You are on page 1of 41

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN

o o

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM DAN RUKUN NIAGA MALAYSIA Perniagaan mengikut Islam

PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN Biar pun siapa anda ANDA perlu Transformasi diri & minda Kenapa dan mengapa anda ceburi bidang keusahawanan? Minat ? Pilihan terakhir? Sejauhmana anda mempunyai ilmu pengetahuan dan membuat kajian bidang yang diceburi? Tahap ilmu pengetahuan? Kejayakinan diri menerahjui? Potensi pasaran?

HINDARI PERKARA INI! Jangan ceburi bidang keusahawanan tanpa ilmu pengetahuan. Jangan jadi usahawanan ikutan Jangan anggap bidang keusahawanan boleh maju dengan sekelip mata

Keusahawanan satu bidang yang luas untuk diterokai. Potensi kejayaan bergantung kepada anda untuk menerajui. Percayalah setiap usaha ada kejayaannya. Kerajaaan menerusi agensinya sentiasa menggalak dan menyokong penyertaan di bidang keusahawanan Keusahawanan kerjaya Pilihan dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti :Khidmat nasihat Latihan dan bimbingan Bantuan kewangan Geran dan insentif Ikubutor dan premis perniagaan Program pembangunan usahawan Peluang perniagaan Promosi poduk di peringkat nasional dan antarabangsa Anugerah usahawan cemerlang Dan pelbagai lagi. Menerusi buku ini diselitkan INFO USAHAWAN, SANTAPAN untuk renungan dan buka minda dan RAHSIA KEJAYAAN dari pelbagai bidang untuk dijadikan suntikan semangat dan dorongan kepada anda bahawa anda juga boleh berjaya seperti mereka. BUKU PANDUAN USAHAWAN dihasilkan daripada penyelidikan dimana dihimpunkan semua infomasi yang relevan diambil dari kertas pembentangan seminar / bengkel, laman web, buku risalah, majalah dan akhbar kemudian disusun atur mengikut tajuk bagi memudahkan para usahawan membuat rujukan dan panduan serta ulangkaji. Gunalah bagi memantap dan memperkasa diri anda ke arah usahawan berilmu pengetahuan, berdisplin, berdaya saing, tulin, berwawasan, jati diri dan berkualiti. Berhubunglah dengan agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan infomasi terkini. DATO ROZALI CHE PIN Penyelidik / Editor

IKLAN

GARIS PANDUAN TINGKAH LAKU ETIKA ISLAM DALAM PERNIAGAAN


PROF MADYA SYED OMAR BIN SYED AGIL

gambar hiasan

ISLAM DAN PERNIAGAAN


Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna (ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab' Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang. `Dan tidak kami utuskan kamu ( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam'

Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Harian metro

Kelebihan memiliki harta diberkati Allah


Susunan Hashim Ahmad

halal

KEPERLUAN asas bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidup seseorang itu akan berada dalam keadaan yang tidak sempurna apabila tidak mempunyai makanan mencukupi untuk mengalas perut, pakaian untuk menutupi aurat dan tempat tinggal untuk berteduh dan melepaskan penat selepas bekerja seharian. Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan perkara di atas - makanan, pakaian dan tempat tinggal - atau dengan lain perkataan untuk mendapatkan harta, mereka diwajibkan memperolehnya dengan cara yang halal. Islam melarang keras umatnya mengumpul harta melalui jalan penipuan, peras ugut, pencurian, rompakan atau dengan menjual benda yang diharamkan syarak. Setiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam, hendaklah yakin dan percaya bahawa harta yang diperoleh melalui jalan yang tidak diredai Allah tidak dijamin keberkatannya. Berkat adalah satu perkataan Arab yang sukar hendak dicari pengertiannya yang tepat dalam bahasa Melayu Tetapi lantaran kelaziman dan kekerapan menggunakannya seolah-olah menjadi satu perkataan Melayu. Bagaimanapun, dapat dikatakan bahawa berkat adalah satu perkataan agama yang tulen. Ia tidak pernah didengar oleh manusia kecuali selepas diturunkan wahyu daripada Allah s.w.t. Meneliti kepada kebiasaan penggunaannya, maka pengertian yang paling hampir bagi perkataan berkat ialah membiak atau meluas. Ini jelas kalau kita perhatikan maksud ungkapan yang selalu diucapkan ulama seperti pekerjaan kamu ini tidak ada berkat (membiak). Ia tidak dapat memelihara anak isteri. Kamu juga tidak dapat membuat harta dengan kerja ini.

Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukumhukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti. Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti : Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.

Falsafah Umum Falsafah umum perniagaan yang menjadi asas kehidupan Muslim. Falsafah ialah pegangan individu atau masyarakat mengenai ketuhanan, manusia, kebahagiaan dan persoalan-persoalan asas kehidupan. Falsafah ini akan menentukan sikap seseorang itu terhadap dirinya, orang lain dan kerjanya. Sikap ini akan memberikan kesan terhadap tindakan dan gelagatnya dalam mengendalikan kerjanya.

FALSAFAH ISLAM ADALAH DIASASKAN OLEH TAUHID. Definisi tauhid : secara umumnya ia bermaksud mengakui dan mempercayai keesaan Allah. Kepercayaan dan keyakinan ini merangkumi perkara-perkara berikut: a) b) c) d) Adanya tuhan langit dan bumi. Ia pencipta keduanya dan segala yang ada diantara keduanya. Ia pemilik segala yang ada dialam ini. Pemberi rezki kepada setiap yang hidup.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Oleh sebab perkataan berkat adalah perkataan agama yang tulen, maka ia mempunyai hubungan yang rapat dengan agama juga. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit sahaja. Untuk mendapat harta yang diberkati, usaha yang dijalankan jangan ditumpukan untuk kepentingan dunia semata-mata, sebaliknya mengambil kira juga kepentingan akhirat. Menyedari hakikat mereka akan mati dan dihidupkan kembali di akhirat kelak, adalah merugikan sekali jika usaha yang dilakukan hanya untuk kepentingan dunia semata-mata. Berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah. Apabila kita mengajar, biarlah ilmu yang diajar itu boleh dijadikan bekal hingga ke akhirat. Apabila kita belajar, biarlah masa yang digunakan akan mendapat faedah di akhirat Begitulah juga dengan kerja lain seperti sembahyang, berniaga dan berkahwin. Setiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam tidak akan terlepas daripada memohon keberkatan daripada Allah. Saban hari sebelum matahari terbit, umat Islam diwajibkan bersembahyang Subuh dan dalam sembahyang itu, Qunut dibacakan. Antara lain maksud Qunut berbunyi: Dan berkatlah bagiku pada segala nikmat yang Engkau kurniakan. Dengan lain perkataan, apa yang dipohonkan dalam bacaan Qunut ialah daripada sebanyak nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang itu seperti tubuh badan yang sihat dan sempurna, pemberian anak, isteri, suami, rumah, pekerjaan yang disandang dan sebagainya biarlah disertakan keberkatan-Nya. Perlulah memohon keberkatan supaya memberikan anak dan isteri soleh. Biarlah anak yang diberi itu yang dapat menolong ibu bapa daripada dunia hinggalah ke akhirat. Allah yang anak sejak

e) f)

Pentadbir setiap perkara. Mengesakan Allah dengan ibadat.

g) Taat sepenuhnya dan tunduk kepadanya serta tidak menyembah kecuali kepada dia sahaja. h) Melaksanakan kehidupan. perintahnya dalam segala aspek

KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA(1) A. Memberikan Misi Yang Jelas Dalam Setiap Pekerjaan. Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid ialah untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupannya - dalam kehidupan individu, berkeluarga, masyarakat dan bernegara. Dalam sistem ekonomi, politik dan sosial. Dalam setiap aktiviti dan kegiatannya dia akan berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Apa yang dikehendaki oleh Allah itulah apa yang akan dibuat olehnya. Dengan cara ini manusia muslim akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu `Al-Falah' iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. sekiranya ditanya `apakah misi organisasinya atau pekerjaanya'. Dia akan menjawab `sebagaimana yang dituntut oleh Islam'. Untuk tujuan ini, ilmu pengetahuan yang sesuai adalah diperlukan supaya dia tahu apa yang dituntut oleh Islam itu dalam pekerjaannya dan hidupnya. B. Membebaskan Manusia. Dalam peperangan Qadisiyah apabila Rib'i b. `Amir berdiri dihadapan ketua perang Parsi, Rustam untuk menjelaskan matlamat kedatangan Islam, beliau menjawab: `.........Dan untuk membebaskan manusia daripada memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada satu dunia yang lebih luas dan daripada penindasan agama lain kepada keadilan Islam' __________________________ Al-Qardawi Yusuf "Pengertian Tauhid" terjemahan AbdulMajid Abdullah, Pustaka Salam, 1987.
(1)

Dengan tauhid kita dapat diselamatkan dari tunduk kepada manusia dan terkungkung dengan pendapat seseorang. Dengan ini jiwa manusia dan hidupnya bebas dari tunduk, merendah, menghina dan menyerah kepada yang lain dari Allah.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Dalam mengharungi hidup seharian, umat Islam sepatutnya berpandangan jauh dan menjadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Sesungguhnya serban yang melilit kemas di kepala, janggut yang mencecah pusat atau jubah yang meleret labuh bukanlah menjadi satu ukuran yang tepat mengenai hati dan pegangan hidup seseorang itu.

C.

