Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sksj 3013 note 2

sksj 3013 note 2

Ratings: (0)|Views: 22|Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

 
Karl Marx sering menekankan bahawa sejarah memainkan peranan utama di dalammelihat perkembangan masyarakat dan berpendapat bahawa sejarah manusia sejak zaman lampau hingga kini sebenarnya adalah merupakan sejarah perjuangan kelas(class struggle).Sejarah bagi beliau adalah satu proses penciptaan yang berpanjangan, satu putaran,danpenciptaan semual akan keperluan manusia. Inilah yang membezakan manusiadengan haiwan kerana menurut beliau sejarah keperluan haiwan ituadalah tetap dantidak berubah. Sejarah menunjukkan bahawa keperluan manusia ini berubah mengikutcita rasa dan sentiasa diperbaiki melalui proses sejarahBeliau menghuraikan perjalanan sejarah manusia yang dikonseptualisasikan melalui
historical materialism
. Apa yang marx maksudkan dengan historical materialismialah berhubung dengan pengaruh ekonomi atau material terhadap perkembangansejarah manusia, dijelaskan melalui dialektik Hegel. Dialektik ini dijelaskan olehHegel melalui sifat kontradiksi terhadap sesuatu keadaan.Sesuatu sifat atau keadaan itu adalah suatu tesis. Ia di anggap benar tetapi di dalammasa yang sama ia juga mempunyai kontradiksi yang disebut sebagai anti tesis. Antitesis ini juga dianggap benar dan kontradiksi di antara dua keadaan ini akanmelahirkan pula suatu keadaan rumusan daripada dua sifat tersebut itu yangdinamakan sebagai sintesis. Sintesis tiu pula dapat dianggap satu tesis baru danmemiliki anti tesisnya pula, dan demikianlah seterusnya proses ini b erjalan berterusanPerubahan di dalam mod pengeluaran sesebuah masyarakat akan member pengaruhkepada hubungan social di dalam pengeluaran masyarakat tersebut. Menurut marxsetiap masyarakat memiliki satu tingkat mod pengeluaran masing-masing.Umpamanya masyarakat Asiatic ialah masyarakat yang masih bersifat tribal, mood productionnya bersifat sara diri di dalam komuniti masing-masing (
 self sustaining within each local community
).Tiada Bandar dibentuk oleh masyarakat, tetapi ia mungkin tumbuh kerana kesan perdagangan.. bagi masyarakat ancient pula, sudah wujud Bandar-bandar dancommunal city property termasuk pemilikan hamba. Hubungan social di dalam pengeluaran di sini lebih Chateel slavery. Masyarakat di zaman perhambaan inimemiliki cara pengeluaran yang berbeza dnegan masyarakat feudal. Didalammasyarakat feudal sudah tercipta teknologi mudah. Di peringkat ini juga terdapat apayang dikatakan necessary labour namun surplus labour tidak semudahnya diperolehisekiranya seseorang itu tidak memiliki kuasa politik dan ekonomiDidalam mmasyarakat kapitalis, marx menjelaskan dengan panjang lebar akan sifatmasyarakatnya seperti yang akan dibincang seterusnya nanti. Bagi marx lagi jika Mod pengeluaran ini berubah umpamanya daripada peringkat teknologi enjin wap kepadaenjin petrol maka sejarah manusia juga akan berubah.… the mode of production (eg. Hand labour or steam power) was fundamental indetermining the kind of economy and society possessed. And the kind of cultural andsocial structure of that society
 
Secara tidak langsung marx melihat perubahan masyarakat tidak akan bebas daripada pengaruh ekonomi ini. Sesebuah masyarakat dengan ini tidak mungkin berkembangmaju mendahului mod pengeluarannya. Pengaruh mod mengeluaran bukan sahajaterdapat di dalam pengeluaran tetapi juga menjangkau kepada sector pengagihan dan pengedaran. Marx menolak pandangan ekonomi politik daripada John Stuart Millsumpamanya yang beranggapaan.…that while production is goverened by definite laws, distribution is compelled byhuman institutionsBagi Marx pengagihan barangan tetap ditentukan oleh satu-satu tingkat mod pengeluaran.Berasaskan perubahan secara ini marx memberikan beberapa peringkat masyarakatyang berkembang maju. Ia berkembang daripada satu peringkat mod pengeluaranyang mudah kepada yang lebih kompleks dan memiliki struktur sejarahnya tersendiriyang boleh dilihat berubah daripada primitive komunis kepada ancient, Asiatic,feudal, kapitalis dan membayangkan akan berubah kepada sosialis dan komunis kelak,Di dalam masyarakat komunis yang marx bayangkan, akan wujud satu masyarakattanpa kelas yang aman dan adil. Tiada perbezaan miskin kaya di dalam masyarakat inidansemua anggota masyarakat mempunyai kedudukan yang sama rata. Impian Marxini tidak tercapai. Negara ‘komunis’ yang muncul kemudian tidak sama seperti yang beliau bayangkan. Cara mencapai revolusinya juga tidak mengikut proses yang marx jelaskan.Gambaran kapitalisme marx cukup sempurna sifatnya dengan keadaan buruh yangsengsara tertindas. Max weber juga banyak menilis mengenai pertumbuhankapitallisme di eropah. Di sini kelihatan kedua-dua sarjana ini sama-samamenggambarkan bentuk kapitalisme yang cukup jelas. Golongan pemodal berkuasa didalam berbagai aspek dan menjadi semakin kaya manakala golongan bruh semakintertindas. Gambaran kapitalisme mereka seolah-olah digambarkan dalam bentuk idealtype weber Dalam bentuk mod pengeluaran kapitalis ini system ekonomi kapitalis itu dibentuk daripada hubungan kelas pekerja dan pemodal yang berjalan secara tidak sama rata.Pengumpulan keuntungan yang berlebihan oleh kapitalis cukup memeras golongan buruh dan keadaan pemerasan ini akan manjadi cukup tenat kelak untuk mendorongkepada meletusnya satu revolusi proletar. Marx merasakan bahawa akan tiba satu peringkat apabila golongn buruh tidak dapat bertahan lagi dengan kedudukannya dan bergerak bersama untuk menjatuhkan golongan pemodal. Mereka akan melakukansatu revolusi dan membentuk suatu kerajaan revolusi proletar (yang akhirnya beliausendiri tidak saksikan)Hanya dalam tulisannya German Ideology (1847) bersama Rngels baru marxmemberikan takrifnya mengenai masyarakat. Max mendefinisikan masyarakatsebagai,…. A definite structure built around antagonistic social classes, division of labour andforms of private property”

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->