You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

KOD KURSUS : HBEF2103

TAJUK KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

800405035371001 800405-03-5371 0135445922 rajasolahudin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Isi Kandungan

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Perkara Isi Kandungan Pengenalan. Senario Pengajaran Pembelajaran. Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran. Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran. Kesimpulan. Penutup Bibliografi

Halaman i 1 2-3 4-7 8 - 10 11 12 13

Pengenalan. Setiap individu berbeza dengan individu yang lain. Manusia dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan dan keunikannya, yang mana setiap orang berbeza dengan yang lain dari segi bentuk badan, rupa paras, ketinggian, kesihatan, kecerdasan, emosi dan jantina. Selain itu, faktor-faktor persekitaran seperti status sosio-ekonomi ibu bapa, gaya hidup keluarga, persekitaran tempat dibesarkan, suasana di sekolah, pergaulan dengan rakan dan sebagainya juga turut mempengaruhi perbezaan antara individu di dalam sesuatu komuniti. Sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau Semporna, saya

menyedari bahawa perbezaan individu ini turut memberi kesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian besar murid-murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada keluarga nelayan yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi dan kehidupan yang rendah dan sukar. Kebanyakan murid tinggal di kawasan laut yang mana rumah mereka berada di atas air dan mempunyai pelbagai kekurangan kemudahan dan prasarana. Oleh yang demikian, emosi pelajar mudah terganggu dan tidak bersemangat untuk belajar. Selain itu, faktor persekitaran yang sesak dan tidak teratur akan menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit dan berbagai masalah kesihatan. Justeru itu, ia akan menyebabkan kecerdasan murid dan kesedian mereka untuk belajar turut terganggu. Sebagai seorang guru, masalah perbezaan individu di sekolah ini bukanlah satu halangan untuk kita mengalah, sebaliknya ia adalah satu cabaran yang harus dihadapi. Seharusnya, kita menggunakan strategi pengajaran yang berbeza terhadap pelajar, kerana melalui strategi pengajaran yang berbeza kita akan dapat mengatasi masalah yang datangnya daripada pelajar yang berbeza-beza. Berbagai-bagai teori pembelajaran atau teori perkembangan yang boleh kita praktikkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya mengatasi masalah pembelajaran yang timbul. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan Teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov, Teori Pelaziman Operan Skinner, Teori Perkembangan oleh Piaget, Teori Psikosial oleh Erikson dan sebagainya. Justeru itu, amat penting bagi setiap guru memahami apakah masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengaplikasikan teori-teori pengajaran dan teori-teori perkembangan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan demikian, akan wujudlah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, kondusif, dan bermakna kepada semua pelajar di dalam sesebuah kelas. Senario Pengajaran Pembelajaran. 1

Semasa Pengajaran dan Pembelajaran suasana kelas Tahun Satu Elit Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau Semporna, didapati bahawa pelajar pasif, tidak bermotivasi, bising dan sukar mengingat pelajaran lepas. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pembelajaran sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti sendiri seperti menggangu rakan, tidur, bercakap sesama sendiri, tidak memberi kerjasama, takut untuk berinteraksi dengan guru dan sebagainya. Beberapa orang murid di kelas Tahun Satu Elit didapati pasif. Tahun satu

merupakan alam persekolahan yang pertama bagi kebanyakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau. Kebanyakan pelajar Tahun Satu Elit tidak pernah memasuki sekolah tadika atau Pra Sekolah sebelum memasuki tahun satu, tambahan pula sekolah ini tidak mempunyai Pra Sekolah. Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan. Justeru itu, perasaan takut wujud dalam diri mereka. Mereka lebih selesa bergaul dan bercakap sesama mereka berbabanding dengan guru. suka bersikap pasif dan tidak menghiraukan guru. Seterusnya, pelajar tidak bermotivasi semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebilangan pelajar terutama mereka yang berada di belakang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang diajarkan oleh guru, mereka seolah-oalah tidak bersedia untuk memerima apa yang disampaikan oleh guru. Apabila disuruh atau diarah untuk melakukan sesuatu aktiviti, mereka tidak melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Saya dapati perkara ini berpunca daripada kurangnya motivasi dan pengetahuan mereka tentang kepentingan ilmu serta pengaruh persekitaran semasa mereka berinteraksi atau berhubung. Berikutnya, pelajar bising semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Suasana bising dan tidak terkawal semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sudah tentu akan mengganggu proses pembelajaran dan menjadikan pembelajaran tersebut tidak kondusif. Perkara ini terjadi kerana ada di kalangan pelajar tidak menghiraukan aktiviti pengajaran tetapi bercakap sesama sendiri dan mengganggu rakan yang lain. Selain itu, ada juga diantara mereka sengaja membuat bising untuk mendapatkan perhatian guru dan rakan. Akhirnya, saya mendapati bahawa pelajar sukar mengingat pelajajaran yang lepas. Beberapa orang pelajar sukar mengingat isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari2 Mereka merasakan guru adalah orang asing dan tidak selamat untuk mereka. Oleh itu, mereka lebih