Membentuk Peribadi Yang Seimbang Peribadi yang seimbang atau `Balanced Personality' banyak disebut oleh `guru-guru pengurusan' barat atau western `Management Gurus' termasuklah Stephen Covey. Secara teorinya ianya sesuatu yang boleh diperkatakan. Tetapi secara praktisnya, ianya hanya boleh dibentuk dalam satu masyarakat yang beragama. Masyarakat sekular tidak akan dapat melahirkan peribadi yang seimbang walaupun ianya disebut berulang-ulang kali. Peribadi seimbang yang dilahirkan melalui tauhid ialah seimbang dari aspek roh dan jasadnya, `akal dan nafsunya, ilmu duniawi dan akhirat, manusia yang inovatif dan kreatif, sabar dan tegas, mempunyai visi dan misi dalam kehidupannya serta cekap dan ikhlas dalam memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat dan bersifat proaktif dalam menangani permasalahan dalam kehidupannya, serta berjaya dalam hidup didunia dan persediaannya untuk akhirat. Seimbang juga bermaksud mampu melahirkan suasana yang baik samada dipejabat atau organisasinya dan dirumahtangganya. Semuanya dalam keadaan yang stabil dan harmoni.

. Semua itu adalah barang luar. Apa yang


pentingnya ialah di dalam hati Apabila hidup tidak mementingkan soal akhirat khususnya dalam urusan mencari harta, ia boleh disamakan apa yang dilakukan orang kafir. Orang kafir tidak pernah memikirkan hal yang berkaitan dengan hari akhirat. Apa yang dipentingkan ialah wang dan harta yang banyak, rumah besar, hidup senang dan sebagainya. Pendek kata hidup mereka adalah berdasarkan konsep hidup: membujur lalu melintang patah. Soal keberkatan sudah tidak diambil kira lagi. Malah, mereka tidak percaya bahawa setiap sesuatu adalah daripada Allah. Di sinilah kelebihan memiliki harta yang halal dan diberkati Allah. Umat Islam juga perlu sentiasa bersyukur kerana Allah berjanji menambah nikmatnya kepada mereka yang berbuat demikian. Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (ingatlah) tatkala memberi ingat Tuhan kamu: Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih. (Surah Ibrahim: Ayat 7).

D. Sumber Kebahagiaan Dan Ketenangan Jiwa Stephen Covey, salah seorang guru pengurusan terkenal telah menyebut satu masalah yang biasa kita dengar dikalangan `Top Executives' dan ahli perniagaan yang telah berjaya: `Everyone tells me i'm highly successful. I've worked and scraped and sacrificed, and i've made it to the top. But i'm not happy. Way down inside i have this empty feeling. It's like the song says,'is that all there is? most of the time, i just don't enjoy life.....(first things first) Sebenarnya dengan tauhid hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Ia telah menutup pintu ketakutan, takut tentang rezki, takut kepada ajal, takut kepada diri, takut kepada keluarga dan anak-anak, takut kepada manusia dan takut kepada mati. Adapun seseorang mukmin yang mentauhidkan Allah, ianya tidak takut kepada sesuatu atau seseorang kecuali hanya kepada Allah. Sebab itu ia sentiasa dalam keadaan bahagia dan tenang.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

E. Tauhid Asas Persaudaraan Dan Persamaan Persaudaraan dan persamaan tidak akan tercapai dalam kehidupan manusia, bila terdapat dikalangan manusia ada yang menjadi tuan kepada manusia lain. Tetapi bila semua manusia itu dikira sebagai hamba Allah maka ianya adalah sebagai punca dan asas persaudaraan dan persamaan diantara sesama manusia. Hatta dalam pekerjaan sekalipun semangat ini jelas kelihatan sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: `Pekerja kamu adalah saudara kamu. Mereka yang bekerja dengan kamu telah dijadikan tunduk dibawah kamu oleh Allah.' Apabila kita percaya kepada Allah yang esa dan seterusnya mengabdikan diri seluruhnya kepada Allah maka akan lahir satu keadaan dimana mereka yang berbuat demikian akan bersaudara tidak ada perbezaan kaum dan tidak ada perbezaan warna kulit. F. Kesan Tauhid Terhadap Akhlak Kesan daripada perkara diatas akan lahir individuindividu yang berakhlak mulia dan amanah. Dia seorang yang konsisten dalam menjalankan tugasnya dengan cekap dan penuh tanggungjawab(akauntabiliti) kerana ikatannya hanyalah kepada Allah dan tidak pada orang lain.

Rasulullah telah bersabda: `penipuan membawa kepada neraka' Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram. Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya. Baginda kemudiannya telah bersabda: `barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya'

KONSEP MANUSIA Dalam Islam manusia adalah gabungan ruh dan jasad. Oleh itu kedua-dua unsur ini haruslah dibangunkan dan dipertingkatkan. Imam al-Ghazali telah menggariskan empat jalan untuk mencapai kebahagian iaitu: a. Memenuhi keperluan ruh b. Memenuhi keperluan jasad c. Memenuhi keperluan luaran d. Memenuhi keperluan kepada petunjuk ilahi Disamping itu manusia adalah `Khalifatullah fi Al-ardh' yang diberi amanah untuk membangunkan alam ini oleh Allah. Segala apa yang ada dibumi adalah milik Allah dan manusia diberikan hak sementara. Manusia akan disoal oleh Allah terhadap apa yang dibuat dengan harta yang diperolehinya. Oleh itu kriteria yang digunakan oleh manusia untuk membuat keputusan tidak hanya dibatasi oleh dunia ini sahaja tetapi juga merangkumi alam akhirat.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

FALSAFAH PERNIAGAAN. Falsafah perniagaan dalam perspektif barat adalah sebahagian daripada misi institusi perniagaan itu yang menggabungkan 3 aspek penting:

Rasulullah telah bersabda: `penipuan membawa kepada neraka' `barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya' Baginda juga telah bersabda: `Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'

1. Tujuan - kenapa institusi atau organisasi perniagaan itu wujud? 2. Strategi 3. Nilai dan etika kerja - polisi dan etika yang memandu sesuatu perniagaan dalam operasinya. Ia menjelaskan bagaimana seseorang pengurus perniagaan dan pekerja seharusnya bertindak. TUJUAN Secara umumnya tujuan atau `purpose' perniagaan dari perspektif barat ialah untuk mendapat keuntungan. Walaubagaimanapun matlamat perniagaan telah malalui perubahan peradigma. Bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan ini adalah kesan daripada pengalaman masyarakat barat yang telah merasai kepahitan dari kualiti yang rendah dan keselamatan yang tidak terjamin apabila keuntungan sahaja yang menjadi tujuan perniagaan. Malah mereka menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu cara untuk meningkatkan imej sesuatu organisasi perniagaan dalam sebuah masyarakat. Dengan cara ini dari sudut jangka panjang syarikat tersebut akan dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Ada berbagai-bagai tanggapan dikalangan ketua-ketua eksekutif atau pengurus-pemgurus syarikat dibarat mengenai tujuan atau falsafah perniagaan: 1. Untuk kebajikan pemegang-pemegang saham syarikat. 2. Untuk kebajikan pengguna 3. Untuk kebajikan pemilik-pemilik syarikat(perkongsian) 4. Untuk kepentingan pemegang saham, pekerja, pengguna dan `suppliers' 5. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi lelaki dan wanita yang bekerja( yang tidak menjejas alam sekitar, atau meningkatkan perkhidmatan pengguna, etc). Sesuatu yang melewati batas kepentingan diri keempatkeempat golongan tersebut. Sesuatu yang memberi `sense of mission' kepada syarikat tersebut. STRATEGI Ini menentukan logik perniagaan itu. Pihak pengurusan harus mengenalpasti suasana atau keadaan pasaran tempat ia akan bersaing. Ia harus juga menentukan apakah ciri kekuatan yang membolehkannya berada dalam keadaan yang selesa dan dominan. Umpamanya, strategi untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

NILAI DAN ETIKA Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan, Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan. alam sekitar hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya. Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulankumpulan tertentu.

BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA Sesebuah syarikat tidak akan hidup dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan aspek-aspek lain dari sudut jangka panjang. Dia dapat `Survivie' dari sudut jangka pendek. Tetapi apabila masyarakat dapat menilai kesan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan serta perkhidmatan pengguna atau pembeli yang disediakan maka syarikat tersebut akan menerima kesan yang buruk.
SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Jangan lelong agama untuk keuntungan perniagaan


Sumber : Utusan Malaysia Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Akhirnya jualan dan keuntungannya akan mulai menurun kerana tidak kompetitif dari sudut kualiti dan perkhidmatan(bagaimana kita melayani pembeli etc., mengakui kesilapan, senyuman menghadapi pembeli yang rumit, etc). FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam. Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan mereka bertukar atau berubah berdasarkan pengalaman mereka. TUJUAN SYARIKAT ATAU PERUSAHAAN DIWUJUDKAN Tujuan tidak boleh dipisahkan daripada falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Ia mencerminkan kesan tauhid dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah disebutkan. MEMENUHI TANGGUNGJAWAB AGAMA Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama. A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan. Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah (keperluan asas) manusia yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu: 1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Keturunan 5. Harta Masa'lih segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini. Mafa'sid segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini. Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam. 1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. 2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING MUKA SURAT 1

OLEH kerana agama mempunyai fungsinya yang besar dalam masyarakat manusia, maka pelbagai pihak cuba menggunakan nama agama atas berbagai-bagai tujuan. Ada yang ikhlas, ada pula yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk mengaut harta atau pengaruh. Maka penyalahgunaan nama agama bukan perkara baru dalam sejarah manusia. Bukan sahaja Islam yang menerima bahana tersebut, agamaagama lain juga demikian. Namun bagi Islam, ia lebih perih, kerana Islam agama wahyu. Seorang muslim yang sebenar tentu akan merasai penyalahgunaan nama Islam adalah satu dosa yang amat serius kerana ianya adalah pemalsuan wahyu. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan nama Allah dengan membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini, padahal tiada sebarang nas dari Allah ataupun rasul-Nya adalah satu jenayah besar. Firman Allah dalam surah al-Araf ayat 33 (maksudnya) Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. Baginda s.a.w.: Juga menegaskan hal yang sama dalam banyak hadis baginda, antaranya daripada Aisyah, katanya: sabda Nabi: Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak (Riwayat Muslim). Bersambung dimuka sebelah

