You are on page 1of 1

Asas Pengendalian Kelompok Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti dalam pengendalian kelompok.

Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung. Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan menganggotai kelompok tersebut. Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok ke arah pencapaian matlamat. Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan

You might also like