesan jangka panjang akibat perbuatan tersebut. Ekosistem air akan musnah kerana menjadi tempat longgokan sampah-sarap. Kegiatan ternakan khinzir di tepi sungai juga merupakan faktor utama berlakunya pencemaran sungai. Di samping itu, kegiatan penerokaan hutan untuk kerja-kerja pembalakan secara haram dan pembukaan tanah untuk pertanian yang tidak terancang merupakan tanda kelalaian manusia dalam menjaga khazanah alam yang amat berharga. Keghairahan mengaut keuntungan menyebabkan kegiatan pembalakan dijalankan tanpa kawalan. Fenomena ini memberikan kesan kepada sungai, laut dan tasik kerana hakisan tanah berlaku dengan mudah tanpa sekatan daripada akar-akar pokok. Tanah yang dihakis ini akan dibawa oleh air hujan ke sungai, tasik dan laut. Keadaan ini menyebabkan dasar sumber air tersebut menjadi semakin cetek. Kegagalan manusia mengawal mendakan lumpur ini boleh menyebabkan banjir dan banjir kilat di kawasan bandar. Awal tahun ini, gejala banjir luar biasa yang berlaku di selatan Semenanjung yang berlarutan selama hampir dua bulan cukup membimbangkan semua pihak. Kini, setiap kali hujan lebat, penduduk di kawasan yang pernah dilanda banjir seperti di Padang Besar, Kangar, Shah Alam, Kuala Berang, Padang Terap, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Kota Tinggi, gusarkan keselamatan anak, keluarga dan harta benda masing-masing. KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Apabila berlaku pencemaran air, berbagai-bagai masalah terpaksa dihadapi. Di


antaranya ialah peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman. Banyak peruntukan diperlukan untuk membersih semula

sumber air yang telah tercemar, sedangakan peruntukan ini sepatutnya boleh digunakan untuk kepentingan negara yang lain. Bekalan minuman juga akan berkurangan dan sumber-sumber air semulajadi akan berkurangan. Selain itu, kepupusan sIstem ekologi dan kepelbagaian biologi hidupan air seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya akan terancam. Ini mungkin akan menyebabkan sesetengah sepsis yang sukar dijumpai terus pupus. Seterusnya pembuangan sisa-sisa toksik seperti merkuri ke dalam sungai boleh mengakibatkan kemandulan dan

perubahan genetik manusia. Keadaan ini terbukti apabila terdapat bayi yang dilahirkan cacat anggota akibat

penggunaan air sungai tersebut oleh ibunya yang mengandung. Kejadian ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Rusia. Industri pelancongan Negara turut terjejas kerana pesisiran pantai. Lautan, sungai dan tasik di Malaysia yang tercemar dengan hasil pencemaran ini. Aktiviti-aktiviti air seperti memancing, menyelam, berenang dan sebagainya juga tidak dapat dilaksanakan. KAWALAN PENCEMARAN Undang-undang.

Berdasarkan kesan-kesan pencemaran ini, maka wajarlah langkah-langkah kawalan


pencemaran air dikuatkasa. Terdapat tiga cara utama yang sering diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang ramai. Undang-undang berkenaan pelbagai pelbagai

jenis pencemaran harus diberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran air terutamanya dari kilang-kilang industri. Dibawah akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk

mengawal pencemaran air telahpun dikuatkuasakan iaitu:

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77- dikuatkuasakan pada 1 Julai 1978 untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit. Ini berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD, pepejal termendak, pH dan suhu air.

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U (A)338 / 78- dikuatkuasakan pada 1 April 1979 untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah. Peraturan ini berkaitan parameter-parameter seperti peraturan Kualiti Alam Sekitar, Minyak Kelapa Sawit, 1977.

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 dikuatkuasakan pada 1 Jun 1979 untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri serta mewajibkan semua kilang, (selain dari kilang getah dan kelapa sawit ) kawasan perumahan dan perniagaan menyediakan satu sistem kumbahan berpusat.

Pameran Pameran yang dimaksudkan ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempattempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab pencemaran, kesan-

kesannya dan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkaitan dengan pencemaran boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Kempen-kempen Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen untuk mengurangkan pencemaran air adalah kempen Cintailah Sungai Kita yang dilancarkan pada tahun 1993. Melalui kempen kesedaran yang mendalam dapat diterapkan kepada para peserta kempen tersebut. Dalam kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang kepentingan sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan

pencemaran yang minimum terhadap sumber air di muka bumi ini. Banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai dilakukan semasa kempen ini dilakuakn pada suatu ketika dahulu. Pertandingan Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi sumber air. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami maksud pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran air juga adalah baik. Ini bukan sahaja akan memberi kesedaran kepada peserta tetapi mesejnya juga akan disampaikan kepada

10

orang ramai. Selain pertandingan yang disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. Pendidikan Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

PENUTUP Kesimpulannya, untuk mengatasi semua ini sumber air di muka bumi ini perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilainilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Masalah

pencemaran air tidak boleh dilihat kesalahan moral semata-mata.

sebagai Sebaliknya ke patut setimpal. muka

mereka yang terbabit perlu diheret pengadilan menerima dan yang bersalah hukuman yang

11

Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

BIBLIOGRAFI

1. NIOSH
Malaysian Occupational Safety and Health Community

2. www.doe.gov.my
3. Jabatan Alam Sekitar

4. www. yahoo/search.com.my
5. Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar Abdullah Mohammad Said, Institut Teknologi Mara - 1992.

12

You might also like