You are on page 1of 42

Kuliah 2 dan 3

PLURALITI
MASYARAKAT ALAM
MELAYU ZAMAN
PRAPENJAJAHAN

1
Pengenalan

 Alam Melayu dikaitkan dengan


bangsa dan bahasa Melayu.
 Dikenali dengan nama Nusantara
yang bermaksud antara pulau.
 Ikatan yang wujud di kawasan alam
Melayu berlandaskan kepada bahasa,
adat, kesenian, cara hidup dan
keagamaan yang berteraskan Islam.
2
 Intipati Melayu – empat kategori
2. Dunia Melayu – wilayah Melayu
beragama Islam.
3. Berbahasa Melayu – bahasa
pengantar utama.
4. Rumpun Melayu – Sehingga
Formosa.
5. Melayu-Polinesia – peribumi di
Lautan Pasifik, Hindi ke
Madagaskar.
3
 Perkembangan masyarakat plural
atau majmuk dilihat dalam tiga
peringkat iaitu Zaman Prasejarah,
Zaman Klasik dan Zaman Islam.
 Tahap awal berteraskan perdagangan
dan akhirnya terjadi proses
penyesuaian budaya.

4
 Pembinaan masyarakat plural
disebabkan oleh:
2. Maritim
3. Peranan perdagangan.
4. Kekayaan hasil seni dan sastera.
5. Peranan agama Islam dalam
kehidupan.

5
 Interaksi antara masyarakat di Alam Melayu
dengan dunia luar berlaku pertembungan
budaya dan mengukuhkan lagi masyarakat
Alam Melayu.
 Tiga perkara asas yg mengukuhkannya:
1. Pergabungan antara budaya.
2. Kesesuaian.
3. Peranan yang sama dan diamalkan
dalam masyarakat yang menerimanya.

6
Hubungan Antara Semenanjung
Tanah Melayu Dengan Alam
Melayu Pada Zaman Prasejarah
 Pemikiran dan kepercayaan kehidupan
selepas mati.
 Pengolahan dan penyesuaian budaya yang
datang daripada luar ini sebenarnya diolah
kerana mempunyai persamaan dengan
kepercayaan yang pernah diamalkan oleh
mereka.
 Penggunaan haemetite (campuran antara
lemak binatang atau tumbuhan) –
perlambangan darah, tujuan mistik dan
kekuatan
7 diri.
 Hubungan perdagangan dan
pertukaran pemikiran antara Alam
Melayu.
 Pembuatan tembikar – fungsi
kegunaan, seni dan spiritual.
 Megalitik – bermaksud batu besar,
mempunyai peranan spiritual dan
perlambangan. Berkembang setelah
manusia mengenal bercucuk tanam.
 Batuan kecil – perantaraan pemujaan
nenek moyang, spiritual dan
penguburan.
8
 Penyebaran megalitik di Alam Melayu dapat
dilihat dari pelbagai sudut pandangan:
2. Quaritch Wales – Asia Tenggara merupakan
kawasan laluan penyebarannya dari Assam,
Timur Laut India hingga Madagaskar.
3. Quaritch Wales – kelangsungan
penggunaannya di Bali, Nias, Luzon, Thailand
dan Myanmar.
4. E.Banks – berkembang di Celebes dan Timur
Jauh, Jawa, Sumatera, Filipina, Semenanjung
Tanah Melayu, Utara Borneo dan Assam.
5. Van Heine Geldern – peranan gelombang
budaya disebar pada 2500-1500 SM.

9
Hubungan Alam Melayu Dalam Konteks
Perdagangan Dengan Dunia Luar Pada
Tahap Proto Sejarah
 Masyarakat Maritim mengakibatkan
munculnya kerajaan-kerajaan awal dan
pelabuhan pesisir pantai yang
berkembang sebagai pusat pelabuhan
pengumpulan, pengagihan dan entrepot.
 Berlaku hubungan dengan budaya atau
tamadun luar sehingga terjadi asimilasi.
 Abad 1-10M – pengaruh unsur Hindu-
Buddha.
 Selepas abad ke-10M – pengaruh Islam.

