You are on page 1of 16

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH ALQURAN

PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Konsep penyusunan ayat, bilangan ayat dan penyusunan surah-surah Penndetailan topik-topik besar di atas merangkumi topik-topik kecil antaranya; maksud cara dan pandangan ulama mengenai ayat-ayat Al-Quran, penentuan bilangan ayat Al-Quran dan pendapat ulama mengenainya, kefahaman maksud surah dan hikmah penamaannya.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda dapat: 1. menghuraikan maksud istilah-istilah ayat dan surah dan istilah-istilah lain yang berkaitan dengan kedua-duannya; 2. menyatakan hikmah-hikmah penentuan ayat dan surah-surah al-Quran; dan 3. menjelaskan pendapat-pendapat ulama mengenai ayat-ayat dan surah al-quran dan menyatakan kesimpulan mengenai kedua-duanya.

PETA MINDA

80

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

6.1

KONSEP PENYUSUNAN AYAT

Kita sering kali menyatakan ayat-ayat al-Quran sebanyak 6 ribu lebih. Apakah yang anda fahami mengenai istilah ayat.

6.1.1

Takrifan Ayat

Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna antaranya lain seperti berikut: 1. Bererti (Al-Alamah) alamat atau tanda seperti dalam ayat 248 surah Al-Baqarah yang bermaksud: Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu 2. Bererti (Al-Ibrah) iaitu pengajaran seperti dalam firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi kaum yang mengetahui.. Ayat 52 surah An-Naml. 3. Bererti (Al-Burhan) iaitu bukti seperti dalam ayat 22 surah Rum yang bermaksud: Dan di antara bukti-buktinya ialah penciptaan langit dan bumi serta kelainan bahasa serta kulitmu. Makna-makna secara bahasa atau etimologi tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Secara terminologi Ibrahim Al-Abyari dalam Tarikh Al-Quran mengertikan ayat sebagai:

"

Maksudnya: Sekelompok Al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya dan sesudahnya Al-Zarqani dalam Manahil Al-Urfan mengertikan ayat sebagai:

"

"

Maksudnya: Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdapat di-dalam surah-surah Al-Quran.

OUM

81

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Jelas kepada kita daripada kedua-dua takrifan tersebut ayat mengandungi perkaraperkara berikut; x x x Sekelompok kata-kata Mempunyai permulaan dan penghujung, wujud Membentuk surah-surah Al-Quran.

Hubungan antara makna secara istilah atauterminologi dengan makna bahasa atau etimologi di atas sangat erat. Ini disebabkan; x x x x x x Ayat Al-Quran merupakan mukjizat Ia juga tanda kebenaran bagi pembawa risalahnya, yakni Nabi Muhammad SAW. Ia juga merupakan pengajaran-pengajaran bagi yang mahu mengambil pengajaran. Ia termasuk perkara yang mengagumkan, kerana keluhuran dan kemukjizatannya. Ia juga mengandungi pengertian pengelompokan, kerana merupakan himpunan dari beberapa kata dan huruf. Ia juga mengandungi pengertian bukti dan dalil, kerana ia mengandungi hidayah, ilmu, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT serta kebenaran rasulnya.

6.1.2

Cara Mengenali Ayat

Cara mengenali ayat pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan; 1. Jumhur ulama berpendapat Cara kita mengetahui ayat hanyalah melalui ketetapan , petunjuk atau tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ketentuan tersebut ialah sabda Nabi s.a.w;

.
Maksudnya: Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan surah alMulk pula mengadungi tiga puluh ayat Dengan itu kita tidak mampu mengetahui ayat-ayat Al-Quran melalui ijtihad atau qiyas. Kedua-dua cara ini adalah semata-mata merupakan pengajaran dan bimbingan. Pendapat ini berdasarkan beberapa hujah antaranya yang jelas ; x Ada sebahagian fawatih dikira sebagai ayat tetapi fawatih tertentu tidak pula dikira sebagai ayat. Contohnya fawatih " " dikira sebagai ayat tetapi tidak pula bagi fawatih " ". Contoh lain ialah huruf muqataah " " dikira satu ayat tetapi tidak pula pada " ".Seandainya dasar ketentuannya adalah qiyas, tentu dua keadaan yang setara akan dianggap sama, tidak dibezakan seperti itu.

2.

Sebahagian ulama pula berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalah ketentuan atau Tauqifi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat adalah berdasarkan qiyas dan ijtihad.

