You are on page 1of 11

PENGENALAN Taklimat boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan.

Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan Dalam disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal dan tidak formal. taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak. Menurut Prof. Madya Maimunah Haji Omar (2006), Taklimat bermaksud perkara yang hendak dilakukan tapi disertai oleh arahan terlebih dahulu. (Kamus Am-Cresent News (KL) Sdn. Bhd, Cetakan pertama 1995). Oleh itu, taklimat boleh juga dikatakan sebagai arahan yang disampaikan dengan jelas oleh perucap bagi panduan khalayak yang terlibat. Beliau turut menggariskan taklimat sebagai penerangan dengan penggunaan alat bantu yang berkaitan seperti carta, laporan dan dokumen tentang kewujudan dan jangkaan mengenai keadaan kaji cuaca keseluruh tempat atau kawasan, sepanjang laluan udara dan lapangan terbang, perkaitan secara operasi penerbangan umum atau penerbangan individu. (EXPOSE).

PENYEDIAAN TAKLIMAT Terdapat beberapa faktor yang perlu ditekankan di sepanjang proses menyediakan sesuatu taklimat. Faktor-faktor tersebut ialah Pertimbangan Khalayak/Hadirin, Pertimbangan Suasana dan Taraf Khalayak.

Pertimbangan Khalayak/Hadirin Faktor yang pertama ini adalah amat penting dalam menentukan jenis taklimat yang bakal diadakan. Seseorang perucap perlu mengambil tahu siapakah khalayak yang bakal Ini dapat memudahkan seseorang perucap itu dalam mendengar sesuatu taklimat itu.

menetapkan penggunaan bahasa, suasana dan kandungan taklimat yang sesuai. Selain itu, faktor ini turut membantu perucap dalam menentukan bilangan khalayak yang akan menghadiri sesuatu taklimat yang bakal diadakan. Perucap juga dapat membuat persediaan awal dari segi jumlah nota yang diperlukan, tempat yang selesa dan kondusif untuk diadakan taklimat, jamuan bagi hadirin yang bakal hadir dan lain-lain lagi.

Pertimbangan Suasana 1

Faktor kedua ini penting bagi seseorang perucap dalam menentukan suasana sesuatu taklimat itu formal atau kombinasi formal dan tidak formal. Sesuatu suasana taklimat boleh dikategorikan sebagai formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar negara atau taklimat tersebut dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti D.Y.M.M. Sultan, D.Y.T.M. Tengku Mahkota atau Raja Muda. Bagi suasana taklimat ini, perucap perlu menyediakan teks taklimat yang kompleks. Suasana taklimat di bawah kategori kombinasi formal dan tidak formal pula terjadi apabila khalayak yang terlibat di dalam taklimat terdiri daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya. Teks taklimat yang perlu disediakan pula adalah ringkas dan mudah.

Taraf Khalayak Faktor yang ketiga dan terakhir ini adalah penting dalam membantu perucap bagi menyediakan sapaan/salutasi protokol untuk sesuatu taklimat yang bakal diadakan. Faktor ini harus ditekankan dengan lebih awal bagi mengelak perucap membuat salutasi yang salah semasa taklimat. Taraf khalayak boleh dibahagikan kepada dua jenis; 1) Satu Taraf Khalayak Ini melibatkan para tetamu yang hadir yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya. 2) Dua Taraf Khalayak Tetamu bagi dua taraf khalayak pula terdiri daripada D.Y.M.M. Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda/Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

FORMAT TAKLIMAT Format bagi setiap taklimat yang diadakan adalah berbeza mengikut taraf khalayak yang akan hadir. Terdapat dua format dalam penyediaan format; 1) Taklimat satu taraf khalayak a) Tajuk. b) Sapaan, sapaan biasa atau salutasi berprotokol. c) Kata alu-aluan. d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan sedikit ringkasan taklimat. e) Kandungan taklimat. f) Penutup.

g) Sesi soal jawab.

2) Taklimat dua taraf khalayak a) Tajuk. b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa. c) Puji-pujian. d) Ringkasan sembah taklimat. e) Kandungan. f) Sesi soal jawab.

KANDUNGAN TAKLIMAT Kandungan bagi sesuatu taklimat adalah ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada dua aspek; 1) Apa yang hendak dimaklumkan

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberitahu maklumat mengenai pihak yang menyampaikan maklumat tersebut.

2) Apa yang khalayak ingin tahu Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberitahu maklumat yang diperlukan oleh khalayak. Oleh itu, perucap perlu membuat persediaan yang teliti terlebih dahulu. Perucap perlu membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temu bual serta menyusunnya dengan baik.

