1
SUKATAN PELAJARAN
970 SENI VISUAL
Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiranseni visual bagi membolehkan mereka(
a
) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi,(
b
) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.
Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar(
a
) memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti sertasumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan,(
b
) memahami cara-cara memperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan,(
c
) memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualitikehidupan secara menyeluruh,(
d
) memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan persekitaran mempengaruhipenghasilan karya dan rekaan seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsurpengembangan idea dalam penghasilan,(
e
) memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritispelbagai karya dan rekaan seni visual yang berbentuk komunikasi bukan verbal,(
f
) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam prosespenerokaan dan penghasilan karya dan rekaan seni visual,(
g
) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedahseni dalam penghasilan karya dan rekaan seni visual,(
h
) mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secaraberpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual denganmenggunakan laras bahasa seni visual.
Kandungan
Sukatan pelajaran Seni Visual ini mengandungi dua aspek utama, iaitu
apresiasi seni visual
dan
penghasilan seni visual
.Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu(
a
)
Teori Seni
Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(
b
)
Lukisan
(
c
)
Projek Penghasilan Karya
Bilangan waktu pembelajaran yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran ini ialah anggaran sahaja.Satu waktu bersamaan dengan 35
−
40 minit.