82

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Ketentuan sebegini berlaku berpunca daripada kata atau lafaz yang terdapat pada akhir ayat yang diistilah sebagai fasilah. Apabila Nabi selalu membaca sesuatu lafaz pada tempat tertentu dengan waqaf ,pastilah ia adalah akhir ayat atau fasilah. Begitu juga jika di sesuatu lafaz di tempat tertentu , nabi membaca dengan wasal pastilah ia bukan penghujung ayat. Apa yang menjadi perbezaan dan ulama berijtihad dan qiyas ialah pada lafaz yang kadangkala Nabi Waqaf dan kadangkala nabi membaca secara wasal. Yang jelas dan pasti hal ini tidak mengapa kerana tidak menhasilkan penambahan atau pengurangan ayat-ayat dalam Al-Quran. Punca utama adalah penentuan tempat fashl dan washl. Kadang-kadang dalam satu ayat terdapat dua hal. Salah satunya menghendaki dihitung fasilah, sedang yang lain menghendaki dihitung bukan fasilah. Milsalnya yang sangat mudah dan jelas ialah kata " " yang pertama di dalam surah al-Fatihah. Ada yang menganggap sebagai hujung ayat dan ada yang tidak. Sebabnya adalah pada Basmalah, apakah termasuk ayat dalam surah itu atau tidak.Namun mereka tetap sependapat bahawa jumlah ayatnya adalah tujuh .Mereka yang mengira Basmallah sebagai salah satu ayatnya, maka menjadikan " sampai akhir surah sebagai satu ayat. Manakala mereka yang tidak mengira Basmallah termasuk dalam ayat daripada surah itu, mereka menjadikan ayat ketujuhnya adalah kalimah setelah Alaihim yang pertama dan menganggap bahawa kata ini merupakan fasilah kerana terletak pada akhir ayat keenam.

Jika anda teliti pada mushaf tertentu diletakkan tanda la pada hujung ayat tertentu alQuran tetapi mushaf cetakan yang lain tidak pula meletakan tanda tersebut pada hal kedua-dua ayat adalah ayat pada surah yang sama.

6.1.3

Jumlah Ayat Al-Quran

Pendapat-pendapat Mengenai Bilangan Ayat Di dalam Kitab at-Tibyan karangan Imam An-Nawawi, disebutkan jumlah ayat Al-Quran disepakati jumlahnya ialah enam ribu dua ratus ayat lebih. Hanya jumlah penambahannya diperselisihkan di kalangan ulama al-Quran. Perbezaannya umumnya dapat dilihat melalui ulama-ulama daripada daerah-daerah berikut berikut; Ulama Madinah yang kedua seperti yang diriwayatkan Syaibah penambahannya adalah empat belas ayat, dan seperti yang diriwayatkan Abu Jafar adalah sepuluh ayat. Ulama Makkah penambahan nya adalah dua puluh ayat Ulama Kufah seperti yang diriwayatkan Asim ialah 6236 ayat Ulama Basrah adalah lima ayat Ulama Syam atau Syria adalah dua puluh enam

OUM

83

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Sebab Perbezaan Perbezaan pendapat para ulama dalam menetapkan jumlah keseluruhan ayat al-Quran adalah kerana; Ada sebahagian daripada mereka memandang fawatih As-Suwar adalah sebagai satu ayat manakala yang lain tidak mengira ia sebagai satu ayat. Kelainan pendapat dalam menentukan fasilah antara ayat atau surah yang satu dengan yang lain. Adakalanya sesuatu ayat tertentu dipandang sebahagian ulama sebagai satu ayat manakala ulama lain memandangnya sebagai terdiri dua ayat.

6.1.4

Faedah Mengetahui Ayat

6.1.5

Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran

Selalu kedengaran adakah susunan ayat-ayat dan surah seperti yang tertulis dalam mushaf-mushaf sebenarnya susunan yang berdasarkan susunan penurunannya. Atau lain daripada itu.

Ijmak ulama telah menetapkan bahawa urutan ayat sebagaimana yang kita lihat sekarang di dalammushaf-mushhaf adalah berdasarkan tauqif daripada Nabi SAW dari Allah SWT. Tauqifi bermaksud hal tersebut didasarkan pada perintah dan petunjuk daripada nabi sesuai dengan petunjuk wahyu yang diterima oleh beliau darioada Allah melalui perantaraaan Malaikat Jibril. Dengan itu ia bukanlah suatu perkara yang boleh dipastikan oleh fikiran atau ijtihad peribadi. Senario itu terbukti jelas melalui keadaan dan fakta-fakta berikut;

84

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(i)

