You are on page 1of 7

IMPAK PENDUDUKAN JEPUN KE ATAS MYANMAR

1.0 PENDAHULUAN

Kedatangan Jepun ke Asia Tenggara, telah memberi impak yang besar ke atas sistem politik, ekonomi, sosial, sosio budaya dan sebagainya terhadap masyarakat Asia Tenggara.1 Negara-negara di Asia Tenggara yang terlibat dengan pendudukan Jepun ialah Indonesia, Myanmar, Vietnam, Tanah Melayu, dan Filipina2. Jepun mula membuat perhubungan secara meluas dengan dunia luar khususnya dunia Barat, dalam pertengahan abad ke 19. Dengan penduduknya yang ramai dan keadaan muka buminya yang tidak begitu sesuai untuk menjadi sebuah negara pertanian,3 Jepun telah mengambil keputusan untuk menjadi sebuah negara perusahaan. Ini memaksa Jepun membuat dasar untuk mendapatkan bahan -bahan mentah dan pasaran-pasaran baru bagi memasarkan barang-barang perusahaannya.4 Selaras dengan itu Jepun juga telah memperbesarkan angkatan bersenjatanya bagi menjamin pelaksanaan dasar dan rancangan-rancangan barunya berjalan lancar.

Jepun yang menggunakan slogan Asia untuk orang Asia menjadi tema umum propaganda yang berjaya menarik perhatian masyarakat Asia Tenggara disamping ia cuba menghapuskan segala pengaruh dan kebudayaan Barat5. Myanmar yang dahulunya dikenali sebagai Burma merupakan salah satu negara yang pernah didatangi kuasa Jepun. Tempoh pendudukan Jepun di negara ini bermula dari tahun 1942 hingga tahun 1945 dengan melaksanakan pelbagai dasar yang mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat Asia Tenggara, khususnya negara Myanmar. Disebalik kesan negatif kedatangan

Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 994 Ibid. Hlm 995 3 John Benson and Takao Matsumura. 2001. Japan (1868-1945) From Isolation to Occupation. United Kingdom: Pearson Limited Education. Hlm 2. 4 William L. Holland. 1973. Asian Nationalism and The West: A Symposium Based on Documents and of Pasific Reports of the Eleventh Conference Institute Relations. New York: Octagon Books. Hlm 289 5 Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1000
2

Jepun namun terdapat juga kesan negatifnya. Sebagai contoh, memupuk semangat kesedaran dikalangan nasionalis dan pergerakan kebangsaan6.

2.0 KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI MYANMAR 1942- 1945

2.1Pentadbiran

Jepun telah terlibat secara rasmi di Myanmar atau sekarang lebih dikenali sebagai Myanmar pada tahun 1941 melalui pakatan dengan Thakin Aung San dan golongan Thakin untuk membantu Jepun menawan Myanmar daripada British7. Sebagai balasan, Jepun mesti memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Pada Disember 1941, Jepun telah menyerang Myanmar bersama bantuan daripada Tentera Kemerdekaan Myanmar (golongan Thakin) dan Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943 kerana membantu
mereka menewaskan British. Namun hakikatnya Jepun tidak memberi kemerdekaan yang sebenar kepada Myanmar. Jepun menggunakan cara menegakkan kerajaan patung (puppet) yang menyerupai kemerdekaan8. Hal ini dapat dilihat melalui kekejaman Jepun ke atas Myanmar seperti penguasaan Jepun dalam bidang pentadbiran Myanmar.

Pentadbiran Myanmar di bawah pimpinan Dr. Ba Maw mempunyai kuasa yang amat terhad kerana pegawai-pegawai Jepun mengetuai pelbagai biro hampir di setiap jabatan. Kuasa sebenarnya di dalam tangan Dr. Gotawa Ogawa yang dahulunya merupakan ahli Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi Penasihat Tertinggi kerajaan Myanmar9. Malah bidang-bidang penting seperti ekonomi dan pengangkutan dipegang oleh tentera Jepun. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah diberikan kepada orang tempatan. Namun bidang kuasa yang dikendalikan olehnya semakin kecil dan hanya meliputi hal-hal umum dan

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 242-243 Nordin Ariffin 1979. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur. Selangor: Preston. 8 Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1005 9 Ibid.
7

kepolisian. Zaman pendudukan Jepun berjaya melahirkan semangat nasionalisme yang menolak penjajahan dan memberi peluang kepada pemerintah tempatan untuk memerintah negara sendiri10. Jepun juga mengamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan kegiatan ketenteraan kepada penduduk tempatan. Melalui latihan dan kegiatan yang diterima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat di mana meningkatnya keyakinan di kalangan rakyat Asia Tenggara. Kesannya, muncul gerakan mahupun tokohtokoh politik Aung San yang pada mulanya bekerjasama dengan Jepun, namun bertukar kerjasama kepada pihak Barat.

