Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
gerakan separatis & terrorisme(r)

gerakan separatis & terrorisme(r)

Ratings: (0)|Views: 837|Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Jul 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/26/2013

pdf

text

original

 
Gerakan Separatis Dan Terorisme Di Asia Tenggara Adalah Saling Berkait.PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan satu rangkuman daripada beberapa buah negara yang berada di Tenggara Benua Asia, ia meliputi 11 buah negara termasuk sekali dengannegara kita Malaysia. Antara negara-negara lain selain Malaysia ialah sepertiIndonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Singapura dan beberapa buahnegara lainnya seperti Myanmar, Filiphina dan yang paling akhir ialah Timor Lasteyang mana pada dahulunya merupakan satu wilayah dibawah naungan Indonesiakemudian diberi hak dan kedaulatan menjadikan ia sebuah negara yang berdaulat.Esei ringkas ini adalah bagi membincangkan tentang hubung kait gerakanseparatis dengan gerakan teroris. Gerakan pemisah dan gerakan pengganas merupakandua jenis pendekatan yang berbeza, akan tetapi ia adalah didalam satu tujuan yangsama dalam membolehkan ia mendapat apa yang diinginkan. Banyak gerakan-gerakanyang berlaku di Asia Tenggara yang telah membawa kepada terjadinya peristiwa yangmenyayat hati dan juga pengorbanan besar-besaran manusia di muka bumi ini.
SEPARATIS
Separated bermakna dipisahkan atau dibebaskan, manakala separatisme pula adalahkeinginan untuk membebaskan diri daripada pemerintah sedia ada dan mewujudkansatu imej baharu dan pemerintahan yang baharu. Ia juga merupakan satu gerakan pemisah bagi menuntut wilayah-wilayah tertentu untu mendapat hak pemerintahankeatasnya, ia boleh berlaku apabila keadaan sesebuah masyarakat itu sendiri merasaterancam dari pelbagai aspek utama dalam kehidupan seharian. Gerakan ini adalahmenjalankan tuntutan melalui rundingan kerana tidak mahu berlakunya pertumpahandarah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada perkara tersebut berlaku. Di Asia Tenggara banyak gerakan pemisah timbul kerana menuntut hak-hak mereka dari pelbagai sudut seperti dari segi sosial, ekonomi dan juga politik sertaagama yang merupakan satu faktor utama berlakunya gerakan tersebut. Tekanan-tekanan yang diberi oleh pusat menyebabkan mereka rasa tidak senang dan rasatersisih dari arus semasa. Contohnya seperti yang terjadi di Selatan Thailand di manahak penduduk di empat wilayah tersebut telah di nafikan dari segala sudutsejak 200tahun dahulu, maka telah timbul perasaan tidak puas hati dikalangan massa lalumenuntut hak wilayah outonomi dari pihak pemerintah pusat melalui gerakan-gerakanyang telah ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib mereka seperti
 Patani United  Libration Organisation
atau singkatanya ialah PULO, Barisan Revolusi Nasional(BRN) dan juga Gerakan Mujahiddin Islam Patani (GIMP).(Mohamad Abu Bakar 2002)
TERORIS
Sejarah terorisme dirancakkan dengan munculnya kelompok-kelompok pelampau dari pelbagai agama. Kelompok pelampau Yahudi, Zealot terlibat dalam pembunuhan pegawai tinggi pemerintahan Rom yang dikenali sebagai kegiatan Sicarii sekitar tahun1966-1973M. Assassin dilakukan oleh sebahagian kelompok Syl'ah Isma'iliyyah Nizariyyah pada abad ke-11M. Malahan sejarah terorisme moden diawal zaman
 