Jibril membawa ayat-ayat kepada Rasulullah SAW dan memberikan bimbingan perletakan ayat dalam surah-surah. Kemudian Nabi SAW membacakannya kepada para sahabat dan memerintahkan kepada para penulis wahyu untuk menuliskannya dengan menjelaskan surah yang menjadi induk ayat itu dan sekaligus tempatnya. Beliau membacakannya kepada mereka berkali-kali, baik ketika solat, pemberian nasihat, mahupun sewaktu memberikan keputusan. Jibril as juga membentangkannya sekali setiap tahun. Dan pada tahun akhir, Jibril membentangkannya sebanyak dua kali. Semuanya menurut urutan sebagaimana yang kita kenal sekarang. Begitu juga setiap orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran atau hafaz sebahagiannya menggunakan urutan seperti yang kita kenal sekarang. Urutan itu telah tersebar luas, dikaji di antara mereka, dibaca dalam solat mereka, diambil dan dipindahkan sebahagian dari sebahagian yang lain dengan urutan seperti yang kita kenali sekarang. Tak ada seorang sahabat, bahkan khalifah sekalipun memiliki peranan dalam menentukan pengurutan ayat-ayat Al-Quran. Bahkan penghimpunan yang dilaksanakan pada masa Abu Bakar tidak lebih dari pemindahan Al-Quran dari pelepah-pelepah kurma, lempengan-lempengan batu dan tulang belulang ke dalam shahifah-shahifah. Dan penghimpunan Al-Quran pada masa Uthman juga tidak lebih dari sekadar penyalinan semula Al-Quran dari shahifah-shahifah ke dalammushaf-mushaf. Kedua penghimpunan itu tetap berdasarkan pada urutan yang dihafaz yang berasal dari Nabi SAW dari Allah SWT. Memang begitulah, menurut ijma urutan itu tidak dapat diragukan lagi.Sejumlah ulama terbilang meriwayatkan hal ini, antara lain az-Zarkasyi di dalam al-Burhan dan Abu Jafar di dalam ai-Munasabat. Beliau mengatakan: urutan ayat terjadi dengan tauqif dari Rasulullah SAW dan bimbingan beliau, tanpa ada khilaf sedikit pun di kalangan umat Islam.

(ii)

(iii)

(iv)

Dalil-dalil lain adalah; (i) Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Uthman ibn Abu al-Ash, katanya: Aku duduk di samping Rasulullah SAW. Tiba-tiba ada seseorang melihat beliau lalu meluruskan sesuatu di hadapan beliau.Kemudian beliau bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu memerintahkan kepadaku untuk meletakkan ayat ini di tempat ini dari surah ini. Ayat itu adalah firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi kepada kaum kerabat sampai akhir ayat. (Surah an-Nahl: 90) (ii) Dalil yang lain adalah riwayat yang ada di dalam sunah-sunah yang sahih tentang bacaan-bacaan Nabi SAW terhadap sejumlah surah, sebagaimana surah alBaqarah, Ali Imran dan an-Nisa. Juga bacaan beliau terhadap surah al-Araf di dalam solat maghrib, surah Al-Mukminin, surah ar-Rum di dalam solat subuh, surah as-Sajdah, surah al-Insan di dalam solat subuh hari Jumaat, surah al-Jumuah dan al-Munafiqun di dalam solat Id. Semua itu beliau baca sesuai dengan urutan yang kita kenali sekarang, didengar dan disaksikan oleh para sahabat.

OUM

85

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

(iii)

Bukti lain lagi adalah yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibn az-Zubair, katanya: Saya berkata kepada Uthman ibn Affan: Firman Allah SWT dalam Surah alBaqarah, 234, terjemahannya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteriisteri.. Ayat itu telah dinaskhah oleh ayat lain, mengapa masih engkau tulis? Atau kamu biarkan saja? Uthman menjawab: Wahai bapa saudaraku, aku tidak akan mengubah sesuatu pun dari tempatnya. Hadis-hadis sahih ini sangat jelas menunjukkan bahawa penepatan ayat ditempatnya, meskipun telah dinaskhah merupakan tauqifi.Saidina Uthman dengan pengakuannya sendiri, tidak mampu melakukan perubahan kerana hal seperti itu tidak menjadi medan rayu dan ijtihad.

(iv)

Dalil lain lagi adalah riwayat Imam Muslim dari Umar, katanya:Aku tidak bertanya kepada Nabi SAW tentang sesuatu lebih dari pertanyaanku tentang al-Kalalah sampai beliau menohok dadaku dengan telunjuk beliau, seraya bersabda: Cukup bagimu (untuk mengetahui hal itu) ayat ash-Shaif yang ada pada akhir surah anNisa

Anda dapat melihat bahawa Nabi SAW menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat itu berada, yakni pada akhir surah al-Nisa sebagaimana yang kita lihat sekarang iaitu firman Allah SWT dalam surah an-Nisa, 16, maksudnya: Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah hingga akhir ayat.

