Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 7 Mukjizat Al-Quran

Topik 7 Mukjizat Al-Quran

Ratings: (0)|Views: 292 |Likes:
Published by Fadil

More info:

Published by: Fadil on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/09/2014

pdf

text

original

 
 
96
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
TOPIK 7 MUKJIZAT AL-QURAN
 
PENGENALAN
Perbahasan dalam topik ini akan membincangkan mengenai intipati dan kelebihan al-Quran yang diturunkan Allah (s.w.t.) sebagai panduan sepanjang zaman. Al-Quran yangbersifat sebagai sumber rujukan utama bagi umat Islam sudah pasti mempunyai pelbagaikeistimewaan yang tidak dapat ditandingi sama sekali oleh kemampuan akal manusia.Keistimewaan ini diistilahkan sebagai mukjizat al-Quran.
OBJEKTIF
Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-1. mendefinisikan al-Quran sebagai kitab bermukjizat dan sumber rujukan utamadalam pelbagai aspek kajian;2. menghuraikan konsep sebenar kemukjizatan al-Quran dan kadarnya;3. menyenaraikan tujuan-tujuan Allah menjadikan kitab Al-Quran sebagai kitabbermukjizat; dan4. membawa hujah-hujah untuk menolak sangkaan musuh Islam khususnyagolongan orientalis Barat bahawa al-Quran itu adalah merupakan rekaan NabiMuhammad.
PETA MINDA
 
 
97
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
7.1 KONSEP MUKJIZAT
Mukjizat al-Quran bermaksud semua makhluk lemah dan tidak terdaya untuk melakukanapa yang dicabar al-Quran. Ia bertujuan untuk menzahirkan bahawa al-Quran itu adalahsatu kebenaran dan Rasul yang membawanya juga adalah benar. Begitu jugalah keadaanseluruh mukjizat Nabi-Nabi terdahulu di mana ia bukanlah untuk melemahkan makhluksahaja sebaliknya untuk membuktikan rasul-rasul semua adalah benar dan ajaran yangmereka bawa datang dari Allah Swt. Lantas manusia merasakan di sebalik mereka lemahmenghadapi mukjizat kepada perasaan dan keimanan bahawa mukjizat ini datangdaripada Yang Maha Berkuasa dengan hikmah dan memandu mereka untuk mempercayaiRasul yang membawanya dan seterusnya mereka akan memperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan seperti luar biasa, ajaib, sihir,terpukau dan seumpamanya. Apakah ungkapan-ungkapan itu bersamaandengan pengertian mukjizat. Mari kita ikuti huraian berikutnya.
7.1.1 Mukjizat Al-Quran dan Kadarnya
Sejarah penentangan golongan
kuffar 
terhadap kebenaran al-Quran dan cabaran al-Quransupaya mereka mendatangkan surah-surah seperti al-Quran berlaku dalam beberapakeadaan. Mereka tidak mempercayai al-Quran bahawa ia datang daripada Allah (s.w.t).Lalu Allah (s.w.t.) mencabar supaya mereka mencipta al-Quran bermula dengan seluruhal-Quran. Kemudian cabaran supaya golongan ini datangkan sepuluh surah seperti dalamal-Quran dan terakhirnya Allah (s.w.t.) mencabar supaya datangkan satu surah sepertidalam al-Quran. Kesemua cabaran tersebut gagal dipenuhi dan mereka kalah dalamsetiap cabaran. Kekalahan mereka itu telah direkod oleh Allah dengan menyatakangolongan ini tidak akan dapat melakukan selama-lamanya seumpama satu surah sepertial-Quran. Di sini jelas bahawa kadar kemukjizatan al-Quran adalah kadar surah yangterpendek dalam al-Quran. Adapun mereka yang berkata bahawa mukjizat hanya untuk seluruh al-Quran bukansebahagiannya adalah tidak benar. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan
Muktazilah
 ataupun orang yang mengatakan bahawa mukjizat al-Quran terjadi walaupun kurang satusurah, pandangan-pandangan itu adalah tersasar jauh daripada kebenaran.Dalam menentukan kadar kemukjizatan dalam al-Quran, Shaykh Manna’ al-Qattanmenegaskan bahawa:“Kami tidak melihat mukjizat dalam kadar tertentu, ini kerana kami mendapatimukjizat juga terdapat dalam suara hurufnya dan juga dalam kalimah-kalimahnya.Begitu juga ia terdapat dalam ayat dan surah. Justeru al-Quran iu adalah kalam Allah (s.w.t.) dan cukup”.
 
