You are on page 1of 10

BAB 13

PEMBANDARAN

http://jambulmen95.blog spot.com/2009/10/bab13-pembandaran.html

GEOGRAFI - TINGKATAN 2 PEMBANDARAN PETA MINDA

Definisi Proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar. Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, dan kemudahan infrastruktur. Proses ini juga menyebabkan perubahan dalam ekonomi, sosial. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi telah berubah daripada kegiatan pertanian kepada perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan.

Trend pembandaran
Trend Pembandaran Di Negara Malaysia Selepas kemerdekaan, proses pembandaran di bertambah dengan pesat. Keadaan ini dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan infrastruktur. Dari segi saiz penduduk, jumlah penduduk di bandar telah bertambah berbanding dengan jumlah penduduk di luar bandar. Sebagai contoh, terdapat 61.8% penduduk yang tinggal di bandar-bandar utama pada tahun 2000. Peningkatan jumlah penduduk bandar di dari tahun 1980 hingga 2000 adalah seperti berikut:

Tahun

Penduduk Bandar (%)

Bilangan Bandar

1980 1991 2000 2010

28.7 34.2 61.8 ?

49 67 138 ?

Jadual : Jumlah penduduk bandar dan bilangan bandar di Malaysia, tahun 1980 2000

LATIHAN 1. Apakah definisi pembandaran 2. Nyatakan dengan contoh 3 trend utama pembandaran di Malaysia 3. Senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi pembandaran. Berikan contoh sesuai. 4. Berdasarkan jadual pembandaran di Malaysia antara tahun 1980-2000, bincangkan pembandaran di Malaysia hari ini. 5. Pilih satu faktor pembandaran dapatkan maklumat lanjut untuk perbincangan di kelas

You might also like