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Dari muka surat sebelah Maka setiap insan Muslim hendaklah berhati-hati tentang kesempatan yang diambil oleh banyak pihak untuk menjadikan agama saluran keuntungan atau menempatkan pemikiran peribadi yang akhirnya diberikan cop agama. Jika hal ini dibiarkan, maka ajaran-ajaran palsu akan muncul atas nama agama dan Islam yang tulen akan hilang dari sesetengah masyarakat. Justeru itu saya amat menentang seorang warga seberang yang menggelarkan diri al- Banjari dengan kononnya memiliki beberapa kelebihan mendakwa bahawa sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga. Demikianlah murahnya harga syurga dilelong olehnya. Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi. Maka apabila warga seberang tersebut datang ke negara kita, dia bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga. Maka orang ramai pun di beberapa masjid di sebelah utara tanah air bangun bersalaman untuk mendapatkan syurga. Meriahlah majlis lelongan syurga tersebut. Maka megahlah warga seberang berkenaan, kerana tangannya seakan pintu kepada syurga dan orang ramai pun dibeli dengan modal hadis palsu tersebut. Apa yang peliknya, kedatangan beliau itu ditaja oleh beberapa pihak yang mempunyai kuasa agama di beberapa buah negeri. Padahal beberapa negeri tersebut begitu sensitif dengan pandangan yang lebih progresif mengenai Islam. Digam penceramah-penceramah muda yang membawa ke arah keluasan minda dan fahaman Islam yang lebih terbuka berdasarkan dalil dan hujah. Malangnya, mereka menaja pula pemikiran yang karut seperti itu. Maka tidak peliklah jika ajaran sesat selalu sahaja muncul dalam masyarakat kita.

3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi. Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah. Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi: Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya. Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:
(2)

a. Keperluan diri secara sederhana b. Keperluan keluarga c. Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang d. Keperluan anak-anak akan datang e. Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dll. B. PEMBANGUNAN MENTAL, SPIRITUAL DAN JASMANI MANUSIA Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin. _________________________
(2) Siddiqui, M.N , The Economic Enterprise in Islam, Islamic Publications Ltd, 1988.

Rasulullah S.A.W Bersabda: `Sesungguhnya kefakiran itu mendekatkan diri kepada kekufuran' Rasululah S.A.W Bersabda: `Tidak salah harta ditangan orang yang bertakwa' C. HARTA SEBAGAI ALAT BUKAN MATLAMAT Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Dari muka surat sebelah Sebenarnya, para ulama hadis telah mengingatkan tentang pembohongan hadis berkenaan. Kata al-Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam komentarnya bagi kitab Zafar al-Amani: Hadis musalsal (berangkai) berjabat tangan tersebut adalah batil dan dusta. Tiada asalnya dan tidak pernah wujud. Katanya juga: Tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan hadis ini ke atas Nabi tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya. (m.s. 272, 273, Damsyik: Maktab al-Matbuat alIslamiyyah). Dalam Lisan al-Mizan Ibn Hajar al-Asqalani menyebut: Riwayat berjabat tangan Muammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal (jilid 6, m.s. 68, Beirut: Muassasah al-Ilm li al-Matbuat,). Ertinya begitu mudah orang kita ditipu dan tidak menggunakan akal yang waras dalam beragama. Al-Imam al-Sayuti (wafat 911H) di dalam fatwanya bila ditanya mengenai hadis ini, beliau berkata: Muammar adalah pendusta lagi dajal, hadisnya adalah batil, tidak halal meriwayatkannya. (lihat: Tahqiq Zafar alAmani, m.s.275). Demikianlah mudahnya agama kita dilelong oleh orang lain hanya kerana terpengaruh dengan fesyen serban dan jubah warga berkenaan. Jikalaulah mereka sedikit berfikir; pada zaman Nabi entah berapa ramai sahabat yang bersalaman dengan baginda, pernahkah mereka mendakwa demikian? Pernahkah mereka mengadakan majlis menjemput orang ramai bersalam dengan mereka untuk masuk syurga. Pernah ini dibuat oleh Abu Bakar, atau Umar, atau Uthman, atau Ali atau lain-lain. Saya dukacita apabila yang bangun bersalaman ialah orang-orang masjid dan kaki dengar kuliah agama. Sehingga saya tertanya-tanya; apakah segala pengajaran agama yang dipelajari gagal menjadikan mereka cerdik, atau sekurangkurangnyanya menghidupkan fungsi akal mereka. Sedangkan agama datang untuk mencerdikkan akal bukan membodohkannya.

Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran: `tidakku jadikan jin dan manusia melainkan menyembah aku' (az-zariat, ayat 56)

untuk

Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung. D. CONTOH DIZAMAN AWAL ISLAM Kita akan dapati bahawa ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.

PENIAGA DAN USAHAWAN DILAHIRKAN MELALUI MOTIVASI Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan. Rasulullah telah bersabda: `Didorang atas kamu ialah perniagaan kerana didalamnya ialah sembilan perspuluh daripada rezeki'.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Dari muka surat sebelah Demikian juga orang kita percaya adanya kayu atau rajah atau bahan tertentu mempunyai kesaktian tertentu. Ini seperti percaya dengan kayu kokka yang dijual di negara ini. Bahkan kayu tersebut dijual di Mekah dan Madinah oleh warga Bangladesh yang bertaburan di sana. Ramai pula yang membeli. Menggunakan nama agama lalu kayu itu dijual, kononnya tongkat Nabi Musa dibuat daripadanya. Demikian juga kononnya bahtera Nabi Nuh juga diperbuat daripadanya. Maka dibohongilah orang ramai kononnya kayu itu jika disimpan membawa rezeki, atau menolak bala dan berbagai-bagai kesaktian yang lain. Maka harga kayu tersebut yang beberapa ringgit di negaranya bertukar menjadi ratusan bahkan ribuan ringgit di negara kita. Padahal tidak satu dalil yang sahih pun dalam Islam mengenai kayu kokka tersebut. Mustahil pula untuk Islam membicarakan perkara yang bodoh seperti itu. Bahkan itu termasuk dalam sabda Nabi: Sesiapa yang menggantung (tangkal) maka dia melakukan kesyirikan (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Menggantung di sini bermaksud menggantung sesuatu yang dipercayai dapat menangkis bala atau mendatang sesuatu kebaikan. Perbuatan itu di samping ia syirik, ia adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Apabila saya mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai hal ini, ada yang menghubungi saya dan minta tolong jangan ganggu bisnesnya. Begitulah manusia, dia sanggup melelong agamanya demi bisnesnya. Serupa dengan itu, atas nama agama dijual air dan barangan jampi yang pelikpelik. Sehingga ada yang membuat bisnes air tertentu yang dijampi secara tulisan dan bacaan. Diberi pula nama yang berbagai- bagai. Kononnya itulah ajaran Islam. Saya tidak menafikan baginda Nabi pernah menjampi penyakit seperti baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Bersambung dimuka sebelah

Zubair Bin Awwam Semasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah. Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah. Abdul Rahman Bin Auf Beliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah. Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya. Othman Bin Affan Beliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak. Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya. KEUNTUNGAN DAN ETIKA PERNIAGAAN Sebagaimana yang disebut diatas bahawa keuntungan adalah sesuatu yang menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam. Keuntungan yang diperolehi itu harus digunakan berdasarkan apa yang menjadi tujuan kewujudan sesuatu syarikat itu. Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali : `Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir) Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Namun dakwaan dengan air atau kismis atau apa jua bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi. Baginda tidak menjampi kaum Quraisy agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi akan menjampi telaga zamzam kerana itu sumber air Quraisy ketika itu. Pasti Quraisy akan berubah apabila terminum. Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empanganempangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik. Ketahuilah sesungguhnya jalan untuk manusia mendapat hidayah adalah dakwah yang benar, keikhlasan hati penerimanya dan keizinan Allah. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 256-257 (maksudnya) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang ingkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

SUMBER ETIKA PERNIAGAAN Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selamalamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat. Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa). Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam: 1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa? 2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna. 3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam? 4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti? 5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar? 6. Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip Islam?

Bersambung dimuka sebelah

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Dalam hadis ada beberapa orang sahabat yang didoakan oleh Nabi agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabat yang masih muda Ibn Abbas yang baginda doakan untuknya: Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran) (Riwayat al- Bukhari). Ibn Abbas benarbenar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, pentafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperoleh ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn Abbas 13 tahun. Beliau terus mengambil hadis daripada para sahabat seperti Umar ibn Khattab, Ali, Muaz, bapanya sendiri iaitu Abbas, Abd alRahman bin Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar Alam al-Nubala, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah). Maksudnya doa Nabi dimakbulkan Allah, namun melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat Muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam. Malangnya dalam masyarakat Muslim, kesungguhan membaca, memiliki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan orang lain mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial. Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ustaz tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak orang lain yang berbekalkan air mineral? Janganlah kita lelong agama kerana bisnes kita.

