You are on page 1of 14

X PENGENALAN

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Tarannum Bayyati adalah ibu bagi
alunan seni lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran.
Ini kerana fungsi maqam ini adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan
irama kepada sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di Malaysia, amalan
bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran
dengan susunan tarannum yang tertentu di samping meletakkan tarannum
Bayyati sebagai maqam pertama yang bertindak sebagai pembuka atau
permulaan persembahan.

Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai pengenalan
latarbelakang tarannum Bayyati. Fokus utamanya adalah perbincangan
berkenaan pengertian Bayyati dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifat-
sifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Di samping itu juga kaedah
praktikal juga akan dibahaskan dengan menerapkan beberapa contoh potongan
ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Bayyati.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan sejarah perkembangannya;
2. Menghuraikan peranan dan sifat-sifat alunan lagunya serta taqbiqnya; dan
3. Mengenal pasti beberapa lagu yang diwaslahkan dengan lagu Bayyati.
AKTIVITI 4.1
Buat dalam bentuk halaqah (kumpulan), kemudian pilih 3 surah pendek
dan baca mengikut lagu tarannum Bayyati di hadapan pensyarah anda.
Nilaikan tahap pemahaman anda terhadap tarannum Bayyati ini.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
4
4
X Tarannum
Bayyati
X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI

58
SEJARAH TARANNUM BAYYATI

Berikut adalah tiga faktor utama dalam sejarah tarannum bayyati.

4.1.1 Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya
Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Bayyati adalah
berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal
perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.

Manakala dari sudut istilahnya pula, Bayyati bermaksud nama khusus bagi
suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari
dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.

Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali
sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan
permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri. Di antara faktor
tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika
itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam
bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat
pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang
dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu
dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran. Kemudian tugas
mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut
kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.

Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia
menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan
al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan
yang tidak cukup perisanya. Oleh itu, keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah
seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan
sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.

4.1.2 Sifat-sifat Alunan Tarannum Bayyati
Rajah 4.1 seterusnya menunjukkan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.

4.1
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 59

Rajah 4.1: Sifat-sifat alunan tarannum bayyati



Justifikasi daripada mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati adalah suatu
perkara yang amat penting. Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui
selok-belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun
harakah-harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan
punca yang akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.

4.1.3 Peranan Bayyati
Umumnya, setiap tarannum mempunyai misi sebagai alat penyampai bagi
menghayati isi kandungan al-Quran. Justeru, kepentingan mengetahui peranan
tarannum Bayyati juga adalah salah satu daripada misi dalam sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.

Di antara peranan tarannum Bayyati dinyatakan dalam Rajah 4.2.

X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI



60

Rajah 4.2: Peranan persembahan tarannum bayyati

AKTIVITI 4.2

Cari dua bacaan daripada Qari atau Qariah, sama ada dalam bentuk CD
atau kaset. Nilaikan bacaan tarannum Bayyati mereka.

TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 61
TATBIQ TARANNUM BAYYATI DALAM
AL-QURAN

4.2.1 Surah yang BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun, 23: 1-7

ijk
% x=& `9# %!# E `z %!# =9#
` %!# .=9 = %!# _`9 m
) ? _& & $ M3= ]& * = G/#
# 79 79`' ` $9#

4.2.2 Surah yang BerMad Iwad


Surah al-Furqan, 25: 1-3

ijk
8$6 ? %!# $%9# ? 6 39 ==9 # %!# 9
7=` N9# {# `9 G #9 9 3 `&! 7 7=9# ,= z
2 ` ) #)? #B# 9# )= $
)= 3= { # $ 3= $?
m #

4.2
X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI

62
4.2.3 Surah yang Tiada BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar, 54: 1-7

ijk
M/I%# $9# ,# `)9# ) # # #` #9) "`s G`
#/2 #`7?# `# & 2 & )G` )9 $_
$6{# $ '_` 6m =/ $ ? '9# F `
#$!# <) ` 6 $z `` /& `_` ^#`{# (.
#_ F

TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN


BAYYATI
Perkataan `Waslah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud susunan yang
mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat.
Adapun tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati bermaksud jenis-jenis
tarannum lain selain Bayyati yang selari dan berseiring dengan bacaannya.

Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir
sama dengan bacaan Bayyati, seperti bacaan Husayni, Kurdi dan `Iraqi.
Jelasnya, jika berlaku:

AKTIVITI 4.3

Berpandukan Surah al-Insan, buat penerapan tarannum Bayyati dan
Husayni.

4.3
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 63
(a) Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum Kurdi atau `Iraqi.