hari sebelumnya. Mereka gagal untuk memberikan jawapan apabila guru bertanyakan soalan mengenai isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Ini terjadi kerana beberapa faktor termasuklah sikap pelajar yang tidak membuat mengulangkaji pelajaran dirumah, guru yang tidak menyediakan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada tajuk yang telah diajarkan, dan sebagainya.

Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran 1. Pelajar pasif semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 3

Pelajar hanya melihat apa yang disampaikan oleh guru tanpa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak memberi sebarang rangsangan atau tindak balas terhadap pengajaran yang disampaikan kepada mereka. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Oleh Pavlov. Teori ini mengatakan bahawa pembelajaran merupakan pelaziman berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku berulang-ulang. Rangsangan ialah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Manakala tindak balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Sebagai contoh, guru mengajukan soalan kepada pelajar dan pelajar tersebut menjawabnya, mengajukan soalan ialah rangsangan dan menjawabnya adalah tindak balas. Dalam kes ini, pelajar pasif jika diberi rangsangan secara lazim akan memberikan tindak balas yang positif kerana mereka sudah terbiasa dengan rangsangan tersebut. Hal ini dibuktikan oleh Ivan Pavlov melalui ujikajinya terhadap anjing, yang mana anjing tersebut akan mengeluarkan air liur setelah loceng dibunyikan sebagai tanda tiba masa makan. Apabila gerak balas ini sudah terlazim anjing tersebut tetap mengeluarkan air liur tiap kali loceng dibunyikan walaupun tidak ada makanan. Begitu juga halnya dengan pelajar yang pasif ini, sekiranya guru bertindak sebagai agen perangsang yang merangsang mereka untuk melibatkan diri dalam secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka sudah tentu mereka akan memberikan tindak balas terhadap rangsangan guru tersebut. Rangsangan yang dilakukan secara berulang kali akan bertambah kukuh andainya disertai dengan peneguhan yang positif. Jelasnya, pelajar akan melibatkan diri secara aktif apabila sudah terlazim dengan rangsangan yang diberikan secara berterusan oleh guru. 2. Pelajar Kurang Motivasi.

Pelajar tidak berminat untuk belajar, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran guru, sering menimbulkan masalah dan tidak mendengar arahan. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Psikososial oleh Erikson yang mana pada peringkat ini pelajar dalam lingkungan umur enam hingga dua belas tahun aktif mempelajari apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Pada tahap ini murid dapat menghadapi dan menyelesaikan tugas atau perbuatan yang akhirnya dapat menghasilkan sesuatu. Salah satu tugas yang diperlukan dalam tahap ini adalah mengembangkan kemampuan dan menghindari perasaan rendah diri. Melalui proses pendidikan murid akan belajar untuk bersaing (sifat kompetatif), juga bersifat kooperatif dengan orang lain, saling memberi dan menerima, setia kawan dan belajar 4

peraturan-peraturan yang berlaku.