Gambar hiasan

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN' ATAU 'NO INJURY PRINCIPLE' Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudaratkan' atau 'No Injury Principle' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang meggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan yang berasaskan prinsip 'tidak memudaratkan' ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merjujk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar. Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidpan manusia. Ia bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Apabila seseroang atau satu organisasi itu berusaha untuk tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain kehiudpan dan kegiatanya menjadi seimbang, keberkatan ilahi dan kecemerlangan dalam pencapaian matlamat perniagaan dapat di perolehi. Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar juga akan diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti produk dan perkhidmatan yang dikehendaki. Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

Dari muka surat sebelah

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Menjelang bulan Ramadan, ramai pula yang buat bisnes borang atau kupon amalan tertentu yang kononnya jika dibeli maka pahala akan diposkan kepada arwah yang disebut namanya dalam borang atau kupon berkenaan. Maka seakan pahala akan dicetak oleh pengeluar borang untuk kegunaan arwah di alam barzakh dengan bayaran yang diupahkan. Entah kilang mana yang mencetaknya atau posmen mana yang mengirimnya, kita tidak pasti. Demikian mereka melelongkan agama sehingga ada individu tertentu yang mengaut keuntungan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit dengan melelong pahala di bulan Ramadan. Seakan siapa duit banyak, maka selamatlah dia di akhirat. Dunia rasuah kita bagai menjelma juga selepas kematian. Nabi pernah memberi ingatan: Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca alQuran dan meminta (upah) daripada manusia (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Namun masyarakat kita ramai yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang disebutkan ini kerana ingin jalan pintas tanpa usaha. Mereka ingin cerdik secara pintas tanpa belajar, kaya pintas tanpa usaha, masuk syurga pintas tanpa beramal dan seumpamanya. Golongan yang berkepentingan pula, mengambil kesempatan atas nama Islam. Kalau demikian cara kita beragama, maka tidak hairanlah jika ramai orang Melayu suka ali babakan segala peluang yang diberikan kepadanya. DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis. E-mel: moasriza@yahoo.com Layari http://drmaza.com/

Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang memelihara manamana perkara asas ini digalakkan (masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan negatif kepada salah satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid). Oleh itu Islam menekankan aspek kualiti dalam bentuknya yang menyeluruh. Prinsip 'tidak memudaratkan' akan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Dalam aspek pengurusan organisasi korporat prinsip ini sekiranya diserapkan di semua pringkat organisasi akan menjadi faktor motivaasi yang mendorong anggotaanggotanya untuk terlibat secara bersungguh-sungguh dalam menignkatakan produktiviti dan kualiti. Peter Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka. Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan. Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan: Niat Yang Betul Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut diatas dan agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud: `sesungguhnya amal itu bermula dengan niat' Al-Adl Wal Ihsan Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an: `sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi karib kerabat, dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar kamu mendapat peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas: 1. Kita disuruh melakukan keadilan

Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali : `Adalah menjadi hak

2. Kita disuruh melakukan kebajikan 3. Kita disuruh memberi sadaqah 4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar 5. Kita dilarang membuat kezaliman Oleh itu dalam kegiatan perniagaan kita harus melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan yang keji, mungkar atau menzalimi diri kita atau orang lain. Keadilan Dalam Perniagaan Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. Ini Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut: 1. Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar. Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar. Rasulullah telah bersabda: `penipuan membawa kepada neraka' Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram. Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya. Baginda kemudiannya telah bersabda: `barangsiapa yang menipu tidak termasuk golongannya'

kepada pedagang untuk memperolehi atas yang usaha berguna menyediakan keuntungan mereka barangan kepada

masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir) Walaubagaimanapun keuntungan diperolehi seharusnya melalui usaha-

usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

dalam

Baginda juga telah bersabda: `Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Ternak lintah memang menguntungkan


Berita Harian, 5 Dis 2007

Surah Al-Mutaffifin Amatlah jelas sekali pandangan Islam terhadap etika perniagaan apabila kita mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan sebagai pertunjuk kepada manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam alquran yang menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat satu surah dalam alquran yang di beri nama `almutaffifin' yang memerlukan satu penelitian yang mendalam. Almutaffifin Bermakna Orang Yang Curang. `Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(curang dalam menakar dan menimbang') Iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta di penuhi

Komponen penting produk kecantikan, perubatan

dalam hasilkan kesihatan dan

Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkanPada suatu hari yang besar Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran: 1. Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan

SEBELUM ini, lintah sering diberi pandangan negatif ekoran tabiatnya yang menghisap darah sehingga wujud peribahasa lintah darat bagi menggambarkan orang yang tidak berhati perut dan sering menindas orang lain. Kini, persepsi terhadap lintah semakin berubah yang mana haiwan itu tidak lagi `digeruni malah dicari di merata tempat dan diternak kerana mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya. Ia berikutan kajian menunjukkan haiwan itu boleh menjadi komponen penting dalam menghasilkan produk kecantikan, penjagaan kesihatan dan perubatan sekali gus memastikan lintah mendapat permintaan tinggi di pasaran. Menyedari faktor itu, Roziana Abu Hassan, 34, bersama suami, Mohd Jantan Abu Hassan, 36, dan ibunya, Rahidah Wahid, 50, sanggup mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM30,000 untuk mengusahakan ternakan lintah. Mereka memulakan usaha itu kira-kira lima bulan lalu dengan membina enam kolam dengan setiap satunya berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak. Roziana berkata, beliau mengetahui mengenai potensi lintah untuk menjana pendapatan selepas terbaca di dalam akhbar mengenai kursus ternakan haiwan itu yang dianjurkan Art Soulist Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

2. Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya 3. Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti 4. Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan 5. Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Ketika mengikuti kursus itu, saya diberitahu bahawa setiap satu kolam yang boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah, mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.
Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaannya yang tinggi di pasaran sekarang, katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, lintah yang diternaknya itu dijangka sudah boleh dijual mulai bulan depan iaitu selepas enam bulan ia dibiakkan dalam enam kolamnya itu. Katanya, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan induk atau ibu lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan. Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati. Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik dan kos operasi kolam berkenaan, saya juga membuat pinjaman bank sebanyak RM10,000, katanya yang turut memiliki perniagaan pembungkusan sarung tangan menerusi syarikat miliknya bersama suami, Terap Jaya Enterprise. Mereka yang berminat mendalami bidang penternakan lintah boleh menghubungi Roziana di talian 05-8394157 atau 05-8394928.

Gambar hiasan MENYOROK BARANG DIHARAMKAN Termasuk dalam sifat amanah dan benar ialah tidak menyorok barang. Dalam hadis Rasulullah: `sesiapa yang menyorok barang dia berdosa'. Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia menyebabkan: 1. Kekurangan barang yang dikehendaki oleh masyarakat. 2. Menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan terhadap kadar inflasi.

KAEDAH PEMASARAN YANG BERETIKA Adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan bagi seseorang usahawan untuk memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam. Seseorang usahawan, umpamanya harus memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benarbenar mencerminkan kualiti dan kandungan barangan atau perkhidmatan agar seseorang pembeli itu tidak merasakan bahawa ianya ditipu. Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual. Kaedah pemasaran yang beretika dalam Islam juga menuntut agar menggunakan wanita dalam media cetak dan elektronik sebagai bahan pelaris atau untuk menarik masyarakat membelinya adalah di larang sama sekali. Kaedah ini akan merosakkan jiwa dan akhlak remaja khususnya dan meningkatkan gejala-gejala sosial dalam masyarakat.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Pak Latif tauke jeruk Melayu


.

Kaedah Fiqh yang berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan' haruslah di jadikan panduan.

Isteri Pak Latif, Hindun Husin (kanan) bersama dua anaknya, Abu Amar dan Sarah di tapak jualan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kelantan 2009 di Kota Bharu, baru-baru ini

KOTA BHARU 28 Julai Jika ke Pulau Pinang, antara ole-ole yang dicari pelawat untuk dibawa pulang sudah semestinya jeruk buah pala sebagai tanda sudah menjejaki negeri anak mami tersebut. Namakan apa sahaja jenis jeruk buah sekalipun, daripada mangga kepada buah ceri, daripada kedondong kepada kelubi, pengusaha dari negeri itu sedia membekalnya kepada pasaran. Namun hampir seratus peratus yang mengeluarkan produk makanan ini adalah dari kaum lain walaupun majoriti yang meminatinya adalah orang Melayu. Melihat situasi tersebut, bekas pekerja bawahan tauke jeruk, Abdul Latif Hashim, 52, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang berusaha menjadi Melayu pertama mempelopori perusahaan ini 18 tahun lalu. Peminat jeruk buah boleh dikatakan 85 peratus orang Melayu tapi nak mencari pengusaha Melayu seorang pun susah, kata pengurus Jeruk Pak Latif Enterprise itu kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Beliau ditemui ketika turut serta dalam program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kelantan 2009 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini. Abdul Latif yang hanya berkelulusan setakat sekolah rendah dan bekerja di kilang besi pada peringkat awal berkata, keazamannya timbul kerana tidak mahu lagi menjadi kuli dan hanya mendapat upah bulanan yang tidak setimpal dengan keringat yang dicurahkan.

TIDAK MENGURANGKAN TIMBANGAN Usahawan muslim harus memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar; `celakalah bagi orang-orang yang suka mengurangi takaran. Iaitu orang-orang yang kalau menerima takaran dari orang lain selalu meminta yang penuh (cukup dan tidak kurang sedikitpun), tetapi kalau menakarkan untuk orang lain, pasti dikurangi. Apakah orang-orang itu tidak mengira (menyakini) bahawa mereka itu pasti akan dibangkitkan dari kuburnya, yakni pada suatu hari yang penuh pancaroba' (surah almutaffifin : 1 - 5). GHARAR(3) Oleh kerana terlampau ghairah untuk mendapatkan keuntungan maka pembeli sering melakukan `gharar' iaitu dengan mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar. Allah Telah Berfirman: `Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu (surah an-nisa', ayat 26). 2. Tidak Terlibat Dengan Amalan Riba Seseorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Memang tidak dinafikan perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa membuat pemilihan dari sumber-sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan ditanggung.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Semasa makan gaji, sayalah tukang pilih dan beli buah di pasar dan saya juga yang terlibat dalam proses menjeruk dan memasarkannya. Selepas dua tahun saya menimba pengalaman antara 1989 dan 1991, saya terfikir sudah tiba masa mengubah nasib diri dan berusaha sendiri, katanya. Menurut Abdul Latif, untuk memantapkan lagi ilmunya, dia mengambil kursus dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi mengenal pasti bahan kimia dan kuantitinya yang sesuai digunakan dalam proses menjeruk. Jelasnya, menjeruk buah melibatkan proses menggaram dan menggula yang memakan masa antara 2 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada kehendak dan keperluan pasaran pengusaha.

