You are on page 1of 5

PJ MODEN DI MALAYSIA

Zaman pendidikan jasmani moden bermula pada zaman selepas medeka. Sebelum ini PJ tidak mendapat tempat di Malaysia. Sukatan pelajaran pendidikan jasmani sebelum kemerdekaan belum tersusun. Guruguru yang tidak pernah menerima latihan telah ditugaskan mengajar murid.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960 dan kurikulumnya seakan sama

dengan PJ di Britain.

Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak di negara kita.

Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Selain itu juga, aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan juga dimasukkan.

Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah. Pada tahun1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan dengan tujuan untuk melengkapkan bakalbakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

You might also like