6.2
6.2. 1

PENGERTIAN SURAH DAN URUTANNYA


Maksud Surah dan Hikmah Pembahagian Surah

Surah secara etimologi atau bahasa mempunyai beberapa pengertian, (i) Sebagaimana dikatakan oleh penulis al-Qamus: Kata al-Surath bererti al-Manzilah (posisi). Surah dari Al-Quran telah dikenal kerana posisinya pada suatu tempat secara berdampingan. Masing-masing terputus dari yang lain. Juga bermakna al-Syaraf (kemuliaan), yang diambil daripada kata al-Sur yang bererti sesuatu yang meninggi di atas bumi. Sesuatu yang menonjol dan baik dari suatu bangunan,t anda dan pagar. Ia diambil dari kata al-Tasur. Imam Badruddin al-Zarkashi dalam kitabnya Al-Burhan fi Ulum al-Quran pula menjelaskan ia berasal dari kata al-Sur atau al-Sur yang bererti sisa minuman dalam suatu bekas. Dengan erti sebegini maka surah al-Quran bermaksud sebahagian kecil daripada al-Quran.

(ii)

(iii)

(iv)

86

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Secara termologi, (i) Manna al-Qattan mentakrifkan surah sebagai

Maksudnya: Sejumlah ayat al-Quran paling sedikit tiga ayat, erdiri atas awal surah dan akhir surah. Imam Badruddin al-Zarkashi juga menjelaskan maksud yang sama melalui ungkapannya;

(ii)

Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah atau sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran. x Kefahaman itu diambil dari makna tembok yang menghadkan sesuatu kota kerana di dalamnya terdapat perletakan suatu kata di samping kata yang lain, suatu ayat di samping ayat yang lain. Ibarat suatu tembok, yang merupakan peletakan dan penyusunan bata, baris demi baris. Ada kalanya di dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi secara maknawi, yang menyerupai ketinggian tembok. Ada kalanya pula kerana surah merupakan benteng dan penjagaan bagi Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti Al-Quran dan agama Islam dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang melemahkan setiap yang sombong. Allah SWT akan menampakkan kebenaran yang benar dan menampakkan kesalahan yang salah, meskipun para pendosa tidak suka. Ini lebih menyerupai benteng yang membatasi suatu kota yang menjaganya dari ancaman musuh.

x x

Surah-surah dalam Al-Quran berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Yang terpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan yang terpanjang adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh lima atau lapan puluh enam ayat, merupakan deretan at-thiwalyang terpanjang. Bahkan di dalamnya terdapat ayat tentang hutang yang merupakan ayat sebagaimana telah dijelaskan. Di antara surah al-Baqarah dengan surah al-Kautsar, terdapat banyak surah yang berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang diketahui oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya.

OUM

87

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

6.2.2

Hikmah Pembahagian Surah-surah Al-Quran

Ada beberapa hikmah dalam pembahagian Al-Quran ke dalam surah-surah antara lain: Pertama, memberi kemudahan kepada manusia dan merangsang mereka mengkaji dan mempelajari Al-Quran, bahkan menghafalnya sebab seandainya Al-Quran merupakan satu rangkaian sahaja dan tidak dikelompok-kelompokkan sudah tentu akan sukar bagi mereka menghafal ataupun memahaminya. Mereka akan susah menyelami lautan yang tidak jelas pantainya. Kedua, mengisyaratkan tema atau topik perbincangan .Masing-masing surah membincangkan sesuatu tema yang jelas. Misalnya surah surah al-Baqarah, Yusuf, anNaml, dan al-Jin yang jelas mempunyai tema-tema perbincangan tertentu. Ketiga, mengisyaratkan bahawa panjangnya suatu surah tidak menjadi syarat kemukjizatannya. Suatu surah tetap memiliki kemukjizatannya, walau betapa pun pendeknya seperti surah al-Kautsar. Penulis al-Kasysyaf Al-Zamakhsyari menjelaskan sebahagian daripada faedah menjadikan ayat-ayat al-Quran bersurah-surah ialah sesuatu perkara itu kalau dikategorikan kepada beberapa fasal dan jenis, adalah lebih elok dan lebih hebat pada pandangan kalau dijadikan kesemuanya suatu bab sahaja.