10
 Hubungan perdagangan antara India,
China dan Arab dgn Alam Melayu
berdasarkan sumber bertulis:
 Puisi Tamil sekitar 2M menyebut
pedagang dari Kalah semasa Chola
India.
 Sumber China menyebut Chieh Cha
pusat pelabuhan.
 Sumber Arab menyebut Kalah.
11
 Bukti penerimaan beberapa unsur
yang disesuaikan dengan local genius
seperti jumpaan batu bersurat zaman
klasik.
 Pada tahap perkembangan Islam –
peninggalan kubur di Leran, Gresik,
Batu Bersurat di Terengganu.

12
Pusat-Pusat Pemerintahan Di
Alam Melayu Zaman
Prapenjajahan
 Kemunculan pusat pemerintahan dan
perdagangan pada kerajaan awal
Alam Melayu banyak disokong oleh
faktor kedudukannya yang
berhampiran dengan muara sungai
dan laut.
 Antara kerajaan awal yang paling
menonjol adalah Funan, Angkor,
Kutei, Tarumanagara, Holing,
Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit,
13 Perlak dan Samudera-Pasai.
Funan
 Menjalin hubungan perdagangan terawal
dengan dunia luar sekitar abad pertama
Masihi.
 Dipengaruhi unsur keIndiaan.
 Kawasan kekuasaan meliputi Lembah
Sungai Mekong hingga Annam Tengah,
Lembah Menam Chao Phraya dan utara
Semenanjung Tanah Melayu.
 Pemerintah terkenal – Fan Shih Man dan
Kaundinya Jayavarman.
 Pelabuhan Oc-Eo - persinggahan pedagang
India, China dan Parsi.
14
Angkor

 Diasaskan oleh Raja Jayavarman II


pada 802M.
 Terletak di Lembah Sungai Mekong,
berasaskan pertanian padi.
 Kawasan naungan sehingga Campa,
sempadan China dan utara
Semenanjung Tanah Melayu.

15
Kutei

 Berada di Kalimantan Timur.


 Pemerintahannya bermula abad ke-
400M.
 Asal Alam Melayu yang menerima
pengaruh India.

16
Tarumanagara

 Didirikan sekitar 400-500M dan


berpusat di Jawa Barat.
 Diasaskan oleh Purnawarman.

 Berteraskan pertanian.

17
Holing

 Berdasarkan kepada sumber China


daripada Zaman Tang (618-906),
berpusat di Jawa Tengah.
 Diperintah oleh seorang raja
perempuan bernama Simo pada
674M.
 Pusat keagamaan Buddha,
berasaskan kepada sumber I-Tsing.
18
Srivijaya

 Dikenali di Alam Melayu sekitar abad


ke-7 hingga 11M.
 Pusat keagamaan Buddha,
perdagangan, pusat pemerintahan
dan kuasa politik.
 Menguasai jalan perdagangan Selat
Melaka dan Semenanjung Thailand.

19
Kedah Tua
 Kedah Tua berkembang sebagai pusat
perdagangan entrepot utama di Alam
Melayu sekitar abad ke-7 hingga 14 M
 Kawasannya dapat dibahagikan kepada
dua iaitu abad ke-5 hingga 10 M berpusat di
Kampung Sungai Mas dan tahap kedua,
bermula daripada abad ke-10 hingga 14 M
berpusat di Pengkalan Bujang.
 Bukti artifak dan fitur yang ditemui jelas
menunjukkan hubungan dagangan antara
masyarakat tempatan dengan Arab, India
dan China.
20
 Perkembangan Kedah Tua atau
dikenali juga dengan Lembah Bujang
turut dikenali dalam sumber China
sebagai Chieh-Cha, Sumber India, ia
dikenali dengan nama Kataha,
Katahanagara, Kalagam, Kadaram,
Kidaram dan sumber Arab, dikenali
dengan nama Kalah atau Kalah-bar.

