You are on page 1of 24

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

KONSEP PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK

PLURALITI
Kemajmukan / kepelbagaian. Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian, tanpa paksaan oleh manamana pihak / kuasa. Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta pecah/bahagikan wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.

Pembentukan masyarakat berubah kepada bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yang dipaksa datang dan dipaksa bergaul dengan masyarakat & sistem yang sedia ada dalam masyarakat peribumi. Masyarakat migran itu pula datang dari pelbagai tamadun (China & India) yang dibawa masuk untuk menjadi buruh.

J.S.Furnivall (1948) - Di Burma dan Jawa, perkara awal yang menarik hati seorang pelawat ialah campuran kumpulan manusia orang Eropah, Cina, India dan bumiputera. Dalam erti kata lain mereka bergaul tetapi tidak bersatu padu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bergaul tetapi hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi wujud pembahagian tugas mengikut garis perkauman.
http://kursus-maya.blogspot.com/2009/04/tajuk-2-ctu-553.html

Masyarakat Plural
Mereka datang berdagang secara sukarela untuk cari kehidupan dan kekayaan Mereka datang bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat untuk tinggal terus/menetap.

Wujud interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama. Di tempat baru itu mereka juga berkahwin dgn masyarakat tempatan (asimilasi) seperti masyarakat Cina (baba dan nyonya). Amalan dan adat resam yang diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telor hasil asimilasi dengan pendatang India

KESULTANAN MELAKA

Pemerintahan
Kehebatan Empayar Melaka - pusat pertemuan pedagang seluruh dunia dan digelar The Venice of the East. Pegawai istananya terdiri dari pelbagai bangsa yang datang berdagang & menetap. Perlembagaan Melaka berdasarkan ajaran Islam Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka. Tidak wujud unsur-unsur terorisme dalam pemerintahan kerajaan Melaka.

Perdagangan
Hasil pentadbiran yang cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan dengan lancar dan maju. Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dapat dikawal, ini menjamin suasana yang aman dan selamat kepada pedagang. Kepulauan Melayu sangat terkenal dengan rempah ratus yang dianggap mewah pada ketika itu Sebab itulah pedagang seluruh pelusok dunia datang ke Melaka untuk mendapatkannya.

Kependudukan
Zaman pluraliti proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan. Tidak perlu pasport & visa untuk masuk sesuatu kawasan. Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan. Wujud masyarakat Baba dan Nyonya, mamak. Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum

Kebudayaan
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka dalam menerima pedagang luar, Melaka maju sebagai pelabuhan utama dunia. Hasil rempah ratus sebagai daya tarikan. Keselamatan Selat Melaka.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAISTIK OLEH PENJAJAHAN EROPAH

Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu). Kedatangan kuasa Eropah (Portugis, Belanda dan Sepanyol) berbeza dgn kedatangan Inggeris. - Eropah: lebih menekankan imperialisme dalam misi kedatangan mereka - Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme - menjajah fizikal dan mental kaut segala sumber alam yang ada seperti bijih, getah untuk kepentingan ekonomi mereka hingga terpaksa bawa masuk buruh Cina dan India dan perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan.

Hasilnya.
Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yang ramai sedangkan bilangan mereka sedikit. Di India - 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India. Bukan sahaja membentuk Pluraliti sosial tetapi juga Pluraliti Alam Sekitar. Tidak ramai yang sedar - tumbuhan yangg tumbuh di sekeliling kita sebenarnya banyak di bawa masuk daripada pelbagai kawasan lain di dunia. Cth: Bunga Raya (Bunga Kebangsaan):dr Kepulauan Pasifik dan getah: daripada Brazil.

Prinsip
Pecah perintah - Pemisahan negara dari agama. Agihan Kuasa - kehakiman, eksekutif, perundangan. Federalisme negara yang dibentuk daripada negeri-negeri yang bersekutu.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia


Wujudnya 2 jenis persekutuan dalam 1 masa yang sama iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Anggota bagi kedua-dua persekutuan ini telah mengalami perubahan dari segi bilangan anggota semenjak kemerdekaan 31 Ogos 1957. Anggota Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 hanyalah negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu sahaja. Persekutuan Malaysia hanya terbentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada : Persekutuan Tanah Melayu Singapura Sabah dan Sarawak Brunei - pada mulanya ingin menyertai tapi kemudiannya menarik diri. Jadi, kemerdekaan 31/8/1957 hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bukannya kemerdekaan Malaysia

Perlembagaan & Pembangunan Politik


Kontrak sosial sebagai satu kesepakatan yang telah dirunding. Pembentukan parti-parti politik etnik sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif). Walaupun terdapat federalisme berlapis tetapi Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara dan rujukan kepada segala undang-undang yang akan dibuat dan dilaksanakan selepasnya Perlembagaan jadi panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini

Pembangunan Berencana Rancangan Pembangunan 5 Tahun


Sejak 1950 rancangan pembangunan berencana telah mula difikirkan dan dilaksanakan (1950-1965). Setelah pembentukan Malaysia, bermulalah rancangan pembangunan 5 tahun (1966 1970). Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969, kerajaan perkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini diteruskan hingga 1990. Sejak 1990 dan seterusnya, kerajaan wujudkan pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) - sbg ganti DEB. DPN ubah ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kpd berasaskan industri.

DASAR-DASAR KHAS: DASAR PENDIDIKAN, DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, DASAR EKONOMI BARU
Tuntutan kepada dasar-dasar ini sebenarnya telah dibincangkan sejak sebelum merdeka lagi Namun setelah peristiwa 13 Mei 1969, dasar-dasar ini difikirkan secara lebih serius untuk dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyrakat supaya keharmonian dpt dikekalkan. Penglibatan semua kaum di negara ini diambil kira dalam dasar-dasar ini.

KESIMPULAN
Persefahaman dan kerjasama di antara kaum membolehkan rakyat negara ini hidup aman dan damai tanpa persengketaan. Usaha-usaha harus diambil dalam mengekalkan perpaduan agar kemerdekaan yang dikecapi hari ini tidak hanya sia-sia...

R - Rahman A Abdul Razak H Hussein Onn M Mahathir A - Abdullah N - Najib

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HUDA BINTI UMAR SITI AMALINA ATIKA BINTI MOHAMAD YUSOFF

PISMP PENDIDIKAN KHAS 2

You might also like