88

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

Keempat, seorang pembaca bila telah menyelesaikan satu surah atau satu bab dari suatu buku, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan pada surah atau bab berikutnya, bahkan membuatnya lebih berkesan memahami maksudnya, dibandingkan bila semuanya hanya terdiri dari satu surah atau satu bab. Bandingannya adalah seumpama seorang musafir, bila telah melalui satu jarak tertentu, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Quran dibahagi-bahagikan kepada beberapa surah. Kelima, sesaorang hafiz apabila sudah lancar menghafal sesuatu surah ia merasa yakin bahawa ia telah menyimpan sebahagian Al-Quran secara utuh. Sehingga apa yang dihafalnya itu telah membuatnya merasa bangga. Riwayat mengenai hal ini misalnya hadis Annas: Seseorang bila telah mampu membaca (dengan hafalan) surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, ia telah hebat dikalangan kami. Oleh kerana itu bacaan di dalam solat dengan satu surah penuh lebih Afdhal Keenam, menghuraikan secara terperinci berdasarkan sehingga pengertian menjadi terang dan jelas. masalah-masalah serupa

Sheikh Abd Fattah al-Qadhi dalam kitabnya Tarikh Mushaf Syarif menyimpulkan dua penjelasan jitu yang merumuskan hikmah-hikmah penyusunan ayat-ayat dan surah alQuran; Dalam susunan kedua-duanya terdapat hikmah ilahiah yang amat tinggi dan padanya terletak suatu rahsia ajaib dari rahsia-rahsia kitab Allah kerana susunan menurut seperti yang ada sekarang merupakan satu lagi aspek ikjaznya dan melahirkan suatu cara tertinggi yang mengelukan lidah-lidah orang yang sombong serta mengubah suatu gubahan yang paling cantik yang diakui tentang ketinggian balaghahnya yang telah menewaskan jaguh-jaguh dalam bidang fasahah dan balaghah. Susunan tauqifi itu telah menjadikan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran keseluruhannya bertaut kemas hujung-hujungnya, kukuh jalinannya, erat persambungan antara satu dengan yang lain seolah-olah setiap ayat dan surah saling bertaut kemas sekira-kira rosak maknanya kalau diceraikan dia. Setiap ayat dan surah merupakan satu bahagian daripadanya tidak ia berdiri tegak tanpanya. Ia merupakan satu unit yang berpadu.

6.2.3

Pengelompokan Surah-surah Al-Quran

Ulama menggelompokkan surah-surah menjadi empat kelompok. Masing-masing kelompok mereka nyatakan dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu al-Tiwal, al-Miin, alMathanidan al-Mufassal: (i) Al-Tiwal terdiri dari tujuh surah panjang iaitu al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisa, alMaidah, al-Anam dan al-Araf. Inilah enam surah yang pertama. Yang ketujuh pula, ulama berbeza pendapat, apakah surah al-Anfal dan Al-Baraah sekaligus kerana tidak adanya pemisahan antara keduanya dengan Basmallah, ataukah surah Yunus. Al-Miun merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya sekitar seratus ayat.

(ii)

OUM

89

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

(iii)

Al-Mathani merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah kelompok alMiun. Af-Farra mengatakan bahawa al-Mathani adalah surah-surah yang jumlah ayatnya kurang dari seratus ayat kerana ia diulang-ulang, lebih dari diulangulangnya kelompok al-Tiwal dan al-Miun Sedang al-Mufassal merupakan surah-surah yang ada pada bahagian akhir AlQuran. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan permulaannya, menjadi sekitar dua belas pendapat. Ada yang mengatakan permulaannya adalah surah Qaf. Ada juga yang mengatakan selain itu. Al-Nawawi menilai sahih pendapat yang mengatakan bahawa permulaannya adalah surah al-Hujurat. Disebut al-mufassal kerana banyaknya pemisah antara surah-surahnya dengan Basmallah. Ada yang mengatakan kerana sedikitnya mansukh didalamnya. Oleh kerana itu, al-mufassal disebut juga al-Muhkam, sepertimana riwayat al-Bukhari dari Said ibn Jubair, katanya: Sesungguhnya yang tuan sebut sebagai al-mufassal itu tidak lain adalah al-Muhkam. Al-mufassal dikelompokkan lagi menjadi tiga kelompok, iaitu Tiwal. Ausatdan Qisar: Yang dikira kelompok Tiwal adalah dari surah al-Hujurat hingga surah alBuruj. Yang dikira kelompok Ausat adalah dari surah al-Tariq sampai surah alBayyinah. Manakala yang dikira kelompok Qisar adalah dari surah az-Zalzalah sampai akhir Al-Quran.