21
Majapahit
 Diasaskan sekitar 1293M oleh Raden
Wijaya.
 Kuasa maritim, empayar Hindu-
Buddha dan pusat perdagangan
sekitar abad ke-13M.
 Naungan hingga Madura, Sumatera,
Kepulauan Jawa, Temasik,
Semenanjung Tanah Melayu, Maluku
dan Sulawesi.
22
Perlak

 Kesultanan Islam terawal yang pernah


wujud di Alam Melayu, bahagian utara
Sumatera.
 Pusat perdagangan di awal
kedatangan pedagang Arab ke Tanah
Melayu.
 Pemerintahan bermula 840-986M.

 840M dianggap pemerintahan Islam di


Perlak berketurunan Arab.
23
Samudera-Pasai
 Bermula tahun 1042 diperintah oleh
pemerintah yang dikenali dengan
nama Meurah Giri (Sultan Mahmud
Shah).
 Sering didatangi oleh ulama dr Mekah
dan Parsi.
 Penghasil lada hitam dan kaya
dengan sumber alam seperti emas,
entrepot dan didatangi pedagang
India, China dan Arab.
24
Kebangkitan Melaka sebagai
Kuasa Perdagangan di Alam
Melayu pada Abad ke-15M
 Dibuka oleh Parameswara sekitar
1400 dan muncul sebagai pusat
perdagangan dan tamadun Melayu
sekitar abad ke-15M.
 Hubungan diplomatik dengan China
sekitar 1403.
 Menjalinkan hubungan dengan Pasai,
pengislaman telah berjaya menarik
pedagang Islam ke Melaka.
25
Kesan Pertembungan Antara Budaya
Tempatan dan Budaya Luar Di Alam
Melayu Zaman Prapenjajahan
 Hubungan secara terbuka dan
berterusan antara dunia Alam Melayu
dengan Arab, China dan India telah turut
membawa kepada penyesuaian budaya
antara kedua-dua kawasan tersebut.
 Aspek paling menonjol adalah dalam
bidang pemerintahan, pendidikan, adat
istiadat, kesusasteraan, bahasa,
kesenian dan budaya.
26
Aspek Pemerintahan

 Penggantian nama Raja kepada


Sultan.
 Sultan bersikap adil, pelindung agama
Islam.
 Memperkenalkan undang-undang
Melaka yang berteraskan hukum
syarak.

27
Aspek Pendidikan
 Dibahagi dua secara formal dan tidak
formal.
 Tidak formal – pendidikan oleh ibu bapa
secara langsung seperti kemahiran
bertukang, bertani dan mempertahankan
diri, akhlak. Diterapkan juga melalui
cerita-cerita rakyat dan binatang.
 Secara formal – secara berkumpulan
dan di tempat tertentu, di istana, pondok,
surau, madrasah atau rumah Tok Guru.

28
 Pendidikan peringkat rendah –
mengaji muqaddam dan al-Quran,
tajwid dan sebutan.
 Peringkat tinggi – tafsiran al-Quran,
fardhu ain dan memahami persoalan
agama melalui pendekatan feqah dan
tasawuf

29
Aspek Bahasa dan
Kesusasteraan
 Bahasa Melayu telah memainkan
peranan utama sebagai bahasa
pertuturan dan pengantar.
 Pada tahap awal dipengaruhi unsur
Sanskrit, tulisan diwakili oleh Pallawa
dan Jawa Kuno.
 Kemasukan Islam penyesuaian dan
penerimaan istilah Arab, tulisan jawi.
30
Aspek Kesenian
 Budaya material pengaruhnya
disesuaikan dengan unsur India dan
Arab.
 Unsur India – wayang kulit, tarian
Makyong.
 Unsur Islam – seni khat, seni bina dan
seni muzik, tarian dan suara seperti
zapin, nasyid, berzanji. Tidak
melekakan pendengar tetapi
mempunyai mesej keagamaan.
31
Aspek Budaya

 Adat yang berunsurkan dari India


seperti perkahwinan dan lain-lain.
 Adat Melayu menonjol dalam
kehidupan seharian selepas
penerimaan Islam. Menyumbang
kepada pembinaan siasah diri dan
akhlak.