Di Malaysia sumber-sumber pembiayaan yang bebas dari riba semakin meluas. Usaha perlu dibuat oleh usahawan untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin. __________________________ (3) Mansor Mahsin, 'Undang-undang Perdagangan Dalam Islam' Pembiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut: 1. Pembiayaan projek a. Mudharabah b. Musyarakah 2. Pembiayaan memperolehi aset a. b. c. d. e. Mudharabah Musyarakah Bai'bithaman ajil Ijarah Bai' al-ta'jiri

Bermula dengan perusahaan di rumah, dia kini mempunyai kilang, dewan dan bengkel yang berjaya didirikan hasil bantuan dan kerjasama dari pihak Jabatan Pertanian Pulau Pinang, Persatuan Peladang Kawasan (Peladang) dan juga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri itu.
Mereka menyediakan saya dewan dan bengkel tersebut untuk membolehkan saya mengadakan kursus bagi orang lain yang berminat mengusahakan jeruk buah, katanya. Jelasnya, hasil dari kursus yang diadakannya sejak Januari tahun ini telah berjaya melahirkan tujuh orang pengusaha jeruk buah Melayu yang aktif di Pulau Pinang dan Perak. Ada antara bekas murid saya itu kini menjalankan perniagaan dengan modal pusingan RM100,000, katanya bangga. Dari gaji RM400 sebulan semasa bekerja kilang dulu, Abdul Latif bersyukur kerana hasil jualan jeruk buahnya yang diedar kepada pemborong mencapai angka lebih RM12,000 sebulan dan dapat mengambil pekerja seramai 7 orang termasuk dua orang anaknya. Anak perempuannya, Sarah, 25, berkhidmat sebagai pengurus akaun manakala Abu Amar, 24, bertanggungjawab dengan pemasaran jeruk buahnya di luar Pulau Pinang. Jeruk buah saya yang terjamin halal dan bersih dipasarkan bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan juga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Insya-Allah, pada pertengahan 2010 syarikat saya akan menembusi pasaran Singapura dan Brunei, katanya.

3. Pembiayaan perdagangan 4. Gadaian atau ar-Rahn 5. Jualan salam BIMB menyediakan kebanyakkan daripada pembiayaanpembiayaan ini untuk usahawan Islam dan bukan Islam. Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah. Ia di haramkan oleh Allah dalam empat peringkat. Peringkat yang terakhir adalah seperti berikut: `Wahai orang-orang yang beriman! Taqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa dari riba itu, jikalau benar-benar kamu orang-orang yang beriman . Tetapi jika tidak kamu kerjakan begitu, maka terimalah satu pernyataan perang dari Allah dan rasulnya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka bolehlah kamu ambil pokok harta kamu; tidak kamu dianiaya dan tidak pula kamu menganiaya'(surah al-baqarah, ayat 278-279) 3. Tidak Menzalimi Pekerja Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawaban serta partisipasi daripada pekerja kita untuk mencapai matlamat ini bukanlah satu yang payah. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Baru-baru ini, produk beliau yang dibungkus dengan jenama Jeruk Mutiara mula masuk ke pasar raya besar Tesco di Kuala Lumpur. Abdul Latif amat berterima kasih dengan isterinya, Hindun Husin, 46, yang menjadi pendokong utama beliau dalam perniagaannya itu. Hindunlah yang membantu saya mengurus setiap kali saya terpaksa keluar kerana menghadiri kursus dan mengembangkan perniagaan, saya terhutang budi padanya, katanya. Katanya, mereka yang berminat menceburi perniagaan ini boleh memulakan langkah dengan menghubungi urus setia kursus jeruk buah yang diadakan dengan kerjasama FAMA, Peladang dan Jabatan Pertanian melalui talian telefon 019 444 7105. Kursus selama tiga hari yang mengajar peserta seramai 20 orang setiap sesi cara-cara menjeruk buah secara amali dari awal hingga akhir termasuk kaedah pemasaran dan bahan kimia yang akan dibekalkan sebagai latihan apabila mereka pulang ke tempat masingmasing, katanya. Abdul Latif yang sudah mengadakan kursus kepada lebih 75 peserta bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di Perak dan Kelantan.

Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Apabila pekerja mereka merasakan mereka dizalimi maka kita akan dapati pekerja mereka yang berpengalaman akan mulai mencari jalan keluar dan berhenti kerja. Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita? a. Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Kadar inflasi seharusnya diambil kira dalam membuat perubahan yang sesuai terhadap gaji pekerja. b. Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Pengurusan partisipasi atau participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan qcc(quality control circle) atau kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja. Sebagai seorang pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik sudah tentu mereka berhadapan dengan masalah dan keperluan yang tersendiri. Seseorang usahawan sudah tentu tidak mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun pernah terlibat dalam kerja tersebut kerana perubahan-perubahan dan suasanasuasana baru. c. Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat. Ini amat perlu agar setiap pekerja merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan dan tidak timbul perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunknya semangat dan morale pekerja untuk bekerja. keselamatan dalam bekerja adalah amat penting. Ciriciri keselamatan haruslah diambil kira walaupun ini bermakna kos pengeluaran akan meningkat. d. Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya. 4. Tidak mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang haram, rendah bertentangan dengan tujuan syari'at. menyediakan kualiti atau

`wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang bagi kamu'(al-baqarah, ayat 168)

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Jenama Iwani produk makanan beku Faizah

`wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari bendabenda yang baik yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya(al-baqarah, ayat 172) Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari'at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspekaspek ini disebut sebagai masa'lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa'sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 5. Kualiti Islam sangat menekankan kualiti sebagaimana yang disebut dalam ayat-ayat diatas dan tujuan syari'at. Dalam ayat yang lain, al-Qur'an sekali lagi menegaskan bahawa yang lebih utama dalam hidup seseorang insan ialah mengutamakan amalan atau pekerjaan yang lebih berkualiti sebagaimana yang tertera dalam surah al-mulk, ayat 2 `dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya...' Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapi banyak masalah termasuk anak-anak kita nanti. Kita tidak mahu masyarakat yang berpenyakit dari semua sudut. Masalah keracunan makanan, penyakit kanser, etc adalah berpunca daripada bahan yang tidak berkualiti. Tindakan undang-undang akan dihadapkan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri. Diharamkan arak dan judi `mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya.'(surah albaqarah, ayat 219) Termasuk yang diharamkan ialah menggunakan inputinput yang diharamkan seperti diatas dan dibawah ini untuk mengeluarkan sesuatu produk yang halal.(alma'idah 1, 3)

FAIZAH menunjukkan sebahagian produk Iwani yang ditawarkan kepada pelanggan di kedainya di Taman Permata, Kuala Lumpur.

MAKANAN dingin beku atau frozen food kini semakin ramai mengusahakan secara komersial di pasaran dianggap penyelamat kepada kumpulan tersebut. Mengekalkan keenakan, rupa bentuk, saiz seperti yang asal, makanan dingin beku mendapat perhatian ramai wanita yang juga suri rumah yang tidak mempunyai masa membuatnya sendiri. Iwani Frozen Food Sdn. Bhd., merupakan antara syarikat pengeluar produk dingin beku yang semakin dikenali ramai. Menurut Pengarah Urusannya, Faizah Abd. Jalil, 34, kewujudan makanan dingin beku telah memberi peluang kepada orang ramai terutama suri rumah menghidangkan makanan yang berkualiti kepada keluarga. Iwani Frozen Food menawarkan kepelbagaian makanan dingin beku yang mudah disediakan dan mengambil tempoh masa yang singkat, katanya. Di tingkat bawah bangunan kedai miliknya terletak kedai atau bilik pameran yang menawarkan lebih 100 jenis makanan dingin beku keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Ultra Sepadu Sdn. Bhd. Di bawah jenama Iwani, terdapat pelbagai produk asas makanan laut seperti bebola ikan, ketam dan sotong. Terdapat juga ayam, itik, daging lembu dan kambing dingin beku, serta beraneka kuih muih Melayu seperti samosa, kebab, cucur badak, pulut panggang dan karipap.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Iwani juga mengeluarkan produk sendiri, antaranya chicken chop dan otak-otak. Penyediaan yang mudah dan mengambil masa yang singkat menarik minat pelanggan, katanya. Kegigihan Faizah yang berganding bahu dengan tiga abangnya Mohd Fairuz, Mohd Fazilan dan Mohd Fauzi lebih kurang 10 tahun yang lalu dalam perusahaan makanan dingin beku terbukti berhasil. Syarikatnya kini mempunyai 40 kakitangan dan sebuah cawangan yang terletak di Taman Sri Batu Caves, Selangor. Kedai yang terdapat di Taman Permata khas untuk pelanggan yang melanggan secara terus sementara cawangan di Batu Caves untuk dipasarkan di luar Lembah Klang. Selama 10 tahun ini, permintaan terhadap makanan dingin beku semakin bertambah yang mendorong pihak syarikat menambah jumlah produk yang ditawarkan, katanya. Melalui konsep stokis Iwani boleh memulakan perniagaan dengan pakej permulaan sebanyak RM3,800 bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dan pakej RM10,000 di luar Kuala Lumpur, katanya. Selain itu, syarikat turut menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk melantik manamana stokis Iwanita yang berminat mendapat bantuan melalui skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Faizah berkata, sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan atau stokis terbukit Iwani, hubungi talian 03-61851800.

