You are on page 1of 25

SISTEM RANGKA

-Sistem rangka termasuklah tulang, rawan, gigi dan sendi. -Rangka struktur yang keras biasanya terdiri dari tulang dan rawan. Struktur ini menyokong dan melindungi tisu-tisu yang lembut. - Tulang dibentuk terutamanya melalui intramembranous ossification yang mana tulang leper terbentuk, atau melalui endochondra formation seperti pembentukan tulang panjang. -Tulang terdiri daripada sel-sel dalam matrik interselular dipanggil osteoid. Tulang terdiri daripada 1/3 bahan organik dan 2/3 bahan tak organik.

Eksoskeleton:
Skeleton luar badan yang berasal dari ektoderm

Endoskeleton:
Skeleton dalam badan yang ditutupi oleh tisu lembut (otot). Skeleton ini berasal dari mesoderm kecuali notokord atau skeleton aksial primitif yang berasal dari endoderm.

Bahagian-bahagian utama badan:


-Kepala -Leher -Badan -Kaki

Tulang rangka mempunyai dua fungsi utama:


i. Menyokong badan (membenarkan pergerakan normal hanya pada kawasan tertentu sahaja seperti sendi, terutamanya sendi sinovium )

ii.Melindungi struktur-struktur dalaman badan,Sebagai contoh; otak dilindungi oleh tengkorak, jantung dan paru-paru dilindungi oleh tulang rusuk.

Fungsi-fungsi lain:
- Menghasilkan sel darah merah dalam sumsum tulang dan menyimpan bahan mineral kalsium dan fosforus. Bertindak sebagai organ hemopoietik.

- Pelekatan otot untuk pergerakkan.

Sistem skeleton dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: Skeleton aksial Skeleton apendikular

Skeleton aksial
-Skeleton yang terletak di bahagian median badan

-Tulang-tulang skeleton ini terdiri dari tengkorak (skull), tulang rusuk (rib), tulang vertebra dan tulang sternum.

-Tulang-tulang skeleton ini tidak berpasangan kecuali tulang rusuk (tulang-tulang tengkorak ada yang berpasangan dan ada yang tidak)

Skeleton Apendikular -Skeleton yang bersambung dengan skeleton aksial (melalui dua struktur tulang sebagai contoh ; tulang bahu dan tulang pelvik). -Tulang-tulang skeleton ini terdiri dari tulang-tulang apendej atau tulangtulang kaki.

Kelas-kelas tulang: mengikut bentuk dan fungsi:


Tulang panjang
-Mempunyai shaf(diaphysis) atau badan yang panjang dan berbentuk selinder berongga (rongga bermaksud kaviti medula yang mengandungi sum-sum) -Kedua-dua hujung shaf tulang ini besar (epiphysis). -Semasa tumbesaran, setiap hujung adalah terpisah dari shaf oleh rawan epifisis(epiphyseal cartilage). -Tumbesaran tulang akan berhenti bila matang dan epifisis akan bercantum dengan shaf.

Tulang Leper
-Besar dalam dua arah. - Sediakan kawasan untuk perlekatan bagi otot-otot dan melindungi organorgan yang ditutupinya.

Tulang Pendek
-Mempunyai ukuran panjang, lebar dan tebal yang sama -Contoh: Tulang karpus dan tarsus. - Fungsi, mengurangkan konkasyen. -Tulang sesamoid yang terdapat dalam kapsul sendi atau tendon boleh dianggap sebagai tulang pendek. -Tulang sesamoid dapat mengurangkan atau menghilangkan geseran atau menukar arah tendon.

Tulang Ganjil
-Mempunyai bentuk yang ganjil seperti tulang vertebra dan tulang bahagian base tengkorak

- Tulang ini tidak ada pasangan dan terletak di bahagian median.

Tulang Padat
-Tulang lapisan luar yang keras dan padat. -Ketebalan tulang ini berbeza mengikut keadaan tempat. -Di bahagian tulang yang menerima tekanan yang kuat ianya tebal. -Tulang panjang bahagian tengah shaf tebal dan bertambah nipis hala kehujungnya di mana tulang ini menjadi sangat nipis dan padat, permukaan sendi licin

Tulang Spongi
-Tulang

lapisan dalam yang lebih lembut

-Terdiri-dari plat-plat dan spikul-spikul tulang lembut yang teratur seperti jejaring. . Ruang medula (ruang antara plat-plat dan spikul-spikul tulang) yang halus mengandungi sum-sum.
P/S: Setengah tulang mempunyai ruang udara dalam tulang padat mengganti tulang spongi dan sum-sum. Ruang udara ini dikenali sebagai sinus yang diselaputi oleh membrane mukusa dan tulang demikian dikenali sebagai tulang pneumatik. Adakalanya dua lapisan tulang padat (tulang leper) bercantum tanpa adanya lapisan tulang spongi diantara lapisan tulang padat.

Tulang leper
dari tulang padat biasa di lapisan luar (lamina eksternal) dan tulang lebih padat di lapisan dalam (lamina Internal). -Diantara 2 lamina terdapat juga tulang spongi yang dikenali sebagai diploe
-Terdiri

Periosteum
-Membrane yang menutupi permukaan luar tulang kecuali pada tempat yang ditutupi oleh rawan. -Membrane ini mempunyai dua lapisan: -lapisan gentian - lapisan osteogenik -Lapisan gentian: Lapisan luar yang ketebalannya bergantung kepada keadaan beban yang biasa diterimanya: jika beban itu besar maka lapisan ini menjadi tebal.

-Lapisan sel osteogenik: -lapisan dalam yang menghasilkan tisu tulang, pembinaan tisu ini lebih aktif semasa tumbesaran, tisu ini menjadi aktif apabila bahagian tulang berdekatan dengannya itu retak atau patah. -Keadaan perlekatan periosteum kepada tulang berbeza. -Ianya nipis dan senang ditanggalkan dimana tulang itu ditutupi oleh otot. -Bilangan salur darah periosteum bergantung kepada aktiviti periosteum: salur darah bertambah jika aktivitinya bertambah.

Endosteum

-Membrane gentian nipis yang menyelaputi kaviti medula dan kanal Haversian.

Sum-sum
-Tisu penghasil sel-sel darah -Oleh itu tisu sum-sum terdiri dari berbagai sel. - Sum-sum ini boleh didapati - dalam ruang-ruang kecil tulang spongi dan juga dalam kaviti medula.

Terima kasih

You might also like