revolusi Perancis (tahun 1793-1794) oleh kelompok Jacobin yang dipimpinRobespierre sehinggalah ke abad 21 ini, gerakan terorisme tidak sepi daripadakumpulan-kumpulan agama. Tetapi di atas segala hal, masalah politik merupakanfaktor utama di sebalik kemunculan gerakan keganasan ini. Ramai penganalisis diBarat yang lupa bahawa kekerasan yang timbul dari kalangan umat Islam secara tidak langsung disebabkan langkah dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak luar,iaitu negara-negara Barat sendiri, mereka lalu mencari akar sejarah kepercayaan Islamyang dikatakan sebagai faktor pendorong gerakan tersebut; agama dianggap sebagaiakar kekerasan dalam Islam.
FAKTOR PENCETUS GERAKAN SEPARATISME DAN TERORISME
Secara maknanya kedua-dua gerakan tersebut adalah berbeza, akan tetapi mereka inimempunyai satu tujuan yang agak sama iaitu menuntut hak keatas sesuatu perkara dankebebasan dari pelbagai sudut bagi memajukan diri selaras dengan apa yangdikehendaki oleh ke semua negara yang ada di dunia pada hari ini. Kedua-duagerakan ini mempunyai hubung kait yang rapat di antara satu sama lain. Di antarafaktor yang boleh dikatakan mereka saling berhubung kait di antara satu sama lainialah:
1 . Agama
Kebanyakan golongan ini adalah beragama Islam dimana mereka menuntut hak mereka supaya tidak diperkecilkan tuntutan mereka didengar oleh pemerintah. Akibatdari ketidakpuasan hati didalam gerakan itu maka golongan teroris yang lahir darigolongan gerakan separatis telah wujud bagi menentang pihak yang bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan penindasan yang teramat sangatkepada golongan mereka yang merupakan golongan minoriti.Sebagai contohnya dapat kita lihat di Selatan Thailand dimana pihak kerajaantidak mengendahkan apa yang mereka tuntut sebagai wilayah Autonomi, dimanasemua negeri di selatan itu adalah majoriti penduduknya adalah beragama Islam.Apabila berlaku tekanan dari pihak pemerintah terdapat sesetengah pihak dalamwilayah tersebut melancarkan gerakan gerila bagi melumpuhkan pihak kerajaan yangmenyerang. Begitu juga yang berlaku di Mindanao dan Sulu di Filiphina danIndinesia dimana tuntutan keatas wilayah outonomi telah membangkitkan semanggat pribumi untuk menentang pihak kerajaan yang menyisihkan mereka dari aruskemajuan negara dan agama mereka dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan penduduk. Akibat dari itu maka telah berlakunya penentangan oleh golongan tesebutatas dasar penghinaan pihak pemerintah kepada agama mereka. (AzyumardiAzra:1996)
2.Tindakan Pemerintah
Tindakan pemerintah yang tidak mahu mengiktiraf apa yang diminta oleh pihak tersebut menyebabkan kedua-dua gerakan ini menjadi marah dan melakukan segalaapa cara bagi mendapatkan hak mereka, akan tetapi mereka yang merupakan minoritidi dalam negara tersebut tidaklah berdaya untuk melawan secara keras dengan pihak  pemerintah. Gerakan ini telah mengadakan perjumpaan secara damai bagimenyelesaikan masalah terbut, akan tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan
 
keputusan kerajaan menyebabkan ia telah membawa kepada satu gerakan terorisme bagi mendapatkan hak mereka. Sebagai contohnya kita dapat melihat apa yang berlaku di Selatan Thailand dimana kerajaan telah mengenakan tekanan kepada para penduduk yang telah menyebabkan penduduk rasa diri mereka telah dikhianati oleh pihak kerajaan dalan telah membawa kepada gerakan untuk menentang bagimempertahankan hak mereka dari ditindas oleh pihak berkuasa. Akibat dari seranganyang dilakukan oleh pihak tersebut telah banyak kematian yang berlaku menyebabkantimbulnya semangat untuk menentang oleh masyarakat setempat seperti di Indonesiaoleh GAM dan RMS manakala di Filiphina pula oleh MILF dan MNLF serta diThailand oleh PULO dan GIMP bagi mempertahankan wilayah dan agama sertakebebasan mereka.
3.Ekonomi Yang Di Pinggirkan
Ekonomi di wilayah-wilayah tersebut juga telah disekat oleh pihak pemerintah bagimemberi pengajaran kepada mereka supaya tidak menentang kerajaan, akan tetapiakibat daripada sekatan tersebut juga telah banyak membawa kepada kekecohan yangmenyebabkan kepada kematian. Seperti yang berlaku di Selatan Thailand dimanaekonomi mereka hanya dijana sendiri oleh para penduduk setempat dan inimembuatkan keadaan tidak menjadi setara dengan pusat yang telah meminggirkanekonomi puak minoriti. Dapat kita lihat dengan jelas di negara di Asia Tenggaradimana rakyat di Selatan Thailand, Filiphina, Indonesia dan negara Asia Tenggarayang lain dipinggirkan oleh pusat kerana perbezaan dalam pelbagai sudut. Pendapatanisi rumah rakyat juga begitu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di bandar yang dijaga oleh kerajaan. Oleh itu penduduk akan menjadi pemberontak akibat darisemua apa yang minta tidak dipandang oleh pihak kerajaan.
KAITAN GERAKAN SEPARATIS DENGAN TERORIS DI ASIA TENGGARA
Kedua-dua gerakan ini adalah secara jelas memang saling berkait, ini kerana gerakanteroris pada asalnya lahir dari gerakan separatis yang menuntut hak ke atas wilayahyang mereka duduki. Akibat dari tekanan yang dihadapi dari pihak pemerintah telahmenyebabkan mereka telah bertukar identiti menjadi teroris bagi mempertahankanhak-hak mereka. Perkara ini dapat kita lihat di beberapa negara di Asia Tenggaraseperti di Indonesia, Thailand dan juga Filiphina yang telah banyak menjadikangerakan pemisah bertukar menjadi kepada gerakan teroris.
1 Thailand
Di Thailand kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani merupakan kawasan yangterkaya di negara tersebut. Ia merupakan sumber yang menyumbang kepada 35%ekonomi di Thailand. Namun demikian, umat Islam pattani yang terbentuk kira-kira10% daripada penduduk Thailand yang dianggarkan seramai 60 juta pada masasekarang telah ditindas sejak 200 tahun yang lalu.Penderitaan umat Islam pattani dapat dilihat sampai hari ini yang terpaksamemikul segala ancaman yang dicipta oleh Kerajaan Pusat bagi melemahkan umatIslam yang ada. Keganasan yang pertama dilakukan kepada Pattani ialah pada 1782apabila dinasti Rama mula berkuasa. Ibu negara telah dipindahkan pada zaman

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->