You are on page 1of 4

Cadangan Kertas Kerja Reunion Batch 1993 - 2003 SMART Pengenalan

strak Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib untuk mengadakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sempena Program Perjumpaan Semula (Reunion) bagi bekas pelajar SMART tahun 1993 - 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib. Kertas kerja ini juga diedarkan kepada bekas pelajar SMART 1993 - 2003 untuk makluman umum.Program Reunion Batch 1993 - 2003 ini merupakan program reunion pertama yang diadakan secara besar-besaran dalam usaha mengumpul seramai mungkin bekas pelajar SMART tahun 1993 - 2003 yang kini majoritinya sudah berkerjaya. Secara tentatif, program ini akan dilaksanakan pada bulan Jun 2010 danberlangsung selama 1 hari sahaja. Pemilihan tarikh, dan juga senarai aktiviti program diperjelaskan secara terperinci dalam bahagian seterusnya kertas kerja ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak kami untuk dijalankan di SMART ialah lawatan pulang ke SMART untuk bertemu bekas guru dan kakitangan SMART yang lain. Lawatan ini juga bertujuan mengimbau kembali kenangan-kenangan sepanjang persekolahan dan seterusnya membuka minda kami agar mensyukuri dan menghargai setiap pengalaman yang di timba di sini. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk kami mempamerkan penghargaan kepada para guru dan juga kakitangan SMART yang sama-sama sepanjang kami berada di SMART dahulu. Kepulangan kami ini umpama simbol bahawa SMART sentiasa di hati kami. Obj

Ektif

Objektif
Mengeratkan lagi ikatan sesama pelajar SMART 1993 - 2003 Menghubungi semula rakan yang lama terpisah Mengumpul berita-berita terbaru dan berkongsi cerita Mengumpulkan maklumat dari semua pelajar untuk rujukan semua pelajar Membina 'networking' antara pelajar, bekas guru dan kakitangan terutamanya untuk saling memajukan diri Menghidupkan suasana berkeluarga; masing-masing mengambil berat perkembangan rakan-rakan Mengimbau kembali nostalgia di SMART Menghargai pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian di SMART Memupuk sifat bangga dengan 'alma mater' Mengucapkan terima kasih pada para guru SMART Menunjukkan hasil penat-lelah para guru dalam bentuk kejayaan bekas pelajar sebagai muda dewasa yang berkerjaya objektif (informal)

Tarikh
tarikh Rasional pemilihan tarikh adalah seperti di bawah: Kebanyakan bekas pelajar SMART 1993 - 2003 sudah menamatkan pengajian mereka Sambutan yang amat menggalakkan melalui laman sosial Facebook Para peserta dapat menghadiri tanpa masalah cuti Dibuat pada hujung minggu biasa Tidak diadakan berhampiran dengan tarikh peperiksaan SPM/percubaan SPM Pilihan tarikh adalah: 12 Jun 2010 (Sabtu)

Aktiviti
Pihak kami mencadangkan untuk mengadakan majlis ini dalam bentuk yang ringkas, santai dan kasual. Tidak perlu protokol rasmi yang merumitkan serta karenah birokrasi yang memeningkan. Oleh yang demikian, kami merancang untuk mengadakan majlis tersebut di Dewan SMART.. Tiada ucapan serta sesi pengenalan secara rasmi semasa majlis berlangsung. Para peserta hendaklah memanfaatkan masa untuk bermesra sesama kita. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak penganjur mungkin akan menokok tambah aktiviti yang difikirkan sesuai dengan pengisian program

Makan dan Minum


Makan dan minum akan disediakan peserta sendiri secara podluck mengikut keikhlasan dan pelajar-pelajar yang hadir. Persediaan peralatan akan dibuat secara kerjasama menggunakan peralatan di dewan sahaja.

Aktiviti/Tentatif
Hari/Tarikh Jumaat 11.06.2010 Masa 05.00 ptg 09.00 mlm 09.00 pg 10.00 pg 12.00 tgh Sabtu 12.06.2010 01.30 tgh 02.00 ptg 02.30 ptg 03.00 ptg Biro Butiran Program Minum di kedai mamak di bandar Kuantan Makan Ikan Bakar di Tanjung Lumpur Pendaftaran peserta Acara Makan Podluck bermula Lawatan sekitar SMART Solat Zuhur berjemaah di Surau SMART Sesi bergambar Sesi mengemas dan membersihkan dewan bersurai

ESHAM BIN ABD HAMID Penyelaras Program Reunion SMART1993 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu 81900 Kota Tinggi Pahang Kepada Pengetua SMK Abdul Rahman Talib 25150 Kuantan Pahang Tuan/Puan, PROGRAM REUNION SMART1993 2003

Tel: 07-8954632 HP : 013-7368080

20 Mei 2010

Merujuk kepada perkara di atas aktiviti tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : 12 Jun 2010 : 9.00 pagi 3.00 petang : Dewan SMK Abdul Rahman Talib Kawasan Sekitar SMK Abdul Rahman Talib Anggaran : 169 orang sehingga 25/5/2010 2. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami juga memohon kebenaran daripada pihak tuan/puan untuk menggunakan segala kemudahan Dewan SMART seperti PA System serta kerusi meja untuk keselesaan dan kelancaran program ini Di samping itu juga , bersama ini disertakan kertas kerja program yang akan pihak kami jalankan di SMART. Program yang julung kali diadakan ini diharapkan akan dapat mengembalikan semula kenangan di SMART dan seterusnya akan menjadi acara tahunan pihak kami. Sokongan daripada pihak tuan/puan amat kami perlukan Pihak kami berharap permohonan kami akan mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

3.

4.

Yang benar, ..................................... ESHAM BIN ABD HAMID Penyelaras Program Reunion 1993 - 2003

You might also like