BORANG KONTRAK SETARA JKR 203A
|
MUHAMAD SYAZWAN BIN SUTERIS 15DKA10F1118
3
PEMERIKSAAN TAPAK BINAPengenalan
Kenapa perlunya pemeriksaan dibuat ditapak bina ? Untuk mengelakkan masalah yangmungkin berlaku dan berisiko tinggi. Contohnya pemendapan tanah boleh mengakibatkankemalangan jiwa.
Kontraktor hendaklah disifatkan telah memeriksa dan meneliti Tapak Bina dan sekitarnya dan berpuas hati dengan sendirinya sebelummenyerahkan tendernya tentang jenis bumi dan tanah bawah, bentuk dan jenis Tapak Bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang±barang yang perlu bagimenyiapkan Kerja, cara±cara perhubungan dengandan akses ke Tapak Bina, tempat tinggal yang mungkin dikehendakinya dan pada amnyahendaklah mendapatkan baginya sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal±keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tendernya. Apa± apa maklumat atau dokumen yang diberikan atau dimajukan oleh Kerajaan kepadaKontraktor tidak akan melepaskan Kontraktor daripada obligasinya dibawah peruntukan± peruntukan Fasal ini. Kerajaan tidak akan memberi waranti bagi maklumat ataudokumen tersebut samada dari segi ketepatan atau kecukupan atau dari segi cara bagaimana ianya hendak ditafsirkan atau dari apa jua segi lain sekalipun dan Kontraktor hendaklah menggunakan dan mentafsirkannya atas risikonya sendiri sepenuhnya.
Huraian Fasal 15 : Pemeriksaan Tapak Bina
Sebelum Kontraktor menyerahkan tendernya, Kontraktor terlebih dahulu dimintauntuk membuat lawatan ke Tapak Bina. Segala maklumat yang berkaitan dengan pembinaan yang mana mungkin tidak dapat dijelaskan dalam pelan dan dokumen tawaranditerangkan ditapak bina. Maklumat tersebut adalah mengenai jenis tanah permukaan dantanah bawah, keadaan tapak bina samada berpaya atau tanah gambut, bahan dan barang- barang yang perlu bagi perlaksanaan kerja, perhubungan dan jalan masuk ke tapak, tempattinggal yang mungkin dikehendaki, maklumat tentang risiko, perkara luar jangkaan danhal-hal yang akan mempengaruhi dan menjejaskan tendernya.Pihak kerajaan tidak akan memberi waranti tentang maklumat tersebut yang akanmelepaskan Kontraktor dari obligasinya. Segala penafsiran kontraktor dari segiketepatannya adalah diatas risiko kontraktor sepenuhnya.
Pemeriksaantapak bina