Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sksj3023 note 8

sksj3023 note 8

Ratings: (0)|Views: 39 |Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Jul 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Masyarakat sivil sangat berperanan dalam negara yang mengamalkan sistemdemokrasi. Kenyataan ini berasaskan kepada kajian-kajian yang telah dibuat oleh beberapa sarjana seperti Thompson (1993) dan Johnson (1989) dimana merekasependapat bahawa masyarakat sivil memainkan peranan utama dalam mempengaruhi proses perubahan atau peralihan dalam sistem politik, ekonomi, sosial dankedinamikan budaya bagi menjana pendemokrasian dalam sesebuah negara. Dalamkontek negara ini umpamanya, walaupun dikatakan mengamalkan sistem demokrasitetapi hakikat sebenarnya yang dilihat bahawa kuasa perundangan tidak dapatmengawal sepenuhnya kuasa eksekutif. Oleh sebab itulah, telah wujud banyak undang-undang dan amalan yang tidak selari dengan ciri-ciri demokrasi sebenar walaupun ia sengaja diwujudkan bertujuan bagi kepentingan survival piha pemerintah atau penguasa.
DEFINISI
Dari segi bahasa, masyarakat sivil dapat di klasifikasikan sebagai masyarakat yangmengetahui haknya dan secara aplikasinya pula ia dapat di gambarkan sebagai medanorganisasi massa diantara Kerajaan dan masyarakat awam. Weiss & Saliha (2003:28)memberikan takrifan jelas berkenaan masyarakat sivil iaitu peranan yang di mainkanoleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara di antara rakyat bawahan dan Kerajaan tanpa mengambil kira partisipasi di dalam mana-mana parti politik. Di antara tugas yang di jalankan oleh NGO ialah mendesak dan memantauKerajaan di dalam menggubal sesuatu polisi yang boleh di kira merugikan rakyat.Tugas yang di mainkan oleh masyarakat sivil ini amat besar kepentingannya kepadasistem demokrasi di mana ia menjadi instrumen kepada mempercepatkan proses pendemokrasian sesebuah negara.
HUBUNGKAIT MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN
Kua (2005: 21-25) menyatakan bahawa, disebabkan kedudukan masyarakat sivil ituterletak di ruang di antara massa dan Kerajaan, maka ia menjadi agen pendemokrasianyang sesuai di dalam menggerakkan setiap kempen demokrasi. Melalui kegiatan-
 
kegiatan yang memupuk budaya keterlibatan atau penyertaan, ketelusan dankebertanggungjawapan serta meningkatkan kesedaran masyarakat awam, pertubuhan- pertubuhan masyarakat sivil ini telah memainkan peranan penting dalam isu-isu berkepentingan awam dengan memberikan tentangan terhadap unsur-unsur paksaanyang bertujuan melemahkan nilai dan amalan demokrasi. Dalam mempercepatkan proses pendemokrasian khususnya dalam kontek negara ini, peranan masyarakat sivildan hubungannya dengan proses pendemokrasian dalam sesebuah negara dapat dilihatdengan jelas melalui peranannya seperti berikut:
i.Sebagai Ejen Pendesak Kepada Ketelusan Kerajaan
Peranan ini dapat dilihat melalui gabungan pertubuhan bukan kerajan (NGO) bersama parti-parti pembangkang untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih dengan mengujudkan gabungan yang dikenali sebagai BERSIH dan menggesaSuruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan sistem pencelupan jaridengan dakwat untuk dalam pilihanraya ke 12 bagi usaha membasmi kewujudan pengundi hantu. (Bersih. org atas talian: 27 September 2007). Gerakan ini penting kearah perjuangan sistem demokrasi yang tulen dimana pilihanraya yang adil dan bersihmerupakan salah satu tonggak kepada aplikasi demokrasi di dalam sesebuah negara.Gesaan ini berhasil apabila pihak SPR bersetuju melaksanakan teknik tersebut untuk  pilihanraya akan datang.
ii.Sebagai Ejen Pengimbang Kepada Kerajaan
Sebagai kumpulan pendesak, peranan masyarakat sivil sebagai “
watchdog 
dan pengimbang kepada kuasa Kerajaan memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kerajaan dapat dielakkan. Ini secara tidak langsung mendorong kepada proses pendemokrasian yang mapan di Malaysia. Sivamurugan Pandian et al. (2007:xviii)menyatakan, walaupun masyarakat sivil di Malaysia masih lemah tetapi ia mampudikembangkan dan diperanan yang lebih aktif dalam mendidik masyarakat pelbagaikaum serta menjadi kuasa “penyemak dan pengimbang” kepada kuasa pemerintahandan kuasa pasaran.
iii.Sebagai Ejen Pembela Kepada Masyarakat Yang Tertindas

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->