(b) Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada
tarannum Husayni dan sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan
Qariah itu sendiri.

4.3.1 Husayni: Pengertian dan Peranannya
Perkataan Husayni adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan
(asas pertimbangan asal perkataan) Husn yang bermaksud cantik, anggun dan
indah.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Husayni bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Hijaz (Makkah). Namun, alunannya telah diubah suai oleh para
Qari dari Mesir mengikut perkembangan semasa sehingga sekarang.

Tuan Haji Muhammad Yusuf Kedondong (salah seorang guru tarannum yang
berasal dari Kelantan) berpendapat bahawa:

Sesungguhnya laungan azan oleh Saidina Bilal bin Rabah r.a. di Masjid Nabawi
adalah melalui alunan tarannum Husayni. Maka bersempena nama keturunan
Saidina Bilal iaitu al-Husayni (Bilal bin Rabah al-Habshi al-Husayni), maka
diambil nama tersebut dan dilabelkan sebagai salah satu jenis-jenis tarannum al-
Quran.

Mengikut pendapat al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna`, salah seorang pakar
tarannum dari Mesir yang menyatakan bahawa tarannum al-Husayni ini adalah
merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-Shuri, al-
Khiyari dan al-Asli. Sila lihat pembahagian Bayyati dalam Rajah 4.3.

X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI



64

Rajah 4.3: Pembahagian bayyati



Di antara sifat-sifat alunan tarannum Husayni adalah seperti yang dinyatakan
dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Sifat-sifat alunan tarannum husayni


TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 65
Di antara peranan dan tugasan tarannum Husayni adalah seperti yang dapat kita
lihat dalam Rajah 4.5 yang seterusnya.

Rajah 4.5: Peranan dan tugasan tarannum husayni

4.3.2 Kurdi: Pengertian dan Peranannya


Perkataan Kurdi adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang
tinggal di kawasan yang terletak di Asia Tengah iaitu antara negara Turki, Iran
dan Iraq.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Kurdi bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari bangsa Kurdi mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut.
Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari
Mesir dan diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Namun dewasa ini amalan
dan penghayatan melalui tarannum Kurdi semakin berkurangan.


X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI

66
Di antara sifat-sifat alunan Tarannum al-Kurdi tertera dalam Rajah 4.6.


Rajah 4.6: Sifat-sifat alunan tarannum al-Kurdi

Peranan dan tugasan tarannum Kurdi seakan-akan sama dengan tarannum
Bayyati. Di antara peranan dan tugasan tarannum Kurdi ditunjukkan dalam
Rajah 4.7.


Rajah 4.7: Peranan dan tugasan tarannum kurdi
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 67
4.3.3 `Iraqi: Pengertian dan Peranannya
Perkataan `Iraqi adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang
terletak di Asia Tengah iaitu bersempadanan antara negara Arab Saudi, Kuwait
dan Iran.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, `Iraqi bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang
mempunyai persamaan dengan budaya para Qari dari Hijaz. Kemudian,
alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan
diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Walau bagaimanapun identiti asalnya
(rentak alunan `Iraqi) masih lagi dikekalkan.

Di antara sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi adalah seperti yang tertera dalam
Rajah 4.8 berikut.

Rajah 4.8: Sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi



Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi pula dapat kita lihat dalam Rajah 4.9
berikut.

X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI



68


Rajah 4.9: Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Terangkan secara ringkas maksud tarannum Bayyati, Husayni,
Kurdi dan `Iraqi.
2. Huraikan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.
3. Jelaskan peranan dan tugasan tarannum Bayyati.

TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W 69

Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni lagu atau maqam tarannum
yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini adalah
sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.

Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya
dikenali sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari
dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri.

Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati ialah mempunyai kelembutan di
samping ketegasan, kesesuaian dengan tabaqah sederhana, mempunyai
unsur keharmonian dan ketenangan serta mempunyai kesesuaian sebagai
tarannum pembuka dan penutup.

Tarannum yang diwaslahkan (susunan yang mempunyai dua tempat
sambungan yang bersambung pada satu tempat) dengan Bayyati
bermaksud jenis-jenis tarannum lain selain Bayyati yang selari dan
berseiring dengan bacaannya.

al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna` berpendapat bahawa tarannum al-Husayni
ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama
seperti al-Shuri, al-Khiyari dan al-Asli.


Al-Asli
Al-Khiyari
Al-Shuri
Baytun
Husayni
Iraqi


Maqam Bayyati
Peranan Kurdi
Sifat-sifat Alunan Bayyati
Tatbiq
Waslah

KATA KUNCI
X TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI

70

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.


Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.

You might also like