Dorongan untuk mengetahui dan melakukan susuatu

terhadap persekitarannya sangat besar. Apabila murid tidak dapat memenuhi keinginan yang sesuai mengikut standard dan terlalu banyak yang diharapkan dari mereka akan timbullah masalah, gangguan dan rasa rendah diri di dalam diri murid yang akan memberi kesan kepada pembentukan sosial mereka. Perhubungan sosial murid-murid pada masa ini bertambah luas iaitu dari lingkungan keluarga hinggalah ke sekolah. Masalah gangguan dan rasa rendah diri yang berlaku di rumah turut terbawa sehingga ke sekolah. Misalnya, masalah perpecahan dan pergolakan di dalam keluarga serta tekanan hidup akibat kemiskinan akan menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar. Dengan demikian, mereka tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah khususnya di bilik darjah. Juseru itu, jelaslah di sini bahawa masalah pelajar kurang motivasi mempunyai hubungan dan perkaitan dengan Teori Psikososial oleh Erikson. 3. Pelajar Pelajar bising. bising semasa guru mengajar. Mereka bermain, bercerita sesama sendiri dan

menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Keadaan tesebut boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura yang mengatakan bahawa sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan dalam pembelajaran dan menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif. Selain itu, Albert Bandura mengemukakan tiga idea utama iaitu Model Determinisme Timbal Balik yang mengatakan pembelajaran bergantung kepada perlakuan individu dan perekitaran, meniru secara langsung, peniruan sekatlakuan, dan peniruan tidak sekat laluan. Berdasarkan kenyataan atau teori yang dikemukakan oleh Albert bandura di atas, pelajar bising merupakan seorang pelajar yang aktif. Selain itu, tingkah laku pelajar tersebut dipengaruhi oleh perlakuan individu dan persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Sebagai contoh, setiap hari pelajar didedahkan dengan persekitaran dan pergaulan dengan rakan-rakan seperti bermain tanpa ada sekatan atau peraturan yang harus dipatuhi. Dengan demikian, tingkah laku yang sama semasa berada di luar sekolah mempengaruhi tingkah laku di bilik darjah seperti bising, bermain, dan sebagainya. Albert Bandura juga menyatakan bahawa proses peniruan melalui bebrapa langkah iaitu, pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan peneguhan. Segala maklumat yang diperhatikan oleh pelajar akan disimpan dalam pemikiran mereka. Maklumat yang 5

tersimpan ini akan melalui proses pengeluaran iaitu peniruan kepda tingkah laku yang telah diperhatikan. Tingkah laku tersebut akan menjadi kukuh apabila terdapat peneguhan. Pelajar akan melihat dan Apabila mereka Kenyataan tersebut amat tepat untuk dikaitkan dengan masalah pelajar yang selalu membuat bising semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. memerhatikan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang bermasalah. Sikap atau perbuatan rakan-rakan akan mempengaruhi mereka untuk menirunya. merasakan tingkah laku rakan yang bermasalah ini hebat, menyeronokkan, disukai, dan mendapat pujian oleh rakan-rakan yang lain, mereka akan terpengaruh untuk melakukan perkara yang sama. Dengan demikian, maka wujudlah pelajar yang suka membuat bising di dalam kelas, bercerita dengan rakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. 4. Pelajar sukar mengingat pelajaran yang lepas

Pelajar tidak berjaya mengingat kembali pelajaran yang lepas apabila ditanya oeh guru sebelum memulakan aktiviti pengajaran yang baru. Pelajar didapati kurang bermotivasi dan gagal untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Pemodelan oleh Bandura yang menyatakan proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerakbalas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. Melalui pemerhatian dan peniruan, pelajar yang sukar mengingat akan memerhatikan penyampaian guru yang cekap dan menarik agar tingkah laku tersebut menjadi model kepada mereka. Tingkah laku model iaitu guru akan dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Selain itu, guru haruslah mengadakan demonstrasi yang jelas serta menarik agar dapat mambantu pelajar mengingat dengan cepat. Melalui cara ini, ingatan pelajar terhadap sesuatu tajuk akan menjadi lebih kuat dan kukuh. Melalui peneguhan positif pula ia akan memupuk konsep kendiri positif di dalam diri pelajar. Pelajar akan memperolehi keyakinan terhadap tingkah laku yang ditirunya. Sebagai contoh, pelajar diberi pujian apabila berjaya mengingat kembali isi pelajaran yang telah lalu sebagai ganjaran. Pelajar akan merasakan penghargaan yang diperolehi sebagai satu motivasi untuk terus berusaha mengingat semua isi pelajaran yang disampaikan termasuklah membuat ulangkaji di rumah. Jelaslah di sini bahawa Teori Pemodelan oleh Bandura sesuai dipraktikkan oleh guru untuk membantu pelajar yang sukar mengingat pelajaran yang lepas.

Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran. 1. Implikasi Teori Psikosial Erikson.

Masalah sosial dalam diri murid.

Amir merupakan seorang pelajar di kelas Tahun Satu Elit. Amir merupakan seorang pelajar yang pasif, pendiam dan tidak suka bergaul dengan rakan. Amir juga tidak bertolak ansur sehingga boleh menyebabkan pergaduhan. daripada masalah sosial dalam dirinya. Sebagai guru, Amir seharusnya dilibatkan secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. Amir akan dilantik sebagai ketua kumpulan dan guru akan membimbingnya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua yang berdedikasi. Apabila Amir dapat melibatkan diri dalam kumpulan maka masalah pergaulannya dapat diatasi. Dengan demikian, masalah Amir dapat diselesaikan. 2. Implikasi Teori Pembelajaran Ivan Pavlov Maka Amir merupakan seorang pelajar bermasalah di kelas ini. Sebagai seorang guru, mengikut Erikson sikap Amir ini berpunca

Azwa merupakan seorang pelajar yang kurang bermotivasi di kelas Tahun Satu Elit. Setelah dikenalpasti masalah ini berpunca daripada persekitaran kehidupannya yang susah dan selalu diejek oleh rakan-rakan. Selain itu, masalah perpecahan keluarga iaitu penceraian ibu dan bapa menyebabkan dia terpaksa tinggal bersama neneknya. Dengan demikian, dia tidak suka untuk datang ke sekolah, tetapi paksaan dari neneknya menyebabkan dia terpaksa. Justeru itu, apabila dia datang ke sekolah tanpa rasa minat maka timbullah masalah disiplin seperti tidak menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. Sebagai guru, Azwa seharusnya diberikan motivasi untuk datang ke sekolah. Apa yang baik diberikan ganjaran, pujian dan penghargaan. Sebagai contoh, Azwa berjaya menyiapkan kerja rumah dengan baik, maka guru memberikannya gred A untuk memotivasikannya. Selain itu, guru juga boleh memberikan sijil penghargaan di atas sumbangan yang dilakukan semasa hari anugerah dan sebagainya. Mengikut Ivan Pavlov, tingkah laku ini jika dilakukan secara berterusan sepanjang masa akan menyebabkan tingkah laku tersebut menjadi terlazim atau terbiasa. Dengan demikian, Azwa akan bermotivasi untuk ke sekolah kerana sudah terbiasa. Oleh itu, masalah Azwa dapat diselesaikan. 3. Implikasi Teori Ekologi Bronfenbrenner

Masalah sikap kanak- kanak berpunca dari interaksi alam persekitaran. Azri sering membuat bising, mengganggu rakan, bercakap sesama sendiri semasa pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini Azri dikatogarikan sebagai pelajar yang bermasalah. Sebagai guru, berdasarkan Teori Ekologi Bronfenbrenner yang menjelaskan bahawa 8

perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanakkanak tersebut. Sekiranya seseorang pelajar mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan masa paling banyak bersama ibu bapa bermasalah, maka masalah tersebut akan mempengaruhi mereka sehingga ke bilik darjah (mikrosistem). Selain itu, apa yang berlaku di dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya, Dalam kes ini keadaan di rumah Azri yang tidak baik akan mempengaruhi tingkah lakunya di sekolah (mesosistem). Justeru itu, akan wujudlah masalah disiplin di dalam diri Azri yang bermula dari rumah dan tebawa masalah yang sama sehingga ke sekolah. Mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini sudah tentulah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dapat di laksanakan di dalam kelas. Bagi saya, guru haruslah membina perhubungan yang baik dengan murid, misalnya Azri. Melalui hubungan yang baik guru boleh mempengaruhi murid untuk mengubah tingkah laku kearah yang lebih baik. Selain itu, guru harus menjada contoh teladan yang baik kepada murid serta sentisa menerapkan nilai-nilai murni kepda mereka. Sekiranya guru berjaya mempengaruhi murid dengan norma-norma, nilai-nilai dan amalan yang baik, maka sudah tentulah disiplin ini akan dapat diatasi sepenuhnya. 4. Implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner.