6. Pengguna yang Kritikal dan Aktif Sebagai seorang usahawan kita harus faham bahawa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tetapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna, kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk kita bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk kita. 7. Memenuhi Kontrak Yang Dibuat Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain. `Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan janganlah kamu rosakkan sumpah kamu sesudah kukuhnya, padahal kamu telah menjadikan Allah jadi jaminan bagimu' (surah an-nahl, ayat 91) `hai orang-orang yang beriman, janjimu'(surah al-ma'idah, ayat 1) tepatilah segala

8. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan. walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah kita tunaikan ibadatibadat ini bila tiba waktunya walaupun kita terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang kita sedang lakukan. (i) Sembahyang `Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari jum'at, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui'(surah al-jumu'ah, ayat 9) Cari rezeki selepas ditunaikan sembahyang `maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya'(surah al-jumu'ah, ayat 10)

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Zamzuree bangkit selepas kecundang

(ii) Zakat Perniagaan Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syari'at Islam, (yang bebas daripada riba dan produk serta perkhidmatan yang halal) `Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu(surah al-baqarah: ayat 110)

Seorang pekerja memasukkan telur masin yang siap diproses ke dalam plastik. Oleh WAN MUHAMAD WAN ADAM

MEMANG ramai sebenarnya di dunia ini yang boleh bercerita bagaimana mereka tidak akan berjaya jika tidak menemui kegagalan terlebih dahulu. Zamzuree Zakaria, 43, ialah seorang daripadanya yang menjadikan pengalaman kecundang sebagai pengajaran amat berguna untuk bangkit semula dan muncul sebagai antara pengimport dan pengeksport lembu secara komersial terbesar di negara ini. Dengan berbekalkan modal hanya RM40,000 pada tahun 2000, yang sekadar mampu mengimport 28 ekor lembu dari Australia, kini pengusaha lembu yang juga Pengarah Syarikat Mahaderas Sdn. Bhd. ini sudah memiliki aset semasa lebih RM4.9 juta. ''Ini termasuk kandang dan peralatan yang membabitkan kawasan seluas 8.7 hektar di Kampung Jelor, Pasir Puteh," katanya kepada ketika ditemui di ladangnya di Pasir Puteh, Kelantan. Zamzuree pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 mengambil alih pengurusan perniagaan daripada bapanya Zakaria Awang pada tahun 2003 Sebelum itu, beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat termasuk Renong Berhad, Kuala Lumpur dan sebuah bank di Kelantan sebelum mengambil keputusan meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam perniagaan penternakan.

Gambar hiasan `Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persahabatan dan tak ada pertolongan'(surah al-baqarah, ayat 254)

9. Kontrak Yang Jelas Dan Sah Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan diantara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Bukan mudah bagi Zamzuree untuk mengumpul aset sebesar itu. Anak kepada seorang guru sekolah kampung yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh ini mengambil risiko besar meninggalkan pekerjaan kolar putih untuk menceburi bidang perniagaan. Setahun selepas mengambil alih perniagaan bapanya, beliau menghadapi ujian perniagaannya hampir lumpuh berikutan harga import lembu dari Australia meningkat mendadak kerana nilai mata wang negara menurun. ''Ia halangan terbesar dan perniagaan saya hampir lumpuh sama sekali. ''Saya pernah menerima pelbagai kritikan dan cacian daripada masyarakat di atas kegagalan itu dan saya jadikan ia sebagai tiupan semangat untuk bangkit semula. "Doa dan harapan saya mendapat keredaan Allah apabila diselamatkan oleh Agro Bank yang meluluskan pinjaman segera berjumlah RM1.4 juta sebagai modal pusingan," katanya. Dengan wang pinjaman itu, Zamzuree mula mengalih tumpuan ke arah mengimport lembu dari Selatan Thailand terutama spesies Brahman Cross India. Kini beliau mengimport kira-kira 12,000 ekor setahun untuk dipasarkan di Semenanjung terutama Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain Kelantan. Terbaharu, lebih 1,200 ekor lembu bernilai RM2 juta sudah ditempah bermula akhir bulan ini bagi keperluan bulan Ramadan dan Aidilfitri. ''Sebahagian besar daripada jumlah itu sudah tiba dan ditempatkan di ladang syarikat untuk dikuarantinkan selama 10 hari dan diberi suntikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh agar ia selamat dan bebas daripada pelbagai jangkitan penyakit sebelum diedarkan kepada pengguna," katanya. Lembu berkenaan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu kira-kira RM2,000 seekor dan sehingga kini ia mendapat permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan dan musim cuti sekolah bagi kenduri kahwin.

Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut: a. Sempurna rukun dan syarat b. Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak Rukun secara umumnya: a. Penjual b. Pembeli c. Barang yang dijual d. Harga Syarat (contohnya) a. Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini, bapa atau penjaga boleh menguruskannya. b. Orang yang tidak disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis. c. Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

d. Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan. e. Syarat-syarat lain boleh ditambah bertentangan dengan syarak. asalkan tidak

10. Segala Bentuk Perjudian di Larang segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian. `hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan'(surah al-ma'idah, ayat 90) 11. Harga yang Adil Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi. Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab yang manasabah sematamata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Zamzuree berkata, berasaskan kejayaan itu beliau mempelbagaikan kegiatan dengan menyertai projek hiliran seperti ternakan 1,300 ekor itik telur spesies khaki campbell untuk memproses dijadikan telur masin. Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh, beliau berjaya menghasilkan kira-kira 900 biji telur sehari untuk pasaran domestik dan merancang untuk menghasilkan 10,000 biji untuk dieksport ke luar Kelantan. Zamzuree juga mengimport dan menternak 200 ekor kambing daging spesies luar negara dan sehingga kini dapat memasarkan 100 ekor sebulan untuk keperluan tempatan. Bagi keperluan harian, beliau turut menternak 300,000 ekor ikan keli dan mengeluarkan hasil antara 800kg dan 1,000 tan sebulan. Beliau juga ialah pengeluar terbesar baja organik hasil buangan bahan terbiar seperti najis lembu, kambing dan itik selain campuran bahan kimia bagi penyuburan tanaman jangka pendek dan panjang. Antara 10 hingga 20 tan sehari mampu dikeluarkan bagi memenuhi keperluan domestik termasuk beberapa buah syarikat di Terengganu. Di samping itu, Zamzuree juga mempunyai sebuah kolam memancing pelbagai spesies ikan yang membabitkan kawasan seluas 1.8 hektar dan sebuah restoran. Kolam berkenaan disediakan untuk memberi peluang kepada remaja melibatkan diri dalam aktiviti lebih sihat dengan mengenakan bayaran RM7 sejam. Setiap bulan beliau mengadakan karnival memancing dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai. Seorang pembeli dari Cheras, Selangor, Mokhtar Ahmad, 35, ketika ditemui di ladang berkenaan berkata beliau sering berurusan dengan syarikat berkenaan disebabkan bekalan lembunya lebih segar. "Kedatangan saya hari ini untuk membeli lapan ekor lembu bagi bekalan bulan Ramadan," katanya. - Bernama

Usaha perlu dibuat oleh pengusaha muslim untuk membantu kerajaan menstabilkan harga. Ini akan mebantu menarik pelabur luar melabur Di Malaysia. BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN? Masalah sekarang ialah masalah perlaksanaan. Ada tiga cara untuk memastikan perlaksanaan. a. Peniaga atau pengusaha b. Pengguna atau pembeli c. Peranan kerajaan Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca dan memahami apa yang di gariskan oleh syariat Islam I. Mereka harus yakin bahawa mereka akan di hadapkan kepada Allah swt di hari akhirat nanti dan akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah swt. Oleh itu mereka harus melaksanakan dan mengamalkan apa yang di tentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, kita akan lihat berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika dan prinsip perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensiagensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau perlaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan.

II.

III. Peranan kerajaan adalah seperti berikut: o menyediakan garis panduan yang jelas den lengkap mengenai etika perniagaan untuk di edarkan kepada peniaga dan pengusahapengusaha memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya membentuk agensi atau badan untuk memantau perlaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi menyediakan ruang bagi orang ramai untuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiranya terdapat penyelewengan.

ARKIB : 21/08/2009

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

KESIMPULAN Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita,falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja, pengeluaran, pembiayaan,perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an: `Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah annisa' ayat 29) `Wahai orang-orang yang beriman masuklah dalam Islam keseluruhannya' Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nant dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini. `Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2) WALLAHUA' LAM.

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

a.

Rukuniaga Malaysia

IKLAN

Rukuniaga Malaysia

Pengenalan Rukuniaga Malaysia (The Malaysian Business Code of Ethics) merupakan satu kod etika perniagaan yang berasaskan kepada nilai-nilai agama, falsafah dan budaya rakyat di negara ini. Penggubalan Rukuniaga Malaysia ini berlandaskan kepada ajaran agama, falsafah dan tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Ianya merupakan satu usaha Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyemarakkan disiplin diri atau 'self regulation' dikalangan masyarakat peniaga di Malaysia. Objektif Tujuan Rukuniaga ini digubal adalah: Untuk menyediakan prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai, dihayati dan diamalkan oleh semua peniaga demi kesejahteraan pengguna dan juga peniaga. Membantu para peniaga mengamalkan standard etika perniagaan yang tinggi dikalangan mereka supaya kepentingan semua pihak terjamin demi menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Melambangkan nilai-nilai murni sejagat yang dihasilkan daripada pegangan dan kepercayaan pelbagai agama, falsafah dan budaya di Malaysia.