32
Pembentukan Pluraliti Masyarakat
Alam Melayu Pada Zaman
Prapenjajahan
 Hasil daripada perkembangan perdagangan antara
Alam Melayu dengan pedagang daripada India,
China dan Arab telah membawa kepada interaksi
hubungan secara langsung dengan masyarakat
tempatan.
 Pada awalnya, Alam Melayu hanya sebagai tempat
persinggahan sementara, berkembang kepada
perkahwinan dengan masyarakat tempatan.
 Ada juga terhasil kesan daripada faktor politik dan
keagamaan (terutama melibatkan peranan
pendakwah).
33
 Pembentukan masyarakat plural atau
majmuk melibatkan tiga perkara
utama iaitu:
1. Masyarakat yang mendiami
sesebuah kawasan dan hidup secara
bersama dengan norma dan aturan
tersendiri, boleh bergabung dengan
masyarakat lain di sekitarnya, secara
tidak langsung berlaku penyesuaian
dalam tuntutan budaya asal.

34
2. Pembentukan budaya melalui proses
bertindak, berkelakuan dan berfikir yang
diwarisi secara turun temurun.
3. Identiti yang dikekalkan dan dijadikan
indikator asal atau tempat di mana
pengenalan diri berpunca

Antara pembentukan masyarakat selepas era


kebangkitan Kesultanan Melaka dan
dianggap paling utama ialah masyarakat
Arab Melayu, Baba dan Nyonya,
masyarakat Chitty dan masyarakat
Peranakan Jawi.

35
Masyarakat Arab Melayu

 Dibahagi kpd dua kategori iaitu:


2. Pedagang
3. Penasihat agama kpd sultan.

Berasal daripada bahagian selatan


Semenanjung Arab iaitu Hadramaut.
Terlibat dlm politik penasihat
keagamaan.
Mempunyai
36 nama syed atau syeikh.
Masyarakat Peranakan Baba dan
Nyonya
 Pembentukan disebabkan oleh dua
pengaruh iaitu :
2. Kedatangan pedagang dari China
3. Kedatangan Puteri Hang Li Po ke
Melaka yang diiringi oleh Laksamana
Cheng Ho bersama-sama pengiring
seramai 400 atau 500 orang.
Golongan imigran awal masyarakat Cina
dikenali sebagai Baba merujuk kepada
lelaki, Nyonya merujuk kepada
golongan wanita.
37
 Hasil perkahwinan antara golongan
lelaki Cina (Baba) dengan wanita
tempatan dan keturunannya dikenali
dengan nama peranakan Baba dan
Nyonya.
 Daerah asal, adalah Hokkien,
Teochew dan Kantonis.
 Bertutur dalam dialek Hokkien
bercampur Melayu dikenali sebagai
dialek Melayu-Baba.
 Terdapat di Melaka dan Pulau Pinang.

38
Masyarakat India Muslim

 Golongan pedagang yang aktif,


mubaligh Islam.
 Berkahwin dengan wanita tempatan.

 Masyarakat India daripada Gujerat


beragama Islam.

39
Masyarakat Chitty
 Pedagang berasal dari India Selatan
berketurunan Tamil.
 Chitty bermaksud orang kaya atau
pedagang.
 Datang zaman Kesultanan Melaka dan
tinggal di Tanjung Kling.
 Menggunakan bahasa campuran Tamil dan
Melayu, pakaian dan makanan menerima
unsur-unsur tempatan.
 Beragama Hindu

40
Masyarakat Peranakan Jawi

 Proses perkahwinan lelaki India


Muslim dengan wanita Melayu di
Pulau Pinang.
 Peranakan Jawi bermaksud
keturunan yang lahir dari perkahwinan
antara dua golongan di atas.
 Menganut agama Islam,
menggunakan bahasa Melayu,
berbudaya Melayu.
41
Kesimpulan
 Dua aspek utama iaitu sebagai pusat
pemerintahan dan pusat perdagangan telah
mendedahkan masyarakat Melayu kepada unsur-
unsur budaya daripada Arab, China dan India.
 Percampuran unsur ditapis dengan local genius
(tapisan oleh kebijaksanaan masyarakat yang
menerima unsur budaya luar) Alam Melayu.
 Kedatangan golongan pedagang dan pendakwah
agama daripada India dan Arab turut mewarnai
pembentukan masyarakat majmuk di Alam
Melayu pada zaman prapenjajahan
42

You might also like