You are on page 1of 9

Masalah berkaitan pembelajaran sains bagi pelajar PKBP

Masalah am berkaitan pembelajaran sains.

Thursday, July 07, 2011

Kesukaran menerima pengetahuan baru


Pengetahuan baru merupakan sesuatu yang asing bagi murid-murid khas. Kesukaran mereka menerima pengetahuan baru tersebut bergantung kepada keperluan individu atau kumpulan murid tersebut. Mereka seringkali menghadapi masalah dalam koordinasi badan, pengamatan, kemahiran motor, tumpuan,daya ingatan yang lemah dan sebagainya Guru perlu merancang dan membina pengetahuan baru sesuai dengan keupayaan murid agar dapat menarik minat murid ke arah sesuatu pembelajaran.

Thursday, July 07, 2011

Kesukaran memahami buku teks sains


Murid bermasalah pembelajaran biasanya akan menghadapi kesukaran untuk membaca dan memahami buku teks sains. Ini disebabkan kebanyakan mereka Mempunyai masalah menguasai bahasa terutama membaca ayat yang panjang serta memahaminya. Bahasa dan kandungan buku t eks yang agak susah tidak dapat diikuti oleh murid khas yang menghadapi berbagai masalah. Dalam mengatasi masalah sebegini guru perlu bijak memainkan peranan dengan memberi pengenalan kepada tajuk yang akan dibincangkan bersama-sama murid serta bercerita atau menggunakan strategi penyampaian pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid tersebut. Melalui kaedah bercerita , menunjukkan model dan lain-lain kaedah yang sesuai- pelajaran sains dapat disampaikan kepada murid. Dengan bantuan guru , perkara yang sukar akan dapat diatasi dan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sains.
Thursday, July 07, 2011

Kesukaran mengikut arahan


Apabila sesuatu arahan diberikan, adalah sukar dari murid PKBP ini menerima dan melaksanakannya dengan sempurna. Ini adalah kerana mereka perlu diberi penerangan yang jelas serta berulang kali. Dalam hal ini guru harus mengenalpasti apa sebenarnya masalah murid bagi membantu mereka. Bagi membolehkan mereka menerima dan melaksanakan arahan dengan baik, arahan tersebut perlu disampaikan dengan penerangan yang jelas, mudah difahami serta mengambil kira keupayaan murid. Pengulangan arahan serta sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja yang dijalankan akan membuatkan murid-murid ini berupaya menjalankan tugasan dengan sempurna.
Thursday, July 07, 2011

kesukaran mengaplikasi konsep


Bagi murid PKBP,memahami sesuatu konsep sains itu adalah sukar apatah lagi bagi mengaplikasikan konsep tersebut. Dengan berbagai masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran, mereka perlu diberi peluang sepenuhnya untuk melatihkan diri dalam mengaplikasikan konsep yang dipelajari. Ini dapat dilakukan dengan bimbingan guru dan menggunakan langkah yang terperinci yang dipermudahkan. Selain daripada itu, guru perlulah memberi peluang kepada muridmurid mengekspresi diri mereka bagi mengaplikasikan konsep yang dipelajarinya tidak kira samada betul ataupun salah pada peringkat permulaan. Bimbingan seterusnya perlu diberikan bagi meningkatkan pemahaman murid-murid. Pengajaran kepada murid-murid permasalah pembelajaran ini hendaklah sentiasa diperkukuhkan bagi meningkatkan motivasi serta menimbulkan minat dalam pelajaran.

Thursday, July 07, 2011

Aktiviti
1. Perhatikan bagaimana murid-murid anda belajar pelajaran sains sosial dan alam sekitar (di dalam seminggu pemerhatian anda). Nyatakan masalah am dan masalah khusus yang dihadapi dan dengan mengunakan strategi yang sesuai, rancang satu intervensi awalan bagi membantu murid-murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapi.
Thursday, July 07, 2011

Objektif komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar


1. mengenal dan menamakan benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekitar murid. 2. menamakan jenis dan alat perhubungan dan pengangkutan yang terdapat disekitar mereka. 3.Menunjukkan perlakuan bersopan santun semasa berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat 4.Menggunakan alat perhubungan dan pengangkutan dengan cara yangg betul. 5.Mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian 6.Menjadi rakyat yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara
Thursday, July 07, 2011

Hubungan manusia dengan alam sekeliling


Objektif: mengenal dan menamakan benda di sekeliling murid. Mengenal dan menamakan hidup Mengenal dan menamakan benda bukan hidup.

Thursday, July 07, 2011

Model pembelajaran induktif-teori


kognitivisme spesifik Pelajar mendapatkan pengalaman Dan memperolehi contoh spesifik untuk konsep yang ingin diajari.

Guru membantu murid mengkaji contoh yang didapati dan mengenalpasti ciri-ciri yang sama dan berbeza.

Bimbing pemikiran pelajar dan bantu bentuk konsep atau idea umum. Kembangkan pemahamannya tentang konsep yang dikaji dgn Menggunakan konsep itu dalam keadaan yang berlainan. July 07, 2011 Thursday,

umum

You might also like