You are on page 1of 18

E1001 / UNIT 2/ 1

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

UNIT 2

ARUS ULANG ALIK

OBJEKTIF

Objektif am

: Memahami tentang arus ulang alik, sumber-sumbernya serta gelombang keluaran yang terhasil dan dapat mengetahui istilah am bagi kitar, frekuensi dan kalaan,nilai puncak atau amplitud. Di samping dapat mengetahui nilai bagi e = Em sin (Zt + U), nilai ppgd, nilai purata , faktor bentuk dan faktor puncak. : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Objektif khusus

 Membezakan antara arus terus dengan arus ulang alik.  Menyenaraikan sumber-sumber arus ulang-alik (a.u).  Melukis dan melabelkan gelombang a.u hasil keluaran penjana A.U mudah.  Menyatakan nilai e = Em sin (Zt + U)  Mentakrifkan kitar, frekuensi dan kalaan,nilai puncak atau amplitud.  Menyatakan nilai ppgd, nilai purata , faktor bentuk dan faktor puncak.

E1001 / UNIT 2/ 2

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

ARUS ULANG ALIK

2.0

PENGENALAN Arus elektrik terbahagi kepada dua iaitu ; a) Arus terus (d.c/a.t) b) Arus ulang alik (a.c/a.u) 2.1 PERBEZAAN ARUS ULANG ALIK DENGAN ARUS TERUS 2.1.1 Arus terus (a.t) Arus terus (a.t) mengalir dalam satu arah sahaja. Bateri atau sel menjanakan arus terus ini. Aliran arus sehala ini disebabkan oleh kutub bateri atau sel yang tidak berubah. Bentuk perubahan arus terus dengan masa adalah seperti di bawah. Arus (I)

Masa (t)

Rajah 2.1 : Bentuk gelombang arus terus 2.1.2 Arus ulang alik (a.u) Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. Perubahan arah pengaliran arus dalam litar a.u disebabkan olah perubahan kekutuban punca voltan yang berselang seli. Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar.

E1001 / UNIT 2/ 3

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Arus (I)

Maksimum positif

+
0 Masa (t)

Maksimum negatif

Rajah 2.2 : Bentuk gelombang arus ulang alik 2.2 SUMBER ARUS ULANG ALIK (A.U) Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan elektromagnet dimana ia menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Terdapat 2 cara untuk menjana voltan ulang alik (a.u) iaitu ; i) Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (diam). (Pengalir memotong fluks) Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (diam). (Fluks memotong pengalir)

ii)

Dalam sebuah penjana asas iaitu dengan andaian pengalir tunggal, pengalir itu dinamakan angkir (armature). Hujung angkir gelung ini disambung ke gelang gelincir (slip rings). Gelang gelincir ini ditebat di antara satu sama lain dan dari shaft di mana ia dipangsikan (mounted). Berus-berus karbon disambung ke gelang pelincir untuk membolehkannya menyambung pengalir (angkir) bergerak ke litar luar (terminal keluaran). Angkir mestilah dipacu dengan daya mekanikal. Oleh itu, penjana dikatakan mesin yang menukar tenaga mekanik ke tenaga elektrik.

E1001 / UNIT 2/ 4

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Penukaran tenaga tersebut berdasarkan kepada penghasilan daya gerak elektrik(d.g.e) iaitu apabila terdapatnya pemotongan fluks oleh pengalir (angkir) sebagimana dinyatakan oleh Hukum Faraday bagi aruhan elektromagnet ;

d.g.e teraruh , e = -N dU dt

Jika satu litar luar (beban) disambung ke pangalir tunggal itu melalui gealng gelincir, daya gerak elektrik (d.g.e) ulang alik akan terjana kerana ia sentiasa bertukar arah bergantung kepada pergerakan pengalir (atas dan bawah). Maka arus ulangalik akan mengalir melalui beban tadi. Arah aliran arus dan kekutuban d.g.e bergantung kepada arah medan magnet, juga arah putaran (gerakan) pengalir tersebut. Ia boleh ditentukan dengan menggunakan Aturan Tangan Kanan Fleming. 2.3 GELOMBANG A.U HASIL KELUARAN PENJANA A.U MUDAH Apabila gegelung pengalir diputar dalam medan magnet, pemotongan urat daya (fluks magnet) berlaku. Proses ini akan menghasilkan arus aruhan. Maka d.g.e akan teraruh pada pengalir. Arus aruhan yang terhasil ini akan disalurkan melalui sepasang berus yang disambung ke galvanometer. Jarum galvanometer akan memesong ke kiri pada setengah pusingan yang pertama dan ke kanan pada setengah pusingan yang berikutnya apabila gelung dipusingkan secara perlahan-lahan. Arus aruhan itu bertukar arah bagi setiap separuh pusingan gelung. Ini menunjukkan bahawa arus yang terhasil adalah arus ulang alik (a.u).

