Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 10 Al-Quran Dalam Pelbagai Isu

Topik 10 Al-Quran Dalam Pelbagai Isu

Ratings: (0)|Views: 138 |Likes:
Published by Fadil

More info:

Published by: Fadil on Jul 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/02/2012

pdf

text

original

 
 
137
TOPIK 10AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
PENGENALAN
Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai isu-isu yang timbulberkaitan al-Qur’an. Sebenarnya, terdapat banyak perbincangan dalam pelbagai aspekilmu dan kajian yang menjurus kepada kupasan terhadap keunikan isi kandungan al-Quran dan kesyumulannya. Namun, dalam topik ini kita hanya memfokuskan kepada duaisu yang sering menjadi persoalan kepada masyarakat awam yang mengkaji Ulum Al-Quran iaitu:(i) Fawatih al-Suwar (ii) al-Qasm dalam al-Quran
OBJEKTIF
Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-1. mempraktikkan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspekkajian;2. mengetahui rahsia ketulenan al-Quran melalui bidang ilmu Fawatih al-Suwar;3. mengenali bentuk-bentuk Fawatih al-Suwar di dalam al-Qur’an;4. menghayati keindahan bahasa al-Quran yang tiada tandingannya; dan5. menolak tanggapan bahawa al-Quran itu adalah hasil karangan manusia.
 
 
138
TOPIK 10AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
PETA MINDA10.1 FAWATIH AL-SUWAR
Kita sering berjumpa orang yang tersalah membacakan ayat-ayat permulaan (fawatihsuwar) bagi surah-surah tertentu Al-Quran. Apakah maksud Fawatih suwar?Fawatih al-Suwar atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘Pembukaan Surah-surah’adalah salah satu bidang ilmu al-Quran yang membincangkan mengenai keindahan danrahsia pembukaan surah al-Qur’an. Ahli bahasa ada menyebut:
‘Di sebalik keindahanbahasa itu adalah permulaan atau pembukaan yang baik’ 
.Ini kerana setiap ucapan atau tutur kata yang bijak, indah dan tersusun pada permulaanbicara adalah merupakan salah satu aset penting untuk menarik minat para pendengar dalam memberikan perhatian terhadap sesuatu ucapan.Sebagai contoh, para pemidato, khatib dan pemimpin perlu bijak menyusun kata ketikaberucap terutama sekali pada permulaan ucapan. Ia bertujuan bagi mengajak parapendengar sama-sama menghayati dan memberikan tumpuan. Begitu jugalahkeadaannya dengan al-Quran yang penuh dengan keindahan bahasa. Bermula dengan
 
 
139
TOPIK 10AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
pembukaannya yang menarik hinggalah ke akhir surah, padat dengan mesej yang begitusempurna penyampaiannya. Jesteru, selain mengkaji keindahan bahasa al-Quran,pembukaan surah juga memainkan peranan penting bagi membuktikan bahawa al-Quranini bukannya hasil tulisan dan karangan Nabi Muhammad (s.a.w.), bahkan ia adalahsebuah kitab suci yang sama sekali tidak dapat dicabar ketulenannya oleh kemampuanakal manusia.
Pengertian
Dari segi bahasa Arab, kalimah ‘
Fawatih
’ adalah
 jama`
bagi ‘
Fatihah
’ yang membawamaksud permulaan sesuatu atau pembukaan. Manakala kalimah ‘
Suwar 
’ adalah
 jama`
 bagi ‘
surah
’ yang membawa maksud kumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyaipembukaan dan potongan. Di dalam al-Quran terdapat 114 surah, di mana ianya bermuladari surah
al-Fatihah
dan di akhiri dengan surah
al-Nas
. Amnya, Surah-surah di dalam al-Quran ada yang panjang dan pendek.Fawatih al-Suwar adalah satu ilmu yang membincangkan tentang signifikan setiappembukaan surah di dalam al-Qur’an. Skop ilmu ini telah banyak dibahaskan oleh parailmuan silam seperti al-`Allamah Ibn Abi al-Isba` al-Misri dalam kitabnya ‘
al-Khawatir al-Sawanih Fi Asrari al-Fawatih
’, al-Imam Zayd al-Balkhi dalam kitabnya ‘
al-Huruf al-Muqatti`ah Fi Awa’il al-Suwar 
’, al-Imam al-Zarkashi dalam kitabnya ‘
al-Burhan Fi `Ulum al-Qur’an
’ dan al-Imam al-Suyuti dalam kitabnya ‘
al-Itqan Fi `Ulum al-Qur’an
’.
Pembahagian
Fawatih al-Suwar terbahagi kepada beberapa kategori:-
Pertama
: Pembukaan Surah Dengan Puji-Pujian (al-Thana’);Kategori ini terbina daripada pembukaan surah-surah yang bermula dengan puji-pujianterhadap kebesaran Allah (s.w.t.) dan keagonganNya sama ada pembukaan surahtersebut datangnya secara positif mahupun negatif. Ia terbahagi kepada dua bahagian:(a) Mengakui ketetapan sifat terpuji bagi Allah (s.w.t.);Terdapat 7 surah dalam bahagian ini. Lima surah yang bermula dengan pembukaan
Tahmid 
’ iaitu surah
al-Fatihah, al-An`am, al-Kahfi, Saba’ 
dan
Fatir 
. Manakala 2 surahyang bermula dengan pembukaan ‘
Tabarak 
’ iaitu surah
al-Furqan
dan
al-Mulk.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Hana Mawaddah added this note
salam saudara fadhil... boleh x sy nk minta jasa baik saudara emelkan bahan ini ke emel sy? sy x dpt download sbb wifi kat sini problem sket... ni emel sy: hanasyakira90@gmail.com jazakallahu khairan kathira
Fadil liked this
deluxe786 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->