You are on page 1of 19

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KUMPULAN

AINUL WAHIDAH ABD LATIF ASMIDAR ABDUL RAHIM IZYAN HAZWANI AZMI NOOR AINI IBRAHIM
amali minggu 6

KONSEP
Berasaskan strategi berpusat pada murid. Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing. Meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu.
amali minggu 6

Bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain Dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Memerlukan pengawasan yang rapi daripada guru.

amali minggu 6

OBJEKTIF
Memberi peluang kepada murid mengalami proses pembelajaran mengikut kemampuan dan kecenderungan diri sendiri. Dapat bekerja mengikut kebolehan dan kepantasan masing-masing. Guru dapat mengatur pembelajaran yang lebih berkesan.
amali minggu 6

Aktiviti pembelajaran dapat dipelbagaikan. Sikap dan nilai murni yang baik dapat dipupuk dikalangan murid. Murid yang cerdas akan terus maju krn diberi aktiviti pengayaan. Murid lemah akan dibekalkan aktiviti pemulihan .
amali minggu 6

KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN


Melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian. Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran.
amali minggu 6

Guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan. Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspekaspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satusatu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individuamali minggu 6 individu hendaklah juga dijalankan.

d) Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan: - kumpulan cerdas (2 kelompok) - kumpulan sederhana (5 kelompok) - kumpulan lemah (1 kelompok) Guru harus menyediakan bahanbahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.
amali minggu 6

KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN


Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas. Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan amali minggu 6 sebagainya.

Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.
amali minggu 6

PRINSIP-PRINSIP
Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lainlain. Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab.
amali minggu 6

Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan. Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan. Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu.
amali minggu 6

Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan alat-alat dan bahanbahan yang diperlukan tersedia.
amali minggu 6

Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan muridmurid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugastugas tertentu.

amali minggu 6

Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulankumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. amali minggu 6

Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain. Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barangbarang.
amali minggu 6

KEBAIKAN
murid yang lemah dpt layanan yg lebih baik & yg cerdas mendapat bimbingan yg sewajarnya. Kaedah ini digunakan utk menjalankan aktiviti projek. Perhubungan guru dan murid lebih rapat. Interaksi antara murid meningkat. Sifat positif dapat dipupuk. Memupuk sifat kepimpinan.
amali minggu 6

KELEMAHAN
Guru memerlukan kemahiran mengawal kelas yang tinggi. Menimbulkan perasaan rendah diri kpd murid lemah. Murid cerdas berpotensi utk tinggi diri. Guru tidak dpt memberi perhatian yg sama utk setiap kumpulan.
amali minggu 6

PERANAN GURU
Penggerak dan pendorong pembelajaran Perancang aktiviti bagi setiap kumpulan. Menjadi pemudahcara kepada kumpulan yang memerlukan bantuan. Menjalankan aktiviti penilaian bagi aktiviti. Membuat refleksi bagi aktiviti mengikut kumpulan yang telah di tetapkan.
amali minggu 6

You might also like