E1001 / UNIT 2/ 5

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

arus sifar

arus maksimum positif (pusingan separuh pertama)

arus sifar

arus maksimum negatif (pusingan separuh kedua)

arus sifar

KEDUDUKAN y y y

SIFAT Gelung pengalir selari dengan urat daya. Tiada pemotongan fluks yang berlaku Arus adalah sifar kerana tiada arus aruhan yang dihasilkan.

A,C,E

y B,D y y

Gelung bersudut tepat dengan urat daya magnet. Kadar pemotongan urat daya adalah maksimum. Arus aruhan yang terhasil adalah maksimum.

y y

Kedudukan pusingan separuh pertama. Arah arus aruhan adalah bertentangan dengan arus pada kedudukan D.

y y

Kedudukan pusingan separuh kedua. Arah arus adalah bertentangan dengan arah arus pada kedudukan B.

E1001 / UNIT 2/ 6

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Apabila gelung dawai berputar pada halaju sudut malar di dalam magnet tertentu, suatu d.g.e a.u yang sinusoidal akan terbentuk. Bentuk gelombang sinus yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik adalah seperti di bawah;

t Rajah 2.3 : Graf sin bagi arus ulang alik

Sekarang kita perhatikan satu bentuk gelombang sinus yang terhasil. Terdapat beberapa istilah asas dalam gelombang ulang alik yang perlu diketahui.

Rajah 2.4 : Gelombang sinus arus ulang alik

E1001 / UNIT 2/ 7

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK a) Kitar Gelombang yang lengkap dipanggil satu kitar. Ia terdiri dari separuh kitar positif dan separuh kitar negatif. A p B : kitar positif p C : kitar negatif B Maka, A p C : 1 kitar b) Tempoh (kalaan) Masa yang diambil untuk melengkapkan satu kitar dipanggil tempoh (kalaan) bagi gelombang tersebut. Simbol : T Unit : saat (s) c) Frekuensi Bilangan kitar lengkap yang diperolehi bagi sesuatu tempoh masa dinamakan frekuensi. Simbol : f Unit : Hertz (Hz) 1 Formula : f = t d) Nilai puncak (amplitud) Nilai puncak atau amplitud bagi gelombang sinus adalah nilai maksima bagi voltan/arus. Simbol : Vp (Vm) Unit : Volt (V) e) Voltan puncak ke puncak Voltan puncak ke puncak (Vpp) adalah nilai voltan dari voltan puncak kitar positif sehingga voltan puncak kitar negatif. Jadi, Vpp = 2Vp f) Nilai pmkd (purata min kuasa dua) / nilai berkesan (rms) Nilai berkesan bagi sesuatu gelombang sinus/ulangalik ialah nilai voltan/arus ulangalik yang akan memberikan kesan pemanasan (haba) yang sama seperti arus terus (a.t) pada satu litar yang sama dan pada jangkamasa yang sama. Nilai pmkd juga dikenali sebagai nilai berkesan (rms value).

