You are on page 1of 6

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES IS KEVIN BLUFFING

1.0 PENDAHULUAN. Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk Is Kevin Bluffng oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin.

2.0 LAPORAN. Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid gred enam di Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143, perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan Time-out dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144, perenggan 8).

Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10). Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. (m/s 145, perenggan 13). Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145, perenggan 15). Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17).

3.0 TEORI YANG BERKAITAN

3.1

Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner dimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat satu sistem yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di sekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Miss Carol.

3.2

Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert Bandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini, sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba mmengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13)

4.0 KONSEP YANG BERKAITAN 4.1 Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiran bersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol yang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144, perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyai kemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain.

5.0 MODEL YANG BERKAITAN 5.1 MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH

5.1.1

Terdapat dua model disiplin bilik darjah yang diceritakan didalam kes yang dikaji ini. Pertama ialah model Asertif oleh Lee Canter. Penggunaan model ini lebih kurang sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan (rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan

(consequence). Bantuan diperlukan daripada ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini. Selain itu, Model asertif membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada murid. Contoh dalam kes ini, Miss Carol dan Miss Allison telah membuat satu senarai peraturan yang perlu diikuti oleh Kevin, akan tetapi dia telah melanggarnya dan mendapat hukuman(time-out) (m/s 144, perenggan 8 )

5.1.2

Model yang kedua ialah model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalam kes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang

akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang perenggan 9&10 )

gangguan darinya. (m/s 144,

6.0 CADANGAN STRATEGI

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin. Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Namun, sesi kaunseling juga boleh dijalankan juga kepada pihak penjaga Kevin selaku pihak yang rapat denganya agar lebih memahaminya.

You might also like