You are on page 1of 27

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan suatu

proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

Pendidikan Jasmani Untuk Semua Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W. Hetherington. Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis J.F Williams. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalamanpergerakanDelbertOberteutter.

Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktivitiaktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal

Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanakkanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanakkanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang

lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal. Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palangpalang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

Kepentingan dari segi perkembangan mental Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanakkanak sudah dapat menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. .

Kepentingan dari segi emosi Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.

Kepentingan dari segi sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturanperaturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani PENGENALAN Pengenalan Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16). Konsep dalam PnP- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh. Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur unsur ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai nilai Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran. Contohnya: Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Ini tidak ada kesepaduan. Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah Penggabungjalinan Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu. Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.

Penyerapan Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain. Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani. Cara Pelaksanaan Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku dalam satu mata pelajaran) Contoh : ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. Bagi menjamin perkembangan JERIS murid. Kesepaduan yang berbentuk inter(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain) Contoh Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains. Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid murid.

Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum. Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga. Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik. Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran. Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Infrastruktur dan tenaga pengajar Kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana. Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga berrgantung kepada bahan atau infrastuktur yang sedia ada. Antara elemen yang perlu ditelitikan ialah : -Kedudukan sekolah -Kewangan sekolah -Kemudahan -Peralatan Huraian Kedudukan Sekolah Luar bandar dan di bandar banyak bezanya, masih terdapat beberapa kemudahan pembelajaran yang masih tiada di sekolah pedalaman tetapi ada di bandar. Contoh : Kemudahan internet penting bagi penerokaan ilmu. Di luar bandar pula, kemudahan seperti ini kurang disediakan. Bagi kemudahan di sekolah bandar kemungkinan mempunyai kemudahan padang yang kurang sempurna. Tenaga Pengajar Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani.

Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar Pendidikan Jasmani. Contohnya : Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam. Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti pendidikan Jasmani yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel. Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci Perkembangan murid Domain Kategori Perkembangan Murid Domain Kognitif Melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Proses yang mengambil masa yang lama. Aktif ketika alam persekolahan selari dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja. Oleh itu domain kognitif menjadi fokus utama dalam proses P&P. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif kepada 6 peringkat bermula dari tahap yang mudah dicapai hingga kepada tahap yang sukar dicapai.

Domain Afektif Melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Objektifnya mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Seperti Domain Kognitif, Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.

Domain Psikomotor Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.

Persekitaran budaya dan tempat PERSEKITARAN- kawasan di sekeliling sesuatu tempat BUDAYA- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa TEMPAT ruang, kawasan KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI BERDASARKAN PERSEKITARAN BUDAYA DAN TEMPAT ialah memilih aktiviti pendidikan jasmani berdasarkan kecenderungan cara hidup sesuatu masyarakat dan kesesuaian kawasan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. RASIONAL

Membantu pelajar mengenali persekitaran budaya berasaskan faktor-faktor ekologikal, politik, ekonomi, sosial dan aestatik. - Kawasan yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Contohnya : permainan bola sepak- di padang - Kawasan yang selamat iaitu tidak berbahaya dari aspek keselamatan. - Ruang yang luas dan selesa.

PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN P.JASMANI RANCANGAN KERJA TAHUNAN Pengenalan Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. Dengan itu, Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju. Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran.

Contoh Rancangan Faktor-Faktor Perkara asas dlm penyediaan rancangan kerja tahunan Penyelarasan Objektif Penyelarasan Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna . Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan. Objektif Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan Objektif Objektif mestilah difahami terlebih dahulu. Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut : Jumlah masa pengajaran Persekitaran pengajaran Latar belakang guru Latar belakang pelajar Jumlah masa pengajaran Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang

terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. Persekitaran pengajaran Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Latar belakang guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. Latar belakang pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

RANCANGAN KERJA Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh minggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan. Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya. Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar. Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah. Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester. PENYEDIAAN RANCANGAN KERJA Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester. Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula PERSEDIAAN butir-butir am pengetahuan lepas kemahiran objektif pelajaran penggabungjalinan sumber pengajaran pembelajaran penerapan nilsi

KEPENTINGAN Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur Tidak melangkau Sukatan Pelajaran Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI PENGENALAN Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan. Terdapat pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa kaedah yang selalu digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. PENGENALAN Antara kaedah yang digunakan: Kaedah Kuliah Kaedah Demonstrasi Kaedah Pembelajaran Masteri Kaedah Pembelajaran Koperatif Kaedah Perbincangan Kaedah Projek Kaedah Pembelajaran Kolaboratif KAEDAH KULIAH Digunakan dengan meluas untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Merupakan sesi taklimat berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran. Memberi manfaat jika dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh bersemangat. Lebih berkesan lagi jika digabungkan dengan teknik lain. KAEDAH KULIAH Contoh langkah kuliah yang boleh digunakan: Pengenalan Menerang dan menjelaskan skop pelajaran. Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka. Cuba membangkitkan minat. Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

KAEDAH KULIAH Persembahan Kuat tetapi nada mesra. Jelaskan arahan dengan memilih perkataan yang sesuai. Huraikan istilah yang digunakan. Bercakap dengan semua pelajar. Menggunakan teknik-teknik lain seperti menyoal, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain. Ulang butiran penting. Guna unsur kecindan. Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin. KAEDAH KULIAH Penutup Mengulangi isi-isi utama. Menggalakkan perbincangan. Meneguhkan isi yang lemah. KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Boleh digunakan oleh guru, pelajar dan kumpulan pelajar. Melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan. Bertujuan untuk menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan. Merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Alatan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. KAEDAH DEMONSTRASI Contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan: Pendahuluan Susun pelajar supaya mereka boleh mendengar dan melihat dengan jelas. Perkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah.

Hubungkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini. Demonstrasi Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar. Ikut cara dan prosedur piawai. Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan. KAEDAH DEMONSTRASI Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya. Beri satu topik tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan. Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dikuasai. Gunakan kaedah ansur maju dan mengikut turutan sebenarnya. Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas. Ulang perlakuan dengan kadar yang agak perlahan. Beri butiran penting. Penutup Ulang butiran penting. Galakkan pelajar berbincang tentang kemahiran yang dipelajari. Bentuk pengukuhan kepada pelajar. KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Marison (1930) telah memperkenalka n pembelajaran Masteri (Mastery Learning) di mana dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mentakrifkan pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Dengan menggunakan kaedah ini, setiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta objektif mereka. Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka.

KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Prinsip asas dalam pembelajaran masteri: Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guru. Pembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan pelajaran dikuasai. Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru perlulah memberi arahan dengan jelas. KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Prinsip asas perancangan pembelajaran masteri melibatkan beberapa langkah iaitu: Guru sediakan satu set hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar. Hasil pembelajaran disusun mengikut unit pembelajaran. Guru sediakan aktiviti yang bermakna, berkesan dan menarik. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain. Melaksanakan aktiviti pumulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan untuk murid cemerlang. KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Langkah melaksanakan pembelajaran masteri: Mengajar dan menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Memberikan latihan dan melihat maklum balas. Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran boleh dikuasai oleh pelajar. Menyediakan aktviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan pengusaan. Memberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan. KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang

mempunyai keupayaan yang berlainan. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil, ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Kehidupan berkumpulan menekankan aspek interaksi sosial. Pembelajaran disusun supaya murid dapat berinteraksi dan belajar antara satu sama lain. KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Guru bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkan interaksi antara murid serta menyelia aktiviti pembelajaran. Murid yang mempunyai tingkah laku impulsif, biasanya melakukan tugasan dnegan cepat tetapi kadang-kadang membuat banyak kesilapan. Murid reflektif pula melakukan kerja dengan perlahan tetapi sentiasa memikirkan berbagai pilihan secara teliti dengan ini kurang melakukan kesalahan. Kumpulan pelajar yang mempunyai gaya kognitif impulsif dan reflektif perlu digabungkan supaya membentuk kumpulan pembelajaran koperatif yang baik. KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial, berfikiran kritis. Menggalakkan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat serta menghormati pendapat orang lain. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertoleransi dan bekerjasama juga dapat diterapkan melalui kaedah ini. KAEDAH PERBINCANGAN Melibatkan interkasi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Merupakan kaedah dinamik yang dapat merangsang perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar akan belajar dan dapat mempraktikkan cara berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat untuk mendapat satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.

KAEDAH PERBINCANGAN Pelajar juga dapat dilatih berfikiran secara kritis, kreatif dan analitik. Sesi perbincangn menggalakan pelajar menilai logik dengan pandangan sendiri atau rakan-rakan yang lain. Perbincangan juga memberi maklum balas serta-merta kepada guru tentang kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. KAEDAH PERBINCANGAN Tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubungkait dengan kaedah perbincangan ini iaitu: Kemahiran menyoal Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan Reaksi terhadap soalan pelajar KAEDAH PERBINCANGAN Perbincangan boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukur dan menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. Kaedah ini juga boleh mengeratkan hubungan guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar serta menggalakkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Kaedah ini sesuai dilaksanakan untuk kumpulan kecil, sederhana dan individu. KAEDAH PROJEK Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan di luar kelas. Projek memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan. Projek merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yang hendak dicapai dalam kelas. Kemudian, guru perlu fikirkan cara yang sesuai dan boleh digunakan dengan berkesan.

KAEDAH PROJEK Pelajar pula perlu mencari bahan yang sesuai dan merancang langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut. Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil mempraktik (learning by doing) boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran. KAEDAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF Kolaborasi mempunyai dua aspek asas: Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajar akan dapat berkerja bersama-sama sebagai rakan sebaya. Melibatkan peranan guru di mana guru perlu bertugas sebagai model dan penunjuk arah. Guru perlu menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mengalami kesulitan.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Teknik Demonstrasi Memusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktivit tersebut. Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul. Teknik Alat Pandang Dengar Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul. Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan. Teknik Kinestesis Kinestesis Manual Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut. Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul. Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar.

You might also like