PANDUAN USAHAWAN RUKUNIAGA MALAYSIA

KEDA GALAK
PEMBANGUNAN USAHAWAN

Prinsip Rukuniaga Malaysia Bagi maksud tersebut, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mewujudkan enam (6) Prinsip Rukuniaga Malaysia seperti berikut: Berlaku Benar Dalam Amalam Perniagaan Perilaku peniaga menuju kepada perkara-perkara benar termasuk niat dan aqad jual-beli, pemikiran, perbuatan dan pertuturan. Contoh: Peniaga tidak harus sengaja menyembunyikan kecacatan yang ada pada keluaran semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sama juga keadaannya apabila dengan sengaja memanipulasikan bekalan sesuatu barangan bagi tujuan untuk meningkatkan harga. Bertanggungjawab Kepada Pelanggan, Masyarakat Dan Persekitaran Bertanggungjawab terhadap pelanggan, masyarakat dan persekitaran dalam sebarang tingkahlaku dan keputusan yang diambil. Contoh: Menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Sayugia, segala barangan atau perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran atau perkhidmatan yang diberi tidak menjejaskan kepentingan masyarakat dan persekitaran. Berperikemanusian Kepada Semua Insan Mempunyai perasaan kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia, lemah lembut, pemurah dan saling membantu. Tingkahlaku dan keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan kepentingan semua pihak dan bukan kepentingan perniagaan itu sahaja. Contoh: Sekiranya seorang pelanggan telah membuat kesilapan semasa pembeliannya, dan ingin menukarkan sama ada dalam bentuk barangan lain atau mendapatkan kembali wangnya, peniaga harus bersetuju demi tanggungjawab sosial terhadap semua insan. Kesederhanaan Tingkah Laku Dalam Perniagaan Mengamalkan sifat rendah diri, tidak bermegah-megah, tidak sombong, tidak keterlaluan, tidak tamak dan tidak berjimat cermat daripada segala segi. Contoh: Seseorang peniaga yang berjaya tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya masih sanggup bersikap timbang rasa serta memberi sumbangan dan sokongan kepada mereka yang memerlukannya. Saksama Terhadap Pelanggan Tindakan yang diambil tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, layanan sama rata tanpa mengira kaum, kelas atau darjat dan tidak berat sebelah. Contoh: Seseorang peniaga sepatutnya tidak membezakan antara pelanggan, sama ada orang kenamaan atau rakyat biasa di dalam urusan perniagaan mereka, kerana wang itu adalah sama nilainya.

IKS

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan Bumiputera menjelang alaf yang akan datang, KEDA telah menggalakkan perkembangan usahawan dan memesatkan pertumbuhan industri yang melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Program IKS ini telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam. Di Kedah, KEDA merupakan agensi pelaksana utama IKS sejak tahun 1992 di mana KEDA bertindak selaku urusetia dan 'Lead Implementing Agency' kepada IKS. Berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 dan Dasar Pembangunan Nasional, matlamat program Pembangunan Usahawan KEDA ialah: Meningkatkan jumlah dan kualiti usahawan Bumiputera IKS Khususnya di wilayah KEDA. Meningkatkan jumlah dan kualiti usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan di KEDA. Menyediakan pembangunan perdagangan. infrastruktur perindustrian bagi dan

Menggalakkan usahasama antara usahawan Bumiputera dengan bukan Bumiputera untuk meningkatkan pengetahuan dan pengukuhan rangkaian perniagaan. Memberi pendedahan tentang jenis dan tahap teknologi dengan mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan. Memastikan sokongan dan bantuan daripada sektor awam kepada usahawan yang tulen, berpotensi dan mempunyai projek yang berdaya maju. Jika dilihat dari segi objektifnya pula, peranan KEDA ialah: Meningkatkan bandar jumlah yang usahawan luar berkualiti.

Memupuk dan membangunkan usahawan luar bandar yang berkualiti dan mengamalkan nilai-nilai keusahawanan tulen.

PANDUAN USAHAWAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM

Menggerak dan membangunkan aktiviti industri yang berdaya maju dan strategik di luar bandar. Meningakatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar ke arah mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mempertingkatkan pembangunan IKS ialah seperti: Meyediakan kemudahan asas yang lengkap untuk kemasukan pelaburan sektor IKS baik dari dalam mahupun luar negeri. Penempatan semula syarikat-syarikat IKS yang beroperasi secara haram di setiap daerah di negeri Kedah. Menyediakan kemudahan kawasan perindustrian yang kompetetif khusus untuk usahawan IKS Bumiputera ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Membangunkan kawasan perindustrian yang bersepadu. Mewujudkan asas perbandaran di luar bandar. Sehingga kini, terdapat lapan kawasan perindustrian IKS KEDA yang merangkumi kawasan seluas 50 hektar telah dibangunkan iaitu : Napoh, Daerah Kupang Pasu. Naka, Daerah Padang Terap. Jeniang, Daerah Kuala Muda Pekan Sik, Daerah Sik. Pekan Baling dan Bt. 42, Daerah Baling. Sg. Tiang, Daerah Pendang. Wang Tok Rendong, Daerah Langkawi. Kawasan Perindustrian di Kampung Tradisional/PPRT.

Kesungguhan Menjayakan Perniagaan Membuat sesuatu dengan tekun, rajin dan penuh kesabaran, tidak mudah mengaku kalah, berani menanggung risiko dan sanggup berusaha bermati-matian. Contoh: Apabila menceburi bidang sesuatu perniagaan, peniaga tidak seharusnya merasa gusar dengan peniaga-peniaga yang sedia ada, apa yang penting adalah bagaimana kejayaan peniaga lain dapat mendorongnya untuk berjaya. Pertanyaan lanjut mengenai Rukuniaga Malaysia, bolehlah berhubung dengan sekreteriat Rukuniaga Malaysia seperti alamat berikut: BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Lot 2G3, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya, Malaysia. Hotline : 1800-886-800 Tel. : 603-8882 5500 Fax : 603-8882 5762 Sila hubungi : Encik Isamil Jantan

Adakah MODAL paling utama sebagai landasan kejayaan dalam perniagaan? Fikirk-fikirkan lah..

SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

MUKA SURAT 1

Jujur dalam perniagaan


Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

AGAMA bagi Muslim bersangkutan dalam segenap aspek kehidupan, tidak seperti golongan bukan Islam, yang mempraktikkan etika agama dan urusan dunia secara berasingan, sekali gus mengizinkan mereka melakukan segala keinginan. Muslim tidak terlepas dengan etika digariskan agama dalam usaha untuk mencapai keselesaan, kesenangan dan kekayaan, termasuklah dalam bidang perniagaan. Ada yang mahu barang laris, keuntungan berganda dan cepat kaya sehingga sanggup mengadai prinsip agama dan menzalimi pihak lain. Senario yang berlaku hari ini memang mengecewakan. Mereka mengaburi pengguna dalam pelbagai sudut, bermula dengan janji manis ketika tawar menawar sehinggalah penetapan harga, kualiti dan kuantiti barang. Muslim sepatutnya mengamalkan etika dan nilai mengikut piawai ditetapkan dalam berurus niaga, tidak kiralah dia penjaja kecil, usahawan atau ahli perniagaan. Dalam hubungan ini, Presiden Majlis Fiqah Amerika Utara, Dr Muzammil Siddiqi menjelaskan kisah Nabi Syu'aib a.s yang diutuskan kepada penduduk Madyan pada zaman Nabi Ibrahim a.s wajar diteladani. "Baginda diutuskan terhadap golongan yang terbabit dalam perniagaan. Golongan ini sangat bangga dengan pengetahuan perniagaan dimiliki dan kejayaan dicapai. Tetapi mereka tidak jujur," katanya. Al-Quran menceritakan usaha Nabi Syu'aib menasihati mereka. Baginda menggesa mereka mematuhi etika dalam perniagaan seperti menyempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil, tidak menzalimi orang lain dan membawa kerosakan. Mereka dengan angkuh tidak mahu menerima nasihat itu. Mereka marah dan menasihati baginda jangan mencampurkan agama dengan perniagaan. Tetapi kesudahannya mereka yang binasa, sedangkan Nabi Syu'aib terselamat. Dr Muzammil berkata, ini memberikan gambaran bahawa setiap orang mesti mengamalkan etika mengikut piawai dalam perniagaan. Menurutnya, perniagaan dan etika tidak berasingan, bahkan ia berhubungkait, sebagaimana yang ditunjukkan manusia yang paling ideal dalam segenap aspek, Nabi Muhammad s.a.w. "Baginda adalah guru, pembimbing, pemidato dan pemimpin terbaik, penggubal undangundang, hakim dan diplomat, perunding dan jeneral tentera terbaik, ketua keluarga, suami, bapa dan datuk yang pengasih serta jiran dan sahabat yang baik."

AGAMA bagi Muslim bersangkutan dalam segenap aspek kehidupan, tidak seperti golongan bukan Islam, yang mempraktikkan etika agama dan urusan dunia secara berasingan, sekali gus mengizinkan mereka melakukan segala keinginan.
Rasulullah dipilih Tuhan menjadi nabi dan rasul terakhir pada usia 40 tahun. Sebelum itu baginda terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat jujur dan berjaya.

Makkah adalah tempat kelahiran baginda sangat popular dari dulu. Kafilah dari Syria di utara dan Yaman di selatan menjadikan kota itu sebagai laluan perniagaan. Baginda dilaporkan turut menyertai kafilah ini.