E1001 / UNIT 2/ 8

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK g) Nilai ketika Nilai yang berada di mana-mana sahaja antara nilai puncak positif dengan negatif akan berbeza bergantung kepada masa yang ditentukan. h) Nilai purata/min Purata nilai kitar arus/voltan. 2.4 NILAI BAGI e = Em sin ( Zt +U ) Gelombang voltan yang dihasilkan oleh penjanaan arus ulang alik dihuraikan oleh persamaan; e = Em sin Zt Dimana, e = Em = Z =

Beza keupayaan seketika Beza keupayaan maksismum atau amplitud voltan Halaju sudut, 2Tf atau 2T T

Untuk satu pusingan lengkap, pengalir berputar 360o. Tetapi jika diukur dalam radian, satu pusingan lengkap mewakili 2T radian. Tempoh masa untuk satu pusingan lengkap ialah T. T

360o 2T rad

1 pusingan lengkap

E1001 / UNIT 2/ 9

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Maka, untuk 1 saat, sudut putaran pengalir adalah; halaju sudut = 360o darjah/saat T atau halaju sudut = 2T rad/saat T Maka, sudut fasa pada sebarang ketika t ialah; sudut = 2T v t radian T

Oleh kerana f = 1 T Maka, sudut Sudut = 2Tft rad = Zt rad,

di mana; Z = 2Tf atau 2T T

Maka, bentuk gelombang diwakili oleh persamaan; e = Em sin Zt

2.5 TAKRIFAN BAGI KITAR, FREKUENSI DAN KALAAN, NILAI PUNCAK DAN AMPLITUD 2.5.1 Kitar Untuk satu kitar lengkap, pengalir di dalam penjana berputar dalam satu pusingan lengkap. Di sini, voltan keluaran akan mengalami perubahan bentuk sinus.

E1001 / UNIT 2/ 10

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

1 kitar lengkap

2.5.2 Frekuensi dan Kalaan Frekuensi 1 Hertz (Hz) ditakrifkan sebagai satu kitaran lengkap dalam tempoh 1 saat.

Apabila suatu gelombang menempuh perubahan untuk satu kitar yang lengkap dalam tempoh 1 saat, maka gelombang itu mempunyai frekuensi 1 hertz (Hz).

Frekuensi sesuatu bentuk gelombang biasanya diperolehi dengan menyonsangkan tempoh masanya. f = 1 T

Manakala, kalaan pula bermaksud masa yang diambil untuk melengkapkan satu kitar bagi gelombang tersebut.

E1001 / UNIT 2/ 11

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

2.5.3 Nilai Puncak Atau Amplitud

Amplitud

Amplitud

Amplitud ditakrifkan sebagai nilai tinggi puncak sesuatu gelombang sinus.

2.6 MENYATAKAN BAHAWA 2.6.1 Nilai ppgd = 0.707 nilai puncak Nilai ppgd (punca purata ganda dua) atau nilai berkesan bagi gelombang voltan berbentuk sinus adalah bersamaan dengan 0.707 di darab dengan nilai puncak iaitu ;

Nilai ppgd = 0.707 v Vp

di mana 0.707 =

1 2

Contoh : Kirakan nilai ppgd gelombang voltan di bawah.

V(ac)= 14.14V setara dengan 10V(dc) V (ac) 14.14V 10V V(dc)

E1001 / UNIT 2/ 12

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Nilai ppgd gelombang voltan

1 2

v Vp

= 0.707 v 14.14 = 10 Vdc

2.6.2 Nilai purata = 0.637 nilai puncak Nilai purata satu gelombang sinus bagi setengah kitar positif ialah nilai puncak ke puncak dibahgi dengan T iaitu ;

Vp Vp-p = 2Vp Vp

T (setengah kitar)

2T (1 kitar)

Maka, nilai purata =

Vp-p . = 2Vp nilai setengah kitar T

Nilai purata = 2 Vp T = 0.637Vp

E1001 / UNIT 2/ 13

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

2.6.3 Faktor bentuk = nilai p.p.g.d / nilai purata = 1.11 Faktor bentuk merupakan nisbah bagi nilai ppgd kepada nilai purata. Faktor bentuk = nilai ppgd nilai purata = 0.707 v nilai puncak 0.637 v nilai puncak = 1.11 2.6.4 Faktor Puncak = nilai puncak / 0.707 nilai puncak = 1.414 Faktor puncak ialah nisbah bagi nilai puncak kepada nilai ppgd. Faktor puncak = nilai puncak nilai ppgd = nilai puncak . 0.707 v nilai puncak

= 1.414 Contoh : Menyatakan kuantiti a.u dengan menggunakan kaedah ; a) Rajah gelombang.
V

30 0.05 0

t (saat)
0.03

E1001 / UNIT 2/ 14

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Kirakan dan dapatkan Vp, Vp-p, Vppgd, Vpurata dan frekuensi. i) Vp = 30V iv) Vpurata = Vmax v 0.637 = 30 v 0.637 = 19.11 V
1 t

ii) Vp-p = 30 v 2 = 60 Vp-p iii) Vppgd = Vmax v 0.707 = 30 v 0.707 = 21.21 V

v)

= =

1 0.05 = 20 Hz

b)

Fungsi trigonometri.