2.2 Ekonomi Dan Sosio-Budaya

Zaman pendudukan Jepun telah memberikan kesan kepada ekonomi Myanmar. Serangan- serangan yang dilakukan oleh Jepun telah memusnahkan sumber- sumber semula jadi dan kekurangan bahan keperluan hidup di Myanmar. Banyak daripada bandar-bandarnya telah menjadi padang jarak padang terkukur, ekoran daripada serangan Jepun melalui udara11. Keadaan masyarakat semakin teruk apabila Jepun gagal untuk mengeksport beras Burma dan mengimport barang-barang pengguna yang mustahak untuk masyarakat. Hal ini ditambah pula dengan berlakunya kekacauan dan kejatuhan nilai mata wang yang tidak dapat diatasi oleh polisi matawang Jepun.

Selain itu juga, kaum tani di Burma telah hilang sebahagian besar ternakan lembu mereka yang disebabkan oleh pihak militer yang sangat memerlukan makanan dan telah merebaknya serangan wabak serangga. Hal ini telah mengakibatkan ekonomi negara Burma terjejas teruk dan rakyat hidup dalam kebuluran, kemiskinan dan menderita kerana serangan wabak penyakit yang melanda Burma ketika itu12. Sistem ekonomi Myanmar lumpuh selepas
10

Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1000 Ibid. Hlm 1005 12 Ibid. Hlm 1006
11

kemasukan Jepun. Hal ini kerana Myanmar bergantung kepada ekonomi antabangsa sebelum ini tetapi selepas kedatangan Jepun aktiviti eksport dan import terhenti. Kuasa Jepun juga menguasai serta memonopoli pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sektor pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan Ini memaksa Jepun . menjadikan Myanmar mengamalkan ekonomi sara diri di samping menjadi penyumbang kepada Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya13.

Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan rakyat tempatan sehinggakan berlaku kebuluran di Myanmar Hulu. Pelbagai usaha dijalankan bagi meningkatkan pengeluaran padi disamping Jepun menggalakkan petani menanam hasil yang lebih menguntungkan seperti jut, sesamun, kekacang dan kapas. Namun begitu, golongan petani tidak tertarik untuk mengubah cara pertanian yang biasa kerana mereka lebih suka dengan pertanian yang mereka biasa lakukan. Penanaman kapas juga tidak sesuai dijalankan kerana masalah kekurangan baja, kesuburan tanah dan juga kekurangan tenaga buruh. Pertukaran sistem ekonomi daripada perdagangan antabangsa kepada sara diri membebani rakyat dengan kekurangan makanan dan barangan penggun Malah rakyat juga berdepan a. masalah inflasi dan eksploitasi syarikat- syarikat Jepun14.

Semasa pendudukan Jepun, dasar menggunakan bahasa masyarakat majoriti yang dilakukan oleh Jepun sebenarnya adalah satu alat untuk menyatu-padukan rakyat tempatan yang tidak pernah melihat diri mereka sebagai ahli semasyarakat. Tetapi hal ini gagal dilaksanakan di Myanmar. Dasar yang dilakukan oleh Jepun dalam penggunaan bahasa majoriti iaitu Bahasa Myanmar tidak berjaya untuk mengatasi konflik di antara bangsa Burmese dengan bangsabangsa minoriti tempatan seperi Karen, Kachin, Chin dan lain-lain.