Katanya, Rasulullah melalui perjalanan ke Syria, Yaman, Bahrain dan banyak lagi tempat di Arab Saudi melalui kafilah ini. "Bahkan, sesetengah ahli sejarah mengandaikan yang baginda juga meneruskan perjalanan ke Iraq dan Ethiopia," katanya. Sejak usia awal lagi baginda terbabit dalam perniagaan. Baginda mempunyai reputasi yang baik, sebagai ahli perniagaan bekerja kuat, jujur, benar dan sangat berjaya. Berasaskan reputasi ini Khadijah, ahli perniagaan yang kaya raya menggajikannya untuk melakukan perniagaannya. Sebelum itu ada pemuda lain yang berminat untuk bekerja dengan beliau, tetapi ditolak kerana tidak jujur. Dr Muzammil menegaskan, prinsip umum yang mesti dipatuhi antaranya, tiada penipuan, penjual mesti mengelakkan daripada melakukan banyak sumpah apabila menjual barang, adanya persetujuan, tepat terhadap timbangan dan ukuran. Menurutnya, peniaga dilarang melakukan monopoli (perdagangan dalam kawalan seorang), kerana Nabi s.a.w melarang amalan itu, malah tindakan itu dihukumkan berdosa. Kitab fiqah mengenai rukun jual beli, menjelaskan barang yang diniagakan itu mestilah suci, ada manfaat, dapat diserahkan kepada pembeli, kepunyaan penjual dan diketahui kedua-dua pihak mengenainya, termasuk bentuk, ukuran dan sifatnya. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Zaharuddin Abd Rahman, dalam artikelnya, berkata di dalam Islam setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun ia masih terikat dengan harga pasaran. "Justeru,

Gambar Hiasan Beliau berkata, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli terhadap harga pasaran, harga yang tinggi tadi menjadi haram. Dalam disiplin perniagaan hari ini globalisasi sepatutnya difahami lebih positif yang menunjukkan semua orang boleh bertolak ansur dan sepakat seperti dalam satu keluarga, bukan mengambilnya sebagai loncatan untuk bersikap lebih rakus. Semua pihak sepatutnya dilayan dengan hormat, sama rata dan adil. Eksploitasi terhadap sesetengah pihak sepatutnya dihentikan dan tidak timbul perbezaan sesama manusia berdasarkan bangsa, warna kulit, warganegara, jantina atau agama. Ini kerana kemakmuran sumber bumi bukan hanya untuk segolongan dan terpakai bagi satu generasi saja, tetapi ia khazanah yang perlu dikongsi bersama. Siapa pun kita dan di dalam bidang apa kita usahakan, tetap terikat dengan etika.

harga yang ditawarkan hendaklah diterima harga pasaran, jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia mesti mesti mempunyai sesuatu nilai tambah unik pada kualiti barangan itu.
"Tidak dibuat dengan tujuan spekulasi (harga yang ditawar bukan bertujuan untuk jual beli sebenar tetapi hanya dibuat bagi memberi kesan kepada harga pasaran semasa) atau bagi menaikkan harga pasaran," katanya.

Berbakti kepada tanah beri hasil lumayan

Abdul Khalid berkata, ladang buah naga tersebut diusahakan dengan modal asal berjumlah RM15,000 untuk setiap 0.6 hektar dan ladang itu kini mampu mengeluarkan hasil sebanyak 800 kilogram hingga satu tan sebulan. Katanya, dengan harga di ladang sekitar RM2.45 sekilogram, ladang itu mampu memberikan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan bagi setiap sehektar. Sementara ternakan kambing yang diusahakan di ladang buah naga pula setakat ini baru sahaja bermula dan belum lagi di peringkat menjual benih atau daging, katanya. Abdul Khalid memberitahu, ternakan kambingnya kini lebih berfungsi sebagai mesin pelupus kerana daun-daun buah naga yang tidak berfungsi mengeluarkan hasil akan dicincang-cincang menjadi makanan kambing. Beliau berkata, hasilnya kambing-kambing miliknya mampu menghasilkan baja organik daripada najis haiwan itu sekitar 100 kilogram sehari atau tiga tan sebulan. Katanya, dengan jumlah itu jika ia diproses sebagai baja organik ia mampu menghasilkan pendapatan berjumlah RM24,000 sebulan. Bagaimanapun, setakat ini najis-najis kambing digunakan sendiri untuk membaja pokok-pokok buah naga dan dengan sendirinya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran, ujarnya. Abdul Khalid yang pernah menyertai kursus pertanian secara intensif di Pusat Latihan Pertanian Ayer Hitam berkata, salah satu rahsia kejayaannya ialah kerana menggunakan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) sejak awal usahanya. Beliau berkata, kaedah itu dapat menjimatkan kos input ladang dan peningkatan hasil sekitar 20 peratus. Tanpa EM ini rasanya saya tidak akan tahan berada di tengah-tengah ladang dan kandang kambing kerana kaedah ini mampu menyediakan persekitaran yang bersih dan nyaman, katanya. Malah, Abdul Khalid menganggap ladang itu sebagai tempat beliau menghiburkan hati selepas penat menjalankan peniagaan menyelenggara dan mengambil buah kelapa sawit di kawasan berdekatan.

BATU PAHAT 28 April Berbakti kepada tanah memang tidak pernah merugikan pengusahanya malah mampu memberi hasil lumayan. Berpegang kepada keyakinan itu, Abdul Khalid Baba, 46, menceburi bidang tersebut secara serius lebih 10 tahun lalu dengan usaha menanam kelapa sawit. Beliau kemudiannya meningkatkan lagi usahanya dalam bidang itu apabila menyelenggara dan menurunkan buah kelapa sawit milik sebuah ladang di Kluang. Menurut petani gigih itu, usaha itu berjaya dan semakin berkembang dan kini beliau mempunyai seramai 19 pekerja yang kesemuanya buruh dari Indonesia. Katanya, hasil keuntungan yang dikumpul daripada usaha tersebut telah dikembangkan pula dengan menceburi penanaman buah naga di tanah seluas tiga hektar di Kampung Chamek kira-kira tiga tahun lalu. Bermula 2 Februari tahun lalu pula saya meluaskan lagi kegiatan dengan menternak kambing Boer yang kini berjumlah 86 ekor, katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ternak lintah memang menguntungkan


Berita Harian, 5 Dis 2007

Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaannya yang tinggi di pasaran sekarang, katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, lintah yang diternaknya itu dijangka sudah boleh dijual mulai bulan depan iaitu selepas enam bulan ia dibiakkan dalam enam kolamnya itu. Katanya, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan induk atau ibu lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan. Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati. Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik dan kos operasi kolam berkenaan, saya juga membuat pinjaman bank sebanyak RM10,000, katanya yang turut memiliki perniagaan pembungkusan sarung tangan menerusi syarikat miliknya bersama suami, Terap Jaya Enterprise. Mereka yang berminat mendalami bidang penternakan lintah boleh menghubungi Roziana di talian 05-8394157 atau 05-8394928.

Komponen penting dalam hasilkan produk kecantikan, kesihatan dan perubatan SEBELUM ini, lintah sering diberi pandangan negatif ekoran tabiatnya yang menghisap darah sehingga wujud peribahasa lintah darat bagi menggambarkan orang yang tidak berhati perut dan sering menindas orang lain. Kini, persepsi terhadap lintah semakin berubah yang mana haiwan itu tidak lagi `digeruni malah dicari di merata tempat dan diternak kerana mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya. Ia berikutan kajian menunjukkan haiwan itu boleh menjadi komponen penting dalam menghasilkan produk kecantikan, penjagaan kesihatan dan perubatan sekali gus memastikan lintah mendapat permintaan tinggi di pasaran. Menyedari faktor itu, Roziana Abu Hassan, 34, bersama suami, Mohd Jantan Abu Hassan, 36, dan ibunya, Rahidah Wahid, 50, sanggup mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM30,000 untuk mengusahakan ternakan lintah. Mereka memulakan usaha itu kira-kira lima bulan lalu dengan membina enam kolam dengan setiap satunya berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak. Roziana berkata, beliau mengetahui mengenai potensi lintah untuk menjana pendapatan selepas terbaca di dalam akhbar mengenai kursus ternakan haiwan itu yang dianjurkan Art Soulist Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan. Ketika mengikuti kursus itu, saya diberitahu bahawa setiap satu kolam yang boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah, mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

Dapatkan Khidmat Nasihat dari Jabatan Pertanian berdekatan dengan anda atau layari www.

Usahawan Komputer I-Tech Technology


"Beliau pernah dicerca dan diketepikan dalam 11 temu duga kerja hanya kerana kekurangan dirinya yang dilahirkan sebagai insan kerdil."

"Biarlah apa orang nak kata. Apa lebih penting adalah impian dan semangat untuk menjadikan apa yang kita inginkan itu satu kenyataan. Memang orang boleh kata apa pun, tetapi pokok pangkalnya, terletak pada diri sendiri. Alhamdulillah, setakat ini, Allah permudahkan usaha saya," katanya. "Tahun lalu, saya menemui Pengurus Pusat Giat Mara Segambut, Nurul Azimah Mohd Ani. Akhirnya pada Julai 2008, saya dapat membuka I-Tech Technology yang buat sementara ini ditempatkan di lot kedai di Pusat Teknopreneurs Giat Mara di Taman Sri Sinar, juga di Segambut." Hasil bantuan Pusat Giat Mara yang memberinya elaun sara hidup RM200 sebulan, membayarkan sewa tapak kedai, menyediakan peralatan untuk beroperasi serta wang RM1,000 dipinjam daripada abangnya, Firdaus akhirnya membuka I-Tech Technology. "Biarpun penat kerana waktu kerja yang tidak menentu, apa yang penting, kita harus jujur, ikhlas dan berusaha selagi terdaya," katanya yang turut menjadi mentor kepada sekumpulan bekas pelatih Pusat Giat Mara berkenaan. INFO: Perkhidmatan disediakan termasuk membaik pulih komputer, aksesori komputer, 'networking' komputer. Alamat: Pusat Teknopreneurs, No 20, Jalan 6/38D, Taman Sri Sinar, Segambut, 51200, Kuala Lumpur. Sumber: Berita Harian Online

Namun, ia terbukti tidak pernah mematahkan semangat Firdaus Mohamad @ Kamal yang biarpun baru berusia 20 tahun tetapi sudah mampu meraih pendapatan empat angka iaitu sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Ini hasil usahanya sebagai usahawan syarikat I Tech Technology yang menyediakan perkhidmatan baik pulih dan aksesori komputer miliknya di Segambut. Biarpun ketinggiannya cuma 115 sentimeter, namun jiwa, hati, tekad dan semangatnya jauh lebih besar daripada insan normal lain dan sanggup menempuh dugaan yang melanda hasil persepsi negatif segelintir masyarakat yang meragui kemampuannya.

You might also like