You are on page 1of 5

Nur Afiqah Fatin Bt Saipullah & Siti Hanisah Bt Saad

PISMP PA JAN 2011


Tafsir Al-Munir Juz Amma (Dr. Wahbah al-Zuhaily)

Surah Al-Maun (Makiyyah)

1. Makiyyah atau Madaniyyah?
y Jumhur Ulama berpendapat bahawa surah Al-Maun adalah surah Makiyyah
y Menurut Ibn. Abbas dan Qathadah pula ia adalah surah Madaniyyah
y Hibbatullah (seorang ahli tafsir yang cacat penglihatan) berkata bahawa sebahagian
surah Al-Maun diturunkan di Mekah mengenai al-Asi bin Wail dan sebahagian lagi
diturunkan di Madinah mengenai Abdullah bin Ubay, seorang munafik
2. Nama surah
y Surah ini dinamakan Al-Maun kerana di penghujungnya (ayat Madinah) Allah
mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan
y Firman Allah yang bermaksud: Dan (mereka) enggan memberi pertolongan. (Al-
Maun, 107:7)
y Mereka sama seperti orang-orang yang lalai terhadap sembahyang dan orang-orang
munafik
y Perkataan Al-Maun bermaksud benda-benda yang boleh dipinjam oleh seseorang jiran
kepada jirannya seperti alat-alat memasak (periuk, garam)/ alat-alat bercucuk tanam
( kapak dan baldi)/ Alat-alat menjahit (jarum, benang) dan benda- benda lain yang
boleh dipinjam segera
y Surah ini dinamakan al-Din kerana pada permulaannya (berupa ayat Makiyyah),
Allah menggelar golongan yang mendustakan sebagai al-Din atau pembalasan di
akhirat
3. Kaitan Surah dengan Surah Sebelumnya
y Surah ini berkaitan dengan surah sebelumnya. Ianya dapat dilihat dari tiga sudut iaitu:
y Dalam surah Quraisy, Allah telah mencela orang-orang yang ingkar kepada
nikmatNya (yang telah memberi makanan sehingga mereka terhindar daripada
kelaparan). Manakala di dalam surah ini Allah mencela orang-orang yang tidak
menggalakkan (diri dan orang lain) memberi makan kepada fakir miskin
Nur Afiqah Fatin Bt Saipullah & Siti Hanisah Bt Saad
PISMP PA JAN 2011
Tafsir Al-Munir Juz Amma (Dr. Wahbah al-Zuhaily)

y Dalam Surah yang lalu, Allah telah memerintahkan umat manusia supaya beribadat
kepada Allah dan mengEsakanNya. Manakala dalam surah ini pula Allah mencela
orang-orang yang lalai sembahyang, malah melarang pula orang lain mengerjakannya
y Dalam surah yang lalu Allah memperincikan satu persatu nikmat yang telah
dikurniakan kepada orang-orang Quraisy, namun mereka tetap ingkar terhadap Hari
Kebangkitan dan menafikan adanya balasan di akhirat. Sementara surah ini pula Allah
mengajukan ancaman dengan azabNya di akhirat bagi orang yang ingkar kepada al-
Din / hari pembalasan di akhirat
4. Kandungan Surah
y Permulaan surah yang berayat Makiyyah ini membincangkantentang orang-orang
kafir
y Manakala di akhirnya yang merupakan ayat Madaniyyah memperkatakan tentang
orang-orang munafik
y Permulaan surah mengandungi celaan terhadap orang-orang kafir yang mendustai hari
akhirat.
y Firman Allah bermaksud: Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? (Al-
Maun 107:1), di mana mereka dilihat mempunyai dua sifat utama.
y Pertama: mereka tidak suka, bersikap kasar dan mengusir anak-anak yatim
y Kedua: mereka tidak menggalakkan orang lain memberi makan kepada fakir miskin,
tidak sempurna dalam beribadat kepada Allah dan tidak suka berbudi kepada orang
lain
y Di akhir surah ini mengandungi celaan terhadap orang-orang munafik yang
menzahirkan keIslaman dan menyembunyikan kekufuran dan mereka dilihat
mempunyai tiga sifat utama:
y Pertama: mereka lalai dan cuai menunaikan solat
y Kedua: mereka suka mempamerkan apa-apa yang dilakukannya kepada orang lain
y Ketiga: Mereka enggan memberi bantuan yang lumrah kepada jiran, tidak melakukan
sesuatu perkara kerana Allah , bahkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada
orang lain tentang solat dan kebaikan yang dilakukannya
y Kedua-dua kumpulan ini dijanjikan dengan kerugian, azab dan kemusnahan
Nur Afiqah Fatin Bt Saipullah & Siti Hanisah Bt Saad
PISMP PA JAN 2011
Tafsir Al-Munir Juz Amma (Dr. Wahbah al-Zuhaily)

y Allah menarik perhatian terhadap golongan ini dengan menggunakan kaedah atau
uslub istihjan, istighrab dan al-tajib yang memaparkan rasa sinis serta keanehan
perbuatan mereka


Orang-orang Kafir Yang Ingkar Kepada Balasan Akhirat dan Orang Munafik
Yang Bersikap Riya dan Balasan Yang menimpa Mereka
6..H"0 CBb L&MN
BBB) OAM CBb
HP .T/.TOBb N."
P`V B NoOBb
V. C&bo1&O
CBb A
B CBb
."bM .1o."
BoOBb
1. Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?
2. iaitu orang-orang yang mengherdik anak yatim
3. Dan tidak menggalakkan manusia memberi makan kepada
fakir miskin
4. Maka celakalah orang-orang yang sembahyang
5. Yang lalai daripada sembahyang mereka
6. Yang Riya
7. Dan (mereka) enggan memberi pertolongan





Nur Afiqah Fatin Bt Saipullah & Siti Hanisah Bt Saad
PISMP PA JAN 2011
Tafsir Al-Munir Juz Amma (Dr. Wahbah al-Zuhaily)




Sebab Turun Ayat 1
y Firman Allah bermaksud: Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? (Al
Maun 107:1)
y Ibn. Abbas berkata, ia diturunkan kepada al-As bin Wail al-Sahmi
y Al-Suddi berkata, ia diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah
y Ada yang berpendapat ia diturunkan kepada Abu Jahl
y Beliau adalah penyelia seorang anak yatim
y Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit
harta (kepunyaan sendiri) kepada Abu Jahl. lantas Abu jahl menolak ke tepi anak
yatim tersebut.
y Manakala Ibn Juraji berkata, ia diturunkan kepada Abu Sufian
y Menurut riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak
yatim meminta sebahagian daripadanya. Beliau lantas mengetuk anak yatim tersebut
dengan tongkatnya, lalu Allah menurunkan surah ini.
Sebab Turun Ayat 4
y Firman Allah bermaksud: Maka celakalah orang-orang yang sembahyang. (Al-
Maun 107:4)
y Diriwayatkan oleh Ibn al-Munzir daripada Ibn Abbas mengenai ayat tersebut, beliau
berkata : Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat
sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi
meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama. Mereka
juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.





Nur Afiqah Fatin Bt Saipullah & Siti Hanisah Bt Saad
PISMP PA JAN 2011
Tafsir Al-Munir Juz Amma (Dr. Wahbah al-Zuhaily)

You might also like