(iv)

Pengelompokan ini berdasarkan sebuah hadith marfuk yang diriwayatkan Abu Daud atTayalisi sanadnya sehingga Qatadah dan juga yang diriwayatkan oleh Abu Ubaid menerusi sanadnya daripada Wailah bin Asqa daripada Rasulullah SAW yang bermaksud; Aku telah dianugerahi 7 surah tuwwal menepati kitab Taurat dan menepati kitab Injil dan al-Mathani menepati kitab Zabur dan aku telah diberi kelebihan dengan al-Mufassal.

6.2.4

Susunan Surah-surah

Ada tiga pendapat tentang urutan surah. 1. Pertama, bahawa urutan surah sebagaimana yang kita lihat sekarang ini tidaklah berdasarkan tauqif dari Nabi SAW, akan tetapi berdasarkan ijtihad sahabat. Pendapat ini disandarkan kepada ulama-ulama, termasuk Imam Malik (w 179h) dan al-Qadhi Abu Bakar (w 403h) dan Abu Hussein Ahmad Ibnu Faris (w 395h). Ibn Faris di dalam buku al-Masail al-Khams, menjelaskannya seperti berikut: Penghimpunan Al-Quran dikelompokkan menjadi dua kelompok. Pertama: penyusunan surah-surah, seperti mendahulukan tujuh surah yang masuk dalam

90

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

kelompok al-Tiwal, lalu disusuli dengan kelompok al-Miun. Inilah yang ditangani oleh para sahabat. Ulama menggunakan beberapa dalil untuk menyokong pendapat ini: (i) Mushhaf-mushhaf yang dimiliki oleh para sahabat berbeza-beza dari segi urutan surahnya sebelum Al-Quran dihimpun pada masa Uthman. Seandainya urutan itu bersifat tauqifi dari Nabi SAW, tentu mereka tidak mungkin akan mengabaikan masalah urutan surah dan berbeza pendapat tentangnya sebagaimana digambarkan oleh riwayat-riwayat yang ada. Mushaf Ubai misalnya, dimulai dengan surah al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, an-Nisa, Ali Imran dan al-Anam. Mushaf Ibn Masud dimulai dengan surah alBaqarah, an-Nisa, Ali Imran dan seterusnya yang jelas sangat berbeza denganmushaf sebelumnya. Manakalamushaf Ali urutannya berdasarkan urutan nuzul, sehingga diawali dengan surah al-Alaq, lalu al-Muddasir, Qaf, AlMuzammil, al-Lahab,a l-Takwir dan seterusnya. Istidlal atau pengambilan dalil ini tertolak dalam tiga sudut; Mushaf-mushaf tersebut telah dicatat sebelum semakan terakhir antara Rasulullah dengan Jibril. Jelas warid daripada banyak hadis-hadis sahih yang menjelaskan susunan banyak surah-surah al-Quran sememangnya sedia dimaklumi semasa hayat Rasulullah. Zaid b Thabit yang dilantik mengetuai panel penghimpunan kitab suci dan sebagai sahabat tunggal yang berada bersama-sama Rasulullah menyemak bacaan terakhir menyusun surah-surah seperti yang ada sekarang.

(ii)

Riwayat yang ditakhrij oleh ibn Asytah di dalam al-Masahif melalui Ismail ibn Abbas dari Hibban ibn Yahya dari Abu Muhammad al-Quraisy, katanya: Uthman memerintahkan kepada mereka pasukan penghimpun Al-Quran untuk menyusunkan al-Thiwal dengan menjadikan surah al-Anfal dan al-Taubah ke dalam hitungan ke tujuh tanpa dipisah dengan Basmallah antara keduanya.

2.

Pendapat kedua ialah urutan surah-surah semuanya tauqif dari Rasulullah SAW sebagaimana urutan ayat. Tidak ada suatu surah yang diletakkan tanpa pengajaran dan petunjuk dari beliau. Mereka yang memiliki pendapat ini berdalil: (i) Bahawa para sahabat sepakat terhadap mushaf yang merupakan hasil penghimpunan Uthman, tak seorang pun merasa keberatan. Kesepakatan seperti itu tidak akan terjadi dengan baik, kecuali bila urutan yang mereka sepakati itu merupakan tauqif kerana kalau urutan itu berdasarkan ijtihad, tentu yang memiliki mushaf dengan urutan yang berbeza akan bersikap keras dengan mushaf yang dimilikinya. Tetapi kenyataan menunjukkan bahawa nereka tidak bersikap keras menggunakan mushaf mereka tetapi beralih mengikut mushaf yang dihimpun oleh Uthman dan kemudian bersedia membakar mushaf-mushaf mereka.

