Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hala Tuju Negara Dan Jati Diri

Hala Tuju Negara Dan Jati Diri

Ratings: (0)|Views: 1,251|Likes:
Published by azie

More info:

Published by: azie on Jul 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2013

pdf

text

original

 
ISI KANDUNGANTOPIK MUKA SURAT1.0 Pendahuluan
1
2.0Hala Tuju Negara Menjelang 20201
2.1 Jati Diri dan Pembinaan Negara Bangsa22.2Membina Jati Diri Menerusi Demokrasi Berparlimen3dan Raja Berperlembagaan2.3Membina Jati Diri Menerusi Rancangan Pembangunan Negara52.4Membina Jati Diri Menerusi Dunia ICT10
3.0Jati Diri dan Wawasan 2020 104.0Kesimpulan145.0Rujukan15
 
1.0Pengenalan
Merdeka! merdeka! merdeka! Kita masih boleh menggambarkan bagaimana pekik sorak kegembiraan rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 walaupunmungkin ada diantara kita tidak berada dalam situasi tersebut. Bagi generasi yang lahir sebelum tahun 1957, sudah tentu suara keramat itu merupakan hari dan detik-detik yangcukup bermakna yang tidak dapat dilupakan. Malaysia telah bebas daripada cengkaman penjajah yang sekian lama menjajah Tanah Melayu tercinta. Malaysia mula mengorak langkah ke arah pemerintahan sendiri. Malaysia menuju era baru, era pembangunan bersepadu.Kini, hampir 54 tahun kita merdeka, perubahan demi perubahan telah berlaku. Pembangunanterus bergerak maju, perpaduan rakyat semakin jitu. Negara kita akan keluar menjadi negaramaju di abad ke 21. Itulah impian pemimpin-pemimpin negara yang akan telah pun ada tanda-tanda dan akan menjadi kenyataan. Segala apa yang kita rasai hari ini adalah hasil daripada jerit-perih pemimpin-pemimpin yang mempunyai semangat jati diri yang mantap dan waja pada masa lampau dan tidak tidak ketinggalan pada masa kini.
2.0Hala Tuju Negara Menjelang 2020
Jika dilihat semula tentang hala tuju yang dibentangkan oleh kerajaan sebagaimana tercatatdengan jelas dalam Wawasan 2020, ia adalah sebuah hala tuju yang jelas dan akan dapatdicapai jika semua peringkat mempunyai iltizam yang tinggi. Hala tuju dalam Wawasan 2020itu kini diperlengkapkan pula dengan Konsep 1Malaysia yang perlu dihayati oleh semua peringkat masyarakat dan bangsa
.
 Negara telah melangkah ke alaf baru beberapa tahun lalu dan pada tahun 2020 Malaysiadijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangundan negara pertanian. Namun mampukah kita sebagai rakyat Malaysia mengharung cabaran
 
ini kerana apabila dilihat semula ia terlalu banyak disandarkan kepada pembangunan fizikaldan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa, kualiti hidup dan jati diri bangsa.
2.1Jati Diri dan Pembinaan Negara Bangsaa.Maksud jati diri
Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Menurut Kamus Dewan, perkataan jati, samadengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Apabiladikaitkan jati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap, berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabilakita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yangmemiliki keseimbangan antara akal, jasmani dan rohaninya. Jati diri juga bermaksud,mengekalkan ciri-ciri keunggulan bangsa Malaysia (identiti).Menurut Datuk Prof. Dr Wan Hashim (2010), jati diri atau identiti pula adalah ciri-ciri budaya dan latar belakang sejarah yang memperkenalkan seseorang atau satu-satu kaum ataukelompok manusia seperti etnik atau ras yang membezakan mereka daripada kelompok lain.Tanggapan orang lain terhadap sesuatu kelompok manusia atau kaum juga menyumbangkepada pembentukan jati diri sesuatu kelompok manusia atau kaum.Bangsa yang dipandang tinggi seperti Anglo-American, Cina dan Yahudi kerana berjayatampil dengan jati diri sendiri sehingga muncul sebagai global tribe. Untuk membentuk globaltribe bangsa Melayu, kekuatan ekonomi adalah penting di samping mengekalkan ciri budayadan bahasa asal (Ridhuan Tee, 2009). Negara memerlukan rakyat yang mempunyai jati diri yang mantap dan cekal supaya dapatmerasai erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka bukan hanya bermaksud merdeka daripadacengkaman penjajah tetapi dalam erti kata yang lebih merdeka dalam segala aspek, termasuk mengekalkan jati diri, merdeka dalam aspek merdeka akal fikiran, merdeka dari sudutekonomi, politik, merdeka bertindak, berkumpul dan sebagainya.
1

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Menaunah Mar liked this
Zainatul Firdaos liked this
Amirul Shah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->