Diberi V = 120 sin (280 + ) Kirakan frekuensi, Vmax, Vpp, Vpurata, Vrms dan voltan pada ketika t = 0.02s & = 30r. i) Frekuensi [ = 2Tf [ f = 2T 280 = 2T = 44.6 Hz ii) Vmax = 120 V iii) Vpp = Vp v 2 = 120 v 2 = 240 Vp-p iv) Vpurata = Vmax v 0.637 = 120 v 0.637 = 76.44 V v) Vrms = Vmax v 0.707 = 120 v 0.707 = 84.84 V

vi) V = 120 sin (280 (0.02) + 30r) T ) = 120 sin (5.6 + 30r v 180 = 120 sin (5.6 + 0.52) = 120 sin (6.124) = 120 (-0.16) = -19.5 V

E1001 / UNIT 2/ 15

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK Contoh : Persamaan untuk suatu arus ulang alik ialah I = 70.71 sin 520t Tentukan : i) Nilai puncak arus. ii) Nilai ppgd arus. iii) Nilai purata arus. iv) Frekuensi gelombang. v) Arus selepas 0.0015 saat melalui 0 pada kenaikan positif. Jawapan : i) Nilai puncak arus, Ip ii) Nilai ppgd arus, Ippgd = 70.71 = 70.71 v 0.707 = 50 A

iii) Nilai purata arus, Ipurata = 70.71 v 0.637 = 45 A


[ 2T 520 = 82.8 Hz 2T

iv) f

v) I = = = =

70.71 sin 520 (0.0015s) 70.71 sin 0.78 70.71 (0.7) 49.7 A

E1001 / UNIT 2/ 16

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

AKTIVITI 2a

y y

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.1) 2.2)

Nyatakan perbezaan di antara arus terus (a.t) dengan arus ulang alik (a.u). Lakarkan bentuk gelombang yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik ulang alik (a.u). Takrifkan istilah-istilah yang berikut ; a) Kitar b) Frekuensi c) Nilai puncak d) Nilai purata min kuasa dua (pmkd) Diberi nilai ppgd ialah 40V. Kirakan nilai voltan puncak, Vp bagi gelombang voltan di bawah.

2.3)

2.3)

V (ac) 40V

V(dc) Vp

E1001 / UNIT 2/ 17

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS 2a

PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2a.

Jawapan : 2.1) Perbezaan di antara arus terus (a.t) dengan arus ulang alik (a.u) ialah arus terus (a.t) mengalir dalam satu arah sahaja manakala arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. 2.2) Bentuk gelombang sinus yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik ulang alik (a.u) ialah seperti berikut ;

2.3) a) Kitar mewakili putaran pengalir dalam penjana di mana putaran yang mengambil 1 pusingan lengkap mewakili gelombang yang lengkap dan ini dipanggil sebagai satu kitar. 1 kitar

E1001 / UNIT 2/ 18

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

b)

Frekuensi 1 Hertz (Hz) ditakrifkan sebagai satu kitaran lengkap dalam tempoh 1 saat iaitu, f = 1 T

c)

Nilai puncak (Vp) ditakrifkan sebagai nilai tinggi puncak sesuatu gelombang sinus atau juga dikenali sebagai amplitud. Nilai pmkd ialah nilai berkesan (rms value) bagi sesuatu gelombang sinus/ulangalik di mana nilai voltan/arus ulangalik ini yang akan memberikan kesan pemanasan (haba) yang sama seperti arus terus (a.t) pada satu litar yang sama dan pada jangkamasa yang sama.

d)

2.4) Penyelesaian : 1 2

Nilai ppgd gelombang voltan =

v Vp

40V = 0.707 v Vp 40 Vp = 0.707 = 56.58 V

You might also like