CARA MENYAMPAIKAN TAKLIMAT Setiap perucap mesti mempunyai beberapa kemahiran tertentu dalam menyampaikan taklimat yang berkesan. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan ialah; a) Kemahiran mentakrifkan Kemahiran ini amat diperlukan di dalam sesi taklimat yang memerlukan idea-idea yang perlu dibincangkan. taklimat disampaikan. Contohnya, perucap perlu menggunakan kemahiran ini dalam menjelaskan makna-makna yang tepat tentang istilah-istilah yang disentuh ketika

b) Kemahiran menjelaskan Perucap perlu mempunyai kemahiran ini kerana lazimnya perkara-perkara baru akan diperkenalkan di dalam sesi taklimat. Oleh itu, perucap perlu menyatakan penjelasanpenjelasan untuk menyediakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya bagi maklumatmaklumat asas yang disebut di dalam taklimat.

c) Kemahiran menunjukkan Perucap perlu bersedia dengan kemahiran menunjukkan kerana terdapat beberapa taklimat yang memerlukan perucap membuat demonstrasi atau tunjuk arah kepada khalayak. Perucap juga perlu menyediakan bahan/slaid/OHP/alat-alat bantuan tampak yang lain untuk membantu dalam proses tunjuk cara tersebut. 4

d) Kemahiran membezakan Kemahiran ini membolehkan perucap membeza-bezakan atau membandingkan sesuatu perkara atau keadaan dengan tujuan untuk menyedarkan khalayak tentang perkara yang sama dan perkara yang berbeza.

e) Kemahiran menceritakan Perucap boleh menggunakan kemahiran menceritakan ini dalam memberikan

penerangan atau penjelasan yang lebih terperinci berkenaan dengan sesuatu situasi.

f)

Kemahiran melaporkan Perucap juga perlu bersedia dengan kemahiran melaporkan ini kerana ada kalanya taklimat perlu disampaikan dalam bentuk laporan. Perucap perlu memastikan laporan yang disampaikan mestilah baik, jelas, objektif, lengkap dan tepat.

g) Kemahiran menggunakan bahan dan alat bantu Bahan dan alat bantu adalah penting dalam menarik dan mengawal minat khalayak ketika taklimat disampaikan, lebih-lebih lagi untuk menjelaskan sesuatu penyampaian di dalam taklimat tersebut. Selain itu, bahan dan alat bantu yang digunakan turut membantu untuk menarik atau mengarah fikiran khalayak supaya tidak melayang-layang ketika taklimat sedang diadakan. Ia juga dapat merapatkan hubungan di antara perucap dan khalayak sekiranya ia digunakan dengan baik. Antara bahan atau alat bantu yang selalu digunakan semasa menyampaikan taklimat ialah; I. Maklumat edaran bertulis Kandungan bagi maklumat edaran bertulis mestilah mengandungi perkara yang sama seperti yang ditaklimatkan supaya khalayak mendapat impak yang berkesan setiap kali membaca bahan-bahan yang diedarkan. Bahan ini amat berguna kepada khalayak kerana mereka dapat membawanya pulang selepas sesuatu taklimat itu tamat. Namun begitu, perlu diingatkan supaya mengedarkan maklumat edaran 5 bertulis ini sesudah selesai taklimat bagi mengelakkan berlakunya gangguan.

II. Projector overhead (OHP) Alat bantu ini sering kali digunakan ketika menyampaikan sesuatu taklimat kerana ia dapat membantu perucap menyampaikan taklimat dengan lebih jelas dan menarik. Ia merupakan alat bantu yang popular di mana perucap hanya perlu mencatatkan butiran yang mahu ditaklimatkan ke atas tranperansi atau lutsinar dan dipancarkan ke skrin dengan bantuan OHP. OHP amat berguna dalam membuat penghuraian visual, membuat demonstrasi, menerangkan konsep yang abstrak atau ilustrasi tertentu. III. Carta dan gambar rajah Carta dan gambar rajah selalunya disertakan bersama data statistic atau butiranrutiran saintifik yang sukar untuk difahami. Pada awalnya, perucap perlu memberitahu khalayak tentang bentuk rupa sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Kemudian perucap perlu menunjukkan carta atau gambar rajah yang tertera pada lutsinar atau transperansi yang dipancarkan ke skrin melalui OHP. Perucap dapat menjelaskan lagi kepada khalayak tentang dua imej objek tersebut secara lisan atau tampak dengan menggunakan cara yang disebutkan di atas. Setiap satunya dapat menyokong antara satu sama lain dan dapat membantu meninggalkan tanggapan yang lama kepada khalayak. IV. Filem slaid Perucap harus bijak menggunakan bahan atau alat bantu ini bersesuaian dengan sesuatu taklimat, contohnya taklimat mengenai tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Taklimat seperti ini sesuai disampaikan menggunakan filem slaid kerana ia dapat menjelaskan secara visual dan segera, manakala hanya separuh daripadanya sahaja yang perlu perucap jelaskan menggunakan perkataan. V. Pita video Bahan atau alat bantu ini boleh digunakan sebagai bantuan dua dimensi, iaitu ketika taklimat disampaikan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk untuk menunjukkan maklumat dalam bentuk carta paid an rajah-rajah tertentu supaya taklimat yang disampaikan itu jelas dan mudah difahami khalayak.

