You are on page 1of 18

KOLABORASI GURU PEMULIHAN KHAS DENGAN PIHAK LAIN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DI SEKOLAH

Guru Besar

Lainlain Pihak

Guru Pemulihan

Guru Kelas

Ibubapa

GURU BESAR
Membincangkan mengenai program pemulihan khas yang dilaksanakan di sekolah. Guru besar memantau pelaksanaan program pemulihan khas di dalam kelas. Contohnya; keberkesanan program pemulihan. Guru besar dan guru pemulihan berbincang mengenai sumber kewangan untuk program pemulihan. Contohnya; sumber bahan p&p program pemulihan sekolah.

GURU BIASA
Membantu guru-guru asas dalam hal : i. Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. ii. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. iii. Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan

Membantu guru biasa merancang dan mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran untuk pemulihan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru biasa mengenai teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Bagi memastikan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran mendapat perhatian, layanan dan bantuan yang maksimum di sekolah, kerjasama dan penyelarasan di antara Guru Khas Pemulihan dan guru biasa dalam merancang, menyelia dan melaksanakan program pemulihan dan guru asas perlu memainkan peranan mereka bersama dalam berbagai-bagai perkara seperti berikut:

Mengenal pasti murid yang memerlukan pemulihan dan menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Mengatur jadual waktu serta menyediakan aktiviti dan bahan untuk pengajaran pemulihan

Menyediakan kerja susulan. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod murid dengan rapi dan tersusun.

IBUBAPA
Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid itu Mengemukakan cadangan-cadangan kepada ibu bapa atau penjaga murid tentang bagaimana hendak membantu anak-anak mereka di rumah, demi kepentingan pembelajaran murid-murid itu.

LAIN-LAIN PIHAK
Guru pemulihan meminta khidmat nasihat mengenai program pemulihan yang perlu dijalankan daripada KPM, JPN dan PPD. Menghubungi dan mendapatkan nasihat serta bantuan kepakaran dari doktor, pakar psikologi, pegawai kebajikan masyarakat dan sebagainya terhadap murid-murid tertentu

ISU-ISU
Masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan berhubung komunikasi antara guru, pihak pengurusan di sekolah dan ibu bapa.

Sesetengah guru pemulihan juga sukar untuk mendapat kerjasama daripada Guru Besar, guru-guru lain dan ibu bapa. Guru pemulihan kerap mengalami masalah yang ketara terhadap ketiga-tiga pihak ini semasa pelaksanaan program pemulihan di sekolah.

MASALAH 1
Sebagai contoh, semasa mula-mula bertugas sebagai guru Pemulihan, jarang guru Besar melawat ke kelas untuk memastikan sama ada pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar atau tidak, bahan untuk guru cukup atau tidak dan sebagainya. Guru pemulihan berasa kecewa kerana kurang diberi perhatian. Guru pemulihan hanya diarahkan oleh Guru Besar memastikan agar murid pemulihan dapat dikurangkan kepada jumlah yang paling minima.

Perhubungan yang dingin tersebut diatasi dengan sentiasa berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar. Sentiasa mendapatkan pandangan dan bantuan dari segi bahan bantu mengajar, menjemput Guru Besar dalam setiap Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Sekolah dan sebagainya.

MASALAH 2
Wujud di sesetengah sekolah di mana guru kelas biasa tidak mahu bekerjasama dengan guru pemulihan khas di sekolah. Sebagai contoh, guru kelas biasa menghantar terlalu ramai murid ke kelas pemulihan dengan alasan muridnya tidak menguasai kemahiran 3M. Sebenarnya kebanyakkan murid yang dihantar itu adalah murid yang ketinggalan dan bukan murid yang lemah. Ini menjadi beban kepada guru pemulihan untuk memulihkan terlalu ramai murid pada masa yang sama

Guru Kelas dan Guru Pemulihan hendaklah berbincang bersama dalam mengenal pasti murid yang betul-betul memerlukan pemulihan. Guru kelas juga boleh menggunakan keputusan ujian khas (LINUS) untuk menentukan murid pemulihan khas untuk dihantarkan kepada Guru Pemulihan.

MASALAH 3
Masalah dengan ibu bapa juga satu lagi hal. Saya kasihan melihat pelajar yang terlalu lambat dalam kelas. Justeru, saya merangka satu program dimana setiap minggu, ada ibu bapa akan dipanggil untuk berjumpa dan berbincang dengan saya berkenaan prestasi anak masing-masing. Bagi ibu bapa yang prihatin, mereka akan datang. Bagi yang mementingkan kerja dan wang ringgit, surat yang saya edarkan tidak dibalas kerana dianggap membuang masa mereka. Ya! saya pernah menerima kata-kata berikut daripada seorang wanita, cikgu buatlah apa yang patut.

Masalah ini diatasi dengan memaksa ibu bapa penjaga berjumpa untuk berbincang secara bersama bagi mengatasi masalah anak masing-masing pada Hari Terbuka sekolah. Guru Pemulihan sendiri meluangkan masa menziarah ibubapa murid di rumah mereka bagi membincangkan prestasi pelajaran anak mereka.

You might also like