Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
26Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 8 Nasikh Dan Mansukh

Topik 8 Nasikh Dan Mansukh

Ratings: (0)|Views: 3,957|Likes:
Published by Fadil

More info:

Published by: Fadil on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/14/2013

pdf

text

original

 
 
112
 
TOPIK 8NASIKH DAN MANSUKH
OUM
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
PENGENALAN
Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai beberapa isu yangtimbul berkaitan Nasikh dan Mansukh. Ia berkisar tentang:-(i) Pengenalan nasakh(ii) Pembahagian nasakh dalam perundangan Islam(iii) Hikmah dalam nasakh(iv) Cara mengenali nasakh(v) Perkara-perkara yang dinasakhkan(vi) Pembahagian nasakh dari sudut tilawah dan hukum(vii) Ayat-ayat yang masyur berkaitan nasikh mansukh
OBJEKTIF
Beberapa objektif utama digariskan dalam topik ini ialah:-1. menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspekkajian;2. menjelaskan hikmah Nasikh dan Mansukh dalamal-Quran;3. mengenali bentuk-bentuk Nasikh dan Mansukh di dalamal-Quran;4. menghuraikan perkara-perkara yang dinasakhkan di dalamal-Quran sertapembahagiannya dari segi tilawah dan hukum; dan5. mengenal pasti beberapa potongan ayat al-Quran yang masyhur dalamperbincangan Nasikh dan mansukh.
 
 
113
 
TOPIK 8NASIKH DAN MANSUKH
OUM
PETA MINDA8.1 PENDAHULUAN
Nasikh dan Mansukh adalah antara ilmu yang penting amat perlu diketahui dalammemahami proses perundangan Islam. Ramai di kalangan umat Islam berselisihpandangan dalam bab ini. Meskipun begitu ia amat penting kerana dapat menyingkappengalaman sejarah perundangan Islam. Dengan ini manusia dapat melihat hikmah Allahs.w.t. dalam mendidik makhluk dan seterusnya ujian kepada manusia. Yang jelasnya al-Quran ini bukan datang dan dicipta oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ia adalah kitabyang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Allah s.w.t.Mengenali nasakh mansukh adalah perkara utama dalam memahami Islam, lebih-lebihlagi jika terdapat dalil-dalil yang bertentangan dan tidak dapat diselesaikan kecuali denganmemahami dan mengetahui dalil manakah yang diturunkan dahulu dan dalil manakahyang diturunkan kemudian.
 
 
114
 
TOPIK 8NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Ibn Abbas r.a. telah menafsirkan perkataan al-Hikmah dalam firman Allah s.w.t dalamsurah al-Baqarah: 269:
      
Maksudnya:
Barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah sesungguhnya ia telahdikurniakan kebaikan yang banyak.
 Al-Hikmah disini bermaksud mengenali
nasakh, mansukh, muhkam mutasyabih, muqadim,muakhir, halal 
dan
haram.
 Ali ibn Abi Talib pada satu ketika memasuki masjid dan menjumpai seorang lelaki sedangmenakut-nakutkan orang ramai. Ali berkata: “Apakah ini”? Mereka menjawab: “lelaki inimemberi peringatan kepada orang ramai”. Ali berkata: “Dia bukan memberi peringatankepada manusia tetapi berkata aku fulan anak si fulan maka kenalilah aku”. Alimenghantar utusan kepada lelaki tersebut untuk bertanya adakah ia tahu tentang nasikhmansukh. Lelaki itu menjawab; tidak. Ali r.a. berkata; “keluarlah kamu dari masjid kamidan jangan kamu memberi peringatan lagi”.
8.2 PENGENALAN NASAKH
Nasakh dalam bahasa arab paling sedikit mempunyai empat makna:
Pertama:
Menghilang sesuatu benda dan menghapusnya. Firman Allah s.w.t.:
            
Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutuskan sebelummu seorang rasul atau seorang nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya) maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya. Oleh itu Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayatnya dengan kukuh.
Kedua:
Memindahkan sesuatu benda dan mengubahnya tetapi masih mengekalkankeadaannya. Al-Sajistani berkata: “Nasakh ialah merubah umpama merubah madukepada benda lain”.Tidak ada contoh ayat-ayat al-Quran yang berisi kata nasakh yang bererti “pindah”.Seluruh al-Quran hanya terdapat 4 ayat yang memuatkan kata nasakh tetapi tidak adayang bererti “pindah”.
Ketiga
: Menyalin atau mengutip (an-naqlu Min Kitabin Ila Kitab) ia bermaksud “menyalindan mengutip tulisan dari satu buku ke buku yang lain” dengan tetap mempunyaipersamaan antara salinan dengan yang disalin. Contohnya ayat 29 surah Jasiah yangbermaksud;

Activity (26)

You've already reviewed this. Edit your review.
Taharah Abdullah liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Tan Sri Cakedis liked this
Nur Saffawati liked this
ummudeena liked this
Tantei Ringo liked this
Impian Kasih liked this
Acha Rukmanah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->