 
98
TOPIK 7MUKJIZAT AL-QURAN
OUM
7.2 KEMUKJIZATAN BAHASA
Bahasa al-Quran ialah bahasaArab. Penggunaan gaya bahasanya begitu canggih danmurni. Ia mengandungi ciri-ciri yang tidak dapat dijumpai dimana-mana percakapanmanusia dan ini tidak syak lagi bahawa ia adalah mukjizat dan kemukjizatan ini lebihterserlah apabila ia mencabar pakar-pakar bahasa ketika itu tetapi mereka kelu, bisu danlemah untuk menyahut cabaran al-Quran. Sedangkan ketika itu kemajuan bahasa begitutinggi sehingga mereka mengadakan pertandingan syair dan mereka yang menangsyairnya akan diberi penganugerahan dengan menggantungkannya di dinding ka`bah.Peredaran masa telah menyaksikan bahawa bahasaArab sejak al-Quran diturunkansehingga ke hari ini mengalami tempoh-tempoh yang berbagai. Adakalanya ia maju danturun. Pdaa ketika lain, ia berkembang dan mengecut, berlaku juga ia amat aktif dan jumud, terdapat juga ia bertamadun dan mundur. Walau apapun yang berlaku padatempoh-tempoh tersebut namun al-Quran tetap berada dipuncaknya menerangi cahayadan hidayah, melimpahi kelembutan dan kemegahannya. Dan begitulah ia tetap segar dan menarik sambil membawa pergi mukjizat serta mencabar seluruh umat di alam inidengan penuh keyakinan dengan berkata:- Al-Quran dengan kekuatan bahasanya dan kelemahan bangsa Arabmengatasinya tidak pernah terkeluar dari susunan bahasa percakapanmereka samada dari sudut lafaz, huruf dan gaya bahasa. Akan tetapisusunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya, kemanisanurkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui
 jumlah ismiyah
dan
fi’liyyah
,ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan
ithbat, al-zikr 
dan
al-hazf, ta’rif dan tankir, al-taqdim
dan
ta’khir, haqiqat 
dan
majaz, ithab
dan
ijaz 
dan lainsemuanya ini meletakkan al-Quran berada dipuncak dan ia melemahkankekuatan manusia untuk mengatasinya.Ibn Abbas ra meriwayatkan al-Walid ibn al-Mughirah datang kepada Nabi S.A.W. danBaginda telah membaca al-Quran kepadanya. Bacaan Rasullullah S.AW. tersebut seakantelah melembutkan hatinya. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Abu Jahal denganlantas menjumpainya seraya berkata: “Wahai saudaraku sesungguhnya kaum kamuhendak mengumpul harta untuk memberi kepadamu kerana kamu telah pergi kepadaMuhammad dan seakan kamu menerima apa diucapnya”. Al-Walid berkata:“Sesungguhnya kaum Quraish mengetahui bahawa aku adalah orang yang palingberharta”. Abu Jahal berkata: “Kalau begitu hendaklah kamu berkata satu perkataan yangsampai ke pengetahuan kaum mu bahawa kamu mengingkari dan membencinya”. Al-Walid berkata: “apa yang patut aku katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pundikalangan kamu yang lebih arif daripada Ku berkaitan Syair dan Qasidah. Demi Allahtidak ada sesuatu pun menyerupainya. Dan demi Allah, sesungguhnya perkataannya (al-Quran) begitu manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya mempunyai buah, dibawahnya pula terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak ada yangmenandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada di bawahnya”. Abu Jahal berkata:“Demi Allah, kaum kamu tidak akan menyukai kamu sehingga kamu berkata sesuatukepadanya”. Al-Walid berkata: “Tinggallah aku sendirian sehingga aku berfikir sesuatudan selepas berfikir ia berkata “Ini (al-Quran) adalah sihir yang memberi kesan” dan AllahSwt menurunkan firmannya “

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Fadil liked this
Syifaa Abd Razak liked this
Cahaya Petunjuk liked this
Cahaya Petunjuk liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->