13 14

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 269 Ibid. Hlm 270

2.3 Kebangkitan Semangat Nasionalisme Semasa Jepun menduduki Myanmar juga, nasionalisme semakin berkembang dengan pesat kerana dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Jepun semasa menduduki Myanmar yang mana Jepun memilih penduduk tempatan terutamanya daripada golongan Thakin yang terlibat dalam serangan ke atas British untuk membantu pentadbiran Jepun di Myanmar15. Walaupun Jepun menyerahkan pentadbiran kepada rakyat Myanmar dan memberi kemerdekaan pada tahun 1943, tetapi dari sudut tersirat, Jepun masih lagi berkuasa penuh dari sudut ekonomi Myanmar dan kemerdekaan ini hanyalah atas dasar nama sahaja malah Jepun turut melakukan kezaliman untuk mengeksploitasikan sumber kekayaan Myanmar16. Walaupun kuasa pemerintah tempatan terhad semasa kedatangan Jepun di Myanmar tetapi melalui pendekatan itulah pemimpin Myanmar memperoleh pengalaman untuk mempelajari sesuatu yang baru daripada Jepun. Selain itu, pelbagai masalah yang timbul telah melahirkan gerakan anti-Jepun yang dipelopori oleh Thakin komunis seperti Soe, Thein Pe, dan Thant Tun serta berjaya pula mendapat sokongan rakyat. Pada bulan Ogos 1944 Aung San dan rakan- rakannya berusaha mewujudkan perpaduan dikalangan semua nasionalis anti- Jepun melalui Anti- Facist Organisation (AFO) yang kemudiannya ditukar kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis (AFPFL) pada bulan Mac 194517. Pertubuhan ini bekerjasama dengan British untuk mengalahkan Jepun dan mengekalkan kemerdekaan Myanmar. AFPFL dengan pemimpin-pemimpinnya yang berpengaruh dan penggabungan pertubuhan telah memenangi sokongan yang banyak daripada penduduk Myanmar.

Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1005 Abdullah Zakaria, Azharrudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor, (2003), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Selangor: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 426 17 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 223
16

15

Aung San telah muncul sebagai pemimpin gerakan nasionalis orang Burma yang diakui. Apabila Jepun menyerah kalah, Aung San dan AFPFL menjadi kuasa yang paling berpengaruh. 18 Kemuncak kepada gerakan nasionalisme ini ialah satu delegasi ke London yang dipimpin oleh Thakin Aung San bagi membincangkan kemerdekaan Burma. Melalui delegasi ini, British bersetuju mengadakan pilihanraya. Burma telah mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dan Thakin U Nu telah dilantik sebagai perdana menteri. Di sini jelas menunjukkan bahawa Jepun memberi sumbangan kepada masyarakat Myanmar melalui pertubuhan, penglibatan rakyat Myanmar dalam pentadbiran19 dan juga bersifat ketenteraan yang memberikan satu kesedaran kepada rakyat Myanmar betapa pentingnya negara menuntut kebebasan daripada kuasa penjajah. 3.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa pendudukan Jepun di Myanmar ada meninggalkan sumbangan negatif dan positif kapada masyarakat Myanmar dari segi sosiopolitik, sosio-budaya, ekonomi, dan nasionalisme. Walaupun kedatangan Jepun ke Myanmar adalah untuk menghapuskan pengaruh barat dan mengeksploitasikan rakyat dan sumber bagi kepentingan negeri Jepun sahaja, tetapi dasar-dasar yang diwujudkan oleh Jepun secara tidak langsung memberikan sumbangan kepada masyarakat di Myanmar. Selain itu, terdapat juga dasar- dasar Jepun yang telah membebani rakyat tempatan dengan masalah kebuluran, kemiskinan dan pereritan hidup di negara sendiri. Oleh itu dapatlah dinyatakan pendudukan Jepun di Myanmar lebih kepada menaikkan semangat nasionalisme rakyat tempatan dalam menuntut kemerdekaan.

19

. Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1028 Abdullah Zakaria, Azharrudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm 426

18

BIBLIOGRAFI : 1. Hall. D. G. E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdullah Zakaria, Azharrudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800 -1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti 3. Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Nordin Ariffin 1979. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur. Selangor: Preston 5. John Benson and Takao Matsumura. 2001. Japan (1868-1945) From Isolation to Occupation. United Kingdom: Pearson Limited Education. 6. William L. Holland. 1973. Asian Nationalism and The West: A Symposium Based on Documents and of Pasific Reports of the Eleventh Conference Institute Relations. New York: Octagon Books.

You might also like