OUM

91

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

(ii)

Kemudian mereka mengemukakan riwayat-riwayat untuk pendapat mereka sebagaimana dalil-dalil yang dijadikan sandaran ijma Misalnya, riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Hudzaifah al-Thaqafi katanya: Aku barada diantara para utusan dari Thaqif yang masuk Islam. Sampai pada riwayat berikut: Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Aku sedang membaca se-hizib Al-Quran. Kerana itu, aku tidak ingin kecuali setelah menyelesaikannya. Kemudian kami bertanya kepada para sahabat: Bagaimana kalian menggelompokkan Al-Quran menjadi hizib-hizib? Mereka menjawab: Kami menggelompokkannya berdasarkan per hizib tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah dan tiga belas surah. Hizib Al-mufassal dari surah Qaf, sampai akhir. Mereka yang memiliki pendapat kedua mengatakan: Ini menunjukkan bahawa urusan surah sebagaimana kita lihat sekarang ini sudah ada sejak masa Rasulullah SAW (yang bererti merupakan tauqif dari beliau).

(iii)

Rasulullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang. Ini terbukti melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud: Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal (surah pendek) dalan satu rakaat.

(iv)

Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Ibn Masud juga menyokong pendapat ini. Hadith yang bermaksud: Surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya; surah-surah ini termasuk kategori surah yang mula-mula aku pelajari. selepas itu Ibn Masud menyebut surah-surah tersebut secara berurutan seperti tertibnya susunan dalam mushaf terkini.

(v)

Ulama-ulama juga telah bersepakat menjelaskan wajib menghormati dan mengikuti susunan surah-surah Al-Quran kerana penyusunan dan penulisannya telah ijma. Sehubungan dengan pendapat ini Imam al-Suyuti (w 911H) menyatakan; Di antara bukti menunujukkan urutan surah-surah bersifat tauqifi iaitu surahsurah yang diawali dengan Ha Mim berurutan letaknya, begitu juga surahsurah yang diawali dengan To Sin . Tetapi surah-surah yang diawali dengan Sabbaha atau Yusabbihu letaknya tidak berurutan begitu surah-surah AsSyuara dab Al-Qasas yang sama-sama diawali dengan To Sin Mim diselangi dengan surah yang diawali dengan To Sin padahal surah al-Naml lebih pendik daripada surah al-Qasas dan Al-syuarak. Jika sekiranya urutan itu bersifat ijtihadi tentunya surah-surah itu diawali dengan Sabbaha atau Yusabbihu diletakkan dalam mushaf secara berurutan dan surah al-Naml diletakkan sesudah surah Al-Qasas.

(vi)

92

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

3.

Ada pula pendapat ketiga yang menjelaskan sebahagian surah Al-Quran tertibnya adalah tauqifi manakala sebahagian yang lain berdasarkan ijtihad para sahabat. Pendapat ini dinyatakan oleh Ibn Hajar melalui maksud hadith Huzaifah Al-Thaqafi; Rasulullah berkata kepada kami : telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian (hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebeleum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran mereka menjawab kami membahagikannya menjadi tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahgian al-Mufassal sehingga tamat.

Kesimpulannya pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat. Jumhur Ulama berpendapat demikian antaranya: 1. Abu Bakar Ibn al-Anbari telah menyokong pendapat ini melalui penyataannya; Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia kemudian ia menurunkannya secara beransur-ansur. Sesebuah surah diturunkan kerana sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam hal ini Jibril sentiasa membimbing Nabi di manakah sesuatu surah seharusnya diletakkan. Justru itu susunan ayat dan surah-surah adalah berdasarkan penetapan Nabi SAW. Berkata al-Karamani dalam Burhan ; Susunan surah-surah seperti yang ada sekarang adalah daripada Allah sebagaimana yang tercatat dalam Lauh Mahfuz dan berdasarkan susunan itulah Rasulullah membaca semasa membuat semakan dengan Malaikat Jibril. Dalam tahun kewafatannya dibuat semakan bacaan sebanyak dua kali Berhujah Al-Taibi: Keseluruhan al-Quran diturunkan pada mulanya daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia, kemudian diturunkan berperingkat-berperingkat menurut keperluan, kemudian dicatatkan dalam bentuk mushaf menurut tertib susunan yang terdapat pada asalnya di Luh Mahfuz

2.

3.

Pendapat kedua dan ketiga dapat ditolak kerana; (i) (ii) Pendapat pertama hanya berdasarkan ijma.