h) Kemahiran penguasaan suara 6

Kemahiran penguasaan suara ini penting kerana ia mempengaruhi penyampaian perucap di dalam sesuatu taklimat. Sekiranya perucap menggunakan suara yang mendatar dari awal hingga akhir taklimat, khalayak pasti akan berasa bosan dan mengantuk mendengarnya. Nada dan intonasi perucap mestilah mempunyai turun dan naik bagi memastikan taklimat sentiasa menarik dan ingin didengari oleh khalayak. Bagi perucap yang mempunyai suara yang perlahan, perucap tersebut boleh menggunakan bantuan mikrofon atau pembesar suara ketika member taklimat. Suara yang jelas pasti akan memudahkan pemahaman maklumat yang ingin disampaikan oleh perucap ketika taklimat.

CONTOH TAKLIMAT KERJAYA DAN TUGAS TENTERA DARAT Oleh Leftenan Kolonel Wan Mohd Akram bin Saidon Pegawai Latih Bahagian Pengambilan Anggota Markas Tentera Darat Terima kasih kepada saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru Besar Sekolah Menengah Bandar Tun Razak, Yang dikasihi Guru Kaunselor Sekolah, Guru-guru, ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah dan pelajar-pelajar sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya selaku Pegawai Latih Bahagian Pengambilan Anggota Markas Tentera Darat, terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah ini sudi menjemput saya untuk memberi sedikit maklumat tentang kerjaya tentera darat ini. Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita bersama-sama meninjau kembali sejarah Tentera Darat ini. Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah

diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan konvensional. Para Hadirin Sekalian, Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu: Kelompok Tempur. Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RAMD, RRD dan KAD. Kelompok Bantuan Tempur. Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RSD, RAJD, RAD, KPTD, KRD dan KJLJD. Kelompok Bantuan Perkhidmatan. Peranan kelompok ini adalah untuk membantu menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan

Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti KPA, KPD, KOD, KKD dan KAGAT Pasukan Khas. PUTD. Askar Wataniah. Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang dianggotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran 8 Disamping itu TDM juga mempunyai pasukan-pasukan khas yang

dianggota oleh mereka yang terpilih dari pelbagai Kor dan Rejimen seperti RGK, PAC dan

tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi. Para hadirin yang dikasihi, Kami ingin menjemput adik-adik sekalian yang berminat untuk menyertai kerjaya tentera darat sebagai kerjaya pilihan, memilih kerjaya ini mengikut bidang yang mereka minati untuk selama-lamanya. Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang kerjaya dan tugas Tentera Darat. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

PENUTUP Taklimat merupakan satu daripada aktiviti pengucapan awam yang bertujuan untuk memaklumkan, dan pemakluman itu pula ditentukan oleh kehendak/keperluan khalayak. Taklimat boleh dilihat diadakan di mana-mana sahaja oleh mana-mana perucap samada yang bertauliah atau tidak, dalam bventuk formal atau tidak formal. (perucap atau khalayak). Oleh itu, taklimat merupakan satu aktiviti pengucapan awam yang penting bagi setiap individu yang terlibat

RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid & Hjh. Wan Som Mamat. 1995. Bahasa Melayu: Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. 2000. Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Hjh Maimunah Hj Omar. 2006. Modul BBM 411 Bahasa Melayu Komunikasi. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. RafaI Hj. Harun. 1991. Protokol Ucapan, Ceramah dan Taklimat. Kertas Kerja dalam Bengkel Penulisan. http://www.scribd.com/doc/23999425/Format-Taklimat http://www.scribd.com/doc/29314217/Taklimat-Jenny-Kong-Liew-Miao-Huei-Liaw-Yien-SzeChiew-Yi-Ung

10

REFLEKSI Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melengkapkan tugasan ini dengan baik sekali. Sudah banyak kali saya mengadakan taklimat ketika menjawat jawatan pegawai kerajaan sebelum ini, namun begitu saya tidak pernah tahu bahawa terdapat format yang lengkap dalam mengadakan taklimat. Semasa membuat tugasan ini, saya telah dapat mempelajari cara yang betul untuk mengadakan taklimat mengikut format yang telah ditetapkan. Setelah beberapa kali membaca berkenaan dengan tajuk taklimat ini, saya mendapati bahawa bukanlah susah untuk seorang perucap itu membuat taklimat sekiranya perucap tersebut dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam membuat penyampaian taklimat yang baik. Saya berharap agar tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi di masa akan datang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zarina binti Ahmad kerana telah memberi saya peluang untuk melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada rakanrakan yang banyak membantu saya samada dari segi perbincangan, perkongsian nota dan pandangan berkenaan dengan tugasan ini.

11

You might also like