Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
28Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 6 Penyusunan Ayat Dan Surah Al-Quran

Topik 6 Penyusunan Ayat Dan Surah Al-Quran

Ratings: (0)|Views: 3,370 |Likes:
Published by Fadil

More info:

Published by: Fadil on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
 
80
TOPIK 6PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN
OUM
TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN
PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Konseppenyusunan ayat, bilangan ayat dan penyusunan surah-surah Penndetailan topik-topikbesar di atas merangkumi topik-topik kecil antaranya; maksud cara dan pandangan ulamamengenai ayat-ayat Al-Quran, penentuan bilangan ayat Al-Quran dan pendapat ulamamengenainya, kefahaman maksud surah dan hikmah penamaannya.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda dapat:1. menghuraikan maksud istilah-istilah ayat dan surah dan istilah-istilah lain yangberkaitan dengan kedua-duannya;2. menyatakan hikmah-hikmah penentuan ayat dan surah-surah al-Quran; dan3. menjelaskan pendapat-pendapat ulama mengenai ayat-ayat dan surah al-qurandan menyatakan kesimpulan mengenai kedua-duanya.
PETA MINDA
 
 
81
TOPIK 6PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN
OUM
6.1 KONSEP PENYUSUNAN AYAT
Kita sering kali menyatakan ayat-ayat al-Quran sebanyak 6 ribu lebih. Apakah yang anda fahami mengenai istilah ayat.
6.1.1 Takrifan Ayat
 Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai maknaantaranya lain seperti berikut:1. Bererti (Al-Alamah) alamat atau tanda seperti dalam ayat 248 surah Al-Baqarah yangbermaksud:
“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu” 
2. Bererti (Al-Ibrah) iaitu pengajaran seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi kaum yang mengetahui.”. Ayat 52 surah An-Naml.
3. Bererti (Al-Burhan) iaitu bukti seperti dalam ayat 22 surah Rum yang bermaksud:
“Dan di antara bukti-buktinya ialah penciptaan langit dan bumi serta kelainan bahasaserta kulitmu”.
Makna-makna secara bahasa atau etimologi tersebut mempunyai perkaitan antara satusama lain.Secara terminologi Ibrahim Al-Abyari dalam ”Tarikh Al-Quran” mengertikan ayat sebagai:
           
” 
Maksudnya:
“Sekelompok Al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya dan sesudahnya” 
 Al-Zarqani dalam “Manahil Al-Urfan” mengertikan ayat sebagai:
         
Maksudnya:
“Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdapat di-dalam surah-surah Al-Quran.” 
 
 
82
TOPIK 6PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN
OUM
Jelas kepada kita daripada kedua-dua takrifan tersebut ayat mengandungi perkara-perkara berikut;
x
Sekelompok kata-kata
x
Mempunyai permulaan dan penghujung, wujud
x
Membentuk surah-surah Al-Quran.Hubungan antara makna secara istilah atauterminologi dengan makna bahasa atauetimologi di atas sangat erat. Ini disebabkan;
x
Ayat Al-Quran merupakan mukjizat
x
Ia juga tanda kebenaran bagi pembawa risalahnya, yakni Nabi Muhammad SAW.
x
Ia juga merupakan pengajaran-pengajaran bagi yang mahu mengambil pengajaran.
x
Ia termasuk perkara yang mengagumkan, kerana keluhuran dan kemukjizatannya.
x
Ia juga mengandungi pengertian pengelompokan, kerana merupakan himpunan daribeberapa kata dan huruf.
x
Ia juga mengandungi pengertian bukti dan dalil, kerana ia mengandungi hidayah,ilmu, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT serta kebenaran rasulnya.
6.1.2 Cara Mengenali Ayat
Cara mengenali ayat pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan;1. Jumhur ulama berpendapat Cara kita mengetahui ayat hanyalah melalui ketetapan ,petunjuk atau ”tauqifi” daripada Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ketentuan tersebutialah sabda Nabi s.a.w;
        .
 
Maksudnya:
“Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan surah al-Mulk pula mengadungi tiga puluh ayat” 
Dengan itu kita tidak mampu mengetahui ayat-ayat Al-Quran melalui ijtihad atauqiyas. Kedua-dua cara ini adalah semata-mata merupakan pengajaran danbimbingan. Pendapat ini berdasarkan beberapa hujah antaranya yang jelas ;
x
Ada sebahagian fawatih dikira sebagai ayat tetapi fawatih tertentu tidak puladikira sebagai ayat. Contohnya fawatih "" dikira sebagai ayat tetapi tidak pulabagi fawatih "". Contoh lain ialah huruf muqataah "" dikira satu ayat tetapi tidak pula pada "."Seandainya dasar ketentuannya adalah qiyas, tentu duakeadaan yang setara akan dianggap sama, tidak dibezakan seperti itu.2. Sebahagian ulama pula berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalahketentuan atau Tauqifi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat adalahberdasarkan qiyas dan ijtihad.

Activity (28)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mat Despetch liked this
Mahadi Ibrahim liked this
Zahar Rashid liked this
Zahar Rashid liked this
tengku_anwar_4 liked this
Aisyah Ibrahim liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->