Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
87Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
asign-JSU 2

asign-JSU 2

Ratings: (0)|Views: 6,343|Likes:
Published by lohchoonpeng

More info:

Published by: lohchoonpeng on Jun 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/10/2013

pdf

text

original

 
PERANCANGAN UJIANDALAM PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
1.
PENGENALAN :
Pengujian,pengukuran dan penilaianadalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya,sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka inginmengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghiraumaksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tigaistilah berkenaan mempunyai makna yang spesifikdanketiga-tiganya mempunyaiperbezaan.Sebenarnya, aktivitipenilaiandalam bidang sains perlakuandanjuga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh
GaltondanBinet 
untukmengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konseppenilaiantelahberkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan sepertipengukuran(
measurement 
),penilaian(
evaluation
)danpentaksiran (
assessment 
). Dalampengukuran, individu didedahkan kepadapembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh,pengukuranyangdijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh
Stanford-Binet,Raven-Matrices, Weschler danA.C.E.R.
Apabila sesuatupenilaianingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yangutama perlu diambil.(a)
Pertama
, berkaitan dengan tujuanpenilaiandijalankan. Misalnya, pihak sekolah inginmeningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendahdanselepas membuatpenilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka(b)
Kedua
, satu tindakan baru perlu diambil.Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merancang danmembina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisismaklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktivitipengukuhan, pengayaan dan pemulihan.Dalam konteks ini,penilaianakan melibatkan
1
 
penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuatkesimpulandanmembuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secarasistematikdansaintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepatdan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperolehpemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspekpendidikan atau psikologi
(Mokhtar Ismail, 1995)
. Ia penting dalam memperlihatkankejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsiuntuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar.
2.
BAHAGIAN 1 – JADUAL SPESIFIKASI UJIAN2.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
2.1.1 DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Ia juga dikenali sebagai
“test blue print / test specification” 
. JSU merupakan matrik yang terdiri daripada paksi iaitupaksi kandungan(menegak) dan paksi aras kemahiran(melintang).JSU mengandungi maklumat seperti :-a)Topik pelajaranb) Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan.
c)
Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan aras kemahiranberdasarkan lamamasa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.
d)
Bentuk ujian (objektif, subjektif, esei, amali, kerja kursus dll)e)Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.f) Kepayahan atau kesukaran item.
2.1.2 KEPENTINGAN JSU 
2
 
Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)
Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Memberi panduan untuk membuat format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
2.1.3 PRINSIP AM PENYEDIAAN JSU 
Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supayasoalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.
Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.
Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberimarkah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangkastruktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnyauntuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripadasoalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan bolehdiberikan.
3

Activity (87)

You've already reviewed this. Edit your review.
Yuszi Yus added this note|
jpu
Yuszi Yus liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Syan Lee liked this
voltage_zz liked this
voltage_zz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->