You are on page 1of 1

Cara Penentangan Golongan Yahudi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Golongan Yahudi menimbulkan keraguan secara terbuka dengan berdebat dengan umat Islam semata mata ingin memerangkap umat Islam dengan persoalan persoalan yang sulit berkaitan isu ketuhanan supaya iman umat Islam terjejas. Golongan Yahudi juga menyebarkan fitnah untuk menjejaskan kedudukan Rasulullah s.a.w.. Antaranya, mereka menuduh Nabi mempunyai matlamat tersendiri dengan memperkenalkan zakat, Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang kuat nafsu dan sebagainya. Mereka juga membidas tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang mengubah arah kiblat yang kononnya melanggar tradisi Rasul rasul terdahulu. Golongan ini juga bertindak menghasut isteri - isteri Nabi Muhammad s.a.w. agar menyusahkan Nabi Muhammad s.a.w. membuat sesuatu keputusan. Golongan Yahudi juga mengadakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam. Peringkat awalnya, golongan inilah yang memegang teraju ekonomi di Madinah, manakala orang Arab kebanyakannya bekerja sebagai petani. Mereka juga menggunakan sihir ke atas diri Rasulullah s.a.w. seperti menggunakan helaian rambut dan memasukkannya ke dalam telaga Zarwan. Golongan Yahudi juga bertanggungjawab menghasut kabilah Arab seperti Quraisy menentang kerajaan Islam. Hal ini terbukti, apabila Hayy bin Akhtab berjaya menghasut orang orang Quraisy menyerang negara Islam Madinah pada tahun 5 H dalam Perang Ahzab. Golongan Yahudi juga berusaha membunuh Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengarahkan seorang wanita memasukkan racun ke dalam makanan Baginda s.a.w. di samping ada percubaan menjatuhkan batu yang besar ke atas Baginda. Tindakan yang paling jelas ialah mereka menghianati Perlembagaan Madinah, dengan bersekutu dengan musuh musuh Islam, contohnya Bani Quraizah ketika Perang Ahzab, serta Bani Qainuqa yang merendah rendahkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar.

Reaksi Nabi Muhammad S.A.W. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Peringkat awalnya Nabi Muhammad s.a.w. menyeru Bani Qainuqa tidak menimbulkan suasan yang meruncingkan, namun disebabkan golongan ini berdegil, Rasulullah s.a.w. telah bertindak mengepung kampungmereka kemudian dihalau keluar dari kota Madinah. Sementara golongan Bani Nadhir yang mengadakan komplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w. juga menghadapi tindakan yang sama. Perkampungan mereka dikepung selama enam hari dan dihalau keluar. Nabi Muhammad s.a.w. hanya membenarkan setiap keluarga membawa harta mereka di atas seekor unta sahaja. Sementara Bani Quraizah yang mengadakan kosnpirasi dengan bala tentera Ahzab juga telah dikepung dan dikenakan hukuman keras, harta dirampas, lelaki dibunuh, wanita dan kanak - kanak dibebaskan. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. juga bertindak memusnahkan saki baki markas puak Yahudi yang mengancam keselamatan negara terutamanya ketika berlaku gencatan senjata dengan Quraisy ekoran termeterainya Perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun 7 H, kubu terkuat Yahudi di Khaibar telah berjaya dimusnahkan, diikuti dengan penyerahan kalah golongan Yahudi di kota Fadak. Di Wadi Qura dan Taima, setelah berlaku tentangan yang hebat, golongan ini telah dapat ditewaskan oleh tentera Islam.

You might also like