You are on page 1of 18

PENGABAIAN WARGA TUA & PENCEMARAN ALAM

Dibentang oleh Mohd Syazwan Affandi Rozali PISMP KS1

Pengabaian Warga Tua


Ada beberapa sebab yang menyebabkan ini berlaku. Oleh sebab terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing maka anak-anak ini sering tidak menghiraukan ibu bapa di rumah. Tiada komunikasi langsung di antara ibu bapa dan anaknya.

Ia mungkin juga berlaku, apabila ibu bapa itu sendiri tidak menghiraukan anaknya sewaktu mereka kecil dan bila anak-anak itu dewasa anak-anak juga turut merasakan ketidak pentingnya ibu bapa kepada kehidupan mereka. Ia juga berlaku kepada anak-anak yang mementingkan diri sendiri yang merasakan ibu bapa ini sebagai beban kepada mereka apalagi jika ibu bapa mereka itu menghidapi penyakit yang berpanjangan.

Kejahilan atau ceteknya pegetahuan agama akan membuat anak-anak lupa daratan. Ia berlaku bila seseorang anak itu sudah boleh berdikari atau sudah mempunyai keluarga sendiri, mereka akan lupa jerih payah orang tua yang membesarkan dan menyekolahkan mereka hingga ke menara gading.

Pencemaran alam
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa: Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaankegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahanbahan ini.

Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.

Antara punca-punca pencemaran air ialah: Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.

Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Penggunaan racun serangga secara berlebihlebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

Sikap manusia yang jarang menghargai nilainilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.

Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selangseli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah: .Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar


Penggunaan teknologi moden. Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum. Pameran pencemaran alam. Kempen. Pendedahan media masa.

You might also like