70
TOPIK 5SURAH MAKKIYAH DAN MADANIYAH
OUM
Pendapat ini adalah yang paling tepat sekali jika dilihat dari segi kesyumulan danpengkhususannya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh `Uthman bin Sa`id al-Razi,Yahya bin Salam berkata: “Apa jua ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan di dalamperjalanan ke Madinah sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.) tiba di Madinah adalah dikirasebagai Makkiyyah”.Pendapat ini juga pendapat mashur dan majoriti sarjana muslim kerana;
•
Ia pendapat yang menyeluruh dan tepat.
•
Pendapat ini juga tidak mempunyai percanggahan antara satu dengan lain.
•
Mendapat sokongan daripada ulama yang mashur seperti Imam Bukhari dan lain-lain ulama. Ayat-ayat berikut membuktikan asas-asas pendapat tersebut;
•
Ayat 3 surah Al-Maidah yang diturunkan di Padang Arafah tetap dikira ayat Madanikerana ia diturunkan sebelum penghijrahan nabi.
•
Ayat 58 surah Al-Nisa’ diturunkan di dalam Ka’bah semasa penaklukan Kota Mekahtetap dikira ayat Madani.2.
Aspek Tempat Penurunan Ayat (Mulaahazhatu Makanin Nuzuli) atau TeoriGeografi
Bermaksud:
Mana-mana ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitarnyaseperti Mina, Arafah dan Hudaybiyyah adalah dikira sebagai Makkiyyah walaupun iaditurunkan selepas Hijrah dan apa-apa surah serta ayat yang diturunkan di Kota Madinahdan sekitarnya diistilahkan ayat atau surah Madaniyah. Tempat di sekitar Madinahtermasuklah Badar, Quba’ dan Uhud.
Kelebihan pendapat ini ialah hasil rumusan pengertiannya jelas dan tegas. Kejelasannyaialah dinamakan ayat atau surah Makki ialah ayat atau surah yang diturunkan di Mekkahmeskipun ayat atau surah itu turun di Mekah sesudah penghijrahan Nabi ke Madinah.Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di kawasan
al- Asfar, Tabuk
dan
Baytul Maqdis
yang tidak dapat dimasukkan dalam mana-mana kategoriini. Ayat-ayat tersebut tidak dikira sebagai Makkiyyah mahupun Madaniyyah. Adapunmana-mana ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah selepas Hijrah pula dikirasebagai Makkiyyah.Kekurangan pendapat ini jelas dirasai apabila merujuk kepada Hadith Nabi yang diriwayatoleh Al-Tabrani daripada Abu Umamah;
" :
: "