Kurangnya motivasi menyebabkan pelajar sukar mengingat pelajaran yang lepas. Ani didapati sukar untuk mengingati kembali pelajaran yang telah lepas. Sebelum memulakan pengajaran yang baru, guru akan bertanyakan mengenai pembelajaran yang telah lepas untuk mengetahui kesedian pelajar sebagai satu kesinambungan untuk pembelajaran seterusnya. Didapati bahawa, Ani gagal untuk mengingat kembali pelajaran yang telah lepas menyebabkan pembelajaran untuk tajuk seterusnya tergaggu. Dengan ini, Ani dikatogarikan sebagai salah seorang pelajar yang bermasalah. Sebagai guru, berdasarkan Teori Pelaziman Skinner, Ani harus diberikan Peneguhan positif untuk meningkatkan motivasi. Apabila seseorang pelajar menghadapi masalah untuk mengingati pelajaran yang telah lepas, maka guru tersebut haruslah memberi peneguhan yang positif kepada mereka. Mereka harus dibimbing untuk mengingati pelajaran yang telah lepas secara berulang-ulang dan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian atau material. Sebagai contoh, pelajar (Ani) yang berjaya mengingat kembali pelajaran yang lepas diberikan peneguhan berbentuk pujian dengan mengatakan bagus, syabas, tahniah, dan lain-lain atau 9

memberikan peneguhan berbentu material seperti memberikan hadiah, sijil dan sebagainya yang bersesuaian. Peneguhan positif yang diberikan secara berterusan dan sistematik akan memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan supaya lebih bersemangat untuk belajar. Apabila seseorang telah bermotivasi untuk belajar, maka sudah tentulah masalah untuk mengingati pembelajaran yang lepas tidak akan timbul lagi.

Kesimpulan. Seseorang guru perlu mengusai, mendalami dan memahami setiap teori-teori pembelajaran, teori perkembangan, dan teori psikososial yang dikemukaan oleh tokoh-tokoh psikologi. Teori-teori ini akan membantu guru untuk memahami latar belakang, sosio-emosi, sikap, perkembangan serta kecerdasan yang dimilki oleh seseorang pelajar. strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar mereka. 10 Kefahaman yang diperolehi akan membantu guru merancang aktiviti pengajaran, kaedah pengajaran serta

Selain itu, setiap teori yang dikemukakan mempunyai hubung kait dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di sekolah khususnya di bilik darjah. Apabila teori diaplikasikan oleh guru, maka guru tersebut akan mengetahui punca sesuatu masalah dan berupaya untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui. Justeru itu, teori yang dikemukan oleh tokoh-tokoh psikologi ini mempunyai implikasi dan kesan yang amat penting kepada pelajar. Para guru seharusnya mempraktikkan teori tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu setiap pelajar.

Penutup. Guru yang bertanggungjawab harus menyiapkan diri dan menguasai ilmu serta kemahiran termasuklah menguasai teori-teori pembelajaran, teori perkembangan, teori psikososial dan sebagainya serta mempraktikkannya untuk kepentingan para pelajarnya. Seterusnya, memastikan setiap pelajar akan berjaya dalam pelajarannya dan menyampaikan ilmu pengetahuan sedaya upaya walau apapun halangannya. Perbezaan individu iaitu pelajar bukanlah satu halangan sebaliknya satu cabaran yang harus ditempuhi untuk melihat anak 11

didik mereka berjaya mendapatkan ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri serta sikap yang baik yang akan menyumbangkan jasa dan bakti untuk diri, ibubapa, agama, bangsa, dan negara.

Bibliografi

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, & Dr Rosini Abu. (2011). Prinsip Teknologi Pengajaran. Sri Kembangan: Open University Malaysia.

12

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, & Ramlah Jantan. (2011). Psikologi Pendidikan. Sri Kembangan: Open University Malaysia. Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Sidang Pengarang. (2007). Penilaian Tahap Kecekapan. Seri Kembangan. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran.

http://mahirppb.tripod.com/LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH.

14

13

You might also like