Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 1 Makna Ulum Quran

Topik 1 Makna Ulum Quran

Ratings: (0)|Views: 920 |Likes:
Published by Fadil

More info:

Published by: Fadil on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/04/2013

pdf

text

original

 
 
1
TOPIK 1MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
 
PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan makna Ulum dan makna al-Quran serta makna Ulum danal-Quran secara gabungan (Ulum al-Quran). Makna ulum akan dibincangkan secaraperbandingan ringkas mengikut pandangan ahli falsafah, ahli materialis dan pandangansyarak. Begitu juga dalam memaknakan al-Quran, akan dibincangkan dari segi terminologidan mengikut pendekatan ulama` mutakallimin, ulama` usul, fiqh dan cendikiawan bahasa Arab. Seterusnya barulah dibincangkan secara khusus tentang Ulum al-Quran: makna danilmu-ilmu yang terangkum di dalamnya serta fungsi-fungsinya.
 
OBJEKTIF
Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-1. mendefinisikan ‘ulum’ secara perbandingan mengikut pandangan ahli falsafahdan ahli materialis serta pandangan syarak;2. mendefinisikan ‘al-Quran dari segi terminologi serta mengikut pendekatan ulama’mutakallimin, uluma’ usul fiqh dan cendikiawan bahasa Arab;3. mendefinisikan ‘ulum al-Quran’ dari segi bahasa dan istilah syarak;4. menjelaskan bidang-bidang ilmu yang terangkum/berkaitan dalam perbahasan‘Ulum al-Quran’; dan5. menghuraikan fungsi-fungsi Ulum al-Quran.
PETA MINDA
 
 
2
TOPIK 1MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
PENDAHULUAN
 
Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang Ulum al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, adalah lebih baik kita lihat dahulu apakah yangdimaksudkan dengan kalimah Ulum al-Quran.Ulum al-Quran terdiri daripada dua perkataan yang tersusun dalam bentuk
idhafiy 
 
)ا(
.Pada umumnya ia bermaksud ‘beberapa ilmu yang ada hubungannya dengan al-Quranyang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.’.
1.1 MAKNA ULUM
Kalimah ‘Ulum’ )م( adalah jamak (plural) kepada kalimah ‘ilmu’ )(. Pengertian ilmu dari segi bahasa adalah satu kalimah ‘masdar’ )ر(yang membawa erti memahami danmengetahui ) او ا(. Oleh itu kalimah ilmufahamdan makrifat) – – ( mempunyai gambaran yang sama. Kalimah ‘ilmu’ juga boleh dimaksudkan sebagai‘ketetapan’ dalam berfikir mengenai sesuatu perkara )ىأا  ما( . Kalimah ilmuinikemudiannya ditafsirkan dengan berbagai definisi mengikut pendapat ahli-ahli yangtertentu dalam bidang masing-masing sebagaimana huraian ringkas berikut:(a)
Pandangan Ahli Falsafah (Hukama`)
 Ada tiga pendapat dalam mendefinisikan ilmu/ulum di kalangan ahli falsafah.Petama; mereka berpendapat bahawa ilmu itu adalah gambaran terhadap sesuatuyang wujud dalam akal atau pemikiran. Kedua; ia juga didefinisikan sebagai’kewujudan gambaran terhadap sesuatu di dalam akal pemikiran’. Ketiga;mengatakan bahawa ilmu itu ialah ’suatu keadaan akal yang tertarik kepada sesuatuapabila sesuatu itu dapat diketahui’.Dari ketiga-tiga definisi tersebut, para ahli falsafah lebih cenderung berpegang danmenggunakan pendapat yang pertama iaitu; ’Gambaran terhadap sesuatu yangwujud dalam akal atau pemikiran’ )ا  ا ءا ةر( .(b)
Pandangan Golongan Materialis (Maddiyyun)
 Golongan materialis (maddiyyun) berpendapat bahawa ilmu itu ialah ’keyakinan-keyakinan berdasarkan kepada panca-indera semata-mata’. Dengan erti kata lain,mereka mendefinisikan ilmu ialah maklumat-maklumat atau fakta-fakta yang konkrityang mengaitkan segala persoalan yang berkaitan kehidupan dan perundangankehidupan.
 