Hadith yang dijadikan sandaran pendapat ketiga adalah hadith marfuk kepada Nabi . Menghormati Urutan yang Telah Ada Sheikh Zarqani dalam kitabnya Manahil menjelaskan: Samada urutan surah tauqifi atau ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, lebih-lebih lagi dalam penulisan mushaf, kerana hal itu telah menjadi ijma sahabat. Ijmak juga merupakan hujjah. Di samping itu kerana menyimpang daripada susunan tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak fitnah dan menghalang segala kemungkinan timbulnya kerosakan adalah wajib.

OUM

93

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

TOPIK 6

Menyusun surah dalam pembacaan hukumnya tidak wajib hanya sunnah. Berikut ini kami kemukakan pernyataan Imam al-Nawawi di dalam bukunya, al-Tibyan:

Ulama mengatakan: Sebaiknya membaca Al-Quran berdasarkan urutan mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, diteruskan dengan Ali Imran dan seterusnya secara berurutan, samada dalam solat ataupun luar solat. Sehingga sebahagian kolega kami menyatakan: Jika seseorang telah membaca surah al-Nas pada rakaat pertama, maka pada rakaat kedua selepas membaca al-Fatihah hendaknya membaca sebahagian dari al-Baqarah. Sebahagian pendapat lain menjelaskan: Digalakkan bila seseorang telah membaca suatu surah, maka pembacaan berikutnya adalah surah yang terdapat selepasnya. Dalilnya adalah bahawa urutan mushaf itu dibuat kerana ada hikmahnya. Sehingga urutan seperti itu seelok-eloknnya tetap dijaga kecuali yang dikecualikan syara seperti: (i) Solat subuh pada hari Jumaat, di mana pada rakaat pertama bibaca surah Qaf dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Qamar. Juga dua rakaat fajar di mana pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.

(ii)

(iii) Begitu juga solat witir, di mana rakaat pertama dibaca surah al-Ala, rakaat kedua dibaca surah al-Kafirun dan rakaat ketiga dibaca al-Ikhlas dan al-Muawwizatain Seandainya seseorang membaca tidak mengikut urutan, misalnya pada rakaat pertama ia membaca suatu surah, dan rakaat berikutnya membaca surah yang terletak sebelumnya, maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali athar yang menjelaskan. Umar ibn al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama solat subuh dan surah Yusuf pada rakaat keduanya

6.2.5

Nama-nama Surah

Ulama-ulama Salaf dan Khalaf menjelaskan nama-nama surah juga adalah tauqiifi. Ini bermaksud Nabi sendiri yang memberikan nama-nama surah al-Quran. Sebahagian surah Al-Quran hanya mengandungi satu nama. Sheikh Salim Muhaisin menyatakan terdapat 74 surah yang masing-masing memilikki satu nama sahaja antaranya surah-surah al-Nisak, al-Anam, Al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, Al-Raad, Ibrahim, al-Haj, al-Mukminun, Nur dan lain-lain. 40 surah pula mengandungi lebih daripada satu nama. Sebahagian namanya adalah tauqifi dan sebahagian lagi adalah ijtihadi. Antara lain; (i) (ii) Al-Fatihah juga dinamakan Umm al-Quran, Fatihah al-Kitab,al-Sabu al-Mathani, alWafiyat dan al-Kafiyat. Al-Maidah juga dinamakan surah Al-Uqud dan al-Munjiat.

94

OUM

TOPIK 6

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN

(iii) (iv)

Surah al-Naml juga dinamakan surah Sulaiman. Surah al-Saff Juga dinamakan surah Al-Hawaryyin.

Imam Jalaludin al-Suyuti telah membentangkan dalam kitabnya al-Itqan hadis-hadis yang menyebutkan nama-nama surah al-Quran serta alasannya. Sila rujuk.

UJIAN 1
Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit 1. 2. Terangkan pengertian istilah ayat dengan jelas. Nyatakan dua sebab berlaku perbezaan dalam menentukan jumlah ayat-ayat AlQuran.

UJIAN 2
Arahan : Jawab soalan ini dalam masa 30 minit 1. Huraikan dengan jelas faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pengetahuan tentang surah-surah Al-Quran. Huraikan dalil dan pendapat berkaitan dengan penentuan nama-nama surah dalam Al-Quran adalah tauqifi dan bukan ijtihadi. Nyatakan pengertian istilah berikut dengan jelas. (a) (b) (c) (d) Al-Tiwal Al-Miun Al-Mufassal Al-Mathani

2.

3.

OUM

95

You might also like