(c)
Pandangan Syarak (Agamawan)
 Golongan ulama’ Islam khususnya ulama` Fiqh berpendapat bahawa ilmu itu ialah’mengenal Allah Ta’ala dan tanda-tanda kewujudan dan kekuasaan-Nya iaitu segalalaku perbuatan-Nya terhadap makhluk-Nya’. Dalam hubungan ini al-Imam al-Ghazalimenyatakan: ”Kalimah ilmu pernah dimaksudkan dengan mengenal Allah, tanda-tanda kewujudan-Nya dan laku perbuatan-Nya terhadap makhlukNya”.Kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu masalah yang diyakinipenyelesaiannya berdasarkan ajaran yang sebenar.
 
 
3
TOPIK 1MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
(d)
Takrif Ilmu pada Pandangan Pengkaji-pengkaji Ulum al-Quran
 Ada tiga takrif yang diberikan oleh para pengkaji Ulu al-Quran, iaitu:(i) Persoalan-persoalan
nazori 
 
)ىر(
am yang wujud dalam akal; di samping ituada juga mereka yang mentakrifkan sebagai ‘persoalan-persoalan nazori yangmudah’ dan persoalan-persoalan nazori yang juz’i. As-Sa’ad dan Abdul Hakimberkata: ”Ilmu yang dimaksudkan dalam Ulum al-Quran ialah ’sekumpulanmaklumat yang berkaitan dengan al-Quran’.(ii) Kegiatan akal untuk mendapatkan maklumat tertentu.(iii) Keupayaan akal dalam menghasilkan maklumat dan keupayaan akal dalammengeluarkan maklumat.Kesimpulannya bahawa ilmu pada pandangan ahli Ulum al-Quran ialah sekumpulanmaklumat yang didapati dengan cara yang wajar dan maklumat-maklumat ini berupatopik-topik kajian, tujuan kajian samada berupa tasawwur atau tasdiq.
1.2 MAKNA AL-QURAN
1.2.1 Al-Quran Munurut Bahasa
Lafaz al-Quran itu dari bahasa Arab. Menurut makna bahasa ialah sama ertinya denganlafaz al-Qiraat ertinya ‘bacaan’. Walaupun lafaz al-Quran itu berbentuk masdar ertinyabacaan, tetapi maksudnya ialah maf’ul yang membawa erti ‘yang dibaca’. Dalam kaedahbalaghah biasa disebut :
)    (
 
Para ulama` Ulum al-Quran telah mengutarakan berbagai pendapat dan pentafsirantentang asal kalimah ini. Adakah kalimah tersebut diambil dari kalimah lain atau kalimahtersebut merupakan
kalimah khas
bagi al-Quran itu sendiri. Pendapat-pendapat tersebutdapat kita ringkaskan seperti berikut:(i) Al-Asy`ari; ahli Ilmu Kalam, pemuka aliran Sunnah wa al-Jama`ah (w324H)berpendapat bahawa kalimah al-Quran (tidak memakai ء ) dan diambil dari kalimahن yang bererti ‘menggabungkan’. Ini disebabkan kerana surah-surah dan ayat-ayatal-Quran itu dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.(ii) Al-Zajjaj; pengarang kitab ‘Ma`ani al-Quran’ (w311H) berpendapat bahawa lafaz al-Quran itu (mempunyai ء) dan berwazan fu`lan )ن( dan diambil dari kalimah
al-Qur`u 
)ءا( ertinya ‘himpunan’. Ini kerana al-Quran merupakan kitab suci yangmenghimpunkan intisari ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci sebelumnya.(iii) Al-Lihyani; seorang ahli bahasa (w215H) berpendapat bahawa kalimah al-Quran ituberhamzah ( ء ) dan merupakan masdar (ر ) yang diambil dari kalimah
Qara`a
 ( أ ) yang bererti ‘membaca’ . Lafaz al-Quran itu menurutnya adalah masdar bimakna ism maf’ul (لا ا  ر ) jadi al-Quran itu maknanya
al-Maqru`
(ءوا)yang bermaksud (yang dibaca).

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
idris88 liked this
al-abrar liked this
Nurhidayah Hairi liked this
Akhron Rodi liked this
Muslih Muhammad liked this
Khairul Azman liked this
Solah My liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->